CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jahcomel

Anugerah Khidmat Cemerlang (APC)...sesuai ke...

[Copy link]
Post time 21-1-2015 11:52 AM | Show all posts
dekk....kan kipas ni wajib demi mencapai matlamat....

kak jijah bawak kipas dimana2 saja beliyau pergi...



begitu jugek dgn hakak tergebuz azwana alia..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2015 11:53 AM | Show all posts
Anugerah pekerja gomen membahagi bahagi duit pembayar cukai sesama mereka rm 1000 setiap  seorang
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 11:57 AM | Show all posts
Andartu Pilihan Cowok (APC)
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 12:10 PM | Show all posts
kat jabatan aku, ikut giliran.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 12:10 PM | Show all posts
Edited by iza_yuss at 21-1-2015 12:12 PM

pasal APC ni lah, ada mamat jowo n kengkawan dia tu bengang ngan aku

yg pelik tu, lepas aku naik pangkat dan berpindah, baru tahu dia buat cerita..... (macam aku x tau sbb apa buat cerita....mesti sebabnya dia x dpt APC la kot)

apa la nak jelez..... kalo nak sgt APC, moh ler kita tukar tugas..... amik semua tugas2 aku ni, aku plak duk selesa macam dia.... suke je aku

kami kat sini.... calon2 APC kena isi borang, kena senaraikan tugas2, pastu apa yang kita sumbang di peringkat mana.... lepas tu board yang putuskan org berkenaan dapat ke x..... nak jadikan cerita, big boss x kenal pun aku....
~~ so sekarang tempat keje baru.... terasa aman nan sentosa sebab beban keje x sebanyak dulu.... suke nye aku.... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 12:47 PM | Show all posts
biasalah...kat ofis aku nie pun sama... ada peruntukkan nak bagi kepada berapa org penerima.. dia bahagi kan kepada tiga lagi...unit teknikal , unit pengajian, unit pentadbiran..so kena bagi ikut kuota lar.. yg aku kat unit pentadbiran, so pencadangnyer adalah pptk aku yg sengal n jenis pengampu, pilih orang dia jer.. so dia cadangkan org yg baik ngan dia jelah..masalahnya org yg dia cadang tue tak perform pun wat kejer... kelibat pun jarang ada kat ofis... tapi sKt n LPPT dia bagi 90% ke atas.. menyampah lak aku...

budak yang baru masuk pun dia pi cadangkan kat bos aku..padahal baru kot 3 bulan masuk kejer... sbb budak tue ikut ckp dia..ngendeng dia..kipas dia.. bosan aku...

kitaorg kat ofis ni malaslah nak layan... nak bagi apc bagila ..kalau tak nak sudah... yg penting aku wat kejer aku... mls nak pkir apc ke apa ker... biorkan ajer...

Tu baru apc...lum lagi anugerah2 lain kat ofis nie... sumer lar dia bagi kat org2 dia jer... yg kami nie mampu tgk jer...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2015 01:39 PM | Show all posts
20 tahun terlibat secara langsung dgn penilaian prestasi staf... memang tak pernah akan ada semua orang berpuas hati dgn penilaian yg diberikan kpd mereka, hatta yg dapat anugerah sekalipun, tak puas hati juga dgn markah dia! bagi markah tinggi, orang berbunyi, bagi markah rendah orang menyalak! bagi markah sedang2 dikata kita tak peka! sok sek sok sek di belakang biasa... yg mai maki hamun di depan, pernah jumpa. yg sindir perli selalu kena. yg mai ucap terima kasih... yg ni payah jumpa!...hmmm jadi sapa pernah buat penilaian prestasi dia tau, senang ke tidak nak buat penilaian prestasi ni!...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 01:41 PM | Show all posts
kat ofis gomen ni sesuai ada 1 anugerah je.....anugerah penjilat juboq tegar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2015 02:32 PM | Show all posts
yang ikut senior nk la ikut seniority...klu dh performance kedai kopi nk APC HAMJAD ape....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2015 02:45 PM | Show all posts
ADUH APC??..
Baru2 ini  anugerah kecemerlangan (APC) diumumkan d tempat kerjaku.Memang sudah di jangka perkara ini mugkin berlaku, akan berlaku dan sesungguhnya sudahpun berlaku. Ya, orang yang sama dan yang telah pernah mendapatnya selang beberapa tahun lalu, kini dapat sekali lagi.Tahniah diucapkan dan mereka tidak bersalah apa2 kerana mereka tidak minta pun tetapi sudah menjadi rezeki mereka.

