CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13344|Reply: 56

[AKSI] #ANTIDOT [SETIAP SELASA 10 MLM][NABILA HUDA,REMY ISHAK,KAMAL ADLI]

[Copy link]
Post time 10-12-2014 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Slot Aksi di TV3 diteruskan dengan drama terbaharu berjudul #ANTIDOT yang mana mengandingkan pelakon-pelakon hebat seperti Remy Ishak, Kamal Adli, Nad Zainal dan Nabila Huda. Drama arahan Kabir Bhatia ini akan menemui penonton mulai 9 Disember 2014, pada setiap hari Selasa jam 10.00 malam di TV3.

JUDUL : #ANTIDOT
EPISOD : 13 episod
Genre: Fiksyen
TARIKH : 9 Disember 2014 (Selasa, 10.00 malam)
SIARAN : Slot Aksi TV3
PENGARAH : Kabir Bhatia
TERBITAN :Filmscape
PELAKON : Remy Ishak, Kamal Adli, Nad Zainal, Nabila Huda, Shahriza Mahmud dan Puteri Syasya

WATAK PELAKON

Remy Ishak sebagai Fatah
Nad Zainal sebagai Frida
Kamal Adli sebagai Alam
Nabila Huda sebagai Teja

SINOPSIS #ANTIDOT

Drama fiksyen yang diilhamkan daripada drama siri Amerika The Walking Dead tentang beberapa orang saintis pakar virus yang bersaing untuk menghasilkan penawar melawan virus yang boleh menyebabkan manusia mati dan bertukar menjadi zombie di Malaysia. Siapakah antara 4 orang pelakon ini yang berjaya mematikan virus tersebut?

Sumber : http://infotaip.blogspot.com/2014/11/drama-antidot-tv3.html


Last edited by eddlisa_uyuk on 11-12-2014 02:51 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2014 12:16 PM | Show all posts
Not bad lepas tgk episod pertama semalam.. boleh dilayan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 12:30 PM | Show all posts
lupe nak tgk! >.<
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok juga drama ni yg berunsur sains fiksyen....minggu dpn remy ishak akan muncul....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2014 01:24 PM | Show all posts
The Walking Dead versi melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 04:01 PM | Show all posts
Syabas sbb menhasilkan crite fiksyen.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2014 11:24 PM | Show all posts
Untuk memahami sedikit sebanyak cerita antidot ni... (ambik dari tukang tulis)

LATAR-CERITA:
Sebuah kapal tangki membawa sebuah virus misteri buatan manusia terkandas dan terdampar di perairan Klang.

Virus misteri ini telah dicipta oleh sekumpulan saintis sebagai sebuah ‘senjata perang’ dan dalam perjalanan menuju ke destinasinya: sebuah Negara yang sedang bergolak dengan perang saudara.

Namun begitu, virus itu telah tersebar di atas kapal tersebut dan telah membunuh kesemua krew kapal. Kapal itu terkandas di perairan Malaysia.  

Virus itu bertindak dalam tiga peringkat: Pertama, mangsa akan demam panas teruk. Kedua, mangsa akan mengalami paranoia teruk, dan akhir sekali, mangsa akan berubah menjadi agresif seperti diserang penyakit anjing gila dan menyerang orang lain. Ianya juga mudah berjangkit melalui bendalir badan seperti darah dan air liur. Kadar jangkitan juga adalah tinggi, dan sebagai senjata perang, mampu menghapuskan populasi satu Negara dengan segera, tanpa perlu menghantar askar. Cuma satu kelemahan berjaya dikenalpasti, mereka yang terjangkit akan terasa sakit apabila tubuh badan mereka terkena air, sepertimana haiwan2 yang dijangkiti penyakit anjing gila.  

Namun begitu, dari kapal yang membawa virus tersebut, ada seorang anak kapal yang terselamat, dan dialah yang telah membawa jangkitan virus itu ke darat…
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 11:30 PM | Show all posts
SINOPSIS - pada yang terlepas ep 1 semalam. tapi boleh tengok kat tonton.

24 JUN, 2015, KLANG:
Teja menjemput anaknya, Aini di sekolah dan dalam perjalanan balik ke rumah. Suaminya, Ariff juga dalam perjalanan pulang untuk membuat kejutan harijadi buat Aini. Malangnya, Teja mendapat panggilan daripada hospital yang Ariff kemalangan dan telah diserang oleh seseorang di jalan.

Alam, pemandu van sekolah sedang memperbaiki vannya yang rosak apabila seorang budak ponteng sekolah jatuh basikal dan mendapat luka yang teruk. Alam menghantar budak itu ke hospital berhampiran.

Di hospital, Frida, seorang virologist muda sedang bertungkus-lumus mencari punca dan penawar kepada satu virus misteri yang sedang melanda hospitalnya. Pesakit-pesakit yang terkena jangkitan virus itu demam teruk dan berhalusinasi. Secara tiba-tiba, pesakit-pesakit itu menjadi agresif dan menyerang orang lain.

Ini adalah hari yang telah mengubah segala-galanya.

Hospital telah dikuarantin kerana mengandungi virus, tetapi ianya telah terlewat. Virus ini telah merebak sebelum pesakit dibawa ke hospital - kepada pemandu teksi, juruwang pasar raya, pekerja2 awam, pekerja2 swasta, jiran tetangga, rakan-rakan, dan keluarga.

