CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14540|Reply: 18

2015 TAEYANG WORLD TOUR DI MALAYSIA

[Copy link]
Post time 5-1-2015 11:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by isabel at 5-1-2015 11:55 AM



Kuala Lumpur : Awal Disember 2014 yang lepas, VIP di Malaysia dikejutkan dengan berita mendadak tentang perkabaran salah seorang ahli BigBang iaitu Taeyang yang akan datang berkunjung ke Malaysia untuk sesi World Tour beliau yang akan bakal diadakan pada 7 Februari 2015 di Stadium Negara Kuala Lumpur.

Dah la pengumuman kedatangan mengejut, sesi penjualan tiket juga la sekali lagi bagaikan 'heart attack' ke-2 kepada VIP Malaysia kerana penjualan dilancarkan tidak sampai seminggu selepas pengumuman tersebut. Tentu saja peminat agak kelam kabut menyediakan duit poket untuk membeli tiket tersebut.

Pada 7 Disember 2014, bertempat di Boulevard, Level G, Paradigm Mall telah dilangsungkan pelancaran tiket konsert yg bermula pada pukul 11 pagi hingga 4 petang. Seperti biasa para peminat sama ada dalam dan luar negara akan beratur seawal mungkin yang bermula pada malam Jumaat (5 Disember 2014) bagi mendapatkan tiket tempat duduk yang terbaik bagi mereka. Dikabarkan oleh pihak penganjur iaitu IME Production bahawa selepas tamat penjualan tiket pada hari tersebut lebih dari 50% tiket telah terjual.


Bagi kbel harga tiket konsert ini agak berbaloi bagi peminat kerana semasa pelancaran tersebut bagi 1000 peminat terawal akan mendapat 'limited edition giant poster' Taeyang yang hanya diberikan semasa pelancaran tiket tersebut. Dalam pada masa itu juga untuk pembelian awal 500 tiket, peminat akan layak membeli 'limited edition album' berharga RM50 yang tidak dijual dimana-mana kedai musik di Malaysia. Nah tentu ada yang menyesal tidak hadir pada hari pelancaran tersebut bukan...




Kepada peminat yang belum membeli tiket lagi, anda boleh saja melayari laman TicketCharge www.ticketcharge.com.my atau menempah melalui talian telephone 603-92228811. Anda juga boleh mengunjungi pejabat TicketCharge, Speedy, Rock Corner dan Victoria music store, cawangan Neway Karaoke dan juga cawangan Celcome blue cube.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan konsert tersebut, bolehlah melayari facebook IME Production www.facebook.com/imepmy

Harga-harga tiket seperti berikut :

·       VIP RM599 (VIP zone / Number seat)
·       RM499 (Rock zone)
·       RM399 (Number seat)
·       RM299 (Free seating)
·       RM199 (Free seating)


Press Release dan gambar oleh : IME Production
Artikel oleh : isabel

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2015 04:58 PM | Show all posts
YB !!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 10:46 AM | Show all posts
TY!!!!

Jom ramai2 kita memeriahkan Rise Malaysia !
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 03:57 PM | Show all posts
YB !!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2015 01:25 PM | Show all posts

