1 APRIL 2015, MALAYSIA
Hari ini sangat bersejarah kan kawan-kawan. Buat kali pertama semua rakyat malaysia bersatu tanpa mengelat, ketepikan perbezaan, bersama-sama mengorak langkah memenuhkan tabung kewangan memajukan negara. Harap-harap tiada lagi ketirisan dan kekurangan dari pihak yang menguruskan tabung ini. Moga-moga hidup anda semua dan saya sebagai pengguna tidaklah tersepit mana pun okay. Jangan negatif sangat, peristiwa kenaikan harga barang kali ini mungkin agak epic, tapi ini petanda agar anda semua mula bangun bangkit buat sesuatu, keluar dari zone sedia ada, seakan ikan jaws yang sentiasa perlu berenang non-stop untuk kekal bernafas. Dalam keadaan ekonomi sekarang yang mencarik-carik 'kelas ekonomi' dipercepatkan lagi oleh GST, ada yang menjadi makin tersepit masuk 'kelas susah', tapi ada yang berjaya meloloskan diri hidup lebih gah join 'kelas kaya'.
HADAPI GST DENGAN PENUH SEMANGAT
Disini saya sediakan satu quote powerful bagi anda semua menetapkan semangat menghadapi arus kacau GST. "I've Heard There's Going to be a Recession; I've Decided Not To Participate". Translation on point: Saya dengar ramai orang akan mengalami masalah kewangan; saya ambil keputusan untuk tidak sertai mereka. Beli lah buku pembakar semangat Jack Canfield How To Get From Where You Are to Where You Want to Be http://amzn.to/1C3wpFf (Amazon) http://apple.co/1GdA35j (iTunes) untuk memegang nasib sendiri dengan lebih berani.