CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1654|Reply: 0

'Pendatang Haram Akan Pisahkan Sabah Dari Malaysia'

[Copy link]
Post time 17-3-2015 01:29 PM | Show all posts |Read mode

Bekas seorang senator dari Sabah percaya bahawa pendatang yang memperolehi kerakyataan secara haramlah yang akan menyebabkan Sabah menarik diri dari Malaysia.

Dr Chong Eng Leong berkata walaupun ada segelintir penduduk tempatan menggesa pemisahan tersebut, tetapi sebenarnya, tegas beliau, mereka yang mendapat faedah dari Projek IC yang akan memisahkan negeri itu daripada Malaysia.

  
"Saya bimbang satu hari nanti, Sabah akan keluar dari Malaysia, bukan kerana kita (rakyat Sabah), tetapi kerana mereka (pendatang)," kata Chong dalam satu forum mengenai pendatang tanpa izin di Sabah di Kuala Lumpur malam tadi.

Empat rakyat Sabah didakwa semalam atas tuduhan menghasut, memilik bahan yang dikaitkan dengan lamanweb Sabah Sarawak Keluar Malaysia.

Bagaimanapun, Chong (kiri) percaya sebahagian besar rakyat Sabah tidak mahu meninggalkan Persekutuan Malaysia.

Penduduk tempatan sebenar Sabah tidak akan menarik diri daripada Malaysia, kata Chong kepada pemberita selepas forum tersebut.

Katanya, ada segelintir yang mencuba, tetapi pihaknya bimbang mereka ini bukan penduduk sebenar.

Telah didakwa bahawa agensi-agensi persekutuan dan pemimpin Umno memberi kerakyatan kepada pendatang sebagai pertukaran untuk undi bagi mengalahkan lawan politik di negeri itu di bawah Projek IC.

Di bawah projek itu, kata Chong, penduduk Melayu Sabah meningkat sebanyak 2,061 peratus daripada hampir 18,000 pada tahun 1970, kepada 398,000 pada tahun 2010.

Chong, yang merupakan seorang saksi dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Projek IC, percaya kini terdapat hanya 1.8 juta penduduk Sabah yang sebenar, dengan 800,000 pendatang tanpa izin yang tinggal di negeri ini, di mana 500,000 daripadanya mempunyai MyKad.

Untuk membetulkan keadaan tersebut, Chong berkata, pentadbiran negeri itu mesti menunjukkan keazaman politik dan menangani masalah pendatang haram, walaupun ia mungkin dilihat tidak berperi kemanusiaan untuk berbuat demikian.

"Jika anda mempunyai satu pil yang boleh menyelamatkan nyawa orang, adakah anda akan beri pada rakyat asing atau rakyat anda sendiri?" tanya Chong kepada hadirin di forum yang anjuran DAP itu.

- mkini

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.249005 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list