CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

KOLEKSI CERPEN - (6) Misteri Thriller- TAMAT) -page #7

[Copy link]
Post time 7-4-2015 11:12 AM | Show all posts
Ipo replied at 7-4-2015 11:02 AM
sabar cik sellie..
itulah rencah hidup sebenarnya..
ada manis, ada masam, ada pahit, ada ke ...

Ikutkn masa sezamn akak memuda...payoh nak dgr kisah pelik2... sekrg nih... akhir zaman... apa yag pernah quran cerita... kembali ada di zaman kita nih... itu belum kira dahsyatnya fitnah...hingga membawa penyembelihan2 saudara2 kita kat negara2 islam sana...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2015 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 7-4-2015 11:04 AM
ya zam...
ipo ada lagi citer benar pasal lgbt...dipaksa ..
pengakhirannya...dia meninggal..

Ya ke @Ipo? Kesiannya insan2 terpilih utk alami dugaan mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2015 02:38 PM | Show all posts
sedihnya rupanya suami dia nafsu ngn laki n pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 03:50 PM | Show all posts
lelaki sadis...ada gak yg jenis ni suka cederakan bila bersama..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2015 11:22 PM | Show all posts
Baru baca cerita Adam & Hawa...

Okay aku nak nanges kesian Hawa

untuk suami Hawa tu nah niiiiii untuk kau


kenapa... kenapa... kenapa ada orang macam itu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 12:29 PM | Show all posts
gay upenyer...cibai...x pdn ngan name adam
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-6-2015 04:12 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 16-6-2015 04:35 PM

(5)   RUMAH HIJAU



BAB 1





SUDAH sebulan Saiful mencari rumah sewa. Puas dia meronda sekitar kawasan berdekatan dengan kampus. Dari satu taman perumahan ke satu taman perumahan yang lain.Kebanyakannya sudah berpenghuni  samada bujang ataupun berkeluarga. Hampir putus asa.

Sejak melangkah masuk ke tahun dua di universiti, dia tidak lagi dibenarkan tinggal di asrama yang sememangnya disediakan untuk pelajar tahun satu. Sebaik melangkah ke tahun dua pengajian, semua diarahkan mencari rumah sewa di luar kampus.

Haih…manalah nak cari lagi rumah sewani. Dah jenuh aku cari. Semuanya penuh.” Saiful melangut di bilik. Matanya menala ke siling putih rumah kakak iparnya di Petaling Jaya.

Bukan dia tidak mahu tinggal di rumah itu tetapi dia tidak betah duduk berdua sejak abangnya kena kerja shif siang. Malam bila balik dari kampus, dia berdua sahaja dengan kakak iparnya. Seram juga rasa bila mengingatkan mereka berdua sahaja tinggal dalam rumah itu pada waktu malam. Buatnya datang pegawai agama tangkap mereka kerana berkhalwat. Tak ke naya?

“Ah! Aku kena keluar juga dari rumah ni. Apa pula kata jiran sebelah menyebelah bila tengok aku dengan kakak ipar aku je dalam rumah ni?” Saiful garu kepala. Pening bila memikirkan semua itu.

Telefon bimbit dicapai dari atas meja. Dia segera menghubungi Ajid, teman sekelas yang sama-sama mengambil bidang kejuruteraan di univerisiti. Ajid yang juga kawan sekampung sejak zaman sekolah dulu, juga masih mencari-cari rumah sewa sejak melangkah masuk ke tahun dua.

“Hmm…esok lepas kelas aku cari algi rumah sewa. Aku ajak Ajid sekali. Mana tahu nasib aku baik bila Ajid ada sekali nanti.” Saiful sengih.

Dia menatap skrin komputer riba. Tigasan yang diberi oleh pensyarah perlu disiapkan segera. Profesor Rashid, pensyarah yang paling garang yang pernah dia tahu.Setiap tugasan yang diberi perlu disiapkan pada masa yang ditetapkan. Tiada kompromi! Kalau tidak, kena denda dengan satu lagi tugasan tanpa ada markah sedikitpun!

“Aku kena cari rumah sewa cepat. Kalau tak, bila assignment aku ni nak siap? Duduk di rumah ni malam-malam buat aku tak sedap hati je.” Saiful mengeluh lagi.

Siang tadi, balik dari kampus, jiran sebelah yang mulut murai itu sibuk bertanya hal aku dan kakak ipar aku. Memang dasar mulut longkang! Ada ke patut tuduh aku sengaja tinggal di situ kerana nak mengurat kakak ipar aku itu. Haish! Tak terlintas langsung aku nak buat macam tu pada abang aku sendiri. Memang tak dinafikan kakak ipar aku tu cantik dan menarik malah lebih muda dari aku tapi aku masih ada maruah. Jadi,dari menjadi buah mulut orang lebih baik aku keluar dari rumah itu cepat-cepat.

Saiful jeling jam di atas meja belajar, sudah menghampiri dua belas tengah malam. Dia perlu siapkan tugasan itu secepat mungkin. Tempoh yang diberikan oleh Profesor Rashid  hanya tiga bulan sahaja. Sudahlah sebulan dihabiskan dengan mencari rumah sewa je.

Tuk! Tuk! Tuk!

Saiful berpaling. “ Siapa?”

“Akak Ina ni.”

Saiful menapak malas ke arah pintu bilik. Dia mula rasa berdedar setiap kali kakak iparnya mengetuk pintu biliknya.

“Ya kak?” Saiful senyum sebaik pintu dibuka.

“Tak tidur lagi ke?” Salina mengorak senyum.

Saifulmenelan liur. “Err..belum kak. Nak siapkan assignment sekejap. Kenapa kak?”

“Oh..tak ada apa. Ingatkan dah tidur. Nanti tutup lampu di ruang tamu ya.” Pesan Salina sebelum dia berlalu masuk ke biliknya yang terletak di hujung sekali.

Saiful hanya mengangguk. Dia menutup pintu dan menyambung semula tugasan yang tertangguh tadi. Hampir satu pagi dia menaip tugasan. Berkali-kali dia menguap.

“Ah..kalau nak tunggu siap, memang tak akan siap ni. Pukul berapa aku nak tidur. Esok ada kelas pukul sembilan. Lepas tu aku nak cari rumah sewa lagi.” Saiful tutup komputer riba. Dia mula menapak ke katil. Terus rebah di situ tidak sedarkan diri.



PAGI lagi Saiful sudah bangun. Dia bersiap-siap untuk ke kampus. Bergegas dia capai kunci motorsikal di atas meja belajar.

“Abang baru balik ke?” Saiful menegur abangnya yang kelihatan keletihan di sofa di ruang tamu.

“Ya..ada kelas ke hari ni?” Sharif menoleh ke arah Saiful yang sudah siap untuk ke kampus. Beg sandang dikelek di bahu kiri.

“Ada.”Sepatah saiful menjawab.

“Kak Ina mana?”Tanya Sharif lagi.

Err..ada dalam bilik kut. Mungkin bersiap-siap untuk ke ofis tu.” Saiful menapak ke pintu rumah. Kasut sukan jenama Nike disarung ke kaki. Sempat berpesan pada abangnya yang dia akan balik lambat sedikit hari itu.

