CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
1234Next
Return to list New
View: 7588|Reply: 66

[Tempatan] Permohonan Daftar Nikah Suami Mangsa MH370 Didengar Esok

[Copy link]
Post time 4-12-2014 09:44 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Permohonan daftar nikah suami salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 akan didengar di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Khamis.
Terdahulu sumber memberitahu mStar Online, lelaki terbabit memfailkan permohonan daftar nikah di mahkamah tersebut pada awal November selepas bernikah untuk kali kedua di Songkla, Thailand.
Bapa kepada empat anak itu menghadapi kesukaran untuk mendaftar nikah kali kedua kerana tidak dapat mengemukakan surat kebenaran isteri seperti yang dituntut walaupun isterinya merupakan penumpang pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi.
"Sijil kematian isterinya juga tidak dikeluarkan, jadi sukar untuk bernikah kali kedua dalam negara, oleh itu pasangan itu ke Songkla, Thailand dan kini terpaksa memfailkan permohonan daftar nikah," kata sumber.



Menurut sumber, peguam yang mewakili lelaki terbabit akan memohon untuk menangguhkan sebutan kes kerana terdapat masalah yang belum diselesaikan.
"Esok memang ada sebutan, tetapi peguam mohon kes itu ditangguhkan ke satu tarikh baharu kerana ada masalah yang belum diselesaikan," kata sumber.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kes tersebut.
Menurut sumber itu lagi, lelaki berkenaan telah bernikah kali kedua dengan seorang wanita yang berasal dari Muar, Johor dan bekerja di ibu negara.
"Majlis meraikan pasangan pengantin baharu ini juga dilangsungkan secara kecil-kecilan di sebuah homestay di Langat bulan lalu," katanya.
Isteri lelaki terbabit merupakan antara 239 penumpang pesawat MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk ke Beijing.
Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari sama.
Analisis satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat ialah di selatan Lautan Hindi, barat Perth, Australia.
Bagaimanapun, usaha mengesan pesawat itu terus buntu kerana tiada sebarang bukti ditemui walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) diperluaskan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2014 09:54 AM | Show all posts
kesian....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 09:56 AM | Show all posts
dalam masa sembilan bulan dah berubah hati...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 09:59 AM | Show all posts
dah lama affair kot.. bila bini hilang sujud syukur dapat nikah
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 10:01 AM | Show all posts
semalam wa pi submit form kawin no 3 kat jawi...

nikah dalam kl kena bayar rm25..nikah luar kl kena rm5 je..

apa logik dia pun wa tak tau...



Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 10:01 AM | Show all posts
Ayaq betakung dalam kepala mana buleh simpan lama2....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2014 10:02 AM | Show all posts
ok la tu...dia nak bernikah....
dari dia dok berzina....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 10:16 AM | Show all posts
No big deal laa.. Life must go on...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2014 10:20 AM | Show all posts
da smpai seru....
jgn pasni ank2 terabai sudah....
dpt yg baru, duit pampasan pun byk..

Last edited by haryatie on 4-12-2014 10:21 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 10:22 AM | Show all posts
ermmmmmmmm......nak menyumpah si suami...but..hmmmmmm.. lelaki mmg tak boleh nak hidup tanpa perempuan ke....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 10:23 AM | Show all posts
Siannnn... Rasa sedih pule.... Moga2 bininya yg meninggal tu (kalau konpom la meninggalkannn) ditempatkan di syurga kelak. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 10:42 AM | Show all posts
kalau bini dye masih hidup n katakan balik satu hari nanti pun apadahal ...kuota 4 kot ..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 10:42 AM | Show all posts
bukan ke dah puas bertekak, mengutuk segala bagai laki ni masa thread dia kawen aritu...
cukup2 la tu...org buat menda baik je pun...  
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe posted on 4-12-2014 09:59 AM
dah lama affair kot.. bila bini hilang sujud syukur dapat nikah

ntahlah tp kagum gaklah bini muda sudi terima dia ade ank 4 org tu..

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni yang isterinya stewardess ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 10:47 AM | Show all posts
Suchi posted on 4-12-2014 10:44 AM
ntahlah tp kagum gaklah bini muda sudi terima dia ade ank 4 org tu..

masa cinta semua sanggup..
semoga bini muda sayang anak tu seperti anak sendiri
dan harap anak-anak memang mereka jaga
bukan pos ke kampung orang tua jaga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2014 10:49 AM | Show all posts
kan dh menyusahkan idop...selagi x daftar jenuh la...klo ade anak nti...lg parah...yg jd mangsa anak le...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 10:50 AM | Show all posts
Munnalicious posted on 4-12-2014 08:23 AM
Siannnn... Rasa sedih pule.... Moga2 bininya yg meninggal tu (kalau konpom la meninggalkannn) ditemp ...

tp aku hrp dorang seme slamt siht walafiat
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 10:54 AM | Show all posts
kwn laki aku..bini br meninggal xsmpai sebln dh berbini br..bini baru anak dara tua dh 40an..mula2 aku dgr aku ckp bgsla xkawin ngan  umur 18 taun..msti dia pn nk tlg jgkn ank2 laki dia.igtkn berbini br sbb nk ade org tlg uruskan ank2 4 org..rupe2nye dh dpt bini br..ank2 dihumban umah nenek dorang plak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 10:55 AM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 4-12-2014 02:47 AM
masa cinta semua sanggup..
semoga bini muda sayang anak tu seperti anak sendiri
dan harap anak- ...

Well said
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2026 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.710758 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list