CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3609|Reply: 2

Printer Server atau Wifi Printer Networking?

[Copy link]
Post time 25-9-2014 02:11 AM | Show all posts |Read mode
Lol.. baru2 ni apply kerja sebagai juruteknik komputer walaupun knowledge tahap siput sedut masak lemak cili api.. Kerana nak dapatkan kerja punya pasal, bos tanya, "awak boleh buat networking?".. Walaupun ianya sesuatu yang agak kontras dengan Sijil yang aku ada cumalah kejuruteraan elektrik dan aku tau networking ni antara benda2 sakit otak.. Hendakkan kerja punya pasal.. Aku angguk je lah..

Next.. Sehari sebelum masuk kerja.. aku punyalah study tentang MESH lah ape lah.. bla2 etc kat youtube.. google etc.. berkaitan RJ45 lah amende lagilah color code tu semua.. hahha.. kelakar.. so.. esoknya aku ditugaskan untuk buat networking untuk 1 office ni.. Detailnya macam ni:

1. Ada 6 PC (Online secara Wireless) yang hendak di-rangkaian-kan pada 3 Printer (non Wireless).. (Bagi otai.. bende ni kacang lupakan kulit je). So, kira semua PC boleh je nak guna mana2 Printer yang dia nak iaiatu salah satu daripada 3 printer ni..

2. Ada 2-3-4 pilihanlah.. Antara pilihan yang mudah untuk kerja aku (si pemalas) ni adalah dengan cara WIRELESS.. Iaitu:

a. PRINT SERVER 4 Port USB (Modal lebih kurang RM300+ termasuk kabel USB Printer yang panjang 3 utas + kabel RJ45)
atau,
b. Wifi Printer Networking (walaupun Printer tu tak dilengkapi dengan Wifi) - (Modal masa, titik peluh dan sedikit elektromagnet dari neuron sel otak atau mungkin gaji selama 1-2jam)

Disebabkan aku ni langsung xde pengalaman Networking, dan tugasan yang diberikan tu juga boss suruh aku buat kerja sorang2 je.. Maka.. Untuk tidak melibatkan risiko "kemaluan" disebabkan mungkin nanti Print Server tu tersalah beli atau rosak sebab salah pasang.. Maka aku amik choice "B" iaitu Wifi-kan Network printer tu.. kalau salah pun, aku je yang penat..

Untuk kerja-kerja me-rangkaian-kan Printer dan PC tersebut.. Sonang je.. Al-kisah:

1. Printer 1, 2 dan 3 telahpun disambungkan secara DIRECT menggunakan kabel USB Printer terus ke PC1-Printer1, PC2-Printer2, PC3-Printer3. Ini maknanya tinggal PC4, PC5 dan PC6 sahaja yang tidak di"kahwin"kan dengan mana2 printer. Kira Teruna lagilah..
2. Buat langkah ni untuk PC1, PC2 dan PC3 yang mana masing2 ada "awek" masing2..
3. Klik Start > Control panel > Printer > Klik kanan pada printer PC tersebut > Pilih Properties > Di Tab Sharing Pilih Share This Printer > Apa amaran yang keluar klik je semata2 membenarkan Printer di PC terseut di Sharingkan. Buat untuk PC1,2 dan 3.
4. Pegi kat PC1,2,3,4, 5 & 6. Klik Start > Control Panel > Printer > Add printer > Printer from Network (wireless) > Windows akan carikan. Bila dah jumpa, klik apply/ok. Buat benda ni 3 kali.. untuk 3 Printer.
5. Untuk sesi testing.. Bukak MSword.. taiplah apa2 pon.. gambar ke.. pastu Print.. sebelum klik OK, klik properties dan pilih printer mana yang nak digunakan. Pastu Print. Di PC 4,5 & 6, printer akan dimaklumkan sebagai OFFLINE. Ini disebabkan Printer disambungkan secara wireless. Walaubagaimanapun, ianya pasti berhasil!
6. kalau tak berhasil, maknanya:
a. Windows version tak ngam dengan driver printer.
b. Jarak wireless hanyalah 100Meter/300kaki. Lagi jauh lagi lembab dan mungkin connection LOST. kalau nak kuatkan balik kena tambah barang la. Apa nama dia? Lupa plak.. Haha.. takpe.. kalau ada apa2 kemusykilan boleh tanya.. Sama2 sharing dapat pahala.. pengetahuan bertambah..

Selamat Mencuba! (Begitu tak seronok penutup dia.. )





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 02:24 AM | Show all posts
namanya repeater.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2014 02:29 AM | Show all posts
repeater ke? haha.. tq mod terer cam avengers.. haha..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.064651 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list