Motorsikal menderum laju menuju ke arah jalan besar.



DI KAMPUS, Saiful bergegas masuk ke kelas selepas letak motosikal di hadapan dewan kuliah satu. Kelas pukul sembilan itu wajib dihadiri oleh semua pelajar. Kelas wajib yang memberikan markah tambahan untuk peperiksaan. Jadi hendak tak hendak dia kena hadir juga dalam kelas Profesor Maznah itu. Matanya melilau mencari kelibat Ajid.  Kelas yang mempunyai hanya tiga puluh pelajar itu tidak susah untuknya mencari susuk tubuh Ajid yang kurus tinggi.

“Mana Ajid ni? Takkan terlepas bas lagi?” Saiful terjenguk-jenguk ke seluruh dewan kulaih. Memang Ajid selalu datang  lambat ke kelas. Ajid juga tinggal dengan kakaknya di Kajang. Memang jauh dari kampus.Kadang-kadang subuh lagi Ajid kena tunggu bas untuk ke kampus. Kalau terlepas bas, alamatnya dia kena ‘tuang’ kelas sebab pensyarah akan menutup dan mengunci pintu dewan kulaih ataupun pintu bilik tutorial tepat pada masanya.

“Haih..habislah aku kalau Ajid tak datang. Aku dah janji dengan dia nak cari rumah sewa lepas kelas nanti.” Sekali lagi Saiful panjangkan lehernya mencari kelibat Ajid.

Pensyarah sudah mula memasuki dewan kuliah melalui pintu hadapan. Saiful sudah gelisah.Sekali lagi dia mengintai kelibat Ajid.

“Huh!Sampai pun!” Saiful senyum sebaik melihat Ajid tercungap-cungap berlari masuk melalui pintu belakang.  Nasib baik pensyarah tidak perasan Ajid tadi. Jelas dia mendengar pensyarah mula melaung menyuruh seseorang menutup semua pintu dewan kuliah.

“Weh!Kau terrtinggal bas lagi ke?” Saiful segera menyapa Ajdi yang mula melabuhkan punggung di sebelahnya.

“Nyaris aku tertinggal bas tadi. Aku bangun lambat hari ni. Subuh aku pukul tujuh pagi beb!” Ajid mengelap peluh yang menitik. Sebaik turun dari bas tadi, dia berlari sekuat hati ke arah dewan kuliah.Alang-alang dah sampai di kampus, dia kena hadir kulaih Profesor Maznah itu. Sebelum semua pintu ditutup, dia perlu sampai dulu.

“Nasib baik Prof Maznah tu tak nampak kau tadi. Kau melangkah  masuk je tadi, terus dia arahkan semua pintu ditutup kau tahu?” Saiful sengih.

Kelas Profesor Maznah sudah pun bermula. Semua pelajar mula menumpukan perhatian pada kuliah.



HABIS kelas tadi,Saiful dan Ajid terus ke perpustakaan mencari bahan rujukan. Itulah yang selalu dilakukan setiap kali habis kuliah. Kalau tidak bergegas ke perpustakaan, buku rujukan akan terlepas ke tangan pelajar lain. Tambah lagi kalau buku rujukan itu dari bahagian ‘red spot’. Berebut! Selesai meminjam buku, mereka berdua mula melangkah ke medan selera. Dari pagi lagi mereka tidak mengisi perut. Saiful mula mencari meja kosong sementara menunggu Ajid membeli makanan.

“Kau beli apa untuk aku?” saiful sengih.

“Apalagi? Nasi lemak seringgit dan kopi o panas la!” Ajid turut sengih.

Mereka berdua mula menikmati sarapan bersama.

“Pul!Jadi ke kita nak cari rumah sewa?” Ajid mula teringat hari itu Saiful mengajaknya mencari rumah sewa.

“Jadi!Lepas  kelas Prof Rashid nanti, kita ronda-ronda cari rumah sewa.” Saiful kunyah nasi lemak dengan lahap. Perutnya dari tadi berbunyi.

“Boleh.Kau ada bawa helmet lebih tak? Karang tak pasal-pasal aku kena pakai bekas ais krim macam malam tu lagi!” Ajid sengih lagi. Teringat masa mereka berdua menghadiri study group pada waktu malam dulu, Saiful terlupa bawa topi keledar lebih. Terpaksalah sarung bekas plastic ais krim! Punyalah haru masa tu! Nasib baik polis tidak ada. Kalau tidak memang sah-sah kena saman!

Saiful ketawa terbahak-bahak.

Woih! Yang kau ketawa macam nak pecah perut ni kenapa?” Ajid luku kepala Saiful.

“Kelakar kau masa tu! Serius beb!” Saiful masih ketawakan Ajid.

“Sudahlah tu! Sekarang ni jangan pulak nak ulang tayang benda tu sekali lagi!” Ajdi jeling Saiful yang masih ketawakannya.

Ok ok! Don’t worry my friend! Aku ada bawa la!” Saiful mula sengih.

Mereka berdua menghabiskan nasi lemak dan kopi o panas yang masih bersisa.




USAI kelas Profesor Rashid, Saiful dan Ajid mula membonceng motosikal menuju ke buah kawasan perumahan tidak jauh dari kampus. Tiba di simpang, mereka berdua mula meninjau dari satu rumah ke satu rumah.

“Pul! Tu ada satu rumah untuk disewa. Kau tak nak ke?” Ajdi tuding ke arah satu rumah yang tertera satu kertas besar di pintu pagar ‘UNTUK DISEWA’

“Mana?”Saiful perlahankan motosikalnya.

“Tu!”Ajid tuding lagi ke arah rumah itu.

“Hmm..ok juga tu.” Saiful berhentikan motosikalnya dan mula mendial nombor yang terteradi situ.

“Ada tak?” Ajid mula bertanya Saiful setelah beberapa kali mendail nombor itu.

“Tak ada jawapan la..” Saiful mengeluh.

“Haih..payah juga nak cari rumah sewa ni. Masa kita tak nak, berlambak rumah kosong. Masa kita beria nak, satu pun tak ada..” Ajid turut mengeluh.

Hari itu mereka pulang dengan perasaan hampa. Saiful menghantar Ajid ke perhentian bas dan dia terus memecut laju ke rumah abangnya di Petaling Jaya.


Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 04:37 PM | Show all posts
salam....ipo...npe cete cik lokcin ngn piana da xbole baca?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2015 04:39 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 16-6-2015 04:47 PM

MALAM itu, Saiful masih termenung di atas katil. Masih memikirkan mengenai rumah sewa. Dia bingkas bangun dan mula membuka komputer riba.

“Baik aku tanya Mr. Google. Mana tahu ada rumah kosong untuk disewa.” Saiful mula mencari rumah sewa di internet. Sudah banyak laman sesawang dilayari tetapi tidak satu pun yang ada rumah sewa yang berdekatan.

“Hmm..di Mudah.my pun semuanya jauh-jauh..haih..” Saiful menopang dagu.

“Pul cari apa?”

Saiful berpaling. Abangnya sudah berdiri di belakangnya.

“Err..abang.Pul ingat nak cari rumah sewa.” Saiful sengih.

