CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

KOLEKSI CERPEN - (6) Misteri Thriller- TAMAT) -page #7

[Copy link]
 Author| Post time 6-4-2015 12:21 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 6-4-2015 10:28 AM
Uih...

Ini Adam versi Christian Grey ke hapa?

Christian Grey tu sapa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2015 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 6-4-2015 09:59 AM
watak Adam citer saya ni banyak versinya Zam..
terima kasih baca ya zam...

Isk... Isk... Isk... Perlakuan persis haiwan... Inilah dikatakan haiwan bertopengkan manusia... Sungguh kejam manusia seperti ini...

Thanks for sharing new story with us
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 01:07 PM | Show all posts
Ipo replied at 6-4-2015 12:21 PM
Christian Grey tu sapa?

Introducing.....Christian Grey



Adaptasi dari novel


Yang movienya diharamkan masuk mesia dan kini penjualan buku tersebut telah turut diharamkan (rasanya) walaupun 4,5 tahun lepas penjualannya sangat kebaboom di tanah air...

Sinopsisnya, sila cari sendirik. Kang muntah hijau lak bila paste kat sini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 01:18 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 6-4-2015 01:07 PM
Introducing.....Christian Grey

oh yang ni ke..
aku suka soundtrack citer ni..
by ellie Goulding..
Love me like you do
tapi video clip dia...mak aih...lucas skit..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 01:20 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 6-4-2015 01:06 PM
Isk... Isk... Isk... Perlakuan persis haiwan... Inilah dikatakan haiwan bertopengkan manusia... Su ...

FYI, this story is based on true story jugak Zam..
ipo jadi pendengar setia pada seorang kakak ni..menangis dia luahkan perasaan dia pada ipo ..
dah lama dah benda ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 01:22 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 6-4-2015 01:24 PM
Ipo replied at 6-4-2015 01:18 PM
oh yang ni ke..
aku suka soundtrack citer ni..
by ellie Goulding..

Dah ceritanya pun melucasss...

Haruslah bideoklip pun lucas beluncas...





Tapi Christian Grey itu kurang hensem di pandangan mataku....

Ensem lagi kot tunang Lana Nordin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2015 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 6-4-2015 01:20 PM
FYI, this story is based on true story jugak Zam..
ipo jadi pendengar setia pada seorang kakak ni ...

MasyaALLAH!!! Kesiannya kakak tu Ipo... Tabahnya dia hadapi dugaan sebegini...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 03:36 PM | Show all posts
Ipo replied at 6-4-2015 10:01 AM
KINI Hawa dibawa tinggal bersama di sebuah banglo di kawasan elit. Rumah besar tiga tingkat lengkap  ...

menciklah seksa2 minik nih... xde tamadun...

nih yg dikatakn nafsu serigala... syaiton nyer manusia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2015 07:14 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 6-4-2015 01:22 PM
Dah ceritanya pun melucasss...

Haruslah bideoklip pun lucas beluncas...

ya betul..hensem stail mat saleh lerr..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 07:15 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 30-3-2015 11:03 AM
nak kenakan orang akhirnya terkena balik

amboih...kemain ko gelakkn aku ek?
baru skarang rasa nak reply
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 07:15 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 6-4-2015 01:24 PM
MasyaALLAH!!! Kesiannya kakak tu Ipo... Tabahnya dia hadapi dugaan sebegini...

ya...itu kisah lama Zam..
skarang ni dah cerai..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 07:16 PM | Show all posts
sellie003 replied at 6-4-2015 03:36 PM
menciklah seksa2 minik nih... xde tamadun...

nih yg dikatakn nafsu serigala... syaiton  ...

erk..emo nya cik sellie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 07:17 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 6-4-2015 07:20 PM

ok sambung....


HAWA lega.Anaknya selamat lahir ke dunia. Tiada cacat cela. Dia cium Alisha berkali-kali.Air matanya jatuh lagi.  Dua bulan dia berpantang  di rumah ibunya. Hidupnya terasa aman.Jiwanya mula tenang.

