CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2485|Reply: 0

Ugly Email

[Copy link]
Post time 23-3-2015 02:05 AM | Show all posts |Read mode
Ugly Email – Pemalam Untuk Menyemak Emel Yang Diterima GMail Dijejak Atau Sebaliknya
Terdapat beberapa perkhidmatan yang menyertakan penjejak pada emel yang dihantar, untuk beberapa tujuan – dan salah satunya adalah untuk mengetahui sama ada anda telah membuka dan membaca sesuatu emel ataupun sebaliknya. Penyertaan penjejak ini mungkin tidak diketahui oleh penerima, memandangkan kebiasaannya ia hadir dalam bentuk imej bersaiz 1 pixel.
Terdapat beberapa jenis penjejak lain yang turut membolehkan penghantar mengetahui jenis peranti yang digunakan serta beberapa data lain.
Untuk mengatasi perkara ini, salah satu pemalam baru yang hadir untuk Chrome adalah Ugly eMail.



Ugly eMail membolehkan anda mengetahui sama ada emel yang diterima oleh anda mempunyai penjejak ataupun sebaliknya. Ugly Email memantau beberapa perkhidmatan buat masa ini, termasuk Streak, Yesware, Mandrill, MailChimp, Potmartk, dan juga Bananatag. Mereka turut mengatakan akan menambah lebih banyak perkhidmatan baru pada masa akan datang.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu memasang pemalam Ugly eMail pada pelayar web Chrome mereka, dan ia akan menyemak setiap kali anda mengakses GMail. Jika seuatu emel yang diterima mempunyai penjejak, ia akan memperlihatkan sebuah ikon berbentuk mata bersebelahan dengan ruangan tajuk emel di Inbox.

Pembangunnya turut mengatakan bakal hadir dengan pemalam untuk Firefox tidak lama lagi.
Bagi anda yang berminat dan melanggan kepada pelbagai jenis newsletter, mungkin boleh mencuba Ugly Email ini hari ini.

kredit:www.amanz.my


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.164682 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list