Menjelang tahun baru pasti meriah dengan pelbagai percikan dan letupan bunga api. Tetapi memandangkan negara sedang mengalami pelbagai bencana sekarang ini, banyak sambutan tahun baru dibatalkan. Mungkin anda tidak berpeluang untuk melihat bunga api pada tahun ini. Apapun, sekarang ini kita cuci mata dulu tengok susunan bunga yang sangat cantik dan dinamik kelihatan seperti percikan bunga api. Menarik bukan?
Flowerwork ini adalah hasil kreativiti Sarah Illenberger. Yang mana satu paling menarik minat anda?