Ia didapati merebak apabila darah mangsa memasuki badan manusia; yang berhamburan darah hitam dari batuk mangsa boleh memasuki badan melalui luka, orifis, atau gigitan.

Alam, Teja dan Frida bertemu di hospital ketika tragedi ini berlaku. Teja berpisah dengan Aini ketika di hospital dan memintak Alam untuk menjaga Aini. Namun semasa orang yang Dijangkiti menyerang orang awam,  Alam telah kehilangan Aini.

Rasanya part bawah ni sambungan episod lain kot...

Keadaan di Klang dan sekitarnya menjadi huru-hara. Bekalan menjadi sukar didapati, rusuhan dan kecurian menjadi norma. Kawasan Klang dalam black-out dan tanpa sebarang komunikasi. Orang yang cuba untuk meninggalkan kawasan Klang, di halang. Ada penutupan ke atas semua pengangkutan dan semua sempadan di kawal ketat.

Teja menyalahkan Alam atas kehilangan anaknya. Frida pula berasa bertanggungjawab untuk mencari penawar kepada wabak itu. Alam cuba untuk membantu semua orang tetapi dalam kemelut yang melanda, sejarah silam Alam kembali menghantuinya.

Fatah, seorang banduan yang lari selepas lori polis diserang oleh mereka yang Dijangkiti, akan bersama dengan Teja, Alam dan Frida untuk terus bertahan, terus hidup dan mencari tempat yang selamat sehingga bencana ini berakhir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2014 02:52 AM | Show all posts
tgk smlm.....best.....ala2 zombie dah
walking dead melayu
so khabir bhatiar kan......
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 05:39 PM | Show all posts
Check in...lps drama aksi Jiwa..now Antidot plak..as usual satu kelainan lg dr Kabir.

N nk tgk lakonan RI..tunggu ep nex week baru kluar.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 05:43 PM | Show all posts
eddlisa_uyuk posted on 11-12-2014 02:52 AM
tgk smlm.....best.....ala2 zombie dah
walking dead melayu
so khabir bhatiar kan......

1st ep dah bagi adrenaline rush...camna la Kabir maintain the suspen throught 12 ep more..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 09:11 PM | Show all posts
Cahaya1 posted on 11-12-2014 05:43 PM
1st ep dah bagi adrenaline rush...camna la Kabir maintain the suspen throught 12 ep more..

kalau citer khabir.....lisa suka tul camera angle dia bila shoot
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 05:14 PM | Show all posts
Akhirnya ada pon thread ni.
TQ TT.

Saya tak pernah tengok the walking dead, tapi saya sukalah tengok cite ala2 thriller zombie neh
Tau pulak cerita ni dari pengarah Khabir Bhatia, lagi lah suka!

So masa tengok minggu lepas, tau2 jer, eh dah abis 1 jam dah.
Tak sedar pon. So cite ni memang best la. Hopefully makin best akan datang.

Pastu masa dah nak habis tu,
ada teaser episod 2 macam ada dengar suara aini cakap "Pak cik benda tu dah nak datang"
Aini tu ada sixth sense ke ape?.
Ada sape2 perasan tak teaser tu?, ke saya yang salah dengar?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 05:17 PM | Show all posts
Cahaya1 posted on 11-12-2014 05:43 PM
1st ep dah bagi adrenaline rush...camna la Kabir maintain the suspen throught 12 ep more..

True!. Episod pertama pon dah berdebar2 menengoknye.

Tak sempat rasa boring langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
background tempatnye x mcm kat klang  pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2014 06:15 PM | Show all posts
eddlisa_uyuk posted on 11-12-2014 09:11 PM
kalau citer khabir.....lisa suka tul camera angle dia bila shoot

kan terbaik.. lawa je gambar!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2014 06:16 PM | Show all posts
sweet987 posted on 12-12-2014 05:14 PM
Akhirnya ada pon thread ni.
TQ TT.

drama ni ada something kena2 lagi aku ni jenis minat ngan drama, filem zombie jadi buka la thread.. harap akan ramai yg follow drama ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 09:32 PM | Show all posts
Tak_Syg_Mulut posted on 12-12-2014 06:15 PM
kan terbaik.. lawa je gambar!!

tgk pun dah tau stail KB kan

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 09:42 PM | Show all posts
eddlisa_uyuk posted on 11-12-2014 02:52 AM
tgk smlm.....best.....ala2 zombie dah
walking dead melayu
so khabir bhatiar kan......

semua dah cantik.... tp bab makeup... cam katun...
tp boleh layan... dgn pelakon kanak2 yg not bad....cinematography pun cun..... yg penting dialog terasa natural.... takde ayat2 skema drama gerak khas....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 09:45 PM | Show all posts
eddlisa_uyuk posted on 11-12-2014 09:11 PM
kalau citer khabir.....lisa suka tul camera angle dia bila shoot

yg penting cite kabir stp scene takde yg sia2... yg penting ade teka teki sana sini.... suspen tu ade...
wonder itu hospital mmg takde penghuni ke.... nak buat drama bagai...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.088213 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list