“Rumah sewa? Kenapa?” Sharif  tarik kerusi satu lagi dan duduk di sebelah Saiful.

“Abang tak kerja ke malam ni?” Saiful ubah topik lain. Dia jeliing jam. Hampir sembilan malam. Selalunya abangnya sudah ke tempat kerja masa macam ini.

“Oh..tak.Hari ni ada kawan abang yang ganti. Minggu depan baharu abang mula kerja malam semula.” Sharif senyum.

“Oh…”Saiful angguk-angguk. Lega.

“Ni,kenapa nak pindah?” Sahrif  bertanya lagi.

“Tak ada. Kawan Pul yang ajak. Ramai yang duduk jauh dari kampus. Selalu datang lambat ke kelas. Jadi kami ingat nak cari rumah dekat sikit dengan kampus tu.Abang kenal Ajid?” Saiful pandang muka abangnya yang sudah berkerut. Dia sengaja beri alasan macam itu. Gila nak beritahu tentang dia tinggal berdua waktu malam dengan kakak ipar sendiri! Sudahlah kak Salina suka sangat jenguk bilik aku!

“Ajid? Hmm..Ajid anak Pak Seman tu ke?” Sharif senyum.

Saiful angguk. “ Dia pun duduk jauh dari kampus. Dia tinggal dengan kakak dia di Kajang. Jauh tu bang nak ulang alik ke Shah Alam ni.” Saiful kembali menatap skrin komputer.

“Hmm..memang jauh tu. Memang patut cari rumah sewa dekat-dekat sikit. Err..dah cari ke belum?”

“Tengah cari ni. Masih taka da kosong.” Saiful melepaskan keluhan sebentar.

“Hmm…memang susah nak cari rumah sewa sekarang ni. Tambah lagi kalau dekat dengan kampus.Berebut dengan orang kerja lagi.” Sharif turut mengiakan kata-kata Saiful.

“Abang masuk tidur dulu..penat ni..” Sharif minta diri.

Saiful hanya mengangguk. Dia menyambung melihat laman sesawang di komputer ribanya.Dia perlu dapatkan juga rumah sewa secepat mungkin. Esok dia kena cari lagi rumah sewa tu. Masa semakin suntuk.

Saiful menapak ke ruang dapur. Terasa haus tekak bila lama mengadap skrin komputer riba. Dia capai mug dan mula menuang air kosong dari peti sejuk.

“Pul belum tidur lagi?”

Tersembur air kosong dari mulut Saiful. Salina dilihat sudah tercegat di muka pintu menuju ke ruang dapur. Seksi dengan baju tidur yang agak jarang. Dia menelan liur.

“Be..belum kak..” Saiful tunduk. Adoi..apa hal pula dia ke dapur malam-malam ni..

“Hmm…akak rasa haus pula malam ni. Ada lagi tak air sejuk dalam frigde tu?” Salina menapak mendekati Saiful.

“Err…ada.Abang Sharif dah tidur ke kak?” Saiful ubah topic.

“Dah..lepas mandi tadi, dia terus tidur..” Salina berkata sugul. Matanya melirik pada Saiful.

“Oh…saya masuk tidur dulu kak..” Cepat-cepat Saiful melangkah ke biliknya semula. Duduk berdua di dapur malam-malam macam itu, buatnya abang Sharif terjaga dari tidur nanti, tentu dia ingat yang bukan-bukan nanti. Baik aku blah awal!



SEAWAL lapan pagi,Saiful sudah  ke kampus. Sempat dia melihat iklan di papan kenyataan di dataran fakultinya. Tiada iklan untuk rumah sewa.Dia kecewa lagi. Mengomel sendiri. Bila dia tak mahu sewa, bersepah iklan rumah untuk disewa dipaparkan di situ! Dia mengomel lagi.

Saiful melangkah pula ke medan selera yang terletak tidak jauh dari fakulti Sains.Malam tadi dia hanya makan roti sahaja. Bangun pagi tadi, perutnya rancak berbunyi. Macam-macam lagu!

“Hmm…kalau makan nasi lemak dua bungkus ni kenyang juga ni.” Saiful ambil dua bungkus nasi lemak dan dua biji kuih lepat pisang. Segelas teh tarik turut dibeli.

Dia mula mencari meja kosong. Beg sandang diletakkan di kerusi sebelah. Bungkusan nasi lemak segera dibuka. Sudah banyak kali perutnya berbunyi! Dengan lahap, Saiful mengunyah nasi lemak. Tidak sampai sepuluh minit, licin nasi lemak dua bungkus.Dia mula teguk teh tarik perlahan-lahan.

“Pul!”

Saiful berpaling. Azhar sedang melambai ke arahnya sambil berlari anak. Di tangannya ada beberapa buku rujukan. Hmm..mungkin baru balik dari perpustakaan agaknya.

“Kau dari mana?” Saiful mula bertanya.

“Aku dari library tadi! Ni aku nak bagi kau!” Azhar menghulurkan sekeping kertas sebesar A4 kepada Saiful.

“Apa ni?”

“Kau bacalah! Kau cari rumah sewa kan?” Termengah-mengah Azhar bersuara.

Saiful angguk dan terus membaca isi kandungan kertas itu. Dia senyum. Terasa harapan untuk menyewa rumah dalam masa terdekat makin cerah.

“Har,mana kau dapat iklan rumah sewa ni?” Saiful pandang Azhar yang masih termengah-mengah.

“Aku ambil kat batang pokok dekat dengan kawasan masuk ke kampus ni.” Azhar sengih.

“Batang pokok?” Saiful tercengang.

Azhar angguk.

“Kat mana? Kau biar betul Har! Betul ke iklan ni?” Saiful pandang pada kertas sekeping itu berkali-kali. Memang ada tulis rumah untuk disewa. Siap dengan nombor telefon lagi.

“Betullah! Iklan tu ditampal kat batang pokok. Tapi yang peliknya satu keping tu je.Nasib baik aku sempat ambil tadi.” Azhar sengih lagi.

“Hmm…tak apalah. Nanti aku call nombor teleefon ni.” Saiful simpan dalam poket seluar jeans.

“Alah..kau call je nombor tu. Tak rugi apa pun kan?” Azhar pandang Saiful yang masih berkerut kening melihat iklan tadi.

“Yalah..aku call nanti. Kau dah makan?” Saiful  teguk teh tarik yang masih berasap.

“Belum.Kau nak belanja ke?”

“Kau ni..asal tolong aku je, kau nak upah!” Saiful luku kepala Azhar.

“Alah..nasi lemak seringgit je pun! Kedekut tahi hidung masin betullah kau ni!” Azhar mencebik.

“Yalah!Nah!” Saiful hulur duit sepuluh ringgit kepada Azhar.

“Macam nilah kawan!” Azhar bingkas bangun dan segera ke gerai yang berderet di medan selera itu dengan pelbagai menu sarapan. Dia kembali ke meja Saiful setelah membeli dua bungkus nasi lemak lauk sambal kerang.

“Amboi! Ni dah lebih! Aku makan nasi lemak kosong je tau!” Saiful jeling nasi lemak di depan Azhar.

Azhar hanya senyum sumbing. Nasiblah kau Pul! Tuah aku la hari ni!

