CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1580|Reply: 11

[Tempatan] Kau keliru atau aku buntu?

[Copy link]
Post time 6-3-2015 04:06 PM | Show all posts |Read mode


WAHABI datang lagi! Apa itu Wahabi? Bagaimana rupa bentuknya? Dari mana asalnya? Apa beza Wahabi dengan wasabi? Mungkin persoalan sebegini bermain dalam fikiran masyarakat.

Isu ini kembali menjadi panas. Ia rentetan daripada tersiarnya keputusan  Majlis Fatwa Negeri Sembilan yang melarang fahaman Wahabi di negeri tersebut. Keputusan ini menjadi bualan dan perbahasan bukan sahaja di Negeri Sembilan, bahkan meluas sehingga ke peringkat nasional.

Melalui laporan media, alasan yang diberikan kenapa Wahabi dilarang kerana Malaysia berpegang dengan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ).  Alasan ini menimbulkan persoalan. Adakah fahaman Wahabi terkeluar daripada ajaran ASWJ?

Kemudian, hari berikutnya dinyatakan pula Wahabi tidak salah, cuma ia tidak sesuai diamalkan di Malaysia. Antara alasannya ialah kita berpegang dengan Mazhab Syafii. Jika perbandingan ini diberikan, timbul persoalan. Adakah Wahabi ini salah satu mazhab fikah berbeza dengan Mazhab Syafii?

Saya berasa polemik ini akan terus berlegar dan tenggelam timbul di Malaysia sekiranya kita tidak menyelesaikan perkara asas terlebih dahulu. Apakah perkara asas tersebut?

Berikan definisi, jelaskan ciri-cirinya.Mana-mana pihak yang melarang, menyekat, mengharamkan atau pun menghukumkan Wahabi sebagai fahaman yang salah atau sesat, mestilah terlebih dahulu menerangkan apakah Wahabi yang dimaksudkan. Nyatakan siapa penggeraknya? Apa bahan rujukannya?

Supaya semua pihak berbincang mengenai perkara yang sama. Jika setakat menyatakan terma atau label, kemungkinan ada pihak yang mendapat gambaran tidak tepat seperti mana yang ingin dimaksudkan pihak mendakwa.

Setelah dinyatakan apakah atau siapakah Wahabi yang dimaksudkan dengan diperincikan ciri-cirinya, barulah dibentangkan pula hujah ilmiah mengapa ia dilarang. Apakah fahamannya bercanggah dengan ASWJ?

Bahkan sekiranya fahaman ini sampai ke tahap sesat, pihak yang mendakwa boleh menjelaskan siapakah pihak yang cuba menyebarkan ajaran ini di Malaysia? Seperti yang dilakukan dalam isu Syiah, Ayah Pin, ajaran Harun dan sebagainya.


Berhujah secara ilmiah

Pihak mendakwa perlu bentangkan hujah secara jelas, kukuh, dipercayai dan dalam bentuk yang ilmiah. Jika tidak, masyarakat akan terkeliru.

Contohnya, jika dikatakan fahaman Wahabi melarang orang ramai mengadakan kenduri sempena kematian seseorang pada malam pertama, ketiga, ketujuh, empat puluh dan sebagainya, perlu dijelaskan hujah mengapa ajaran ini bercanggah dengan Mazhab Syafii dan ASWJ?

Tetapi, apabila dirujuk kembali kepada dalil dan fatwa ulama termasuk ulama dalam kalangan Mazhab Syafii, dalam kitab fikah Mazhab Syafii, bahkan dalam "kitab kuning" karya ulama Nusantara, mereka juga melarang perkara yang sama.

Jadi adakah Mazhab Syafii juga akan didakwa sebagai Wahabi atau kita yang perlu mengkaji lagi?

Apakah dan siapakah Wahabi yang dimaksudkan? Kebiasaannya, setakat hari ini, bila disebut istilah Wahabi, ia akan merujuk kepada gerakan dakwah yang dinisbahkan kepada Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab (1115-1206 H/1703-1792 M).

