CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: edy137

Kenapa Quranist ditolak di Malaysia? dan apakah yang salah dengan Quranist?

  [Copy link]
 Author| Post time 20-11-2014 11:10 AM | Show all posts
sebab pemalas... dok nak harapkan hadith2 sami bodoh tu semua... mcm itulah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2014 11:25 AM | Show all posts
6 pillars of Islam

is it true that pillar of islam is 6?

confused..

Last edited by ribut on 20-11-2014 11:31 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 11:35 AM | Show all posts
edy137 posted on 20-11-2014 11:10 AM
sebab pemalas... dok nak harapkan hadith2 sami bodoh tu semua... mcm itulah

Golongan anti hadist!, cuba bagi terjemahan, tafsir dan penerangan untuk surah Al-Asr. Samada mengikut apa yang kamu telah belajar ataupun tafsiran dari golongan anti hadist. Mahu juga saya tahu golongan antihadist ni menafsir. Mengikut kata imam Syafi'i mungkin maksudnya: surah ini jika diamalkan dalam kehidupan seharian mencukupi untuk selamat dunia akhirat. Tetapi bagaimana cara nak amalnya? sebelum tu nak tahu dulu tafsiran dari golongan anti hadist untuk surah ini.





Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 02:57 PM | Show all posts
Ayat ni kalu kamu baca pun kamu faham..

Allah perintahkan supaya manusia jangan buang masa dengan perkara yg sia-sia merugikan, isi masa tu dengan amalan-amalan yg soleh (buat perkara yang disuruh contoh solat, puasa, zakat, berbuat baik pada kedua ibu bapa, bersikap adil n etc dan meninggalkan perkara yg dilarang contohnya maksiat/zina, arak, judi, mengumpat dan etc dan dalam AQ semua ada perintah yg disuruh dan dilarang Allah)..manusia bukan sempurna kalu ade tersilap tegur menegur/nasihat menasihati supaya sentiasa buat perkara yg soleh dan sentiasa berpesan untuk sabar dalam melaksanakan amal-amal soleh.

dan betullah pesan imam syafie kalu amalkan ayat ni manusia akan selamat dunia dan akhirat.
Last edited by ribut on 20-11-2014 03:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 05:11 PM | Show all posts
ribut posted on 20-11-2014 02:57 PM
Ayat ni kalu kamu baca pun kamu faham..

Allah perintahkan supaya manusia jangan buang masa dengan ...

Jadi bagaimanakah caranya nabi dan para sahabatnya mengamalkan surah ini? mereka adalah generasi pertama islam yang terbaik dan di iktiraf sebagai kelompok orang islam yang diredhai(radiallah huanhu, ha) kelompok manusia yang terbaik hasil bimbingan dan didikan terus dari Nabi muhammad saw, Al-Quran juga turun secara beransur-ansur selama 23 tahun, urutan ayat2 al-Quran yang turun juga mengiringi sepanjang perjuangan nabi dan para sahabat. Pendekkata, disetiap sebalik ayat-ayat quran ada kisah yang terjadi, kemudian turun ayat  berkaitan peristiwa itu, seperti ayat teguran, ayat2 yang perintah, ayat larangan, ayat yang memujuk dan memberi semangat, memberi pertunjuk dan tunjuk ajar, ayat yang mengiktiraf, ayat membenarkan dan sebagainya.
Last edited by zamkumis on 20-11-2014 05:14 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2014 05:49 PM | Show all posts
kenapa Zamkumis?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2014 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
zamkumis posted on 20-11-2014 05:11 PM
Jadi bagaimanakah caranya nabi dan para sahabatnya mengamalkan surah ini? mereka adalah generasi p ...


Sy dah bagi jawapan dalam penjelasan2 saya sblm ni.. Nabi Muhammad amalkan/melaksanakan perintah2 yg terdapat dlm AQ..sahabat jg melaksanakan apa yg telah disampaikan oleh Nabi Muhammad yakni perintah Allah didalam AQ..

Allah turun kn AQ sbg petunjuk bg manusia dan utus Rasul sebagai pembimbing kpd manusia..

Rasul terima wahyu (AQ) kemudian sampaikan kepada manusia..

Betul APA yg Cik zamkamis katakan..dalam AQ Ada ayat perintah, teguran, nasihat, kisah2..tujuannya spy manusia ambil pelajaran

Contoh kisah Nabi luth kaum nya mengamalkan hubungan sejenis...bila mengubah ketetapan Allah berlaku nya bencana pada zaman tu..so apa pelajarannya utk kita hari ni..kalu berlaku keadaan yg sama tunggu lah azab dari Allah..harini pun kita sudah pun menhadapi kelompok kaum Nabi Luth ada nya org yg mengamalkan hubungan sejenis..ada x peringatan2 Allah supaya manusia sedar..ada, harini berlakunya puting beliung kt malaysia..xpernah2 ada tetiba ada..xpelik ke..

