CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2520|Reply: 1

Sesi Ujibakat Terbuka

[Copy link]
Post time 27-2-2015 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kami adalah kumpulan muzik berpengalaman akan mengadakan sessi ujibakat bagi mengisi kekosongan posisi berikut:
1. Seorang pemain gitar utama
2. Seorang vokalis lelaki

Kriteria bagi pemain gitar utama:
1. Boleh bermain gitar dengan baik serta mempunyai 'riff' (solo/goreng) yang clean.
2. Mempunyai gitar dan effect sendiri.
3. Tidak memilih jenis 'genre' lagu.

Kriteria bagi vokalis lelaki.
1. Yakin diri mempunyai suara yang baik/sedap/merdu dan berbakat dalam nyanyian secara live.
2. Boleh menyanyi sebarang lagu lagu Melayu dan English.
3. Boleh menghayati dan menghafal lirik-lirik lagu dengan baik.
4. Tidak memilih 'genre' lagu.

Kriteria di atas adalah sebahagian dari syarat utama pemilihan, namun begitu, kami juga amat mementingkan perkara berikut:
1. Komitmen dan kesungguhan dalam muzik.
2. Menepati masa.
3. Boleh menerima arahan, teguran dan kritikan bagi mempertingkatkan mutu persembahan.
4. Calon di sekitar Kajang, Mantin, Semenyih, Nilai dan yang sekitarnya amat dialu-alukan.
5. Tiada had umur jika anda rasa anda layak.
6. Menjadikan muzik sebagai satu hobi yang berfaedah serta minat yang mendalam.

Keistimewaan yang diperolehi :
1. Kami mempunyai studio sendiri.
2. Keyboardist, drummer dan bassist sedia ada.
3. Berpeluang membuat persembahan di majlis perkahwinan (berbayar/tidak berbayar).
4. Suasana harmoni umpama sebuah keluarga.

Sekiranya anda mempunyai sepenuhnya atau sekurang kurangnya 80%dari syarat-syarat di atas atau anda ingin mencuba dan mencari pengalaman ujibakat, sila hantarkan:
1. Nama
2. Umur
3. Lokasi tempat tinggal
4. Posisi ujibakat
5. Sekeping gambar aksi bebas (paras pinggang ke atas)
Kepada whatsapp yang bernombor 0137795453 (Angah Duan).

Tarikh tutup ujibakat adalah sehingga kami telah berjaya memilih secara rasminya. Calon yang diterima akan dihubungi melalui whatsapp sahaja.

Sekian dan salam hormat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2015 05:01 PM | Show all posts
Kat area mana ujibakat ni bro?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.092299 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list