KONSERT PALING SOPAN TAEYANG KHAS UNTUK 'VIP' MALAYSIA

Edited by isabel at 9-2-2015 02:12 PM


Kuala Lumpur, Febuari 9 - IME did it again..hehehe… Okey bukan pasal nak membodek penganjur tapi ini adalah kenyataan. Memegang rekod bersih sepanjang mengandalikan concert besar dari mereka mula memperkenalkan diri kepada peminat di Malaysia sehingga kini dan mungkin disebabkan rekod bersih ini maka YG Entertainment menaruh kepercayaan penuh kepada mereka mengandalikan kesemua concert artis naungan YG Entertainment seperti 2NE1 dan Big Bang  terkini adalah solo konsert Taeyang ‘Rise’ in Malaysia yang menelan kos perbelanjaan sebanyak RM1.5 juta untuk ‘production fees’ bagi membawa kelengkapan set pentas yang berteknologi tinggi terus dari Korea. Walaupun dunia peminat kpop di Malaysia masih dibayangi dengan insiden sebelum ini yang menjadi punca perbalahan antara netizen Malaysia dimana melibatkan JAKIM dan kemudianya telah mendesak penganjur untuk membatalkan atau menunda konsert anjuran mereka namum konsert ini tetap berlangsung dan berjalan seperti yang ditetapkan setelah pihak penganjur memberi keyakinan kepada pihak berkuasa yang berkaitan bahawa mereka akan memastikan perkara yang dilarang tidak akan berlaku dan pihak YG Ent juga bersetuju untuk mematuhi kesemua garis panduan yang ada.   

Konsert ‘sold out’ ini yang dinamakan ‘2015 TAEYANG WORLD TOUR RISE IN MALAYSIA’ adalah pertama kali diadakan di Kuala Lumpur telah berlansung dengan jayanya tanpa sebarang gangguan di Stadium Negara pada 7 February 2015 sabtu lepas. Untuk pertama kalinya melihat pihak pengajur mengadakan kawalan pemeriksaan security yang agak ketat sebelum memasuki sekitar kawasan stadium yang cuma membenarkan pemegang tiket konsert saja dibenarkan masuk.

Teayang yang memulakan sesi konsert jelajahnya di Malaysia sehari sebelum Singapura ini tampil dihadapan peminat dengan lagu pembukaan ‘Body’ dan mula menhangatkan stadium dengan lagu kedua “SuperStar’ dan seterusnya ‘Move’. Seperti biasa stadium dipenuhi dengan cahaya warna kuning dimana-mana yang mewakili warna tema Big Bang. Hmmm…member media kbel yang duduk kat sebelah ni pun sama ‘lightstick’nya naik..hehe..

Seperti peminat sedia maklum, didalam kumpulan Big Bang, ahli yang paling banyak bercakap adalah Taeyang yang suka berinteraksi dan mengusik pemintnya. Seusai lagu ketiga, Taeyang yang agak fasih berbahasa English menyapa peminatnya sambil  diselang selikan dengan bebarapa perkataan dalam Bahasa Malaysia. Sudah menjadi kebiasaan artis yang mengunjungi Malaysia, perkataan inilah yang sering mereka ucapan iaitu ‘Apa Khabar’, ‘Terima KasihMalaysia’ dan ‘ Aku/Saya Cinta Kamu’.  

Taeyang kemudianya mempersembahkan lagu ‘You’re My’ dan ‘I Need A Girl’ dengan memainkan sendiri alunan petikan keyboard diiringi paduan suara dengan peminat. Diakhir lagu tersebut Taeyang menjemput seorang gadis duduk diatas pentas bersamanya. hmm…para media sebenarnya agak sedikit bimbang Taeyang akan memilih salah seorang peminat dikawasan ‘rockzone’ namun gadis bertuah tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah salah seorang penari pengiring beliau. Nah.. dah boleh nampak Taeyang tidak ingin melakukan kesilapan disini.