“Mana Ajid?” Saiful mula bertanyakan hal kawannya itu.

“Entah!Dia kan selalu lambat! Tertinggal bas lagi la tu agaknya.” Azhar tidak pandang Saiful. Dia begitu menikmati nasi lemak berlaukkan sambal kerang dengan air kopi panas.

“Hmm..tulah Har. Aku dan Ajid ni tinggal jauh dari kampus ni. Hari-hari nak kena bangun pagi. Lepas tu terpaksa meredah kesesakan jalanraya lagi. Kau lainlah! Dah ada rumah sewa!” Saiful mengeluh lagi.

“Alah..aku pun kebetulan la Pul. Masa aku tengah cari rumah sewa dulu, kebetulan Nordin nak cari teman sebilik. Bilik yang dia sewa tu mahal. Jadi kalau kongsi tiga orang,  boleh share. Murahlah sikit katanya. Aku apa lagi, bagai orang mengantuk disorongkan bantal la. Kebetulan aku pun sedang cari bilik kosong masa tu. “ Panjang lebar Azahr menjawab pertanyaan Saiful.

“Hmm..tu la.” Saiful menopang dagu.

“Aku rasa baik kau call nombor tu. Mana tahu kau bernasib baik! Dapat rumah besar dan murah sewanya!” Azhar kenyit mata.

Saiful hanya senyum. Murah apanya kalau dah rumah besar! Tentulah beribu nanti sewanya! Saiful jeling Azhar yang sudah habis menelan nasi lemak. Lapar sangatlah tu!

“Kau ada kelas ke?” Azhar mendongak melihat Saiful yang sudah bingkas bangun.

“Ya, pukul sembilan nanti. Lecturer aku tu garang gila beb! Aku kena cepat ni!” Saiful ambil beg sandangnya di atas kerusi.Dia terus beredar dari situ.

Azhar hanya memerhati  Saiful berlalu pergi.Hairan bila dapat tahu Saiful sedang mencari rumah sewa sedangkan Saiful sudahpun tinggal dengan abangnya di Petaling Jaya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2015 04:40 PM | Show all posts
tashusyah replied at 16-6-2015 04:37 PM
salam....ipo...npe cete cik lokcin ngn piana da xbole baca?

tak boleh?..rp 1 je tu..tak lepas ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 04:47 PM | Show all posts
hehehe..ok2..dpt da..sorry ipo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2015 04:57 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 16-6-2015 05:04 PM

SAIFUL senyum. Ajid rupanya sudah dulu masuk ke kelas Profesor Rashid. Dia mendekati Ajid yang sudah mula membuka nota kuliah.

“Ajid,awalnya kau sampai?” Saiful melabuhkan punggung di sebelah Ajid.

“Mahunya tak awal! Aku terjaga pukul lima pagi beb!” Ajid sengih.

Saiful turut senyum. “Habis kau buat tahajjud tak?”

Ajid sengih sumbing.

Saiful faham senyuman Ajid tadi. Muka Ajid ni nak buat tahajjud?? Kirim salam! Subuh pun selalu terlepas!

“Pul,bila kita nak cari rumah sewa lagi?” Ajid tanya lagi soal rumah sewa.

“Ha..ni,aku ada iklan rumah sewa ni.” Saiful ambil kertas dari poket seluar jeansnya dan ditunjukkan kepada Ajid.

Ajid baca sekilas. “Mana kau dapat ni?”

“Azhar yang beri pada aku tadi.” Saiful sengih. Dia mula keluarkan nota kuliah dari beg sandangnya.

“Oh…boleh cuba tanya ni Pul.” Ajid pula teruja.

“Lepas kuliah ni, kita pergi cari rumah tu. Kita pun tak ada kelas sampai petang kan?”Saiful teringat jadual kelasnya untuk hari itu. Semua kuliah sama dengan Ajid. Hanya kelas tutorial sahaja yang kadang-kadang berlainan.

Ajid angguk.

“Kalau macam tu, lepas kuliah ni, kita ronda cari rumah ni.” Saiful senyum lebar.Harapannya tinggi.


HABIS KELAS, Saiful dan Ajid mula mencari rumah yang tertera di iklan yang diberi Azhar sebentar tadi.Perlahan mereka menyusuri jalan sempit ke arah sebuah rumah yang agak jauh dari rumah lain. Tiba di pintu pagar, Saiful menjenguk-jenguk sekitar kawasan rumah.Rumah dua tingkat itu diperhati lama. Rumput di laman sudah siap dipotong,kemas. Ada sebuah buai di tepi laman berhampiran sebatang pokok rambutan yang rendang. Di sebelah kiri rumah pula, ada dua rumpun pokok buluh yang merimbun di tepi pagar berkawat. Di kanan rumah, ada sebuah pangkin yang terletak betul-betul di bawah pokok manggis.

“Pul,cantik jugak rumah ni..kawasannya luas gila!” Ajid senyum. Mula terasa puas bila melihat keadaan luar rumah yang kemas dan unik.

Saiful hanya angguk sambil meninjau keadaan sekitar rumah. Rumah yang dipagari dengan pokok menjalar dengan bunga berwarna merah jambu cukup memberi bau wangi sekitar kawasan.

Err..kau dah call owner rumah tak?” Ajid sudah tidak sabar.

“Dah.Lepas Azhar beri aku iklan ni, aku try call. Dia janji nak datang esok. Aku dah janji jumpa kat depan rumah ni la.” Saiful masih menjenguk ke dalam  kawasan rumah.

“Oh…baguslah tu. Tak adalah nanti kita berebut dengan orang lain. Sekarang ni rumah sewa bukan senang nak cari. Siapa yang bayar deposit dulu, dia yang dapat. Kalau kita tak cepat, meelpas kita nanti. Dahlah kita dah lama nak cari rumah sewa ni.” Panjang Ajid membebel.

“Ya, akuf aham. Bukan kau seorang je yang cari rumah sewa ni. Aku pun kalau boleh nak blah dari rumah abang aku hari ni juga.” Saiful sengih.

“Kenapa kau nak sangat keluar dari rumah abang kau tu? Aku rasa tak adalah jauh sangat rumah abang kau dari kampus kita ni? Lagipun kau ada motor.” Ajid pandang Saiful yang masih terjenguk-jenguk melihat keadaan sekitar rumah.

“Ah! Tak payahlah kau tahu sebabnya. Janji aku keluar dari rumah tu.” Saiful berpaling ke arah Ajid yang masih memandangnya dari tadi.

“Hmm…kalau macam tu, kita duduk rumah ni. Aku dah berkenan sangat dengan rumah ni. Dahlah luas, banyak pokok buah, siap ada buai lagi tu hah!” Ajid muncungkan mulutnya ke arah sebuah buai yang terhayun-hayun ditiup angin.

Saiful hanya angguk. Matanya masih melilau melihat sekitar rumah. Pintu pagar yang berkunci menyebabkan mereka hanya boleh melihat dari luar pagar. Dia pandang pula jiran-jiran sebelah menyebelah. Nyata rumah itu agak jauh dari rumah lain.

