CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16668|Reply: 35

[Tempatan] Membongkar Rahsia Jualan iPhone Murah Pada Laman Instashop

[Copy link]
Post time 8-2-2015 11:02 AM | Show all posts |Read mode
Patut la murah...siap ada installment lagik juai iphone kat insta..





Akhir-akhir ini, banyak laman Instashop (kedai online yang dibuka melalui akaun Instagram) menjual iPhone dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga rasmi. Bayangkan, sebuah iPhone 5s yang dijual pada harga rasmi RM1999 boleh didapati dengan harga RM1699 pada laman Instashop ini. Malah, iPhone 5 yang sudah ditamatkan pengeluarannya pada September 2013 kini secara tiba-tiba boleh didapati dalam bentuk set baru.


Tawaran yang hadir pada laman Instashop ini sememangnya menarik namun pernahkah anda terfikir bagaimana mereka mampu menjual iPhone yang jauh lebih murah berbanding di pengedar rasmi? Bagaimana pula iPhone 5 kini boleh tampil dengan set baru sedangkan hampir setahun setengah sudah ditamatkan pengeluarannya? Perkara ini semestinya dijayakan dengan penjualan set refurbished/recondition.
Apa yang menjadi isu di sini, kebanyakan penjual tidak menyatakan keadaan sebenar iPhone yang dijual sama ada betul-betul original dari Apple atau dari sebuah telefon refurbished/recondition set. Ini mengelirukan banyak pihak terutamanya dari segi penebusan waranti yang mana ia tidak diterima melalui Apple Malaysia.



Seperti kes di atas, kebanyakan penjual iPhone refurbished/recondition sendiri kurang mengenali keadaan sebenar iPhone yang dijual. Apa yang mereka sedia maklum, iPhone yang dijual adalah sebuah iPhone original.

iPhone recon, motherboard sahaja original. Tapi body, bateri, dan akesesori semua dari third party yang tidak lagi original.


Tapi memang ya, iPhone recon tetap iPhone original. Bukan fake, bukan China set (telefon tiruan) dan bukan body iPhone dalam pakai Android. Itu sebab penjual yakin yang mereka menjual iPhone original.
iPhone recon masih iPhone original? Ya. Masih original. Maksud original di sini ialah motherboard sahaja yang original. Itu sebab kenapa ia boleh menjalankan iOS dan bukan sistem operasi Android seperti telefon tiruan. Namun, bahagian lain seperti body, bateri, dan aksesori (charger dan Earpod) adalah dari third party dan bukan lagi dari bahagian original.
Untuk memudahkan lagi anda memahami maksud refurbished/recondition, ia sebuah telefon lama yang dibarukan. Jadi di sini, motherboard dari iPhone lama akan dikeluarkan dan kemudian, ia digantikan dengan body yang baru untuk menampakkan kesan ‘baru’ tersebut. Mereka turut menggantikan bateri dan aksesori baru (majoritinya menggunakan set third party) yang menjadikan seolah-olah telefon yang anda beli adalah kelihatan seperti set baru dan bukan set ‘second hand’.

Bagaimana pula dengan refurbished set yang dijual sendiri di laman Apple? Sebenarnya, istilah refurbished/recondition bukan lah satu istilah buruk. Ia juga boleh tampil dengan istilah “officially refurbished” yang mana ia dibarukan dengan body, bateri, dan aksesori yang memang betul-betul original dari Apple.
Akan tetapi, official refurbished set yang memang dari kilang rasmi Apple tidak berlaku dekat Malaysia kerana Apple Malaysia tidak menjual refurbished set secara rasmi setakat ini. Yang ada pun refurbished set dari pengedar rasmi (seperti Machines, macstudio, Switch, EpiCentre) yang mana mereka sendiri akan membaharukan telefon tersebut (dengan aksesori original) atau membaiki telefon anda sekiranya rosak.

Waranti iPhone recon tidak boleh ditebus melalui Apple Malaysia.


Bagi iPhone (refurbished/recondition) yang dijual di Instashop atau bukan dari pengedar yang sah, perlu diingatkan, iPhone recon ini menggunakan body, bateri, dan aksesori dari third party. Bermakna, majoritinya tidak tahan lama berbanding dengan sebuah iPhone yang binaan dan aksesorinya betul-betul dari keluaran original.
Sekiranya iPhone ini rosak, anda tidak boleh claim waranti dekat Apple Store sebaliknya perlu dirujuk melalui kedai yang dibeli.
Untuk melihat sama ada iPhone yang anda beli betul-betul baru dari kilang rasmi Apple, anda boleh melihat status waranti pada laman selfsolve.apple.com. Anda hanya perlu memasukkan serial number (IMEI) iPhone anda pada laman tersebut yang mana boleh diambil dengan mendail *#06#. Sekiranya anda membeli iPhone yang dikatakan baru tetapi disajikan dengan paparan seperti ini, bermakna telefon anda adalah set refurbished/recondition.

