CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3487|Reply: 12

Cara Tingkatkan Komen di Laman Blog

[Copy link]
Post time 5-6-2014 09:17 AM | Show all posts |Read mode
Artikel ni aku tulis terdahulu dalam blog aku di sini.


Ni first aku aku nak try tulis dalam bahasa BM/ BI rojak, harap korang boleh faham lah.
Basically apa yang aku nak share kali ni adalah macam mana nak meningkatkan komen kat website korang. Kenapa nak pentingkan banyak komen? Well, banyak komen maksudnya banyaklah orang yang visit website korang. Banyak visit maksudnya website korang ni memang femes lah. Kalau famous memang traffic tinggi. Well high traffic maksudnya kebarangkalian (probablity) orang nak click kat advert (Google Adsense, Nuffnang, etc) kat website korang ramailah. Equationnya mudah seperti berikut:
↑ Komen  = Famous = ↑ Visit = ↑ Traffic = ↑ $$$
So apa aku nak share kat korang ni adalah camner nak tingkatkan komen kat blog korang.
1. Galakkan Discussion
Dalam artikel-artikel yang korang tulis, pastikan ada satu perenggan yang invite visitor korang untuk discuss isu atau details artikel tersebut supaya pembaca blog korang terasa untuk menyumbangkan idea , pandangan atau komen di artikel tersebut. Cuba cari idea and gunakan ayat menarik supaya  pembaca teruja untuk memberi buah pandangan terhadap artikel tersebut.
2. Outreach ke website/ blog lain
Yang ni simple je. Kalau korang nak orang datang bagi komen kat blog korang, korang mestilah bagi komen kat website orang lain jugak. Kena ada give and take lah. Jangan nak harapkan orang lain je bagi komen kat website korang ke padahal korang tak pernah nak visit dan bagi komen website orang lain.
Rule of thumb: Berbuat baiklah kat orang lain kalau nak orang berbuat baik kat kita.
3. Berinteraktif secara terbuka
Pernah tak orang tanya soalan kat bahagian komen artikel korang tapi korang tak pernah layan and jawap soalan-soalan yang diajukan. Kalau jawapan nye tak, no wonder lah tak ramai orang nak bagi komen lepas tu. Korang kenalah layan tetamu yang bertanyakan soalan tu dengan jawapan yang ikhlas dan terbuka. Kalau korang memang sentiasa jawap atau beriteraktif dengan pembaca, diaorg sure akan datang lagi kerana diaorang rasa blog ni sangat aktif dan menarik untuk mendapatkan info-info yang terbaru.
4. Bagi respon komen yang mantap
Kalau dah pembaca tu tanya soalan yang serius tu, jangan lah korang response selamba 2/3 perkataan je. Karang lah response tu baik-baik. Sekurang- kurang lah yang terbaik hendak 2-3 ayat yang betul bagi jawapan terhadap persoalan, dengan struktur dan grammar yang baik. Barulah orang respek korang.
5. Bagi perhargaan terhadap setiap komen
Aku memang sangat menghargai setiap komen, oleh itu setiap komen akan dibalas dengan e-mail terhadap setiap pembaca tersebut sebagai tanda terima kasih. Kau boleh buat manually benda ni tapi mungkin jenuh kot. Ada beberapa plugin yang boleh bantu. Kalau korang guna wordpress, boleh guna plugin ni: Thank Me Later . Dia akan bantu hantar e-mail automatically kepada setiap penulis komen.
6. Permudahkan proses untuk bagi komen
Aku tahu memang tendency bahagian komen korang kena spam tu tinggi. Tapi jangan menyusahkan orang sangat untuk bagi komen. Sesetengah orang langsung tak suka login kepada blogspot/wordpress/Open ID/ etc untuk bagi komen. Bagi diaorg benda tu menyusahkan. Diaorg lagi suka jadi anynomous atau guest je. Korang kenalah hormat diaorg ni. Ada jugak jenis plugin tu, siapa kena suruh menulis komen jawap soalan matematik darjah 3 sebelum diaorg boleh komen. Ish, ish, ish. Kalau korang risau sangat dengan spammer tu, pakai je Akismet atau spam filter plugin untuk bantu korang tepis-tepis spammer tu.




7. Bagi insentif kepada tukang komen
Ni bukan nak bagi duit atau hadiah fizikal ni. Cuma, nak bagi insentif kepada orang2 yang rajin komen ni. Camner caranya?
  • Korang boleh bagi pembaca korang some page rank dengan provide ‘dofollow’ links kat komen korang.
  • Korang juga boleh advertise artikel terbaru  dari blog-blog diaorg dengan menggunakan WordPress CommentLuv Plugin.
  • Selain tu, korang boleh promote twitter  diaorg dgn menggunakan TwitterLink Pluginuntuk WordPress.
Aku dan try tips-tips di atas dan hasilnya amat menggalakkan.
8. Pamerkan tukang komen yang paling aktif
Gunakan widget kat sidebar atau dekat bahagian bawah website korang utk promote tukang-tukang komen yg paling aktif kat website korang. Teknik ni sangat bagus untuk menaikkan ego diaorg ni dan naikkan page rank mamat-mamat ni. Nak hebat lagi, kaorang boleh bagi tukang komen yg terhebat ‘dofollow’ link dengat setiap page kat website.
9. Korang kena fikir luar kotak sikit
Buat something yang orang lain tak pernah terfikir nak buat untuk menaikkan jumlah komen. Maybe korang boleh buat contest ke utk generate komen dan offer hadiah. Mungkin korang boleh bagi hadiah buku kepada komen yang paling best. Just buat something yang different dan exciting. Korang fikir-fikirlah sendiri.
So, setelah korang baca artikel ni, takkan tak nak bagi komen kot. Apa pendapat korang dengan idea-idea kat atas ni? Munasabah tak?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2014 09:51 AM | Show all posts
tq info, terbaekkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2014 01:15 PM | Show all posts
pfiza posted on 5-6-2014 09:51 AM
tq info, terbaekkk

sama-sama
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 01:37 AM | Show all posts
menarik..
banyak share plugin utk trafik ke blog..

Anyway ini juga salah satu cara Tn Awang Shamsul bawa trafik ke blognya.

Thank You. Nice Tips!
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2014 07:27 PM | Show all posts
Betul Betul Betul  
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2014 01:40 PM | Show all posts
good good good
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2014 12:56 PM | Show all posts
tq good info
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 04:32 PM | Show all posts
Hi,

Saya pun laman web, http://semenyih.boomingland.com sekarang sudah ada traffic. Tetapi tak banyak comment. Bolehkah kasi sikit cadangan arr?
Banyak Terima Kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2014 10:10 AM | Show all posts
sori..slh thread Last edited by dcc on 5-11-2014 10:11 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 09:53 AM | Show all posts
Salam... saya pun nak cuba promot juga ler...

paandelondon.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 12:32 AM | Show all posts
Salam, nice share dari En. Awang Shamsul tu. Akan saya cuba praktikkan tips yang diberikan itu. Sudilah kiranya dikongsi lebih banyak tips yang membantu dan menjana pendapatan dalam dunia blogger. Minta izin lebih tunjuk ajar.. ⇨ Arman ◕‿◕
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 02:08 PM | Show all posts
susah sangat la. you komen komen komen. tarak orang datang komen jugakkkk
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 04:50 PM | Show all posts
isi blog kena strong juga, kalau tak susah nak naikkan trafik & komen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.099381 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list