“Ajid,kira jadilah rumah ni. Aku call lagi sekali tuan rumah ni.” Saiful mula menghubungi nombor yang tertera di kertas sekeping itu.

Ajid menunggu penuh sabar. Dia mula senyum bila melihat riak Saiful sudah berubah.Senyum Saiful sudah meleret.

“Macam mana?” Ajdi semakin tidak sabar.

“Ok!Set! Esok kita jumpa owner kat depan rumah ni!” Saiful senyum lebar.

Mereka berdua mula meninggalkan tempat itu. Motorsikal Saiful mula menuju ke jalan besar. Tadi semasa masuk ke kawasan perumahan itu mereka terpaksa melalui jalan kecil yang hanya muat sebiji kereta sahaja untuk ke rumah bercat hijau itu..

“Pul,kau berhenti kat bus stop depan tu jelah. Aku rasa bas tu boleh pergi ke Kajang.” Ajid tuding ke arah sebuah perhentian bas di depan jalan besar sebaik keluar dari kawasan perumahan itu.

Saiful perlahankan motosikalnya dan berhenti betul-betul di depan perhentian bas itu.

“Kau pasti ke bas kat sini pergi ke Kajang?” Saiful ambil helmet yang dihulur Ajid.

“Ya,tadi aku nampak ada tulis ke Kajang.” Ajid kemaskan rambutnya yang agak berserabai. Beg sandang dikemaskan di bahu kiri.

“Betul ni?” Tanya Saiful lagi. Buatnya Ajid melangut tunggu bas tak sampai-sampai.

Ajid angguk.

“Kalau macam tu, okeylah.” Saiful ikat helmet yang dihulur Ajid tadi di belakang tempatduduk.

“Pul,kau perasan tak tadi?” Ajid masih berdiri di depan motosikal Saiful.

“Perasan apa?”

“Masa kita duk terjenguk-jenguk tengok rumah tu, aku perasan ada beberapa orang kat situ duk sama terjenguk-jenguk tengok kita. Kenapa eik?” Ajid pandang Saiful tak berkelip.

“Entah!Alah..mungkin kita ni orang baharu kat situ, sebab tulah mereka asyik tengok je kat kita.” Saiful sengih.

“Tapi aku pelik, mereka tu macam bercakap sesama sendiri. Siap tunjuk-tunjuk lagi.”Ajdi garu kepala pula.

“Alah kau ni! Tak payahlah nak fikir sangat apa yang mereka tu buat. Perempuan kan?”Saiful betulkan tali topi keledar. Beg sandangnya dikemaskan di belakang.

Ajid angguk.

“Hah!Kalau dah namanya perempuan, tentulah mereka tu sibuk! Tambah kawasan perumahan macam tu! Apa lagi nak buat petang-petang macam ni? Mengumpatlah!” Saiful ketawa.

“Mengumpat apa ke bendanya! Kita bukan buat benda tak elok pun. Tengok rumah je! Lainlah kalau kita ni tergolong dalam golongan LGBT tu!” Ajid geram.

“LGBT?”saiful berkerut kening.

“LGBT pun kau tak tahu?” Ajid turut berkerut kening.

Saiful geleng.

“LGBT tu maknanya Lesbian Gay Bisexual Transgender! Tu la! Asyik tengok buku je!” Ajid tepuk bahu Saiful.

“Oh…hehehe..”Saiful sengih.

Ajid turut sengih.

“Aku normal bro! Nanti marah makwe aku! Kau tu jangan nak gatal masuk golongan tu! Menangis karang makwe aku kalau dia tengok kau nak mengurat aku!” Usik Saiful.

“Gila kau! Aku jantan la!” Ajid tumbuk bahu Saiful.

“Oklah Ajid. Aku nak balik ni. Jumpa esok!” Saiful mula menghidupkan enjin motosikalnya dan mula meninggalkan Ajid sendirian di perhentian bas itu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2015 05:10 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 16-6-2015 08:39 PM

BAB 2



SEKALI lagi Saiful dan Ajid menjejakkan kaki ke rumah bercat hijau itu. Semalam mereka sudah berjanji akan berjumpa dengan tuan rumah jam lima petang. Motosikal diparkir di depan pintu pagar. Ajid dan Saiful menunggu di situ.


“Pul,betul ke tuan rumah nak datang? Dah nak pukul enam ni. Dah dekat sejam kita tunggu kat sini.” Ajid tengok jarum jam di pergelangan tangannya.

“sabarlah..mungkin jalan sesak tu. Aku malas dah nak cari tempat lain. Kita tunggu jelah.” Saiful turut melihat jam di pergelangan tangannya. Memang sudah satu jam mereka berdua menunggu di situ. Hari semakin senja. Nasib baik hari ini kelas hanya waktu pagi sahaja tadi.  Bolehlah guna masa yang terluang itu mencari rumah sewa.

“Aku rasa tuan rumah tak datang la Pul. Hari pun dah makin gelap ni.” Ajid mendongak. Awan cerah yang biru tadi sudah mula bertukar kelabu.  

“Sekejap lagi tuan rumah akan sampai.” Saiful duduk pula atas motosikal. Helmet disangkut di atas cermin sisi.

Haih…susah betul nak dapat rumah sewa ni.” Ajid duduk mencangkung tepi pintu pagar. Sesekali dia mengibas tubuhnya yang terasa panas dengan nota kecil yang diambil dari beg sandangnya.

“Orang kata sabar itu indah..” Saiful senyum.

“Banyaklah kau punya indah! Dah berpeluh ketiak aku ni!” Ajid lempar nota kecil ke arahSaiful.

Saiful sempat mengelak sambil ketawa terbahak-bahak. Dia suka mengusik Ajid. Sejak di sekolah dulu lagi dia suka mengusik Ajid.

Ajid mula bangun. Dia betulkan pinggangnya yang terasa lenguh. Matanya menala ke arah rumah bercat hijau itu sekali lagi. Meninjau sekitar kawasan depan rumah. Dia senyum. Rumah itu sungguh cantik. Dinding luar dicat warna hijau muda seakan warna hijau epal.

“Hmm..kalau rumah sendiri ni kan best!” Ajid sudah berangan.

Dia berpaling pula ke arah Saiful yang sedang memandang ke arah taman permainan kanak-kanak yang terletak betul-betul depan rumah itu. Hanya ada dua buah buai dan satu jongkang jongket. Rumput pula kelihatan panjang, seperti tidak berjaga.

“Pul! Kau tengok apa?” Ajid panjangkan lehernya turut melihat padang di depan rumahitu yang agak tidak terurus.

“Tu! Aku tengah fikir ni. Kalau kita jadi sewa rumah ni, bolehlah petang-petang atau hujung minggu kita main bola kat padang tu.” Saiful sengih.

“Hmm..betul juga tu. Depan rumah ni je kan?” Ajid turut sengih. Angguk-angguk. Turut mengiakan kata-kata Saiful tadi.

Saiful melihat jam di tangan. Sudah hampir enam setengah petang. Dia merenung ke arah jalan yang menghala ke jalan besar. Masih belum kelihatan kelibat tuan rumah.

“Tunggu jelah..dah penat aku cari rumah.”