“Tulah..mama dah cakap. Adam tu baik orangnya. Segala-galanya tersedia. Hawa cuci kaki saja.Sekarang ni Hawa dah ada anak. Mama gembira sangat dapat cucu.”   

Hawa pandang wajah ibunya. Betapa ibu begitu bangga dengan Adam. Tidak sampai hati dia beritahu ibu tentang sikap Adam. Mati hidup semula ibu tidak akan percaya.Luka-luka di  badannya yang jelas kelihatan pun dikatanya dia sendiri sengaja menolak ajakan Adam. Sebab itu Adam beri pengajaran begitu. Air matanya tumpah lagi. Biarlah. Suatu hari nanti ibunya akan tahu juga siapa Adam sebenarnya. Sepanjang dia berpantang, hanya beberapa kali saja Adam datang menjenguk mereka dua beranak. Sibuk katanya. Ah!Dia pun tidak kisah. Tak datang langsung pun tak apa. Tidaklah dia sakit hati. Nyata Adam pandai berlakon depan ibu. Dia berubah sekelip mata menjadi seorang suami penyayang. Lembut dengan isteri. Dengan lakonan itulah ibu tidak pernah percaya kata-katanya. Adam dipuji melambung.

“Habis pantang nanti, Adam nak bawa Hawa balik semula ke rumah.” Adam senyum sambil memandang Datin Robiah di sebelah Hawa.

Hawa mula gementar. Bermakna hidupnya kembali ke alam neraka. Jelas di wajah Adam  senyuman yang diukir hanya pura-pura.  Terbayang pula tubuhnya yang akan menjadi mangsa Adam.

“Eloklah tu Adam. Bawalah balik isteri kamu ni. Tempat seorang isteri di sisi suami.” Datin Robiah senyum.

Hawa tunduk.Nyata ibunya begitu menyayangi Adam. Baginya Adam cukup sempurna sebagai seorang suami. Hawa terpaksa mengikut kehendak Adam dan ibunya.  Ibunya mula mengemas barang-barangnya. Petang itu mereka mula berkemas. Sejak pagi lagi, Datin Robiah mengharapkan Adam datang menjemput Hawa. Namun kelibat Adam tidak kelihatan.  Datin Robiah terpaksa menyuruh pemandunya menghantar Hawa. Dia turut sama menemani Hawa sambil mendukung Alisha.

“Tak apa..Adam sibuk kat ofis tu agaknya.”

Hawa pandang ibunya yang masih mempertahankan Adam. Dari mula lagi, ibu selalu menyebelahi Adam. Hawa mengeluh. Terasa dirinya pula seperti menantu dan Adam pula anak kandung Datin Robiah. Terkadang ingin saja dia menyuruh ibunya tinggal sekali dengannya di rumah neraka itu. Biar ibu tahu siapa Adam sebenarnya. Ingin saja dia luahkan apa yang sebenarnya berlaku di rumah itu.Namun ternyata semuanya bagaikan tersekat di anak tekak. Orang gaji semuanya tidak berani angkat muka dengan Adam. Masing-masing kunci mulut. Seminggu sekali Adam akan membawa kawan lelakinya bermalam di rumah itu. Setiap malam minggu, mereka akan menonton bersama di ruang tamu sehingga tertidur di situ. Itulah yang selalu Adam lakukan setiap hujung minggu. Kadang-kadang sampai penuh diruang tamu dengan botol arak. Baunya sungguh meloyakan. Sepanjang dia menjadi isteri Adam, tidak pernah sekalipun dia melihat Adam solat. Bila diungkit,ringan saja penampar singgah di pipinya. Sejak itu dia tidak lagi menegur Adam.

You jangan nak memandai suruh itu ini!”