Dalam pada itu memang terdengar suara-suara yang kurang menyenangkan. mereka berbunyi bukan sebab untuk mempertikaikan rezeki orang yang dapat APC tersebut tetapi mereka mempertikaikan cara pentadbir menilai dan memberi rezeki itu dilihat kurang bijak dan menampakkan yang mereka langsung tidak ambil tahu keadaan dan senario d bawah seliaan mereka.Mereka tidak mengikuti perkembangan kaki tangan mereka,sudahlah begitu mereka juga tidak langsung mahu bertanya pendapat kepada orang2 lama d situ.
Secara automatik aku turut terasa dan memahami perasaan mereka yang mengharap agar di berikan anugerah ini demi maruah dan motivasi diri. Benar sekali, bayangkan, selama ini pentadbir hanya nampak mereka yang kononnya aktif dan pandai buat kerja sahaja yang diberi APC serta menidakkan pula orang yang biasa-biasa dan orang yang tidak suka bersuara untuk mendapat giliran APC.Sedangkan mereka-mereka yang tidak dapat dan belum dapat ini terdiri dari mereka yang senior dan telah berkhidmat lebih dari 15 tahun.Tak bolehkah pentadbir hargai servis mereka yang selama itu telah berkhidmat, berbanding dengan kebanyakan mereka yang dapat anugerah ini , baru 2-3 tahun berkhidmat. bukankah ini menyebabkan sedikit sebanyak maruah merka yang belum dapat ini rasa tercabar dan tercalar.Mereka bukan tak buat kerja, mereka bukan tidak jalankan tugas,peranan mereka sama seperti orang yang telah di beri APC,malangnya pentadbir gagal untuk berlaku adil atau mengambil hati orang bawahannya.Golongan yang senior ini sebenarnya memerlukan motivasi,bayangkan, kerani dan PAR nya telah pun dapat APC, haprak sangatkah mereka yang langsung tidak pernah menerima penghargaan ini?sehingga baru2 ini anugerah tersebut di ulang pusingannya kepada mereka yang pernah dapat sebelum ini. Sedihnya perasaan mereka yang mengharap hanya tuhan yang tahu kerana mereka berasa seolah tiada sinar dan peluang untuk mereka lagi. Memanglah diakui,anugerah APC itu adalah hak mutlak pentadbir untuk menilai dari kaca mata mereka, namun tidakkah  boleh mereka buka mata sedikit, melihat dan hargailah  selama perkhidmatan golongan terpencil ini.

mereka yang bersuara ini tidak sesekali mempertikaikan rezeki yang telah ditentukan ilahi, cuma mengharapkan agar ada yang faham perasaan mereka kerana berbanding dengan teman yang seangkatan kebanyakannya sudahpun merasa,bahkan mereka yang muda-muda dan baru berkhidmat juga turut telah merasa. Janganlah dibanding2kan keupayaan seseorang dengan yang lain kerana setiap orang itu mempunyai kelebihan dan kelemahan serta kekurangan masing2.Pentadbir cubalah memahami dan menerima kekurangan serta kelebihan seseorang berdasarkan individu itu tersendiri.Janganlah menidakkan hak mereka yang sepatutnya hanya kerana persepsi peribadi yang berbeza.Yang penting, semua kakitangan itu telah pun memberikan khidmat mereka seadanya dan tidak pula mereka pernah melakukan salah laku selama ini. Wahai mereka yang menjadi pentadbir, pandai-pandailah menilai dan menghargai jasa orang bawahan kerana mereka sebenarnya bekerja dan jalankan tugas demi nama anda juga.bila berjaya dan d kemuncak mudahnya kalian pentadbir menafikan sumbangan golongan terpencil ini???.

Tidaklah adil menuduh golongan yang belum dapat APC ini sebagai orang yang tidak ikhlas dlm bekerja dan meminta dipandang pd segala yang mereka lakukan.Menganggap mereka sebagai orang yang tidak tahu bersyukur adalah keterlaluan kerana sebagai manusia biasa, dan bilamana anugerah ini di adakan, lumrah bagi semua yang waras ingin menrasa dan mendapatkannya.Bohonglah jika seseorang itu langsung tidak pernah buat kerja atau selamanya buat kerja seperti batuk di tangga, sehingga langsung tidak melayakkan mereka untuk di nilai cemerlang.Sedangkan mereka yang telah dapat APC inipun sebenarnya 2x5 dan ada yang lebih teruk prestasinya berbanding dengan mereka yang belum merasa APC ini. Apa pun, tidak dapat di sangkal adakalanya pentadbir turut di pengaruhi emosi dan kepentingan diri dalam memberi penilaian terhadap orang bawahannya kerana adatlah kita manusia biasa.