54.17 - sesungguhnya Kami mudahkan Al-quran untuk pelajaran Adakah orang mau mengambil pelajaran

Betul AQ Turun secara beransur2 sebab masa itu manusia Jahil..Allah Tuhan Yang Maha Berilmu dia mengajarkan AQ

Secara zahirnya prose's pembelajaran yg baik ialah proses step by step..satu persatu

Contoh bayi yg baru lahir xbleh jalan trs..prose's nya Dr telentang kemudian meniarap, kemudian merangkak, berdiri, berjalan baru boleh berlari..so manusia Dari jahil nk trs faham AQ keseluruhan dalam satu hari pun xbleh..jadinya Ade prose's pembelajaran satu persatu..tu sebab Ayat AQ trn satu persatu.. Last edited by ribut on 20-11-2014 08:37 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagaimana nk amalkan pun suma Ada dalam AQ..nk solat kena ambil wuduk dulu..Cara nk ambil wuduk pun Ada dalam Aq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2014 11:43 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 10:29 PM | Show all posts
saya meneliti tajuk yang diutarakan

dan rupanya telah lama tajuk golongan ANTI HADITH ni dibincangkan

antaranya  link ini

sila masuk

http://www.carigold.com/portal/f ... x.php/t-327699.html
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 10:34 PM | Show all posts
ribut posted on 20-11-2014 08:34 PM
Sy dah bagi jawapan dalam penjelasan2 saya sblm ni.. Nabi Muhammad amalkan/melaksanakan perintah ...

dan ALLAH SWT turunkan al Quran itu , melalui siapa ? saudara/i tak tekankan pun yang itu

yg awak dok tekankan al Quran itu ini sure - semua org faham

tapi bila awak tekankan penurinan Al Quran secara beransur ansur , siapa pula yg menyampaikan ?

so ?

bagaimana boleh berkata beriman dengan Al Quran tapi tak mempercayai kandungan kata atau perlakuan rasulullah SAW?

anda gagal huraikan dan membuat perkaitan

sebab?

anda mentafsir al Quran tanpa melalui manhaj  tafsir al Quran itu

nampak benar anda mengambil maksud secara literal ?

kalau anda tak kuasai manhaj pentafsiran al quran

siapa anda atau apa kredibiliti anda menolah hadith

anda pun tak dipetik sebagai maksum pun?

hanya berbekalkan tafsir literal  andanak kata anda menolak hadith
jauh panggang dari apinya

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 10:37 PM | Show all posts
SAYA PETK dari perbincangan lalu

ed_zero
17-04-2012, 11:14 AM


Kesilapan Golongan Anti Hadith;-

Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata:
Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana
seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan
orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami
dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan oleh al-
Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan". Kemudian Nabi
s.a.w. melanjutkan sabdanya: "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah
s.a.w. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t.";-
(Riwayat Abu Daud).

20 Hujah Asas Golongan Anti Hadis  dan Jawapannya.

Berikut disenaraikan 20 hujah asas (Primary Argument) yang dikemukakan oleh Golongan Anti Hadis untuk menolak hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dari sisi syari’at Islam. Sekalipun kelihatan dalam laman-laman web mereka, terutamanya www.ropelist.com dan www.submission.org seolah-olah mereka memiliki banyak hujah dan alasan untuk menolak hadis, namun kesemua hujah-hujah tersebut hanyalah merupakan terbitan dari 20 kelompok hujah asas ini. Dengan terjawabnya atau lebih tepat tertolaknya 20 hujah asas ini maka tertolak juga puluhan hujah-hujah mereka yang lain.



Hujah Pertama:

Al-Qur’an adalah lengkap, terperinci lagi sempurna, maka kenapakah perlu dirujuk kepada hadis-hadis Nabi sallallahu-alaihi-wasallam ? Bukankah Allah Subhanahu waTa’ala telah berfirman di dalam al-Qur’an:

Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab (Al-Quran) ini. [al-An’aam 6 :38]

(Katakanlah) : Patutkah aku hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu ? [al-An’aam 6 :114]

Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman. [al-‘Araaf 7 :52]

Alif, Laam, Raa’. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya SATU-PERSATU. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya. [Hud 11:01]


Jawapan:

Ketahuilah bahawa yang dimaksudkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala apabila Dia menyatakan kesempurnaan, kelengkapan dan perincian kitab suci-Nya al-Qur’anul Karim, adalah merujuk kepada peranan yang dimiliki oleh al-Qur’an sebagai “kitab induk” yang telah mengusulkan pelbagai kaedah dan cara bagi umat manusia menerima dan mempraktikkan risalah Allah dalam kehidupan harian mereka sehingga ke Hari Akhirat.[1] Al-Qur’an adalah lengkap dan sempurna dalam konteks ia meletakkan asas-asas mentauhidkan Allah dan kaedah-kaedah menjanakan syari’at-Nya. Demikian juga, apabila dikatakan bahawa kitab al-Qur’an tidak meninggalkan atau terlupa apa-apa, ia bererti bahawa al-Qur’an tidak leka atau lengah dari menggariskan pelbagai kaedah serta prinsip penukilan hukum dan ajaran yang diperlukan umat untuk melaksanakan syari’at Allah yang indah ini dalam semua suasana dan keadaan.

Dalam suasana kelengkapan dan keterperincian inilah al-Qur’an meletakkan dasar serta prinsip yang jitu bahawa hadis serta sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam wajib dijadikan salah satu dari sumber syari’at yang ditaati, dirujuki dan dipegangi. Apabila hadis dan sunnah Rasulullah disisihkan, maka ia bererti menyisih sebahagian dari dasar dan prinsip penting yang digariskan oleh al-Qur’an; dan apabila hadis dan sunnah Rasulullah ditentang, ia bererti menentang sebahagian dari ajaran al-Qur’an itu sendiri.[2]

Adalah merupakan tindakan yang amat jahil apabila seseorang itu memahami ayat-ayat di atas secara zahir (face value) sehingga mereka berkata segala apa yang berkaitan dengan agama dan kehidupan di dunia ini telah diperincikan satu-persatu di dalam al-Qur’an. Jika inilah kefahaman mereka, maka penulis bertanya – jika pagi tadi kita bersarapan Mee Goreng dan ingin mengetahui hukumnya, bolehkah kita mencarinya di dalam al-Qur’an ? Pastinya kita tidak akan menemui keterangan tentang Mee Goreng. Maka apakah dengan itu Mee Goreng tersebut menjadi sesuatu yang halal, atau haram, atau sesuatu yang dilupai oleh al-Qur’an ?

Sebaliknya jika difahami ayat-ayat di atas sebagai yang menerangkan peranan al-Qur’an dalam meletakkan dasar serta prinsip syari’at dan kehidupan, pasti kita akan ketahui bahawa Mee Goreng tersebut adalah halal dan baik untuk dimakan, kerana al-Qur’an sedia menggariskan beberapa prinsip asas pemakanan, antaranya semua yang ada di mukabumi ini adalah halal untuk dimakan (Yunus 10:59) asalkan disembelih atas nama Allah (al-An’aam 6:121) atau dari sembelihan Ahli Kitab (al-Maidah 5:05) dan ia bukan bangkai atau daging khinzir (al-Maidah 5:03); dan bahawa umat Islam sangat dianjur makan (al-An’aam 6:142) asalkan mereka tidak berlebih-lebihan (al-A’raaf 7:31).[3] Inilah maksud dan cara sebenar mengguna-pakai ayat-ayat di atas yang menjadi asas perbincangan.


Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 10:41 PM | Show all posts
Petikan dari sumber yg sama :

http://www.carigold.com/portal/f ... x.php/t-327699.html

HUJAH ANTI HADITH :

Dalam al-Qur’an tidak ada satu ayat sekalipun yang menyebut Sunnah Nabi atau Hadis Nabi. Malah jika dikaji dan diperbanding antara ayat-ayat al-Qur’an, akan di dapati bahawa perkataan Sunnah dan Hadis memiliki definasi dan erti yang berlainan.



Jawapan:

Sebelum dijawab dakwaan di atas, marilah kita melihat sejenak definasi, maksud dan kaedah penggunaan istilah Hadis dan Sunnah.

Definasi, maksud dan penggunaan istilah Hadis.

Hadis ( الحديث ) secara harfiah bermaksud sesuatu yang baru dari segala bentuk.[1] Dari segi maksudnya, ia memiliki beberapa erti, antaranya kata-kata, ucapan dan sebutan yang dikhabarkan, disampaikan dan diberitakan.[2] Di dalam al-Qur’an perkataan hadis digunakan beberapa kali dengan beberapa maksud dan tujuan yang berbeza sesuai dengan konteks perbicaraan ayat. Antaranya ialah: perkataan, pembicaraan, percakapan, pernyataan dan al-Qur’an itu sendiri. Berikut adalah dua contoh penggunaannya dalam al-Qur’an:

Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan (hadis) iaitu Kitab (Al-Quran) yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan pelbagai cara). [az-Zumar 39:23]