Walaupun beliau tidak pernah mengisytiharkan gerakan dakwahnya sebagai Wahabi, namun label itulah disandarkan kepadanya. Adakah Wahabi yang difatwakan di Negeri Sembilan merujuk kepada gerakan dakwah ini? Pihak yang mendakwa perlu menjelaskannya.


Pandangan orang bijak

Jika istilah Wahabi tersebut merujuk kepada gerakan dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, bagaimana pandangan tokoh ulama dan cendekiawan antarabangsa terhadap gerakan dakwah ini?

Prof Dr Yusof al-Qaradhawi menyatakan pandangannya dalam beberapa buah kitab beliau, antaranya:

a) Fiqh al-Awlawiyat:

"Al-Imam Muhammad bin Abd Wahab yang berada di semenanjung tanah Arab menjadikan akidah sebagai keutamaan di sisinya, bagi memelihara tauhid daripada unsur syirik dan khurafat yang mencemarkan kesuciannya. Dia mengarang beberapa buah kitab dan risalah mengenai perkara ini. Dengan kemampuannya, dia menggerakkan dakwah dan amal dalam memusnahkan segala gambaran syirik".

b) Thaqafat  al-Daa‘iyah:

"Hendaklah diberi perhatian kepada gerakan pembaikan dan tajdid yang tercatat dalam sejarah Islam, dan dengan tokoh gerakan tajdid dibangkitkan ALLAH dalam kalangan umat ini dari semasa ke semasa bagi melakukan tajdid terhadap agamanya, tidak kira dari latar belakang mana sekalipun.

Mereka ialah golongan khulafa seperti Umar bin Abd al-Aziz, atau dalam kalangan raja dan pemerintah seperti Nuruddin dan Salahuddin, atau fuqaha dan pendakwah seperti al-Syafii, al-Ghazali, Ibn Taimiyah dan Ibn Abd al-Wahab. Dan yang dikatakan mujaddid itu boleh jadi, sama ada individu tertentu, jemaah atau pusat pengajian yang jelas tujuannya dalam melakukan pembaikan…”

Pandangan Prof Dr Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya "Taathur al-Da’wat al-Islahiyah al-Islamiyah bida’wah al-Syeikh Muhammad bin Abd al-Wahab":

"Sesungguhnya paling jelas suara kebenarannya, paling besar seruan ke arah pembaikan dan jihad bagi mengembalikan keperibadian Islam dengan berpegang kembali dengan manhaj salaf al-soleh ialah dakwah Syeikh Muhammad bin Abd Wahab pada kurun ke-12 hijrah, bagi melakukan pembaharuan (tajdid) terhadap suasana kehidupan Islam, selepas didapati berlakunya di tengah masyarakat pelbagai khurafat, bidaah dan penyelewengan.

Maka Muhammad Abdul Wahab adalah benar, seorang ketua kepada kebangkitan dan pembaikan agama yang ditunggu-tunggu, yang telah membetulkan semula neraca akidah Islam dan menjelaskan hakikat tauhid yang suci kepada ALLAH".

Pandangan Syeikh Muhammad al-Ghazali dalam kitabnya "al-Da’wah al-Islamiyah Tastaqbil Qarnuha al-Khamis ‘asyar" :

"…sesungguhnya kami menyatakan satu-satunya gerakan yang membangkitkan kembali umat Arab bagi memperbaiki semula akidah dan ibadah dan yang seumpama dengannya daripada segala bentuk penyelewengan... yang kami maksudkan itu ialah gerakan pembaharuan yang diasaskan Muhammad bin Abd Wahab di kepulauan tanah Arab…".

Pandangan Syeikh Muhammad Qutb dalam kitabnya "Halummu nakhruj min al-zhulumat":

"Sesungguhnya kebangkitan yang benar lagi sejati itu tidak dapat dimasuki oleh unsur-unsur Kristianisasi, maka sesungguhnya gerakan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab ialah satu berita gembira yang hakiki kepada kebangkitan ummah ini daripada kelalaiannya..."

"Sesungguhnya gerakan yang dipelopori Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab bagi menjernihkan kembali akidah adalah satu gerakan yang hakiki dalam menggerakkan kebangkitan dunia Islam..."