Di segmen seterusnya Taeyang muncul dengan lagu dari album solo terbarunya dimana lagu ini telah merai anugerah Vokal Lelaki Terbaik, Penyanyi Terbaik dan Lagu Terbaik pada Anugerah MAMA 2014 yang lalu. Michael Buble juga menyanyikan lagu ini semasa world tour konsertnya pada 4 Febuari 2015 di Seoul. Kejayaan lagu ‘Eyes, Nose, Lips’   telah memertabatkan Taeyang di peringkat seterusnya. Cahaya lautan kuning bergerak perlahan ke kiri dan kanan mengiringi nyanyian Taeyang sambil peminat juga menyanyi beramai-ramai termasuk jugalah para media yang ada. Kemudian menyusul lagu lama beliau iaitu ‘Just Look At Me’ dan 'Wedding Dress’.Sekali lagi Taeyang berinteraksi panjang bersama peminatnya. Menyatakan bahawa Malaysia sentiasa unggul dihatinya dan oleh sebab itu beliau mengambil masa sepanjang 4 tahun menyusun perancangan hanya untuk mengotakan impiannya untuk bertemu dengan peminat dalam konsert solonya itu. Malahan dia sempat berjenaka selain sebelum mula tugasan harian di dalam studio, sebelum makan, sebelum tidur sehinggalah ketika membuat urusan didalam tandas sekali pun dia memikirkan perancangannya ini. Mendengar ini saja terus terang kami menyatakan..owhh…tu dia akan cakap disetiap Negara yang bakal di kunjungi..tipu semua ni..hehehe… Tapi apa pun, terus terang kedatangan Taeyang di Malaysia memanglah sangat-sangat dinantikan oleh para VIP.


Pentas dihangatkan kembali dengan tarian lincah dan lagu rancak seperti ‘Ringa Linga’, Break Down’, ‘1AM’. Namun sesi lagu yang paling dinanti juga adalah lagu duet Taeyang bersama G-Dragon iaitu ‘Stay With Me’ dan ketika lagu duet seterusnya ‘Good Boy’, Taeyang sempat berjenaka berkata di Malaysia cukup seorang budak baik saja beraksi dipentas.  Walaupun kemunculan G-Dragon cumalah hanya melalui ‘visual’ saja tapi impaknya memang sangat menguja para peminat.


Sebelum sesi cabutan tiket bertuah bermula, Taeyang sekali lagi mengusik peminat bertanya apa hadiah yang peminat maukan darinya. Adakah kasut, baju, seluar, topi dan yang paling membuatkan peminat pecah ketawa bila Taeyang bertanya adakah peminat inginkan seluar dalamnya. Opsss…kalau JAKIM ada ni pasti sudah disaman mereka..huhu…tapi yalah tu adalah gurau sendanya sahaja. Seorang peminat perempuan mendapat kasut yang dipakai berserta tandatangan manakala peminat lelaki pula mendapat topi juga berserta tandatangan juga. Hmmm…jangan risau tiada insiden peminat naik ke pantas kerana Taeyang dengan sopannya menyatakan kepada kedua peminat bertuah ini untuk mendapatkan hadiah mereka selepas konsert dari pihak penganjur.
Sepanjang konsert ini berjalan dari mula sehingga akhir, Teayang yang amat dikenali dengan budak nakal dalam kumpulan, mesra peminat dan sering mempamirkan tubuh badannya dimana-mana konsert yang dia atau Big Bang adakan. Namun seperti yang telah dijanjikan Teayang sentiasa menjaga jarak dan berlaku sopan sepanjang konsert dihadapan peminatnya. Tiada sebarang ‘body contact’ berlaku diantara beliau dan peminat.

Teayang mengakhiri konsertnya dengan lagu ‘Let It Go’, ‘Love You To Death’, juga lagu yang sudah menjadi kemestian disetiap solo dan ‘group’ konsert mereka ‘Bad Boy’ dan ‘Fantastic Baby’. Manakala lagu perpisahan, Taeyang menghadiahkan sekali lagi lagu ‘Eyes Nose Lips’ kepada peminat.





Pada malam selepas konsert, satu sesi 'Meet & Greet' bersama 30 peminat yang terpilih telah diadakan dibelakang pentas Stadium Negara. M&G tersebut berlangsung selama 20 minit dengan sesi bergambar secara berkumpulan. Sekali lagi walaupun ianya diadakan secara tertutup tapi Taeyang tetap bersikap sopan dan sentiasa menjaga jarak diantaranya dengan peminat. Seterusnya Teayang berserta kru bertolak menuju ke Singapura dengan menaiki bas.

CARI Malaysia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada IME Production diatas jemputan media membuat liputan sepanjang konsert tersebut.

