PAKAIAN ISLAMIK : SEPERTI WANITA BERJUBAH ,BERTUDUNG LABUH ,BERSERBAN ETC
PAKAIAN BIASA : PAKAIAN RINGKAS MENUTUP AURAT SAHAJA seperti seluar jean,baju kurung etc
Masyarakat di Malaysia terlalu mementingkan PAKAIAN hingga ada yg masuk ke masjid berseluar jean paras bawah lutut pun dijeling sdgkan ia menutup aurat.
Malah ada mendakwa memakai tudung labuh dan berjubah membuktikan ia lebih Islam kamil berbanding tudung biasa atau berseluar jeans.
Jika mengikut SIRAH ,ramai sahabat Nabi SAW berpakaian mengikut kaum dan budaya mereka ,namun menutup aurat .Tiada definisi pakaian Islamik atau tidak,namun masyarakat Malaysia amat mementingkan pakaian.
memakai jubah dan tudung labuh dianggap suci dan lebih islamik berbanding yg bertudung biasa dan berbaju kurung .ITU PEMIKIRAN org Islam masa kini.
Malah ada yg berasa pelik jika seseorang wanita menunaikan solat hanya memakai baju kurung dan tudung shj tanpa telekong .
bahkan pakaian KIMONO dr jepun lbh sopan berbanding KEBAYA MELAYU .
Mereka yang biasa memakai TALI LEHER DAN KOT berasa lebih elegan berbanding yg berseluar jeans lusuh dan tshirt dan mendakwa merekalah yg lebih ISLAMIK dan mencerminkan keperibadian sebenar.
SILA VOTE PAKAIAN KALIAN.TERIMA KASIH
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”. (Quran surah al-A’raf:26).