Saiful membebel sendiri bila sudah lebih sejam dia menunggu di depan pintu pagar rumah itu. Sesekali dia melihat Ajid yang begitu teruja dengan rumah itu. Nampak jelas di wajah Ajid, asyik senyum dari tadi. Seketika kemudian, muncul sebuah kereta menghala ke arah rumah itu. Kereta diberhentikan tepat di depan rumah itu hanya sebelah motosikal Saiful. Seorang lelaki yang agak berumur mula keluar dari perut kereta sambil tersenyum. Kemas dengan baju kemeja petak-petak, berseluar hitam dan memakai songkok. Lagak seperti orang dulu-dulu.

Saiful dan Ajid saling berpandangan.

“Pul, tu agaknya tuan rumah yang kita tunggu tu.” Ajid muncungkan mulutnya ke arah seorang lelaki yang keluar dari perut kereta tadi yang mula berhenti di depan rumah.

“Yalah tu agaknya. Dia senyum kat kita tu.” Saiful masih memandang lelaki itu.Orangnya sudah agak berumur.

Lelaki itu segera mendekati Saiful dan Ajid.

“Dah lama tunggu?” tegur lelaki itu.

Saiful dan Ajid serentak mengangguk.

“Maafkan pakcik sebab lambat sampai. Jalan sesak teruk tadi.” Pakcik itu senyum.

“Taka pa..” Saiful senyum sumbing. Takkan nak marah pula.

Pintu pagar mula dibuka. Saiful dan Ajid mula mengikut lelaki tua itu masuk ke dalam kawasan rumah bercat hijau itu. Ajid dan Saiful sempat memerhati dari dekat sekitar kawasan laman. Kemas dan menarik. Lelaki tua itu pula mula membuka kunci pintu utama rumah itu. Pantas lelaki itu menguak pintu utama.
Kreekk….
Saiful dan Ajid hanya senyum bila lelaki tua itu senyum sebaik sahaja pintu dibuka. Sebaik pintu terbuka, terlopong Saiful dan Ajid melihat sekitar dalam rumah bercat hijau itu.

“Wah!Pul! Besarnya! Semua ada!” Ajid sudah teruja.

“Ya la…”Saiful turut memerhati setiap sudut rumah itu yang begitu kemas dan lengkap dengan perabot.

Lelaki tua itu menunjukkan sekitar dalam rumah. Saiful dan Ajid  memerhati sekitar ruang tamu dan dapur. Cukup luas. Lengkap dengan perabot. Bilik pula ada empat dengan satu bilik kecil dekat dapur. Tiga bilik lagi di tingkat atas.

“Macam mana?” Lelaki tua itu bertanya sebaik sahaja sesi jelajah sekitar dalam rumah itu selesai.

Belum sempat Saiful bersuara, Ajid segera mengangguk sambil senyum.

“Berapa sewa? Deposit berapa?” Saiful menggaru kepala. Dalam hatinya mengagak rumah sebesar itu yang lengkap dengan perabot tentu sewanya mahal.

“Tak mahal, tiga ratus  saja sebulan. Boleh masuk terus!” Lelaki tua itu senyum lagi.

Huih! Murah tu! Boleh sangatlah pakcik!Kami setuju!” Ajid segera menjawab bila mendengar sewa hanya tiga ratus ringgit saja.

“Kalau macam tu, duit untuk sewa bulan ni anak masukkan dalam akaun ni.” Lelaki tua itu menghulur sekeping kertas yang sudah tercatat nombor akaun seseorang.

Err…deposit macam mana pakcik?” saiful ambil kertas yang dihulur pakcik tua tadi.

“Deposit hanya seratus ringgit sahaja. “ pakcik tua itu senyum lagi.

“Bayar sekarang ke?” Ajid pula mencelah.

Lelaki tua itu mengangguk.

Ajid dan Saiful mula menghulurkan  lima puluh ringgit seorang kepada pakcik tua itu.

Lelaki tua itu menghulur pula segugus kunci kepada Saiful.

“Kalau ada apa-apa kerosakan, telefon nombor ni.” Satu keping kertas dihulur kepada saiful.

Saiful hanya mengangguk. Ajid turut intai nama dan nombor telefon yang tertera di atas kertas sekeping itu.

“Apa-apa hal nanti, call saja nombor yang pakcik beri tadi.” Lelaki tua itu mula menapak ke pintu rumah.

“Oh ya!Jangan bawa banyak barang sangat. Dalam rumah ni dah ada semuanya. Nanti senang kalau nak pindah semula.” Pesan lelaki tua itu sebelum dia berlalu pergi keluardari rumah bercat hijau itu.

Saiful tak sempat mengucapkan terima kasih.Lelaki tua itu kelihatan tergesa-gesa meninggalkan tempat itu. Mungkin ada hal penting. Teka Saiful sendiri.

“Pul, kenapa pakcik tu cakap macam  tu?” Ajid mendekati Saiful yang berada di tepi pintu rumah.

“Cakap apa?”

“Tadi dia cakap, jangan bawa banyak barang sebab kalau nak pindah semula senang.”Ajid garu kepala yang tidak gatal.

“Alah..kan rumah ni sudah lengkap semuanya. Buat apa kita nak bawa barang banyak. Kita bawa pakaian dan buku-buku kita je la. Kalau ada barang lain pun, mungkin laptop tu. Meja belajar dan almari pakaian semuanya sudah tersedia dalam rumah ni.Kau sendiri tengok tadi kan?” Saiful sengih.

Ajid angguk-anguuk tapi masih keliru dengan kata-kata lelaki tua tadi.

“Dah,sekarang ni kita dah ada kunci rumah ni. Kita nak pindah bila?” Saiful senyum lebar. Kunci rumah sudah berada di tangan.

“Ikutlah.Aku ikut je.” Ajid turut senyum.

“Apa kata, malam ni kita pindah? Kita minta tolong Zaki sebab dia ada kereta. Nak minta tolong Azhar tu, dia sibuk sekarang ni. Macam mana?” Usul Saiful.

“Hmm..malam ni…boleh juga.” Ajid mengangguk lagi.

Saiful mula menghubungi Shahrul. Mereka mula beredar dari situ. Jam sudah hampir maghrib. Usai solat maghrib, Saiful dan Ajid balik ke rumah masing-masing untuk mengemas barang. Pukul sembilan nanti mereka sudah berjanji akan berjumpa di kampus semula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2015 05:23 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 16-6-2015 05:42 PM

SAMPAI di rumah,Saiful mula berkemas barang-barangnya. Tidak banyak, hanya satu beg pakaian dan sekotak buku rujukan. Komputer riba pula sudah dimasukkan ke dalam beg sandangnya.

“Pul,nak pindah ke?” Sharif menegur adiknya.

“Ya bang. Pul dah dapat rumah sewa. Pul ingat malam ni juga nak pindah.” Saiful masih mengemas.

“Malam ni? Tak boleh ke tunggu esok? Malam-malam macam ni nak pindah, tak elok.”Sharif masih tercegat di muka pintu bilik saiful.

“Ajid pun nak pindah malam ni. Tak apa..kita orang ada member yang ada kereta. Senang sikit nak angkut barang ni.” Saiful senyum.

“Boleh bawa ke semua barang tu? Nak abang hantarkan?” Sahrif menawarkan diri.

