CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2031|Reply: 6

Utusan pprt melamun lagi. Kali ini tentang kegiatan judi

[Copy link]
Post time 13-7-2014 06:14 PM | Show all posts |Read mode
WALAUPUN kegiatan mesin judi haram kini sedang digempur oleh pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun bagi sesetengah pengusaha kegiatan haram tersebut mereka tidak berasa gentar. Dalam laporan kali ini, wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR, MOHD. SHARIZA ABDULLAH dan SITI ROHAIZAH ZAINAL mendedahkan pula bagaimana penglibatan sindiket dalam mendalangi kegiatan mesin judi haram tersebut. Turut dipaparkan hasil tinjauan di beberapa negeri yang membuktikan mesin judi haram terus menjadi ancaman kepada masyarakat khususnya orang Melayu.
KUALA LUMPUR  12 Julai -  Sekurang-kurangnya tiga sindiket dikenal pasti menjadi dalang kegiatan mesin judi haram di enam buah negeri yang mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit setiap hari dengan menjadikan orang Melayu sebagai pelanggan utama.
Sindiket itu dikatakan menguasai perjudian haram di Melaka, Lembah Klang, Perak, Pulau Pinang dan Johor serta beroperasi dengan ‘sokongan’ segelintir anggota penguat kuasa khususnya dalam kalangan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Sumber memberitahu, sindiket itu juga dibantu oleh kumpulan gengster yang bertindak sebagai pelindung dan orang perantaraan (runner) bagi memastikan kegiatan mereka tidak diganggu oleh mana-mana pihak.
"Apa yang mengejutkan kumpulan gengster Melayu turut terlibat dan kebiasaannya mereka dijadikan sebagai runner khususnya dalam menjalankan rundingan dengan pihak berkuasa . Selain itu mereka juga diberi ‘upah’ untuk mengawal sesuatu kawasan yang mempunyai premis perjudian,’’katanya kepada Mingguan Malaysia.
Sumber  itu mendakwa, tiga sindiket tersebut yang dikuasai tiga individu menjalankan kegiatan haram berkenaan dengan pelbagai taktik dan berpusat di sebuah ne­geri di selatan.
"Sindiket pertama merupakan sindiket terbesar di sebuah negeri di selatan dan menjadikan pusat latihan snuker sebagai tempat pengumpulan hasil perjudian setiap hari. Ia juga didapati telah menghantar sekurang-kurangnya 10 permohonan lesen premis pusat hiburan keluarga kepada PBT.
"Selepas mendapatkan lesen-lesen tersebut, premis berkenaan akan dijadikan sebagai pusat kegiatan mesin judi haram. Sindiket ini juga mempunyai rangkaian yang beroperasi di Pulau Pinang, Perak dan sebuah negeri di Lembah Klang dan memonopoli kegiatan tersebut bagi zon selatan,’’ kata sumber itu lagi.
Sindiket kedua pula, dedah sumber tersebut, dianggotai oleh kumpulan gengster dan berselindung di sebalik perniagaan kereta terpakai.
"Sindiket tersebut menguasai kegiatan perjudian haram di sebuah negeri di selatan dan menggunakan khidmat dua individu yang bertindak sebagai orang perantaraan dengan PBT serta agensi penguat kuasa,’’ katanya.
Bagi sindiket ketiga pula, sumber itu mendakwa, ia dikendalikan oleh sebuah syarikat dari sebuah lagi negeri di selatan.
"Maklumat menunjukkan sindiket ini mempunyai kaitan dengan beberapa individu berpengaruh sehingga ia menyukarkan pihak berkuasa mengambil tindakan,’’ dakwa sumber itu lagi.
Mengulas mengenai modus operasi ketiga-tiga sindiket berkenaan, sumber itu berkata, premis kegiatan tersebut menjadikan pintu belakang sesebuah premis sebagai laluan masuk dan dlengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).
"Mereka menggunakan kod warna lampu berbeza di luar premis iaitu biru, hijau, merah dan kuning sebagai isyarat bahawa ia dilindungi oleh agensi penguat kuasa tertentu termasuk PBT,’’ katanya.
Sumber itu berkata, kain kanvas juga dipasang di hadapan premis bagi memberi isyarat kepada pelanggan sama ada pusat mesin judi haram tersebut beroperasi atau tidak.
"Sekiranya kain kanvas  dipasang terbalik ataupun digulungkan ia bermakna premis tersebut ditutup dan jika kain kanvas berkenaan terbuka, ia bermaksud premis itu sedang beroeprasi biarpun pintu hadapannya ditutup,’’ kata sumber itu lagi.
Ketiga-tiga sindiket berkenaan juga kata sumber itu menggunakan khidmat ‘tonto’ bagi mengawasi premis-premis mereka biar pun tidak beroperasi.

http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20140713/lk_01/3-sindiket-kuasai-mesin-judi-haram#ixzz37LEODFFs

Siapa "sumber" yang dimaksudkan pekerja utusan tuh ? Jiran flat PPRT mereka sendiri ka ?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2014 06:18 PM | Show all posts
sumber? Tokey judi halal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2014 07:18 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2014 09:22 PM | Show all posts
zidane_ziege posted on 13-7-2014 06:18 PM
sumber? Tokey judi halal

Ada lagi bullshit lain yang pekerja utusan siarkan hari ini.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2014 03:53 PM | Show all posts
Aritu bahalol pprt mana ntah menyamar dalam internet sebagai pesuruhjaya sumpah reka cerita konon sorang pegawai polis yang baru mati kemalangan di air terjun disebabkan oleh ummah hello kitty  dari tahun 2006 dulu. Kelakar tul
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 04:02 PM | Show all posts
Igt politik je dia putar belit..tang judi pun wat cite ngarot gak..kah kah
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-7-2014 04:09 PM | Show all posts
kecimpret posted on 15-7-2014 04:02 PM
Igt politik je dia putar belit..tang judi pun wat cite ngarot gak..kah kah

Biasalah. Pekerja akhbar caprut muka tak malu. Mengemis iklan menerusi Najib
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.523260 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list