CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2485|Reply: 13

[Jenayah] Pelajar ditetak kerana RM15

[Copy link]
Post time 26-8-2014 01:55 PM | Show all posts |Read mode
Manivanan melawat mangsa yang parah di bahagian tangan kanan di sebuah wad di HTAR, Sabtu lalu.[url=][/url][url=][/url]

        KLANG - Hanya kerana wang RM15, seorang pelajar tingkatan empat parah di bahagian tangan selepas ditetak dengan parang oleh dua lelaki berdekatan sebuah pasar raya di Taman Klang Utama, di sini Sabtu lalu.

        Ekoran kejadian itu, tangan mangsa yang dikenali sebagai Yong Meng, 16, tidak mampu berfungsi dengan baik selepas urat tangannya disyaki putus 80 peratus dan gagal berfungsi seperti sebelum ini.

        Yong Meng berkata, kejadian berlaku ketika dia menunggang basikal untuk ke pasar raya itu sekitar jam 8 malam.

“Sewaktu hampir nak sampai, sebuah motosikal dinaiki dua lelaki mendekati saya. Mereka ugut saya serahkan wang sambil mengacukan parang di leher saya,” katanya.

        Menurutnya, kegagalannya menyerahkan wang menyebabkan salah seorang daripada lelaki itu cuba mengangkat parang ke arahnya.

“Saya segera pertahankan diri dengan mengangkat tangan akibatnya tangan saya terkena parang. Mereka segera merampas wang berjumlah RM15 dalam kocek saya dan terus melarikan diri,” katanya yang membuat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

        Yong Meng menceritakan kejadian itu kepada Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan yang melawatnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

        Hadir sama, Pengerusi Dap Taman Klang Utama, Ng See Leong.

        Sementara itu Manivanan berkata, pihaknya berharap polis dapat membuat rondaan lebih kerap di kawasan kejadian.

“Saya dimaklumkan pada hari kejadian, terdapat seorang lagi warga emas turut disamun dan dicederakan. Saya mengesyaki kemungkinan kejadian itu dilakukan suspek yang sama,” katanya.

        Beliau berkata, sehingga kini penduduk mendakwa kes yang sama sudah banyak kali berlaku dan sasarannya adalah golongan kanak-kanak, warga emas dan wanita.

“Saya harap suspek berkenaan dapat diberkas segera kerana kejadian tersebut membimbangkan penduduk di situ yang mana mangsa bukan sahaja disamun malah turut dicederakan,” katanya.


[url=]
[/url]Read here: http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/pelajar-ditetak-kerana-rm15-1.311276

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2014 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Nauzubillah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nya.. penyamun mana yg desperate sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 02:09 PM | Show all posts
Ya Allah..
menakutkan...
klau terserempak ngan makhluk2 mcam ni..
bagi je la apa dia nak..
jnji jgn dia nk badan kita daaa..
kalau dia nak mcam mana...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 02:20 PM | Show all posts
lain kali bagi shj kalau mereka nak duit...nak basikal...bagi shj...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 03:01 PM | Show all posts
wahhh area klang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2014 03:15 PM | Show all posts
minta2 aku xterserempak dgn spisis2 mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 04:07 PM | Show all posts
targer bebudak dgn warga emas berapa ringgit aje la dapat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2014 04:15 PM | Show all posts
RM15 bagi je le dari hilang tangan lebih buruk lagi hilang nyawa
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 04:18 PM | Show all posts
nak menyamun pun beragak2 la
takat yang naik basikal .. 16tahun ja lak tu
berapa ja la yang akan dapat

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 04:20 PM | Show all posts
mat pet kot,desperate nak beli bekalan..RM15 pon jadikkk
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 04:32 PM | Show all posts
nak tunjuk hebat....silap ler
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Klang Utama tempat saya tinggal dulu. Memang banyak gangster kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 06:30 PM | Show all posts
Ni yang di katakan "syukurlah, Malaysia masih aman"?

Apa susah sangat nak banteras gengster ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.064455 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list