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (hadis). [ad-Dhuha 93:11]

Terdapat juga penggunaan perkataan “hadis” di dalam hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, berikut adalah dua contoh:

Pertama: Abu Hurairah radiallahu-anhu pernah bertanya: Ya Rasulullah, Siapakah orang yang paling bertuah, yang akan menerima syafa’at kamu di Hari Kiamat nanti ? Rasulullah menjawab:

Demi sesungguhnya aku telah menyangka – wahai Abu Hurairah – bahawa tiada siapa yang akan bertanyakan aku mengenai hadis ini terlebih awal selain engkau, kerana aku memang melihat (mengetahui) minat engkau yang besar terhadap hadis. Seutama manusia yang akan mendapat syafa’at aku di Hari Kiamat nanti ialah orang yang menyebut “Tiada Tuhan melainkan Allah” dengan keihlasan yang mendalam di hati dan jiwanya. [3]

Kedua: Semoga Allah menyerikan wajah orang yang mendengar sebuah hadis dari aku lalu dihafalnya sehingga disampaikan kepada orang lain. [4]

Perlu juga ditambah bahawa penggunaan istilah hadis mengikut kaedah bahasa Arab ia tidaklah bererti kata-kata atau sebutan semata-mata, tetapi adalah kata-kata yang di dalamnya sedia terkandung nilai ilmu, pengajaran dan maklumat yang dikhabar, diberita dan disampaikan dari satu pihak ke pihak yang lain. Demikian juga sebaliknya, apabila hadis disandarkan kepada sesuatu yang bernilai negatif, sepertimana firman Allah:

Dan ada di antara manusia: (ada) orang yang membeli cerita-cerita dan perkara-perkara (hadis) yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan. [Luqman 31:06] – ia bererti kata-kata yang memiliki maklumat dan pengajaran yang memudaratkan seperti sindiran, cacian, gossip, fitnah dan sebagainya.

Para sahabat radiallahu-anhum merujuk kepada percakapan dan ucapan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam sebagai hadis Nabi kerana ia bererti segala kata-kata dan ucapan Rasulullah yang mengandungi ilmu, pengajaran, manfaat dan petunjuk di dalamnya. Sejak itu berkembang masyhurlah penggunaan istilah hadis Nabi di kalangan generasi tabiin, tabiin muda dan generasi-generasi seterusnya, sehingga apabila sahaja disebut hadis, pantas difahami bahawa yang dimaksudkan adalah hadis Nabi sallallahu-alaihi-wasallam. Perbuatan Rasulullah juga termasuk dalam istilah hadis Nabi apabila yang bertanya adalah generasi tabiin yang tidak pernah hidup bersama Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dan yang menjawab pula adalah para sahabat kerana mereka (para sahabat) telah menterjemah perbuatan Nabi tersebut menjadi kata-kata yang dikhabarkan kepada yang bertanya.





Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 10:45 PM | Show all posts
Definasi, maksud dan penggunaan istilah Sunnah.

Dalam kamus-kamus Arab, Sunnah bererti tatacara, jalan yang diikuti dan perilaku hidup sama ada baik mahupun buruk.[5] Tatacara, jalan yang diikuti dan perilaku hidup ini adalah langsungan, terbitan dan pancaran dari seseorang atau sesuatu yang berperanan sebagai titik punca.Dalam al-Qur’an ianya digunakan 16 kali, umumnya merujuk kepada dua perkara, yang pertama adalah tatacara dan peraturan Allah Subhanahu waTa’ala dalam mengurus alam, yakni Sunnatullah dan yang kedua adalah tatacara umat-umat terdahulu, yakni Sunnatul awalin. Berikut adalah dua ayat, setiap satunya mewakili maksud yang diterangkan di atas:

(Demikianlah) peraturan (Kami yang tetap mengenai) orang-orang yang telah Kami utuskan sebelummu dari Rasul-rasul Kami; dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan bagi peraturan Kami yang tetap itu. [al-Israa’ 17:77]

Allah menghendaki untuk menerangkan (Syariat-Nya) dan untuk menunjukkan kepada kamu jalan-jalan aturan orang-orang yang dahulu daripada kamu (Nabi-nabi dan orang-orang yang soleh, supaya kamu mengikutinya), dan juga untuk menerima taubat kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. [an-Nisaa 4:26]

Perkataan Sunnah juga merujuk kepada tatacara hidup Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, mewakili percakapan, perbuatan dan persetujuannya. Perhatikan hadis berikut:

Sekumpulan 3 orang lelaki datang ke rumah isteri-isteri Nabi sallallahu-alaihi-wasallam bertanyakan mengenai ibadat Nabi sallallahu-alaihi-wasallam. Maka setelah diberitahu, mereka menganggap seakan-akan ianya sedikit lalu berkata: “Bagaimana kita boleh berbanding dengan Nabi sallallahu-alaihi-wasallam ? Demi sesungguhnya beliau telah diampuni oleh Allah dosa-dosanya yang terdahulu dan yang akan datang.”