Nasihat saya, jika anda ingin membeli iPhone refurbished/recondition sekalipun, sebaiknya cari kedai yang mempunyai kedai fizikal. Sebagai contoh, di laman Lelong.com.my, ada beberapa kedai yang menjual iPhone refurbished/recondition secara terang-terangan (tanpa perlu mengclaim diri mereka menjual iPhone original) dan menariknya, mereka juga ada kedai fizikal mereka sendiri. Perkara ini penting sekiranya iPhone recon anda rosak, pihak mereka sendiri akan membaiki iPhone anda dengan syarat waranti yang ditetapkan.



Kepada penjual, tidak salah untuk menjual iPhone recon sebenarnya. Nak jual, jual lah. Tapi dengan syarat kena nyatakan kepada pembeli secara terang dan bukannya dikelirukan dengan istilah “iPhone new set” atau “original set”. Sebaliknya, beritahu yang anda menjual telefon refurbished/recondition untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dari segi waranti rasmi.
Kepada pembeli juga tidak salah untuk membeli iPhone refurbished atau recondition ini. Ia menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding harga rasmi. Tapi seperti saya katakan di atas, ia merupakan telefon original namun hadir dengan bahagian third party seperti body dan bateri yang selalunya tidak bertahan lama. Sekiranya telefon anda rosak, anda tidak boleh sama sekali untuk claim waranti telefon tersebut melalui waranti rasmi Apple Malaysia sebaliknya perlu dirujuk di tempat anda beli iPhone tersebut.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2015 11:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
good info.. isu semasa gak ni.. lately ramai org suka beli secara online dan ramai juga suka berniaga online..

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 11:24 AM | Show all posts
ingatkan kereta je recon. iphone pun ada recon.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 11:35 AM | Show all posts
cepheid replied at 8-2-2015 11:24 AM
ingatkan kereta je recon. iphone pun ada recon.

balenciaga recon ada tak ek?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 11:57 AM | Show all posts
barang mahal dan banyak permintaan biasa la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2015 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
x mampu pakai iphone pakaila hp lain.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 12:27 PM | Show all posts
aku jual iphone 6 16 sealed mys set haritu RM2199 dkt kaunter hp aku...semua cina jiran2 sebelah geram ketap bibir2 sambil makan wantan mee berlaukkan khinzir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2015 12:33 PM | Show all posts
kalau mana2 yg suka tukar ponsel akak akui beli ponsel apple harga tak turun sangat.
bayangkan pnsel iphone 5 yg dah 2 tahun pun masih laku RM900 dik

sekarang akak dah kureng minat sgt dgn ponsel2.
ujung2 akak dah jual semua ponsel htc one m8 dna iphone 5 akak dan akak beli ponsel second hand nexus 5 jah.
aman hidup akak.

dan buat masa sekarang akak tak rasa nak upgrade ponsel ini. namun begitu akak harap ponsel iphone baharu akan keluar september depan masa akak cikcur kat aussie.
harus la akak beli 2-3 set untuk jual di tanah air untuk pelahap2 iphone ini.

pembeli iphone sgt di kenali tidak kesah bayar beribu lebih dari harga asal as long as dpt jadi antara terawal guna iphone model terbaharu.
akak nak kumpul uang siap2 untuk jadi modal
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 12:38 PM | Show all posts
Info yang sangat berguna kepada pengemar iphone....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
cepheid replied at 8-2-2015 11:24 AM
ingatkan kereta je recon. iphone pun ada recon.

Sekarang orang pun ramai yang recon.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 06:00 PM | Show all posts
auntie_girl replied at 8-2-2015 11:35 AM
balenciaga recon ada tak ek?

Handbag Balenciaga ke??
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 06:09 PM | Show all posts
aku tak paham ape yg best aifon nih. kalau korg jadi pemilik aifon confirm awek dtg serah no telefon kah?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup sekadar mampu..ukur baju di badan sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 07:07 PM | Show all posts
Refurbished set boleh beli dari laman web Apple Singapore. Tapi kene guna alamat Singapore untuk dapatkan free shipment lah.

Kalau ade naik penerbangan untuk keluar Singapore, boleh klaim GST kat kaunter Changi Airport
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 07:13 PM | Show all posts
annehuda replied at 8-2-2015 06:09 PM
aku tak paham ape yg best aifon nih. kalau korg jadi pemilik aifon confirm awek dtg serah no telefon ...

Ini bukan about awek, nie about ios ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2015 07:23 PM | Show all posts
masalahnye ramai jah yang gigih beli...pastu sibuk show off sana sini, ala2 sakai gitu...padehal recon jah
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 07:34 PM | Show all posts
set recon atau set refurbished ialah  Iphone mengalami masalah dan dihantar ke centre untuk diperbaharu kn semula..ia masih tetap original apple jugak




Refurbished units are returned often unused, the technicians then retest and repair if neccessary, ensuring that these products meet the same quality standards as required for brand new product. All refurbished units come complete in its original box, accessories and packaging.


Apple Certified Refurbished Products

https://store.apple.com/Catalog/US/Images/apple_certified.html
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Owh bagus ni..tau gak aku pasal ipong ni. Aku guna phone murahan jah..janji blh balas/whatsapp n melahar kat porem
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 07:49 PM | Show all posts
hakak masih blm mampu nk beli ipong6

klu hakak retis blh la cikcur semlm dpt rm10k...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.156133 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list