CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16657|Reply: 50

Kisah Seram Pendek oleh theflash

[Copy link]
Post time 30-5-2014 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
nota kaki-Salam Takziah keatas HRH Sultan Perak yang ke 34.
bila dah ke kuala kangsar. terus ke rumah makcik di sekitar kawasan Istana Mazuin tu. before Asar dh melepak situ.tak pegi Masjid.sebab pack.tgk tv. malam tu tidur situ
ni yang terbukak cerita hal ni. makcik saya mmg banyak gile cerita hantu dulu3.hhahaaha


CERITA 1 - SERI WAJAH
orang dulu sememangnya kurang mengunakan mekap dan produk kecantikan.kalao ada pn setakat bedak cina opera dan lipstik potong. itu sahaja.
alkisah di satu kampung bernama Kampung Ketior Kuala Kangsar.
de seorang anak dara ni
nama nya Siti.

Mmang cantik. sampaikan orang kampung cakap kalah Saloma.
bayangkan.
time tu makcik saya baru belasan tahun.
sekarang umur makcik dah 78.masih kuat.kuat makan ulam

siapa yang pandang Siti mesti terpikat.ni betul3 terpikat.
sampaikan ada.satu kejadian buat sesetegah org kampung pandang hina dengan Siti.cakap dia guna hantu utk bagi lawa.

ceritanya.
siti pegi majlis org kawin.masa makan beradab.
pengantin lelaki nampak siti
terus angau dan bangun melutut kat siti
mintak nk kawen
terkjut semua org
dan bini dia marah
di jadikan cerita.
malam tu dorg bercerai
tpi atas.nasihat Siti dkt pegantin tu
rujuk balik.

begitula penangan Siti.
tp Siti mati muda.lebih kurang 30an.
masa meninggal
ribuy taufan
kilat berdentum dentam
belakanh umah siti terbakar separuh kene panah kilat.

menurut mak siti
anak nya amal ilmu salah.
siti penah ke tanah indonesia selama 3 bulan.katanya berjumpa makcik nya
tetapi.bawak balik ilmu nak bagi cantik.

kena makan darah ayam hitam
kena serah badan pada jin untuk di perkosa secara ramai3

makan nasi ikut bawah celah kangkang sendiri.
makan kene guna tangan kiri
bila kencing harus tadah dan lumur di badan
dan darah haid mesti di gaul di atas talam.bersama.nasi utk di letak bawah tangga rumah.

itu adalah amalan Siti
katanya.boleh cantik bak puteri kayangan.
memang la kot......


CERITA2-DABUS

anda tahu dabus?
nak tau lebih lanjut sila lah goggle.
tarian kesenian Perak
yng tak kurang juga dngan unsur mistik
apa tak nya
lengan di cucuk3 sampai berdarah.

kejadian ini berlaku di Kampung Gajah.
masa ni MB nya Tan Sri Ramli

sedang dorg ber dabus.
beberapa perempuan rebah mengelupur
histeria

dan yang menarik
kesemua mereka sedang haid

kata salah sorg dari mereka
"sy nampak ada lembaga berbulu dan bertaring menari dan menjilat darah yang keluar dr lengan penari"

masa kejadian tu tengah hari.
sebab itu dabus kalao di lakukan
mesti ada pawang di belakang baka kemenyan.


CERITA 3 - NOBAT
dalam malaysia ni
nobat Kedah dan Perak sering di katakan berhantu

pantang larang nobat banyak
antaranya
tak boleh beralih tempat.kalau dah duduk main dekat A. sampai bila.bila dia kene duduk kat A

kena.letak pulut dan sirih depan tu.
ketuk tak.boleh sebarang ketuk.
dan banyak lagi

di jadikn cerita
ada seorang pekerja istana sengaja bawah balik gendang nobat tu.
memang gendang tu gendang standby
takut3 gendang yg di main tak "berbunyi" tiba tiba

dia pun bawak la.balik.
sebab katanya nak jadi pemain nobat
tp tak.boleh
seba nobat perlu di turun dr generasi ke generasi


malam tu di beranda rumah
dia megetuk3.
bunyi nya sumbang.
tak sedap
tiba tiba
PANGGGGGGGGG

ada orang tampar.dari belakang.
dia toleh.

ada berpuluh orang berpakain songket emas dan warna lain.siap bertanjak macam pakaian raja
dengan muka yang bengis.
pengsan
sedar je gendang dah takda

dan belakang bdan beliau bengkak sampai akhir hayat dan muka nya herot sebelah.

wallahualam


CERITA 4- TARIAN BUBU

ini pun salah satu tarian yang penuh unsur mistik
kalo nak starting gerak kan bubu tu
kena janda mati lelaki klo tak silap

dan bubu tu akan menari sendiri.
hahaha

seorang pengamal tarian tu suatu hari terlangkah bubu.
malam tu. di terdengar bunyi riuh3 bawah rumah
pegi jenguk

terkejut
ada makhluk bersisik dan bertanduk
sedang memeluk bubu tersebut
katanya. itulah hantu air

sepatutnya
bubu tu terus di lupuskan.jangan guna
tapi
masa da persembahan.
anak beliau tersilap amik bubu.
bapak nya suruh amik dekat A
dia amik yang dekat B

jadinya
masa persembahan
semua yang buat kene histeria
sebab

nampak hantu air tu duduk terperangkap dalam bubu tu
masa tu siang ok!!