Berkata salah seorang dari mereka: “Adapun saya, saya akan bersolat malam selama-lamanya.” Dan berkata seorang lagi: “Saya akan berpuasa sepanjang masa dan tidak akan berbuka.” Dan berkata yang terakhir: “Saya akan menjauhi wanita dan tidak akan berkahwin selama-lamanya.”

Maka (kemudian) datang Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam lalu beliau bersabda: “Kaliankah yang berkata sedemikian sedemikian ? Demi Allah, akulah yang paling takut kepada Allah dan yang paling bertaqwa kepada-Nya dari kalian. Tetapi aku berpuasa dan berbuka, bersolat dan tidur dan aku berkahwin dengan wanita-wanita. Maka barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku maka bukanlah dia dari golonganku.” [7]

Perkataan Sunnah juga boleh merujuk kepada tatacara atau perilaku seseorang lain, sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam hadis berikut:

Maka hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para Khalifah yang terpimpin lagi mendapat petunjuk.[8]

Perkataan Sunnah juga boleh mewakili perilaku mulia yang dimulakan oleh seseorang, umpamanya:

Barangsiapa merintis dalam Islam suatu jalan yang baik maka dia memperolehi pahala orang yang melakukannya sesudah dirinya tanpa dikurangi sedikit jua pahala mereka. Dan barangsiapa merintis dalam Islam suatu jalan yang buruk maka dia akan menerima dosa jalan buruk itu dan dosa orang yang mengerjakannya sesudah dirinya tanpa dikurangi sedikit jua dosa mereka. [9]

Dari contoh-contoh di atas jelas kepada kita tentang definasi, maksud dan penggunaan istilah Sunnah

–bererti tatacara, jalan yang diikuti dan perilaku hidup sama ada baik mahupun buruk. Dengan itu juga fahamlah kita bahawa yang dimaksudkan sebagai Sunnah Nabi adalah segala percakapan, perbuatan, pengiktirafan, jalan yang dipimpin dan tatacara hidup Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

Seperkara penting tentang penggunaan istilah Sunnah menurut kaedah bahasa Arab adalah bahawa ia merupakan satu istilah yang tidak dapat berdiri dengan sendirinya melainkan ia wajib dirujuk atau disandarkan kepada seseorang individu, sesuatu perkara dan sesebuah identiti. Sepertimana yang dinyatakan di bahagian awal bab ini, tatacara, jalan yang diikuti dan perilaku hidup yang dimaksudkan dari istilah sunnah adalah langsungan, terbitan dan pancaran dari sesuatu atau seseorang yang berperanan sebagai titik punca. Hal ini jelas dari contoh-contoh yang telah dikemukakan di atas, seperti sunnah Allah, sunnah orang-orang terdahulu, sunnah Rasulullah dan sunnah para Khalifah. Justeru apabila sahaja istilah sunnah digunakan, ia wajib merujuk kepada seseorang atau sesuatu perkara.[10]

Kembali kepada dakwaan Golongan Anti Hadis bahawa di dalam al-Qur’an tidak ada satu ayat sekalipun yang menyebut dan menerangkan istilah Sunnah Nabi atau Hadis Nabi, ia tidaklah menjadi masalah kerana kitab al-Qur’anul Karim bukanlah sebuah kamus bahasa Arab. Malah yang benar-benar keliru di sini ialah Golongan Anti Hadis sendiri kerana mereka telah menjadikan kitab al-Qur’anul Karim sebagai satu-satunya kamus bahasa Arab yang mutlak. Mereka mencari erti sesuatu perkataan Arab dengan merujuk kepada beberapa terjemahan al-Qur’an yang sedia ada; dan mereka juga mencari kefahaman serta cara-guna sesuatu perkataan Arab dengan membanding-banding antara beberapa ayat al-Qur’an yang sedia memiliki perkataan tersebut. Apa-apa erti atau istilah yang tidak terdapat di dalam al-Qur’an, atau maksud pengertiannya adalah berlainan dengan penerangan al-Qur’an, maka perkataan atau pengertian tersebut dianggap batil dan ditolak.

Tindakan ini adalah salah kerana:



[1] Al-Qur’an bukanlah kitab yang memperkenalkan bahasa Arab kepada masyarakat Arab 1400 tahun yang lalu. Ketika al-Qur’an mula diturunkan, masyarakat ketika itu sudah sedia mengetahui dan menguasai bahasa Arab. Jika benar al-Qur’an adalah satu-satunya kamus bahasa Arab, maka bagaimana mungkin masyarakat Arab ketika itu hendak memahami ayat-ayat al-Qur’an yang diturunkan ?