Pandangan Syeikh Ali al-Tantawi dalam kitabnya "Muhammad bin Abd al-Wahab":

"...manusia beri i'tikad segala manfaat dan mudarat bergantung kepada Rasul dan golongan solihin, dengan kubur dan pokok-pokok, mereka memohon daripadanya segala hajat, mereka mengembalikan urusan mereka di kala kesusahan kepadanya, bernazar dan menyembelih kepadanya dan mereka sangat membesarkan orang yang telah mati...

Dalam suasana begini, muncullah Muhammad bin Abdul Wahab RHM ... dan ALLAH mengehendaki baginya kebaikan, ditakdirkan dialah antara salah seorang yang dikhabarkan Rasulullah SAW sesungguhnya mereka itu diutuskan bagi melakukan tajdid terhadap agama, dan ALLAH menetapkan di tangannyalah bumi Najd ini kembali kepada tauhid yang sahih dan al-din yang benar, dan kembali wujudnya kesatuan selepas daripada perselisihan dan perpaduan selepas daripada perpecahan..."

Terdapat ramai lagi ilmuwan dunia Islam, tokoh ulama dan cendekiawan yang menjadi rujukan umat ini menyatakan pujian dan penilaian mereka secara adil terhadap gerakan dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab.

Namun begitu, segala pujian mereka tidaklah menafikan kekurangan dan kelemahan yang ada kepada gerakan ini.

Jika Wahabi dikatakan di Malaysia merujuk kepada perkara yang sama seperti yang dipuji ilmuwan wantarabangsa, persoalan demi persoalan akan terus muncul. Di sana dipuji, di sini tidak dirai. Sama ada kau yang keliru atau aku yang buntu!.

* Penulis ialah mantan pensyarah Jabatan School of Social Science (Kolej Islam Antarabangsa). Berkelulusan sarjana dan ijazah sarjana dalam bidang ilmu wahyu UIAM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2015 04:08 PM | Show all posts
Edited by obelisk at 6-3-2015 04:09 PM

Ni penjelasan tentang isu pengharaman wahabbi baru2 ni oleh jawatankuasa fatwa negeri sembilan...

28-02-2015 Ustaz Ahmad Jailani: Orang melayu lebih wahhabi dari Wahhabi




Komen Dr.Danial berkaitan larangan fahaman wahabi di Negeri Sembilan oleh Mufti negeri



http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca tajuk thread ..sambil nyanyi lagu baru Raja Ema... aku keliiiruuuu...aku keliiiru... selaluu begituuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2015 04:11 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 6-3-2015 04:08 PM
Baca tajuk thread ..sambil nyanyi lagu baru Raja Ema... aku keliiiruuuu...aku keliiiru... selaluu be ...

amboi  kak ipot...hakak pulak teringat lagu ramli sirap..keliru...keliru...keliru....

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahabi aliran hanbali
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg kelirunya. Diorg pun islam
Korang ingat korang maxhab shafie sangatkah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2015 04:32 PM | Show all posts
tumpang lalu...

dap nye sushi dip with wasabi sauce



jemput makan kaka



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2015 04:40 PM | Show all posts
bellaa replied at 6-3-2015 04:32 PM
tumpang lalu...

dap nye sushi dip with wasabi sauce

WAHABI la sis..bukan wasabi....tapi dua2 pun pedassss

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2015 04:47 PM | Show all posts
JandaSedap replied at 6-3-2015 04:40 PM
WAHABI la sis..bukan wasabi....tapi dua2 pun pedassss

atoiii kaka.. tengok nih

WAHABI datang lagi! Apa itu Wahabi? Bagaimana rupa bentuknya? Dari mana asalnya? Apa beza Wahabi dengan wasabi?
Mungkin persoalan sebegini bermain dalam fikiran masyarakat.



Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahabibi Wamaulana
Wacabotgigi Wagunasepana
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 04:54 PM | Show all posts
habis tu kaka ... wasabi tu halal ke tidak??

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 05:10 PM | Show all posts
waaa habis la.

Ya, aku tau lame.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.315362 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list