CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: saudagaralam

Berdialog Dengan Jin [U]

[Copy link]
 Author| Post time 10-7-2014 01:19 PM | Show all posts
KILAUAN MAHLIGAI KRISTAL

Bersusun bekas kudapan di atas meja ruang tamu. Borak Salim dan Arif diselang-seli dengan mengunyah biskut coklat dan buah kiwi kering dari Beijing. Air tembikai susu menjadi pengubat haus mereka.

Sedang dua beradik itu rancak bersembang, tiba-tiba Datuk Syeikh Karim menyapa
"Cu, mari ikut Atuk"

Lantas Datuk Syeikh Karim memegang tangan Arif yang segera memaut tangan Salim. Kemudian
Datuk Syeikh Karim menyeliputi mereka berdua menggunakan jubahnya. Sekelip mata, kaki mereka berpijak di pantai berpasir putih saujana sayup mata memandang.

"Tuk, di mana ni?" tanya Salim.

"Kita dah berada di alam lain" Arif mencelah sambil ketawa ke arah Salim.

"Itu lah rumah Atuk" jawab Datuk Syeikh Karim merujuk kepada istana yang besar berkilauan tersergam di hadapan mereka.

Alam itu begitu tenang,  dilingkungi taman yang indah dengan bunga bunga berwarna-warni. Kehijauan rumput karpetnya menyegarkan mata memandang. Air laut yang jernih bersih kebiruan menambah sejuk hati melihatnya. Istana yang tinggi terjaga bersih, tiada pengawal dan tidak ramai pula penghuninya.

"Naiklah cu" Datuk Syeikh Karim mempelawa mereka masuk.

Sebaik sahaja kaki diinjakkan pada anak tangga pertama, tup-tup serta-merta sudah sampai di tingkat paling atas. Seperti tangga bergerak eskalator super moden!

"Siapa tu Tuk?" Salim bersuara ingin tahu.

"Itu isteri Tuk, panggil je Nek Pah. Yang duduk tu cucu Atok" jawab Datuk Syeikh Karim.

Mereka terlalu kagum melihat dalaman istana kayangan yang berkilau gemerlapan seperti pancaran cahaya kristal itu. Tergamam apabila melihat keluar jendela, kelihatan pemandangan langit tanpa awan. Tidak ada bahasa untuk menceritakan keganjilan itu, ianya seolah-olah berada di satu alam yang tersendiri.

"Di mana kita sebenarnya?" Salim kehairanan.

Soalan Salim dijawab Arif dengan lafaz Subhanallah yang tidak henti-henti kerana begitu takjub telah diberi peluang menyaksikan sendiri kehebatan ciptaan Allah swt.

Apabila tiba waktu pulang, mereka mencium tangan sambil berpelukan dengan Datuk Syeikh Karim. Setelah mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga, sekelip mata mereka berdua sampai semula di ruang tamu di dunia nyata.

Perjalanan itu telah mengingatkan Salim semasa mereka pernah di bawa melawat ke salah satu tempat yang di naungi Atok di satu tempat alam sana. Mereka dapat melihat adanya bilik-bilik seperti pejabat dengan fail-fail di rak tersusun rapi.

"Bang, lihat tu fail di atas meja kerja, seolah olah datanya sedang diproses" tegur Salim.


"Ada pula yang sudah diletakan di atas lantai, semacam kesnya sudah selesai pula, eh kenapa ye" tanya Salim lagi.

Arif hanya membisu dan melihat sahaja.

Pengalaman-pengalaman unik seperti ini lah membuatkan mereka duduk terpegun sejenak sambil bersyukur memuji kebesaran Tuhan yang Maha Esa dan berselawat kepada Rasul junjungannya.


Bersambung... 168#


Last edited by saudagaralam on 14-7-2014 02:46 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2014 01:37 PM | Show all posts
makin menarik pengalaman mereka berdua ni TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2014 01:47 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 10-7-2014 01:37 PM
makin menarik pengalaman mereka berdua ni TT...

Saya cuba sebaik mungkin catit & persembahkan kepada pembaca sekalian.