[2] Al-Qur’an diturunkan secara berperingkat-peringkat, menjangkau tempoh 22 tahun lebih. Seandainya kita menerima-pakai teori bahawa sesuatu perkataan atau istilah itu hanya tepat difahami dengan merujuk dan membanding antara ayat dengan ayat, adakah itu bererti bahawa masyarakat Arab ketika itu tidak dapat memahami langsung pengajaran al-Qur’an secara tepat kecuali setelah 22 tahun, yakni setelah al-Qur’an menjadi lengkap keseluruhan himpunan ayat-ayatnya ? Sudah tentu tidak !

Justeru tindakan menjadikan al-Qur’an sebagai satu-satunya kamus bahasa Arab dan penjelas pengertian istilah adalah tidak lain merupakan tindakan orang-orang yang tidak tahu bahasa Arab dan amat sempit wawasan pemikiran mereka. Yang benar adalah, al-Qur’an boleh digunakan sebagai salah satu sumber rujukan bagi mengetahui dan memahami pengertian dan maksud sesuatu perkataan Arab, terutamanya oleh kita masyarakat yang bahasa ibundanya bukan bahasa Arab. Tetapi kita tidak boleh memutlakkan al-Qur’an sebagai satu-satunya kamus dan penjelas bahasa Arab. Melakukan sedemikian bererti kita telah memaksa al-Qur’an kepada satu tanggung-jawab yang tidak ia dipertanggungkan pada asalnya.

Persoalan istilah Sunnah dan Hadis Nabi yang tidak disebut dalam al-Qur’an bukanlah satu persoalan yang membatalkan kedudukannya dari sisi syari’at Islam kerana dasar rujukan kepada dua sumber tersebut tidak terletak pada nama atau istilah, tetapi kepada konsep dan pengertian yang didirikan oleh al-Qur’an itu sendiri.[11] Sebagaimana kita di Malaysia dalam bahasa Melayu mengatakan bahawa sembahyang itu adalah wajib padahal perkataan “sembahyang” sememangnya tidak terdapat di dalam al-Qur’an tetapi konsep dan perintah mendirikan “sembahyang” tersebut memang sedia terdapat di dalam al-Qur’an. Perbezaan nama atau istilah tidaklah membatalkan sesuatu konsep, pengertian, perintah dan pekerjaan yang jelas diasaskan oleh al-Qur’an.

http://hafizfirdaus.com/ebook/20hujah/hujah6.htm Last edited by mbhcsf on 21-11-2014 10:46 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 11:06 AM | Show all posts
Masalah sebenar ialah:

1.Golongan pengikut hadis TAK AKAN PERNAH mengikuti kitab ALLAH QUR'AN sahaja.
Golongan ni kena ikut kitab-kitab buatan manusia lain untuk menerangkan Qur'an atau lebih dikenali KUTUBBUS SITTAH (Imam Bukhary, Muslim, Abu Daawud, At Turmudzy, An Nasaa’i, Ibnu Maajah)
Total Kitab = 1 Qur'an + 6 kitab (Imam2 sebagai Guru) = 7 kitab

Mereka tak percaya dengan ayat ni: QS 55:1-2
(Allah) Most Gracious. It is He Who has taught the Qur'an.

2. Golongan pengikut Qur'an sahaja pulak TAK AKAN IKUT kitab lain selain QUR'AN. Kerana Qur'an dah lengkap dan ia menerangkan diri sendiri. Nabi Muhammad hanyalah menyampaikan Qur'an.

Golongan ni percaya dengan ayat ni: QS 42:48 .... "Thy duty is but to convey (the Message)..."
Total kitab = 1 Qur'an (Allah sebagai Guru)

So tepuk dada tanya selera.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 01:55 PM | Show all posts
kid posted on 22-11-2014 11:06 AM
Masalah sebenar ialah:

1.Golongan pengikut hadis TAK AKAN PERNAH mengikuti kitab ALLAH QUR'AN sahaja.
Golongan ni kena ikut kitab-kitab buatan manusia lain untuk menerangkan Qur'an atau lebih dikenali KUTUBBUS SITTAH (Imam Bukhary, Muslim, Abu Daawud, At Turmudzy, An Nasaa’i, Ibnu Maajah)
Total Kitab = 1 Qur'an + 6 kitab (Imam2 sebagai Guru) = 7 kitab

Mereka tak percaya dengan ayat ni: QS 55:1-2
(Allah) Most Gracious. It is He Who has taught the Qur'an.

