CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3067|Reply: 11

[Tempatan] Ankel A ? Tersenyum Sambil Tayang Result STPM Anaknya

[Copy link]
Post time 3-3-2015 07:50 PM | Show all posts |Read mode




Seremban: “Ini satu kejutan kerana saya tidak menyangka akan memperoleh keputusan sebaik ini iaitu PNGK 4.00 kerana ketika ujian percubaan, saya hanya memperoleh 3.5 hingga 3.7 markah,” kata Mohammad Nasharudin Ali Besar, 20.
Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Mohd Said (SHAMS) di Sikamat, di sini, itu memperoleh lima prinsipal dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014 yang diumumkan, semalam.
Dia memperoleh 100 peratus lulus dalam semua subjek iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Syariah dan Usuluddin, sekali gus dinobatkan pelajar terbaik Negeri Sembilan.
Menurutnya, bagi meraih pencapaian terbaik dalam STPM dia menumpukan pelajaran dan tugasan yang diberikan guru selain sering mendoakan kesejahteraan ibu dan ayah serta kejayaan rakan lain.
“Saya juga belajar tanpa tekanan dengan tidak mengulang kaji pelajaran sehingga awal pagi sebaliknya mempunyai jadual  tersendiri dan belajar  berkumpulan.
“Sistem pembelajaran yang menggunakan pendekatan di universiti, mendorong saya selalu berada di luar kelas bagi menyiapkan kerja kursus dan ia suatu kaedah yang menyeronokkan,” katanya selepas menerima slip peperiksaan itu di dewan SHAMS, semalam.
Dia turut ditemani ibu dan bapanya Ali Besar Bahah, 56, dan Sarimah Saari, 47.
Slip itu disampaikan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SHAMS, Hafizi Mohd Ali.
Mohammad Nasharudin dari Teluk Kemang, Port Dickson berkata, dia juga tidak melupakan tanggungjawab dan hubungan dengan Allah SWT serta sering berdoa setiap kali selepas solat untuk kejayaan yang diinginkan.
Dia yang berhasrat melanjutkan pelajaran dalam bidang Usuluddin di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau bidang Syariah di Universiti Malaya (UM) menghadiahkan kejayaan itu buat kedua ibu bapanya yang banyak berkorban demi kecemerlangannya.
Sementara itu, Ali Besar yang juga pesara tentera bersyukur dengan kecemerlangan anak kedua daripada lima beradik itu.
“Mohammad Nasharudin berjaya mengikut jejak abang sulungnya yang kini melanjutkan pelajaran dalam bidang agama di UM,” katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha peperiksaan STPM SHAMS Hamzani Hamzah berkata, SHAMS muncul sekolah terbaik peringkat kebangsaan apabila 20 calon yang menduduki peperiksaan itu lulus.
“Saya berharap prestasi terbaik ini dapat jadi inspirasi kepada 25 pelajar sekolah ini yang bakal menduduki peperiksaan STPM tahun ini,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34355#sthash.AJcSi8Hy.dpuf

Last edited by boyagombak on 3-3-2015 07:53 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2015 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg terkejut sungguh...sampai berulang2 aryikel TT copy paste
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 08:09 PM | Show all posts
masa percubaan dapat tiga point tujuh pun masih terkejut dapat four flat? kesiyalan apakah ineyyyy?????
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Amik subject apa tu dek. Sains ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Subjek agama pastu jd hakim mahkmah syariah yg lembap..tahniah dikk..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 08:27 PM | Show all posts
pooh~key replied at 3-3-2015 08:09 PM
masa percubaan dapat tiga point tujuh pun masih terkejut dapat four flat? kesiyalan apakah ineyyyy?? ...

wakakkakaa...kalo dpt 1.7 baru la betoi terkujat....propa betoi bapak nya

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2015 09:45 PM | Show all posts
trkejut kt mana pn akak xnmpk dik..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik punye subjek munakahat tak dpt A ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2015 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
teringin nak dengar komen pelajar cemerlang yang kata "saya belajar biasa-biasa jer,kelas tuisyen pun ponteng, kerja sekolah tak pernah buat tapi syukur otak geliga  di anugerah tuhan saya lulus cemerlang". this people exist and they'not representing.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:31 PM | Show all posts
tahniah di ucapkan...aku doakan anak ini  terus berjaya dan capai apa yg diimpikan...org yg ada anak dan adik saja yg tahu perasaan ini..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:33 PM | Show all posts
ada anak yang pandai .. berjaya ceerlang ..  kita akan sangat2 bangga ..

ada anak yang tiak pandai ... malah mungkin tak boleh membaca pun ... setiap pencapaian dia yang amat kecil sekalipun ... kita akan asangat2 bangga ..


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
hebat2..tahniah la dekk..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.374498 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list