dari blog :daridalam.blogspot
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 02:47 PM | Show all posts
dik...kat tmpt hakak pun sama...dia chinese la tp..dh keje 14 thn..nan hado jah dpt APC walau SKT 85% above gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 02:48 PM | Show all posts
benda yang paling malas nak hadap benda ni lah. asal tukar HOD je, tukar lah rules. elok-elok ikut seniority, dah jadi ikut kekuatan kesejukan kelajuan kipasan dan aircond. hahaha.

malas nak cara. dah tua-tua ni pikir nak resign pon ada
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 02:49 PM | Show all posts

dulu dapat cash RM1000 dgn sijil penghargaan...now dpt SSPN RM1000 dgn sijil penghargaan....tu jer.....



Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
My family ada dua org keja gomen, my mum n adik
My mum dpt apc dia in her fifties, dah lama keja, br dpt,
My sister, br kerja... Alhamdulillah rezeki dia dpt
Tp both kena bambu jugak ngn bos, kdg tak sependapat or sama angin ngn bos
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 02:58 PM | Show all posts
cakap pasal APC ni...mcm2 aku dah experience.....selalunya semua calon2 yg hampagas nan ado...kaki mengular, kuat ampu, yg selalu selang taun dpt...keje tak de lah sgt pun....

Pernah gak gaduh2 sampai masam muka pun ada sbb tak puas hati dgn markah...ada ke nak 98%, itu dah terlebih excellent...tapi keje makcik2 ni, belakang pot pet pot pet mengumpat kat partition depa...

Yg sampai sumpah2 angkat Quran pun ada...sbb ada org pertikaikan camna dia leh dpt...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 03:18 PM | Show all posts
zuraidah1 replied at 21-1-2015 10:44 AM
sama la opis aku pon..........xikot seniority...baru keje 3thn dpt apc...org lain 9thn xdpt g dah le ...

okla kalo 3 tahun..ni kalo baru 7 8 bulan dah dapat APC ni apa cite? kes terlebih bodek boss.. padahalll.. orang bawahan jer yg buat keje dia.. puiihh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2015 03:19 PM | Show all posts
zuraidah1 replied at 21-1-2015 10:44 AM
sama la opis aku pon..........xikot seniority...baru keje 3thn dpt apc...org lain 9thn xdpt g dah le ...

okla kalo 3 tahun..ni kalo baru 7 8 bulan dah dapat APC ni apa cite? kes terlebih bodek boss.. padahalll.. orang bawahan jer yg buat keje dia.. puiihh
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 03:27 PM | Show all posts
hmm..
kan tempat aku lagi la.. baru masuk xsampai 6 bulan dah ura2 nak dapat APC.  then, takde maknanya ikut seniority.. kalo orang tu tercalon pun belum tentu terpilih.. kekadang org yg tak tercalon.. tup tup naik nama dia.

lagilaa bengang kan.. kalo tiap2 tahun orang yg sama. mcm kan takde dah orang lain. sangat tak adil bagi aku. bukan nak dengki ke apa ke.. tapi orang yg berkhidmat 10thn sekali pon tak penah dapat. kesian kan.. sebabnya tak dikenali.. gred rendah... walaupun kerje truk lebih truk dari pegawai yg kaki ampu.

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 03:37 PM | Show all posts
bila masuk tahun baru/awal tahun mula la sana sini ckp psal APC
masing2 rasa diri keje lebih/buat kerja
yg selama ni x rajin..mula la rajin buat sementara waktu..
x smua ketua jabatan/ketua unit pilih kasih
kalau yg tau amanah & tanggungjwb..
x akan beri APC sesuka hati..
& juga semua ni juga bergantung pd rezeki masing2
kgd2 nama da pun dicalon oleh ketua unit masing2...atas sbb terlebih kenal/bodek
tp bila bwk masuk panel ada gak yg kena rejek..
kalau yg dpt tu betul2 buat kerja..ok la..hasil yg dpt tu ada berkatnya
tp kalau setakat bodek jerk lebih keje ke laut..sendiri mau ingat laa..


Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 03:41 PM | Show all posts
tempat aku nih agihan APC ikut kuota, kalau satu2 bhgn tu ramai staf, maka % utk staf bhgn tu lebih sikit. aku kerja bukn sbb nk apc atau penghargaan. asalkan kerja aku beres sudah. apc nih penilaian manusia semata2, penilaian yg sebenarnya di 'sana' nanti. jd buat kerja biarlah ikhlas, jaga hubungan dgn semua org. in shaa Allah yg lain2 itu akan dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.184248 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list