2. Golongan pengikut Qur'an sahaja pulak TAK AKAN IKUT kitab lain selain QUR'AN. Kerana Qur'an dah lengkap dan ia menerangkan diri sendiri. Nabi Muhammad hanyalah menyampaikan Qur'an.

Golongan ni percaya dengan ayat ni: QS 42:48 .... "Thy duty is but to convey (the Message)..."
Total kitab = 1 Qur'an (Allah sebagai Guru)

So tepuk dada tanya selera.

Saya berpendapat yg bro dah salah.

(1) Golongan pengikut hadith berpegang kepada Quran dan gunakan Hadith utk pencerahan kerana tingkah laku Nabi Muhammad(saw) berlandaskan Quran.

(2) Golongan anti Hadith berpegang kepada Quran tapi guna tafsiran atau pendapat sendiri mengenai ayat2 Quran.

Sejarah ttg golongan Anti Hadith.
Gerakan in bermula di India ~1895 oleh Chiragh Ali. Beliau bukan ulama tapi penjawat awam di Hyderabad. Zaman tersebut terdapat banyak debat 'comparative religion' antara Islam dan Kristian. Problem geng kristian pada masa tersebut adalah kelemahan Bible kalau dibandingkan dengan Quran. Geng British telah mengutarakan 2 Orientalist yang terkemuka pada masa tersebut iaitu Muir dan Goldziher untuk memberi pendapat mereka (expert opinion) tentang Islam dan kritikan mereka adalah dari sudut Hadith. Taktik tersebut telah digunakan oleh Pendakwah Kristian. Chiragh Ali tak mampu bela Islam dan beliau mengambil jalan mudah , ketepikan Hadith dan tumpuan hanya kepada Quran. Generasi selepas Ali adalah yg menerajui 'Ahle Quran' adalah Abdallah Chakralawi , Khawja Ahmad Din Amratsari sehingga ke Rashad Khalifa.
(Hadith - Muhammad's Legacy in the Medieval and Modern World ; Jonathan AC Brown pg 244-248)

Pada pendapat saya , geng anti Hadith ini malu tentang hadith yang pelik apabila mereka disoal oleh bukan Islam. Mereka ambil jalan mudah dengan meninggalkan Hadith daripada mencari ilmu tentang ugama lain dengan membaca Bible atau kitab kitab ugama lain. Kita ambil contoh
(1) Polemik tentang usia Aishah(ra) berumahtangga dengan Nabi Muhammad(saw). Kalau tak tahu tentang eze16:7-8 atau penyelidikan para sosiologist tentang 'age of consent' ..... susah nak jawab
(2) Polimik tentang murtad mesti dibunuh , ungkapan 'Whoever changes his religion , kill him'. Kalau tak tahu tentang hadith yg lain ..... susah nak jawab
(3) Polimik tentang monyet betina kena rejam. Baca balik hadith tersebut , ia bukan dari Nabi Muhammad(saw) dan berlaku sebelum Islam. Tak perlu muslim percaya kepada Hadith tersebut.
(4) Polimik tentang lalat dalam minuman , ini hanyalah pendapat Rasullah(saw) , ulasan Imam Nawawi
When Al-Nawawi comments on this, he puts it under the following title: باب وجوب امتثال ما قاله شرعا دون ما ذكره صلى الله عليه وسلم من معايش الدنيا على سيبل الرأي
"The chapter on obligation of following what he (pbuh) says related to Shar' (religion) and not what he (pbuh) says about the affairs of the world as a personal opinion."

Pendapat saya , problem geng anti Hadith ini adalah mereka malu tentang hadith yang pelik dan ambil jalan mudah , meninggalkan Hadith tanpa berusha mencari ilmu dengan membaca kitab2 ugama lain etc.

Alasan yang sering digunakan adalah Rasullah(saw) larang untuk dokumen apa2 selain dari Quran. Ini adalah pendapat yang salah
Al-Nawawi said in his commentary on Saheeh Muslim:

"Al-Qaadi said: there were many disputes among the Sahaabah and Taabi'een concerning the writing down of knowledge. Many of them regarded this as being makrooh, but most of them regarded it as permissible. This dispute is no longer an issue.

They differed as to the meaning of this hadeeth which says that it is forbidden. It was said that this pertained to one who was sure of his memory, and there was the fear that he may rely upon what he had written if he wrote it down; the ahaadeeth which say that it is permissible to write things down is to be interpreted as referring to the one whose memory is not reliable, such as the hadeeth, "Write it down for Abu Shaah";

Rejecting Hadith is rejecting more than 1000 years of scholarship. This is very irresponsible. We cannot be extremist who reject Hadith altogether and we also cannot go on blind faith. We need to take the middle path.