Terasa macam wartawan, standby pegang buku nota & pen setiap kali En. Salim buka mulut nak bercerita. Tak mampu nak beli tablet gadget canggih-manggih ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 02:25 PM | Show all posts
saudagaralam posted on 10-7-2014 01:47 PM
Saya cuba sebaik mungkin catit & persembahkan kepada pembaca sekalian.

Terasa macam wartawan, s ...

itulah keunikan seorang penulis TT... manually tp efiesien...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 08:11 AM | Show all posts
saudagaralam posted on 10-7-2014 01:19 PM
KILAUAN MAHLIGAI KRISTAL

Bersusun bekas kudapan di atas meja ruang tamu. Borak Salim dan Arif dis ...

seronok dpt ke alam lain sekelip mata dan kembali ke alam nyata juga sekelip mata..

macam silap mata pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2014 12:52 PM | Show all posts
Ipo posted on 11-7-2014 08:11 AM
seronok dpt ke alam lain sekelip mata dan kembali ke alam nyata juga sekelip mata..

macam silap ...

teleportation bak kata omputih

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2014 05:15 PM | Show all posts
byk pantang larang kalau nak dpt keistimewaan mcm mereka kn TT... kalau diri sendiri blh ikut takpe tp jika sebaliknya.... alamat padah yg menanti... betul tak TT?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2014 02:43 AM | Show all posts
PENJAGA KHAZANAH BESAR

Sebuah sepeda motor tersadai di laman rumah. Semalam dalam renyai-renyai hujan, pecutan tergesa-gesa Salim untuk mengejar punch card tempat kerja menyebabkan roda depan motornya bengkok termasuk lubang jalan. Salim duduk menggaru kepala memikirkan berapa ongkos diperlukan untuk membaiki motor berkuasa tinggi miliknya itu.

"Duit... duit... di mana kau duit?" nyanyi Salim dalam hati.

Ketika termenung Salim terkenang peristiwa suatu malam bersama Arif di kaki gunung rumah Ayahanda. Ketika itu walaupun jam 2.30 pagi, cahaya bulan penuh menyinari kegelapan malam. Setelah diizinkan Ayahanda, Salim membawa Arif menikmati hawa malam bersiar-siar di kebun.

"Hendak lihat jongkong emas?" tanya Salim.

Terkejut Arif apabila melihat timbunan jongkong emas dan harta karun yang tidak ternilai seluas mata memandang di hadapan matanya.

"Lihat tu intan berlian, barang kemas berguni-guni banyaknya" tambah Salim sambil menggeleng gelengkan kepalanya.

"Ada putri pula sedang menunggu barang-barang itu" perasan Arif.

Sempat si putri menawarkan sebuah jongkong emas kepada Arif tetapi beliau menolaknya dengan sopan.

Dalam samar-samar, tiba-tiba Bonda muncul menunggang kuda putihnya sambil menenteng suatu objek lonjong yang sederhana saiznya.

"Bonda, apa tu?" tanya Salim curiga sambil cuba memfokus penglihatannya.

"Ah ini kepala sami yang cuba mencuri harta jagaan nenek, dia harus diadili" tegas jawapan Bonda.

"Ada apa anak ibu?" Bonda sempat menanya khabar Arif.

"Oh maaf ibu, saya cuma ikut abang Salim lihat-lihat" jawab Arif. Kecut juga hati mereka melihat nasib sami berkenaan yang sudah bercerai kepala dari badan.

"Oh ya tak apa-apa kalau sama nak Salim" pesan Bonda sebelum beredar.

Rupa-rupanya Bonda lah penjaga semua harta karun di seantero kepulauan Nusantara, negara kita terus ke Siam. Tidak jauh dari rumah Bonda juga terdapat batang emas sebesar batang pinang sepanjang 40 kaki tidak terkira banyaknya.