Hawa diam. Dia tidak berani bila melihat Adam mula menyinga begitu sedangkan masa Adam inginkannya pun dia sudah pucat muka.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 07:25 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 6-4-2015 07:29 PM



BERAT hati Hawa melangkah ke rumah itu semula. Namun dia terpaksa gagahi juga kerana ibu yang menyuruhnya ke situ. Bagi ibu, tempat seorang isteri adalah di sisi suami. Ya..memang benar tetapi ibu tidak tahu apa yang suaminya sudah lakukan selama ini.

“Senyap je rumah ni. Adam kat ofis kut..” Datin Robiah mula melangkah masuk bersama Hawa.

Hawa tidak hiraukan kata-kata ibunya.  Baginya Adam hanyalah seorang suami di atas sekeping kertas yang  menghalalkan perhubungan antara Adam dan Hawa. Sama sepertinya…suami yang bernama Adam dan isteri yang bernama Hawa. Namun untuk menghormati Adam sebagai suami jauh sekali. Dulu masa mula-mula menerima lamaran Adam, dia nekad untuk menjadi seorang isteri yang taat pada suami dan cuba melupakan Hadi. Tapi ternyata Adamtidak layak untuk digelar suami apatah lagi dihormati.

“Apa yang bersepah ni?” Datin Robiah pandang sekitar ruang tamu.

Hawa hanya pandang sepi. Dia sudah biasa dengan pemandangan begitu. Kini giliran ibunya sendiri melihat dengan mata kepalanya sendiri keadaan rumah neraka itu.

“Mama..inilah yang Hawa lalui sepanjang Hawa berada di sini..” Hawa akhirnya bersuara.

Datin Robiah mula tidak selesa. Dia pandang lagi sekitar rumah. Alisha diletakkan dalam bilik atas yang sudah dihias  indah dengan barangan mainan.
“Adam mana?”

Hawa hanya diam.Waktu begini Adam bukan ada di pejabat. Dia sudah hafal jadual harian Adam. Adam akan masuk ofis pukul sepuluh pagi. Tengah hari pula pulang ke rumah. Petang sambung semula ke ofis sampai pukul empat. Dia jeling jam di dinding. Sudah lima setengah petang. Rumah besar itu ada enam buah bilik. Dua bilik di tingkat bawah. Tiga bilik di tingkat dua dan satu bilik di tingkat paling atas. Dia dan Adam tidur di bilik utama di tingkat dua. Bilik bawah, kak Kiah dan tukang kebun yang duduk di situ. Masih ada tiga bilik kosong.

“Mama..tidur sini ya malam ni.” Pujuk Hawa.

Dia sebenarnya tidak sanggup lagi tidur sebilik dengan Adam. Malam begitu gerun baginya.

“Hmm..baiklah.Malam ni mama tidur sini. Err..yang mana satu bilik mama?”

Hawa senyum.Lega. Akhirnya ibunya sudi bermalam di situ. Dia segera menarik tangan ibu ke bilik kosong di tingkat dua.

“Ni bilik mama!”Hawa senyum.

Tombol pintu dipulas perlahan. Sebaik saja pintu terbuka, Hawa terpaku. Tergamam. Tidak sanggup melihat. Wajahnya dipalingkan ke arah lain. Dia pandang pula ibunya yang masih terdiam di situ. Mata ibu terbuka luas. Mulut ibu ternganga. Tidak percaya. Hawa terus menarik tangan ibunya. Mereka terus masuk ke bilik utama.Pintu ditutup rapat. Datin Robiah hanya mengikut rentak Hawa. Hawa mula mengeluarkan baju dalam almari dan dimasukkan ke dalam beg besar. Tidak sanggup lagi berada di situ.

“Hawa..betul ke apa yang mama nampak tadi?” Datin Robiah menepuk pipinya berkali-kali.

Hawa diam. Dia juga tidak sangka begitu keji sikap Adam. Jijik!

“Hawa! Cakap dengan mama! Alisha ni anak Hawa dengan siapa???” Datin Robiah mula curiga.Bahu Hawa digoncang kuat.

Hawa hanya mampu menangis. Sampai begitu sekali ibunya menuduh dirinya.

“Cakap Hawa!!”