CERITA 5 - JALAN SAUK -KUAK

sesiap nak ke Kuak
tahu la jalan ni
memang bersimpang siur
dan sunyi
kiri kanan pokok getah
zaman komunis dlu
komunis tahan bus yg lalu kt area ni la.

jalan ni dulu dulu makcik cerita
memamg ada benda
die penah kene dengan arwah pakcik

sedang bawak moto

di depan atas jalan.ada kubur
dorg berhenti.pelik
hari hari jalan
mana ada kubur.
arwah pakcik baca doa.
lama3 hilang dalam kabus je kubur tu
tapi.
bila di depan. dorg terkejut

melihat.ada kepala orang sebesar bangunan MCKK tu terhalang di tengah jalan
kepala orang tu dlm.keadaan yg menyeramkan

mata nya berlubang

menyeringai dan muka nya hilang daging sebelah.

last2.arwah pakcik azan dan lama kelamaan.
hilang.

dan.bukan mereka je yg pnah kena.
banyak lagi yg terkena.



TAMAT.
nak balik anson
esok PRK
HEEEHEHE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 08:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:34 AM | Show all posts
best la stori TT.....stori TT ni jadi sarapan pagi saya...hehehe

rupa nyer ni stori terbaru. TT ek?

goodddd i loikeeee like always....
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:43 AM | Show all posts
masa baca cerita no 1, radio tengah main lagu siti nurhaliza. asik dok byg dia je la.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:50 AM | Show all posts
makcik akak cakap, orang dulu punya make up kalau kena tampar boleh jerebu satu kuala lumpur
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 08:56 AM | Show all posts
Seram jugaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2014 09:12 AM | Show all posts
best la story Flash ni..mmg rajin berjalan benau..byk experience ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 09:43 AM | Show all posts
jalau sauk - kuak tu memang seram... biasa kalau dah malam memang jarang orang lalu...
aku pernah citer kat thread mana ntah tak ingat, pasal ambulance kena kacau kat jalan ni.. dalam tahun 2012 tak salah aku.. kisahnya ada orang sakit dan call la ambulance suh amik antar ke hospital.. rumah orang tu area2 ke kuak la..

dalam perjalanan ke hospital tiba2 kat cermin depan ambulance gelap tak nampak apa... pelik la driver kan.. rupanya2 cik ponti gerbangkan rambut kat cermin.. abis gelap la tak nampak jalan... bila dah tau cik ponti tu kacau, dia mengilai2 terbang ke pokok.. apa jadi lepas tu aku tak sure.. sebab dengar citer orang takat tu je... kecoh citer tu sampai ke grik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 09:57 AM | Show all posts
wahhh!! terbaikk!! actually, arwah moyang dulu pawang gak, dok kg.gajah..tp x sempat nk kenal and korek2 cerita drpd dia sbb x sempat jumpa pun..huhuhu

anyway, jom balik TI!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 10:27 AM | Show all posts
abis dah??
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 10:45 AM | Show all posts
Kuak, tempat keje lama ai...rindu la pulak!

Jalan lama Sauk-Kuak selalu jugak jadi eksiden. Sbb tu byk benda2 tu berkeliaran kot. Lagi pun kalau malam memang seram la.
Lagi satu atas sikit pada Kg. Kuak tu, Kg. Changkat Berangan. Penampakan cik ponti kat jalan nk keluar ke jalan besar. Orang kg. situ tgh bawa ronda2 anak sedara dia dalam pukul 9 mlm mcm tu. Wallahualam!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 11:13 AM | Show all posts
more tt pleaseeeeeee....
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 11:45 AM | Show all posts
Menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 11:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 12:15 PM | Show all posts
nobat di kedah sampai sekarang masih lagi berhantu..

pernah sorang hamba allah ni lalu sebelah tempat brg2 nobat diletakkan

time tu pula kebetulan tengah hujan gerimis..

dia dengar sayu2 je orang tengah menangis dan bunyi tu datang nya dr tempat nobat di letakkan..

katanya alat nobat ada yang guna kulit perut manusia..

wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 12:40 PM | Show all posts
serammm semuanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-5-2014 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
zilaila posted on 30-5-2014 12:15 PM
nobat di kedah sampai sekarang masih lagi berhantu..

pernah sorang hamba allah ni lalu sebelah te ...

betul

gendang besar tu
perut org mati.mengandung
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 02:35 PM | Show all posts
lepas balik dari PRK Teluk Intan, sambung lah..

yg pemain dabus tu mmg dah lama dgr cerita..
org kata penari2nya kalau dgr bunyi rentak dabus tu jek terus bingkas jek menari.. ( gila klu kat tangga supermarket, tetiba berjoget..)
tp dulu kala selalu dimainkan masa kenduri kendara.. & majlis keramaian. apa yg diseru ek??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2014 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 posted on 30-5-2014 02:35 PM
lepas balik dari PRK Teluk Intan, sambung lah..

yg pemain dabus tu mmg dah lama dgr cerita..

jin kerajaan perak
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 02:44 PM | Show all posts
theflash posted on 30-5-2014 02:37 PM
jin kerajaan perak

iya ke?? mmg lah tarian dabus main kat Perak.
aku ingatkan bunyi kerinching-kerinching dabus tu memanggil roh... tu yg hujung cerucuk dabus tajam menikam lengan bila dah tak sedarkan diri..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.051652 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list