From the said book :
Contrary to popular opinion, the bulk of Islamic law does not come from the Qur’an but rather from hadith, first-hand reports of the prophet Muhammad’s words and deeds, passed from generation to generation. However, with varying accounts often only committed to paper a century after the death of Muhammad, Islamic scholars, past and present, have been faced with complex questions of historical authenticity.

Last edited by sam1528 on 22-11-2014 01:56 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2014 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf bro, saya tak bersetuju.

Kaum Kristian pun klaim mereka ikut kitab Injil, tapi sebenarnya mereka ikut kitab Matthew, Lucas etc.

Sama macam orang Islam, mereka klaim ikut Quran, tapi mereka ikut Bukhari, Muslim etc.

Hujah mereka Hadis itu menjelaskan Quran. Walhal Quran dah kata jangan ikut mana mana hadis!!

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 05:07 PM | Show all posts
kid posted on 22-11-2014 02:41 PM
Maaf bro, saya tak bersetuju.

Kaum Kristian pun klaim mereka ikut kitab Injil, tapi sebenarnya mereka ikut kitab Matthew, Lucas etc.

Sama macam orang Islam, mereka klaim ikut Quran, tapi mereka ikut Bukhari, Muslim etc.

Hujah mereka Hadis itu menjelaskan Quran. Walhal Quran dah kata jangan ikut mana mana hadis!!

Boleh bagi bukti
(1) geng Hadith ikut Hadith lebih dari Quran?
(2) mana dalam Quran yg mengatakan jangan ikut mana2 hadith?

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 06:24 PM | Show all posts
sam1528 posted on 22-11-2014 05:07 PM
Boleh bagi bukti
(1) geng Hadith ikut Hadith lebih dari Quran?
(2) mana dalam Quran yg mengataka ...
Boleh bagi bukti
(1) geng Hadith ikut Hadith lebih dari Quran?
(2) mana dalam Quran yg mengatakan jangan ikut mana2 hadith?


Thank you bro. Sebelum membaca baik berdoa dulu kepada Allah semoga Syaitan tak ganggu. Buka mata, hati dengan bersih bro, semoga Allah beri petunjuk. Saya hanya menyampiakan, saya boleh salah, tapi Allah (melalui Qur'an) tak pernah salah.

(1). Yang simple macam wudhu, zakat, salat sunat, puasa sunat, ibadah haji. Dalam hadith banyak amalan didalamnya yang lebih dari yang Qur'an suruh.

Tak hairan umat Muslim tak tau kandungan Qur'an (bezanya dengan hadith) kerana kita just mengaji (melagu panjang pendek, tajwid etc) walaupun hafal Qur'an (Arabnya) tapi tak paham apa kandungan Qur'an.

(2). Ayat dibawah nie boleh confirm bahasa Arab nya "hadith" (penterjemah taknak tulis hadith):
- 31:6 Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita (hadith) dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah ...
- 45:6 .. maka dengan perkataan (hadith) manakah lagi mereka akan beriman sesudah (kalam) Allah (Qur'an)...
- 7:185 ..Maka kepada berita (hadith) manakah lagi mereka akan beriman sesudah Al Quran itu?
- 77:50 Maka kepada perkataan (hadith) apakah selain Al Quran ini mereka akan beriman?

So hadith sebenar tu hanya Qur'an sahaja. Hadith selain Qur'an kena tolak.

Tambahan:
- 68:36-38 ... Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (kitab lain selain Qur'an) yang kamu baca dan pelajari? Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih (nak)? (Cuba tanya diri sendiri bro, kitab ape selain Qur'an yg semua bro mahu ada didalamnya? Kitab Bukhari? Semua yang bro mahu ada dalam kitab Bukari tu kan? Kerana kitab hadith lengkap, detail detail semua ada kat situ, betul kan?)
- 6:114 Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah... (bermakna tak patut mencari hakim/hukum selain Qur'an, patutkah mengikut kitab lain sebagai hakim bro?)


Setakat tu je dulu, kalau panjang sangat membazir gak, bro bukannya setuju dengan pandangan saya pun.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf posted on 21-11-2014 10:34 PM
dan ALLAH SWT turunkan al Quran itu , melalui siapa ? saudara/i tak tekankan pun yang itu

yg a ...


Cuba baca blk ap yg saya post...teliti kn

Lg satu sy cuma beri APA yg sy faham bila baca ayt tu..SBB ayat tu direct..kalu awak xfhm sy xtahu lah...

Contoh Ali ke sekolah naik basikal...ke nk kena tnye cikgu ke professor ke mcmne Ali ke sekolah Last edited by ribut on 22-11-2014 07:39 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.323907 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list