“Tak payah bang. Sikit je barang ni. Muat ni atas motor tu.”

Sharif angguk. Dia menolong Saiful mengangkat semua barang ke atas motosikal. Saiful mula bersalam dengan abangnya.

‘Senang-senang nanti, datanglah rumah abang ya.” Pesan Sharif sebelum Saiful bertolak pergi.


MALAM itu juga,Saiful dan Ajid mula berpindah. Dengan ditemani Zaki, rakan sekuliah yang ada kereta, mereka mula menuju ker rumah bercat hjiau itu semula. Sampai di laman rumah, mereka mula mengangkut barang-barang yang dibawa tadi. Zaki turut menolong mengemas dan membersih rumah dua tingkat itu. Saiful dan Ajid memilih bilik di tingkat atas. Bilik mereka bersebelahan.

“Zaki,kau nak duduk sini tak? Ada satu lagi bilik kosong tu!” Saiful mula mengajak Zaki tinggal sekali di rumah itu.

“Hmm..nanti mak aku marah. Rumah aku kan dekat kampus je. Nanti aku tanya siapa yang naksewa sini sekali dengan kau dan Ajid.” Zaki senyum.

“Ya tak ya juga. Kami ni je yang duduk jauh dari kampus tu.” Saiful mengangguk dan mula sengih. Dia jeling Zaki. Faham benar dengan sikap Zaki yang tidak boleh berenggang dengan ibunya. Anak manja. Sentiasa bawah ketiak mak!

Zaki mula minta diri setelah semua barang diangkut masuk ke rumah.

“Pul,aku balik dulu la. Dah nak tengah malam ni.” Zaki bersalam dengan Saiful danAjid. Dia jeling jam. Hampir sebelas malam.

“Nanti datanglah lepak kat sini. Kau dah tahu rumah ni kan?” Pesan Zaki. Dia menghantar Zaki sehingga ke kereta yang diletakkan di depan laman rumah. Ajid turut sama mengikut saiful ke laman.

“InsyaAllah! Aku datang!” Zaki mula masuk ke dalam kereta. Dia segera keluar dari kawasan rumah bercat hjiau tu. Sesekali dia melihat melalui cermin belakang. Entah kenapa bulu romanya terasa meremang. Sejak mula-mula sampai lagi dia merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah itu. Masa mengemas rumah tadi, dia perasan pasu yang terletak di atas meja kecil itu asyik beralih tempat. Masa dia ke dapur mengambil air sejuk dalam peti ais, dia terlihat pula satu kelibat di cermin  tingkap dapur.

Eii..tak adanya aku nak datang lepak kat rumah dia orang tu. Seram aku!” Zaki memeceut semakin laju keretanya meninggalkan kawasan perumahan itu.


SAIFUL dan Ajid mula mengemas bilik masing-masing. Penat mengemas mereka berdua mula menaiki motosikal menuju ke hujung taman perumahan. Ada deretan kedai di hujung jalan.Dua buah restoran dan tiga lagi kedai runcit. Mereka berdua segera ke salah sebuah restoran 24 jam di situ. Saiful dan Ajid mula mengambil tempat duduk di meja yang terletak di luar restoran.

“Makan apa?” Seorang pelayan perempuan datang.

“Bagi saya mi goreng dan teh tarik!” Saiful senyum.

Ajid pula pesan nasi lemak dan kopi ‘o’ panas. Mereka berdua mula menikmati makanan yang dipesan. Sejak dari pagi tadi perut belum diisi. Sebaik sampai di rumah hijau itu, mereka segera mengemas. Sibuk mengemas, sampai lupa perut yang sudah minta untuk diisi.

Err..maaf, anak ni baru ke kat sini?”

Saiful dan Ajid berpaling serentak. Seorang perempuan yang agak berumur menegur mereka. Kelihatan di tangan perempuan itu ada sebuah bakul berisi  karipap.

“Ya makcik.” Saiful menjawab.

Perempuan tua itu hanya memandang ke arah Saiful dan Ajid tidak berkelip. Wajahnya sedikit muram. Dia hulur beberapa biji karipap kepada Saiful dan Ajid.

Err..makcik, kami tak nak karipap ni.Kami dah makan ni..” Saiful menolak dengan baik. Ajid juga turut angguk.

“Ambilah!Tak payah bayar pun.” Perempuan tua itu terus berlalu pergi. Karipap yang dibungkus dalam beg plastik merah diletakkan atas meja.

Saiful dan Ajid terpinga-pinga. Tiba-tiba perempuan tua itu memberi mereka karipap percuma. Dari cara pemakaian perempuan itu, Saiful mengagak yang perempuan itu orang yang agak susah. Baju kurung yang sudah lusuh dan kepalanya hanya ditutup dengan kain batik lusuh.

“Pul,siapa makcik tu?” Ajid cuit lengan Saiful.

“Entah!Aku pun tak kenal. Kan kita baharu je kat sini.” Saiful masih memandang makcik jual akripap itu sehingga lenyap dari pandangannya.

“Hairan aku. Tetiba je dia datang kat kita. Lepas tu siap beri percuma karipap kat kita. Aku ingatkan saudara kau ke apa ke..” Ajid sengih.

“Hish!Mana ada!” Saiful luku kepala Ajid.

Ajid sengih lagi. Matanya masih menala pada makcik tadi yang sudah hilang dari pandangan.

“Dah!Makan cepat! Dah nak tengah malam ni. Jalan ke rumah kita tu gelap sikit.”Saiful cuit lengan Ajid yang masih memandang ke arah luar restoran.

Mereka menghabiskan nasi lemak dan mee goreng masing-masing. Selesai membayar mereka mula menaiki motosikal pulang ke rumah. Berhati-hati Saiful membawa motosikalnya melalui jalan gelap menuju ke rumah sewa mereka.


MALAM itu, di ruang tamu, Saiful dan Ajid menonton tv bersama setelah selesai solat Isyak. Pulang  dari restoran tadi, mereka berdua masih belum mengantuk. Jadi, mereka lepak di runag tamu sambil menonton cerita di kaca tv.

“Pul,rumah ni semuanya lengkap.Televisyen pun disediakan oleh tuan rumah.” Ajid sengih.Dia lihat sekali lagi sekitar ruang tamu dan dapur. Semuanya sudah tersedia. Mereka hanya bawa pakaian saja ke situ. Almari, peti sejuk, tv, mesin basuh, kerusi meja semua sudah tersedia.

Saiful turut senyum.  Matanya masih menala kekaca tv. Cerita lakonan Nicholas Cage cukup menarik perhatiannya.

“Hmm..kau dahaga tak?” saiful menoleh ke arah Ajid yang masih mengadap tv.

Ajid berpaling. “ Dahaga juga. Kau nak buat air ke?” Ajid senyum kambing.

Saiful faham sangat senyuman Ajid. Dia bingkas bangun dan menuju ke runag dapur.Seketika kemudian dia kembali ke ruang tamu bersama dua mug jus oren yang diambil dari peti sejuk.

“Nah!”Saiful hulur kepada Ajid dan melabuhkan punggung semula di sofa.