“Mama! Alisha tu anak Hawa dengan Adam! Sampai hati mama tuduh Hawa curang!” Makin laju air mata Hawa menitis. Dalam keadaan begitu pun ibunya masih menyalahkan dirinya.

Datin Robiahmula keliru. “Kalau Adam macam tu..takkan dia ada nafsu nak sentuh Hawa!”

Hawa tidak menghiraukan kata-kata ibunya. Tangannya laju mengeluarkan semua baju dari almari. Segugus kain jatuh berselerak atas lantai. Dia pandang ibunya yang duduk di birai katil. Datin Robiah melangkah perlahan ke arah Hawa. Dia mengambil baju yang berselerak atas lantai. Satu persatu baju itu diamati.

“Hawa..kenapa semuanya koyak sampai macam ni sekali?” Datin Robiah bingung.

Hawa masih tidak menghiraukan kata-kata ibunya. Dia cepat-cepat mengemas.

“Hawa! Bagi tahu mama!”

“Kalau mama nak tahu..itulah yang selalu terjadi bila Adam ingin bersama Hawa. Hawa dilayan dengan kasar mama!” Hawa mula menangis. Dia duduk semula di birai katil sambil menekup muka.

“Ya Allah! Jadi selama ini..Hawa..” Kata-kata Datin Robiah terhenti. Dia beristighfar panjang.

Hawa masih menangis. Biarlah ibunya tahu. Kali ini dia tidak boleh berselindung lagi.Bukti sudah ada depan mata. Dan tadi…ibunya nampak sendiri kecurangan Adam.Kecurangan yang paling jijik! Perlahan Datin Robiah mendekati Hawa. Lengan baju kurung Hawa diselak.  Kain yang dipakai Hawa pula diselak. Dia menekup muka. Lama. Kesan lebam dan luka di merata tempat.

“Hawa..maafkan mama.” Tubuh Hawa dipeluk erat dengan juraian air mata.

-
-


HAWA terkejut bila bahunya disentuh. Dia pandang ke arah ibunya yang masih meriba Alisha.

“Hawa..apa yang Hawa fikirkan. Lama termenung tadi.”

Hawa mula tersedar dari lamunan. Kini dia yakin dengan keputusannya. Adam bukan lagi suaminya!Sikap Adam nyata membunuh jiwanya. Selama ini dia boleh terima layanan kasar Adam terhadapnya tapi dia tak boleh terima nafsu songsang Adam, hatinya telah mati untuk Adam. Nyata Adam bukan hanya bernafsu pada perempuan. Kejadian di bilik itu yang membuktikan segala-galanya kehidupan songsang Adam.

Selamat tinggal Adam. Hawa takkan bertemu  Adam lagi.




TAMAT

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
MasyaALLAH!!! Sampai begitu sekali ya Ipo...  Kesian hawa...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2015 08:53 AM | Show all posts
Ipo replied at 6-4-2015 07:16 PM
erk..emo nya cik sellie

Mukan apa ipo...makin ramai lelaki2 dayus akhir zaman... asik dera perempuan jek...lebih2 lagi bila dia seorg isteri... dah takde belas kasihan dihati seorg lelaki bergelar suami... hmmmm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2015 09:11 AM | Show all posts
haila...haram jadah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2015 11:02 AM | Show all posts

sabar cik sellie..
itulah rencah hidup sebenarnya..
ada manis, ada masam, ada pahit, ada kelat..




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2015 11:02 AM | Show all posts
sellie003 replied at 7-4-2015 08:53 AM
Mukan apa ipo...makin ramai lelaki2 dayus akhir zaman... asik dera perempuan jek...lebih2 lagi bil ...

banyak yang berlaku sekarang ni..hmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2015 11:04 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 6-4-2015 10:43 PM
MasyaALLAH!!! Sampai begitu sekali ya Ipo...  Kesian hawa...

ya zam...
ipo ada lagi citer benar pasal lgbt...dipaksa ..
pengakhirannya...dia meninggal..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.684209 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list