|
Apa lagi, sapa2 yg belum nikah lagi dan ada sejumlah wang rm 300K bolehla mencobak
Pemilik pun ala2 urban, tunggu masa untuk dipimpin dan dihidayahkan.
Abam kucimtomey boleh cubak ni, dulu2 pakai ee ees pai, lani katanya dah pakai merc
PANAS : BELI RUMAH DAPAT ISTERI | BELI RUMAH DAPAT TUAN RUMAH SEKALI.
YOGYAKARTA, INDONESIA: “Beli rumah, boleh nikahi pemilik, untuk pembeli serius.” Demikian bunyinya iklan hartanah oleh seorang wanita di Yogyakarta yang kini menjadi viral di media sosial.
Inilah yang boleh dikatakan iklan “Lock, Stock and Barrel” yang sebenarnya.
Agak sukar dipercayai namun tidak mustahil. Pada zaman sekarang, manusia sanggup berbuat apa saja, sama ada kerana terdesak atau mahukan yang terbaik.
Gayanya, wanita berkenaan mengiklan sedemikian bagi memastikan yang terbaik untuk keluarganya.
Wina Lia, 40, menawarkan rumahnya dengan harga Rp 999.000.000 (RM 282,594.55) di Randu Gunting Tamanmartani, Kalasan, Sleman, Yogyakarta, untuk para pembeli yang serius sahaja.
Antara lain, kandungan iklan menyebut tidak boleh tawar menawar, tetapi menariknya pembeli berkenaan boleh menikahi pemiliknya.
Wina dilaporkan memberitahu Kompas.com, beliau tidak meletakkan kriteria khusus kepada calon suaminya.
Baginya, lelaki tersebut hendaklah masih bujang atau duda, mestilah bertanggungjawab dan matang. Kriteria lain adalah lelaki berkenaan mestilah mampu menjadi imam kepadanya serta anak-anak.
“Yang penting lagi, sebagai seorang Muslim, lelaki itu mestilah boleh menjadi imam. Boleh membuatkan saya terbuka hati untuk memakai hijab,” tegas kata pengusaha salun tersebut. Sumber
cp/s : Camna ni, tak cukop saploh hingget nak sampai Rp 999,000,000 lagi ni
|
|