“Terima kasih daun keladi..” Senyum Ajid semakin lebar. Dia meneguk perlahan jus oren yang dihulurkan oleh Saiful tadi.

“Bila kau tukar cerita kartun ni? Dah habis ke cerita Ghost Rider tadi?” saiful jeling Ajid.

“Alah,bosanlah cerita tu. Aku dah tengok berkali-kali. Kartun ni lagi best!” Ajid ketawa melihat gelagat Spongebob yang menyakat kawan-kawannya.

Saiful geleng. Alasan!

“Ajid, kau perasan tak?” Saiful pandang Ajid.

Ajid masih leka menonton kartun. Sesekali dia ketawa terbahak-bahak dengan kisah lucu dari watak Spongebob.

“Ajid!Kau dengar tak?” Saiful mula geram bila Ajid tidak menghiraukan pertanyaannya tadi.

“Apa kau tanya tadi?” Ajid mula berpaling.

“Kau perasan tak makcik jual karipap tadi tu? Dia pandang kita semacam je.” Saiful teringat semula perempuan tua yang memberi mereka karipap percuma semasa di restoran tadi.

“Hmm…yalah. Eh! Mana karipap tu? Bila kau sebut karipap tu..terasa lapar pulak! Mana?” Ajid pandang Saiful sambil angkat kening seperti penyanyi Ziana Zain.

“Ada kat dapur. Aku letak bawah saji tadi.” Saiful muncungkan mulutnya ke arah dapur.

“Laa..kenapa tak ambil karipap sekali tadi masa kau pergi ambil air tu?”

“Kau tak cakap nak makan karipap! Buat apa aku nak ambil!” Saiful luku kepala Ajid.

“Heheh..aku ambil.” Ajid bingkas bangun.

Ajid segera menuju ke dapur sambil bersiul kecil. Dia terus petik suis di kiri dinding dapur. Sebaik lampu terpasang, Ajid segera ke meja makan. Tudung saji dibuka perlahan. Ada lima biji karipap di dalam pinggan yang masih belum terusik. Dia segera mengambil pinggan berisi karipap itu dan membawanya ke ruang tamu semula.

Saiful hanya memandang Ajid yang begitu lahap makan karipap makcik tadi. Dia geleng.Ajid seperti kemaruk makan karipap padahal sebelum ini dia bukanlah peminat kuih sangat. Dia jeling  Ajid yang begitu beria mengunyah karipap.

“Pul!Kau tak nak rasa ke?” Ajid mula pandang Saiful bila hanya tinggal sebiji karipap dalam pinggan.

Err..sedap ke?” Saiful mula terliur.

“Nah!Rasalah! Sedap! Inti kentang dengan daging!” Ajid hulur kepada Saiful.

Saiful mula makan. Dia mengunyah perlahan.

“Hmm..sedap jugak karipap makcik ni!”

Ajid senyum. “ Esok kita beli nak?”

Saiful hanya angguk. Entah jumpa  entah tidakdengan makcik jual karipap itu lagi. Dia berkira esok lepas kelas, dia akan singgah lagi di restoran tadi. Mana tahu dapat berjumpa semula dengan makcik jual karipap.

Mereka berdua mula masuk ke bilik masing-masing bila terasa mula mengantuk. Ajid sudah berkali-kali menguap. Jam di dinding sudah menunjukkan ke angka dua belas setengah malam.

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 05:39 PM | Show all posts
nasi lemak dah bertukar jadi nasik goreng.. seram tuuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2015 05:42 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 16-6-2015 05:39 PM
nasi lemak dah bertukar jadi nasik goreng.. seram tuuuu

nampak je kau ya!
dah edit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2015 10:14 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 12-7-2015 09:04 AM

DI BILIK, Saiful masih memandang siling. Matanya masih segar. Puas dia pejam tapi tidak boleh lelap. Dia tekapkan tellinga dekat dinding sebelah. Ajid sudah tidur agaknya bila mendengar dengkuran kuat Ajid.  Sekejap badannya dipusing ke kiri,sekejap ke kanan. Aduh!! Bila aku nak tidur ni!!
Saiful mula bangun dan duduk di meja belajar. Komputer riba dibuka, broadband maxis dipasang. Dia mula melayari laman facebook. Sesekali dia ketawa mengekek bila membaca status teman-teman alam mayanya. Pasal kucing mati pun nak menangis! Adoii!! Dia tepuk dahi sendiri.

“Hmm..sedap jugak karipap makcik tadi..” Tiba-tiba Saiful teringat keenakan karipap yang dimakan tadi. Patutlah Ajid begitu beria makan karipap percuma yang diberikan makcik itu.

“Alah..benda percuma tentulah sedap!” Saiful sengih.

Dia segera ke dapur bila tekaknya mula terasa haus. Sempat dia buka pintu bilik Ajid sebelum menapak ke dapur. Ajid sudah terbongkang tidak sedarkan diri. Kenyang sangatlah tu agaknya. Fikir Saiful sendiri sambil tersenyum. Dia tutup semula pintu bilik Ajid dan mula menapak ke dapur, menuruni anak tangga. Keadaan di ruang tamu agak suram. Tadi sebelum masuk tidur, lampu utama di ruang tamu ditutup dan hanya lampu di dinding sahaja yang dibiarkan bernyala. Dalam cahaya samar-samar begitu, Saiful berhati-hati melangkah ke dapur. Suis dapur dipetik. Dia segera ke peti sejuk, mengambil sekotak jus oren. Sebiji mug yang diletak atas rak dapur dicapai dan jus oren dituang sampai penuh. Dia terus meneguk sampai habis. Jus oren dituang lagi, kali ini hanya separuh mug saja. Sedang enak meneguk jus oren yang sedikit masam, Saiful mula perasan ada sesuatu melintas di tingkap dapur. Dia segera mendekati tingkap dapur. Terhendap-hendap dia mengintai dari celah cermin tingkap yang retak sedikit.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2015 10:30 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 12-7-2015 09:06 AM

edit.......................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2015 09:54 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 12-7-2015 09:06 AM

BAB 3



HARI itu Saiful dan Ajid berehat saja di rumah.  Mereka mula mengemas laman rumah. Daun kering yang jatuh bersepah di atas rumput disapu dan dibakar di belakang rumah. Ajid pula sibuk membersihkan longkang yang mula berlumut. Berpeluh juga mereka berdua mengemas dan membersihkan halaman rumah. Saiful senyum melihat Ajid yang begitu rajin membersih kawasan belakang rumah. Pelepah kelapa yang sudah kering dan buah kepala kering yang jatuh dikumpulkan di satu tempat dan dibakar.

“Pul! Ada pokok jambu air la kat sini!” Ajid laung dari bawah pokok jambu air yang sudah pun berbuah.

Saiful mendongak. Memang pokok jambu iar itu sudah pun berbuah. Geram melihat buah jambu yang merah lebat di atas pokok.

“Ajid! Kau ambillah sikit. Boleh kita makan!” Laung Saiful dari bawah pokok manggis dekat pangkin. Daun pokok manggis yang juga banyak yang luruh disapu dan dikumpulkan di satu tempat.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2015 10:18 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 12-7-2015 09:05 AM

edit...............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.504775 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list