CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3087|Reply: 6

Fouziah Gous Jadi Pengacara Solo Nona

[Copy link]
Post time 1-1-2015 05:55 PM | Show all posts |Read mode

Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, demikian peluang keemasan diperoleh Fouziah Gous untuk memikul mandat sebagai hos Nona di TV3 pada tahun ini.
Jika dulu dia berbelah bahagi disebabkan komitmen lakonan, kini siapa sangka niatnya mahu mencuba nasib sebagai pengacara dimakbulkan.
Lebih bermakna lagi tawaran itu untuk program sinonim dengan TV3 yang sudah 30 tahun bersiaran.





Malah, Fouziah sendiri mengakui sejak berusia kecil beliau sudah terbiasa dengan kewujudan rancangan Nona yang meraih populariti dalam kalangan rakyat negara ini.
Ia juga jadi lebih berharga kerana tawaran Nona itu datang dua hari sebelum sambutan hari lahirnya yang ke-32 pada 11 Disember lalu.
Ini bererti pembabitan Fouziah sebagai hos Nona akan menggantikan posisi hos sebelum ini yang dikendalikan Neelofa dan Fara Fauzana.
"Saya pernah diundang sebagai pengacara jemputan Nona sebelum ini. Cuma sejujurnya saya tak sangka dan terkejut bila tawaran mengemudi program ini datang.
"Atas dasar mencabar diri dan tidak mahu melepaskan peluang ini, saya terima. Setidak-tidaknya komitmen ini membolehkan masa bersama suami lebih banyak berbanding kerja berlakon.
"Setakat ini sudah dua episod dirakamkan dan kontrak saya bersama Nona untuk setahun. Sepanjang komitmen ini juga saya tak akan ambil tawaran kerja lain," katanya teruja sambil menegaskan tawaran ini satu tanggung jawab berat.
Ketika tawaran diusulkan, debaran dan gelabah Fouziah bukan kepalang. Lebih mengejutkan beliau mengendalikan Nona seorang diri tanpa hos lain.
"Sangka saya akan bergandingan dengan hos lain tapi saya mengemudi Nona seorang diri. Atas sokongan penerbit Kak Bariah termasuk hos otai di TV3 seperti Ezzah Aziz Fawzy dan Nurfarahin Jamsari, kurang sikit gementar.
"Bayangkan betapa teruja dan semangat, bangun pagi atau duduk saja saja di mana mana, skrip Nona menjadi teman akrab di sini. Saya juga banyak membaca untuk menambah pengetahuan.
"Saya juga sanggup turun padang dan bukan sekadar hos semata mata. Tak lama lagi saya dan pasukan Nona akan turun ke Kelantan untuk membuat liputan mangsa bencana banjir di sana," katanya.
Tambah Fouziah lagi, tawaran mengendalikan Nona menjadi pembuka tirai terbaik buat trek kerjayanya.
"Saya pelakon dan bukannya pengacara. Dunia pengacaraan masih asing kepada saya dan jujur saya tak arif dalam skop kerja ini.
"Saya tak mahu berjanji besar tapi akan cuba mempersembahkan yang terbaik untuk mandat ini. Apa saja kekurangan akan saya perbaiki," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2015 06:04 PM | Show all posts
hoho aku ingat izreen tu yg ganti.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 08:20 PM | Show all posts
good luck pojiahh!

ahkak suka pojiah ni sbb dia santekkkk....

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 10:08 PM | Show all posts
Penah tengok beliau jdi pengacara rancanganya tak ingat plak, tapi beliau bagus ok la utk seseorang yg baru spt beliau, so go foziah go
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 11:05 AM | Show all posts
alamak....
tak tahu le camana
tapi sejak dia kawin ni, cam berlagak je
jadi aku tk suka dia
hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai kurang minat fauziah jadi pengacara..rindulah zaman ada pertandingan pengacara nona..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2015 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak tengok pun nona.. Tapi suka tgk masa lofa ngan fafau dah bertdung tu mengacara. Nampak sweet je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.062395 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list