Apa yang nak diherankan sejak zaman 50-an lagi lagu msia dan lagu indon bertukar ganti dinyanyikan oleh penyanyi 2 negara. Tak kisahlah siapa yang nyanyi lagu siapa asalkan mintak izin dan dalam album penyanyi tu tulis pencipta lagu sebenar jangan mengaku lagu sendiri. Samada nak bayar royalti atau tak itu antara pencipta dan penerbit album.
Dulu kalau lagu msia nak pasarkan lagu ke Indon banyak sangat kerenah diorang. Diorang nak lagu msia dinyanyikan penyanyi diorang lepas tu tukar satu dua lirik lagu kononnya orang indon tak faham bahasa msia tapi sebab sebenarnya diorang culas nak bayar royalti kpd penulis lirik msia.
Korang boleh google kat youtube lagu2 msia yang dinyanyikan penyanyi indon. Antaranya:
1) Rela nyanyian Tila
2) Teratai layu di tasik madu nyanyian Fauziah latif
3) Sejati nyanyian Awie
4) Janji manismu nyanyian Aishah (Tapi offcourse suara penyanyi diorang tak boleh tanding Aishah lagu pun lemau)
5) Dan banyak lagi siap mengaku lagu diorang lagi tu..
Satu cara diorang nak kekang penyanyi msia dari masuk dan popular kat negara diorang tapi lagu msia diorang nak. Tapi bila datang Shiela Majid, Search, Iklim, Slam dll & yang paling fenomenal Siti Nurhaliza diorang dah tak boleh sekat dah sebab takde penyanyi diorang yang boleh bawak lagu penyanyi msia nih.