Artikel oleh : isabel
Gambar disediakan oleh : IME Production.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 09:51 PM | Show all posts
taeyangggg *fangirl*
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2015 08:30 AM | Show all posts
Bak kata makcik security kt situ, DALAM BANYAKA2 , KONSERT NI PALING BEST WALAUPUN MAKCIK XKENAL SIAPA DIA.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2015 08:57 AM | Show all posts
Gediks2 hanya mengharap dipeluk kali nih...
Tp apakan daya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2015 09:47 AM | Show all posts
saaya replied at 10-2-2015 08:30 AM
Bak kata makcik security kt situ, DALAM BANYAKA2 , KONSERT NI PALING BEST WALAUPUN MAKCIK XKENAL SIA ...

keleessss ko makcik security ..best ah dpt tgk konsert free..kenal tak kenal belakang kira...yg penting enjoy

good report...hah...look..tak smer peminat kpop nih gedik gelenyar
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2015 10:00 AM | Show all posts
honey_jelly replied at 10-2-2015 09:47 AM
keleessss ko makcik security ..best ah dpt tgk konsert free..kenal tak kenal belakang  ...

Kannn...  TY n VIPs classy tau. Weols xgedik okay....

TY betul2 buat iols terharu tau, see macam mana dia protect diri dia n fans...

Yg penting dia gila happy masa kt Malaysia sampai terbawa2 kt Singapore sana...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2015 10:46 AM | Show all posts
ni part masa TY mengusik peminat siapa yg nak hadiah dari dia...

part dia mention underwear tu....lepas tu dia kata 'No...no...no...i'm not gonna give it to you.."


Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2015 10:51 AM | Show all posts
waaa...jeles dpt g tgk TY
suke giler die ni!
lincah, bertenaga n witty!
thanks for the report!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2015 11:02 AM | Show all posts
yg ni masa fangirl dgn fanboy dpt hadiah dari diorg...


yg ni fangirl, malay girl bertudung dpt sneakers yg dia pakai tu.. since TY duta NIKE kat Korea so fangirl ni dpt snakers NIKE latest edition.
TY ckp kat kedua fans ni dgn nada sopan terutama fangirls..






fanboy ni dpt cap yg TY pakai tulisan arab bermaksud Matahari

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2015 12:43 PM | Show all posts
terbaik la isabel. **thumbs up**
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2015 12:56 PM | Show all posts
Memang enjoy sangat concert ni Taeyang mmg awesome sangat and VIPs pon sangat sporting.  Ramah tamah VIPs ni sume

Worth every single cent gitu
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2015 01:00 PM | Show all posts
saaya replied at 10-2-2015 08:30 AM
Bak kata makcik security kt situ, DALAM BANYAKA2 , KONSERT NI PALING BEST WALAUPUN MAKCIK XKENAL SIA ...

sempat uols beramah tamah dgn mak guard

Tapi sangat2 enjoy kan.  Skang dah start menabung tunggu bigbang pulak.  Kalo bigbang datang mesia masa iols gi korea bulan 6 ni haruslah iols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2015 01:13 PM | Show all posts
Iswara replied at 10-2-2015 01:00 PM
sempat uols beramah tamah dgn mak guard

Tapi sangat2 enjoy kan.  Skang dah start menabung  ...

Kawan iols yg dengar makcik tu cakap, iols ni penerima maklumat je.. ... Yang penting peratus kasih sayang iols dkt TY dah meningkat sampai tak ada penghujungnya, cara dia layan n care pasal fans buat iols lg jatuh cinta... ... Kawan2 iols yg bias dyorg bukan si TY siap cakap dkt iols, skrg dyorg faham kenapa selama ni iols n kawan2 Solmates bertahan n gila2 sayang demi TY...

Bigbang comeback kalau buat concert kt Msia, harus lepas raya kang. So, uols jgn risau ye... Get ready je drp sekarang ...




Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 08:01 AM | Show all posts
wpun sopan.....tae yang tetap tae yang
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 09:51 PM | Show all posts
Daebak Taeyang!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.268257 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list