CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 22300|Reply: 71

Nostalgia, Penyanyi ‘Selimut Putih’ Meninggal Dunia Disember Lalu

[Copy link]
Post time 1-2-2015 02:23 PM | Show all posts |Read mode
Teringat lagu2 orkes el-suraya ni.. sangat menginsafkan... sori kalau thread ni dah ada ke...(sumber: mynewshub)..sama2 kita sedekahkan al-fatihah
Nostalgia, Penyanyi ‘Selimut Putih’ Meninggal Dunia Disember Lalu367

ENTAH kenapa tiba-tiba penulis teringat pula beberapa lagu nasyid lama semasa zaman jadi budak kecil dulu khasnya ketika belajar di sekolah agama apabila sering mendengar lagu tersebut dikumandangkan waktu persembahan pentas.

Malah lagu-lagu beliau cukup popular di stesen radio tempatan; masa itu cuma ada RTMsahaja; dan pastinya irama nasyid penyanyi ini menjadi pilihan ketika rancangan agama ke udara sehingga mampu dihafal kanak-kanak pada zaman tersebut.

Bagi generasi yang lahir sebelum 1980-an, pasti sudah biasa melihat persembahan nasyid oleh kumpulan wanita itu dengan tudung ala skaf masih nampak sejemput rambut depan dan ‘trademark’ popular berdiri tegak sambil dua tangan genggam erat.

Itulah aura kehebatan legenda penyanyi qasidah ‘malar hijau’ dari seberang negara jiran kita, Hajah Nur Asiah Jamil yang sebenarnya berasal dari Kotari, sebuah bandar kecil di utara kota raya Medan, ibu wilayah Sumatera Utara, Indonesia.

Khabarnya, penyanyi veteran dilahirkan pada 1944 itu bukan sahaja popular di Indonesia, malah Malaysia, Singapura, Brunei dan selatan Thailand dengan rekod kejayaan merakamkan kira-kira 500 lagu genre nasyid tradisional sepanjang hayatnya.

Antara paling popular ialah Panggilan Haji kerana cukup sinonim ketika musim ibadah haji setiap tahun dan lagu ‘seram’ sepanjang zaman, Selimut Putih yang pastinya memberi keinsafan amat mendalam kepada sesiapa mendengar bait-bait liriknya.

Walaupun era kegemilangan Nur Asiah mulai tenggelam dengan kemunculan genre nasyid kontemporari yang mula melanda negara ketika zaman kumpulan Raihan awal 1990-an, lagu-lagu penyanyi bersuara emas itu tetap tidak luput ditelan usia.

Bagaimanapun mungkin tidak ramai sedar termasuk penulis, bahawa Nur Asiah sudah pun meninggal dunia di rumahnya di Medan pada 21 Disember tahun lalu dalam usia 70 tahun akibat sakit perut yang dialaminya beberapa hari sebelum itu.

Penulis kebetulan hanya mengetahui kisah pemergian allahyarham daripada portal beritaMediaCorp Singapura tetapi ironinya, berita sedih ini tidak dilaporkan media tempatan atau barang kali sekadar berita kecil yang tidak disedari sesiapa pun.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak: seorang perempuan dan tiga lelaki; serta 10 orang cucu, bahkan menurut seorang menantunya, Rijaan Sari, ibu mertuanya itu bersifat sangat lembut hati dan berjiwa penyayang.

Difahamkan, sebelum menemui Ilahi, allahyarham begitu bersemangat banyak membantu dalam usaha mengasuh minat anak-anak muda tempatan untuk mendendangkan semula lagu-lagu nasyid qasidah sejak akhir-akhir hayatnya.

Biarpun tidak begitu dikenali generasi X, Y dan Z masa kini, jasa bakti Nur Asiah berdakwah menerusi media seni suara dengan genre nasyid pastinya dikenang sepanjang zaman dan beliau tetap menerima ‘saham’ pahala hasil lagu-lagu berkenaan.

Tidak ramai tahu, beliau pernah mewakili Indonesia sebagai qariah pada majlis ujian tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa dan menjadi pendakwah ikon di republik itu. Semoga Allah SWT mencucuri Rahmat ke atas roh allahyarham.

