CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 612|Reply: 0

[Tempatan] Ada orang mahu pecahbelahkan Pas'

[Copy link]
Post time 6-3-2015 11:12 AM | Show all posts |Read mode

PUTRAJAYA - Pemuda Pas percaya kejadian pukul yang berlaku ke atas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, bermotif untuk memecahbelahkan parti.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, perbuatan itu adalah jenayah pukul yang pertama kali berlaku melibatkan pemimpin Pas.

“Dalam suasana hari ini (pelbagai konflik), ada pihak cuba mengambil kesempatan untuk menajamkan jurang perbezaan tersebut.

“Saya rasa kecewa apabila kejadian  keganasan ini berlaku kepada individu tertentu yang tidak sepatutnya berlaku di negara yang aman selama ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Suhaizan berkata, beliau mengetahui mengenai kejadian tersebut setelah diberitahu rakan lain seterusnya menghubungi Dr Dzulkefly untuk mengetahui kejadian sebenar.

“Ketika saya hubunginya, dia baru mahu bergerak untuk menerima rawatan di klinik berhampiran. Dr Dzulkefly menceritakan bagaimana kejadian berlaku apabila beliau pulang dari masjid selepas solat Subuh.

“Ketika mahu keluar kereta dari garaj rumahnya di Seksyen 7 Shah Alam, datang dua lelaki yang dipercayai Melayu, bertopi keledar menaiki sebuah motosikal menghampirinya dan terus menumbuk mukanya serta memukul dahinya menggunakan sebatang kayu hingga lebam di dahi,” katanya.

Justeru, Suhaizan meminta agar pihak polis segera menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut agar penjenayah dikenakan tindakan setimpal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.065999 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list