Al-Fatihah. -MYNEWSHUB.CC



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2015 02:24 PM | Show all posts
aq tahu lg Selimut Putih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2015 02:28 PM | Show all posts
sekel replied at 1-2-2015 02:24 PM
aq tahu lg Selimut Putih

panggilan haji...legend sangat
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu seram sepanjang zaman, kata penulis
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 02:33 PM | Show all posts
mulutcomel replied at 1-2-2015 02:28 PM
panggilan haji...legend sangat

skg kat tv time nk dekat gie Haji x de pun lagu tu dimainkan

~rare~

Panggilan Haji

Telah Tiba Lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2015 02:38 PM | Show all posts
sekel replied at 1-2-2015 02:33 PM
skg kat tv time nk dekat gie Haji x de pun lagu tu dimainkan

~rare~

zaman urban sekarang main lagu Labbaik Allahumma Labbaik Irfan Makki Feat. Maher Zain... zaman kecik2 dulu femes lagu panggilan haji.. especially siaran RTM...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-2-2015 02:39 PM | Show all posts
joey_mcintrye replied at 1-2-2015 02:29 PM
Lagu seram sepanjang zaman, kata penulis

seram teringat mati kaedahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 02:44 PM | Show all posts
Mmg betul..lagu Selimut Putih mmg tersgtlah top zaman aku kecil dahulu era awal dan pertengahan 90an...time mengaji sekolah agama mmg tiap kali pertandingan nasyid mesti terselit lagu ni...kira lagu evergreen spjg zaman...

Semoga allahyarhamah ditemptakan diklgn org yg soleh dan dimasukkan ke dalam Syurga...amin.....al-fatihah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2015 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
epic la ....so classic somemore ....kadang2 lagu dorang kuar gak kat ikim
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...

"Sadarlah diri tau di untung
Sebelum masa keranda di usung"

Terngiang ngiang lagu arwah di telinga ni mase kcik2 ini la lagu yg nenek suke nyanyi time lepak ngan dy .
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu Selimut putih ...sangat terkesan...
Abg akan pasang lagu ni dulu kalau aku masih ngadap tv jam 1 pagi..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 03:42 PM | Show all posts
al fatihah

revolusi bertudung hanya bermula pada tahun 1981 ... sebelum tu penyanyi nasyid masih berselendang.



kumpulan nasyid terakhir yg berselendang adalah Adinda, tahun 1999


yg ni tahun 2009... klu ikut meols, kategori album nasyid...tp diktakan pop...tp masih berkonsepkan ketuhanan

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 04:15 PM | Show all posts
al fatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 04:40 PM | Show all posts
kelakarnya tgk dressing
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 04:54 PM | Show all posts
lagu selimut putih bukan nyanyian hajjah nuur asiah ...nyanyian el suraya la

info yg sgt rojak carca marba
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 04:59 PM | Show all posts
2 kumpulan yg berbeza depa neh...muzik director pun lain2 tapi yg mantopnye hajjah nur asiah ne lah...el suraya dok tukaq2 lead singer

bapak aku ada full collection 2 kumpulan neh...kaset lagik...memori sgt sepanjang dok dlm kereta balik kampung terpaksa dok dengaq lagu nasyid dari medan neh...dulu aku ingat semua lirik setiap kaset tau ka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2015 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Donatello86 replied at 1-2-2015 02:44 PM
Mmg betul..lagu Selimut Putih mmg tersgtlah top zaman aku kecil dahulu era awal dan pertengahan 90an ...

skrg nih lagu 'selimut tetangga' kemain ngetop lg
ntah apa mkna selimut tetangga tu pun tak tahulah
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 06:32 PM | Show all posts
Suchi replied at 1-2-2015 05:24 PM
skrg nih lagu 'selimut tetangga' kemain ngetop lg
ntah apa mkna selimut tetangga tu pun tak tahul ...

selimut tetangga tu simpulan bahasa melayu chuols

maksudnya "berkehendakkan kenikmataan org lain yg berdekatan"

ala2 kalau meols jiran chuols..chuols verangan nak caras hubby meols... gituh konsepnya
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 06:40 PM | Show all posts
Kenal lagu Panggilan Haji jah. Takziah
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2015 06:45 PM | Show all posts
takziah.. lagu yg sangat2 bg kesedaran utk mengingati mati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.507917 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list