Pada hari lain pula, ketika dua beradik itu sedang mandi di kolam gunung. Kerap kali mereka diintip oleh anak-anak dara gunung. Rupa paras mereka begitu jelita, bermata magnet, jelingannya memukau, bibir nipis manis senyumnya, rambut panjang melepasi pinggul, sungguh tiada tandingan. Salim perasan muka kesemuanya seiras hingga sukar untuk dibezakan antara satu dengan yang lain.

"Kalau dah jadi isteri , kita tahu dari suara dan bau wangi tubuhnya" Arif memberi petua berdasarkan  pengalamannya beristerikan Putri Milofa.

"Ingat tak putri yang menggoda datang melihat tajam ke arah tuala abang dari dekat tu, lalu abang serba salah" Salim menyakat Arif menyebabkan mereka ketawa terbahak-bahak.

Salim tersenyum sendirian mengenangkan apa yang ditempuhi bersama Arif di gunung. Tangan ditadah bersyukur kerana segala yang terjadi adalah rahmat Allah swt yang tidak ternilai. Pabila sang mentari sudah meninggi, Salim bangkit menelefon pomen bengkel berhampiran.

Bersambung... 174# Last edited by saudagaralam on 17-7-2014 01:09 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2014 12:22 PM | Show all posts
Saya teringat pasal ratu rorolor...
Tapi x pasti betol ker tidak...
Apa pon dia wujud yaa.. tak sangka sungguh..

Erm tuan, tahu x kenapa bagi golongan jin2 berpangkat pemerintah cuba nak culik roh manusia?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2014 02:54 AM | Show all posts
magpie5672 posted on 14-7-2014 12:22 PM
Saya teringat pasal ratu rorolor...
Tapi x pasti betol ker tidak...
Apa pon dia wujud yaa.. tak s ...

culik roh? belum pernah dengar. jasadnya apa jadi pastu?

kalau andartu lahirkan anak jin ada. tapi macam biasa la, itu episod lain. tunggu...

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 07:08 AM | Show all posts
saya pernah baca di bod sana nun..
ini tentang rupa dan penampilan anak dara bunian dan jin2 ni
ada yang mengatakan mereka ni sebenarnya tidak cantik, muka hodoh
tapi ada juga yang mengatakan mereka ni cantik2 seperti yang digambarkan oleh tuan dalam cerita ni.

Mana satukah yang benar?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2014 02:23 PM | Show all posts
En. Salim memang memilih orangnya. Kalau awek tu hidung pesek sikit pun dia tak minat.

Kalau board lain suka tengok yg hodoh, taste masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 09:27 PM | Show all posts
saudagaralam posted on 15-7-2014 02:23 PM
En. Salim memang memilih orangnya. Kalau awek tu hidung pesek sikit pun dia tak minat.

Kalau boar ...

oh maknanya  memang ada yang hodoh dan ada yang cantik la ..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2014 01:08 PM | Show all posts
DERITA LIMA DEKAD

Seluruh negara telah Azman jelajah untuk berubat. Tidak terkira fulus yang melayang tapi perubatan moden malah tradisional semuanya gagal. Seingat Azman sejak kecil seluruh adik-beradiknya mengalami penyakit misteri saling bertukar ganti. Setelah Azman berkahwin, semua 4 anaknya pula mewarisi penyakit tersebut.

Walaupun Azman redha dengan musibah itu, tetapi dia yakin dengan janji Allah swt setiap penyakit ada ubatnya. Azman masih ingat salah seorang yang cuba merawatnya memberi petunjuk bahawa dia akan bertemu penyelesaiannya setelah mencapai usia 50 tahun dan bertugas di tempat kerja yang baru. Lumrah sebagai seorang pegawai tinggi kerajaan yang berpindah randah, akhirnya Azman ditakdirkan di tempatkan di selatan tanah air.  Suatu hari Azman telah ditemukan dengan Arif.

"Pada hemat saya kes ini ada kaitan dengan barang pusaka" ujar Arif.

Azman menceritakan bahawa nama penuhnya ialah Raja Azman, darah kesultanan Perak mengalir dalam dirinya. Sebuah keris diraja diwariskan kepada ahli keluarganya.

"Tuan ambil barang tu bawa ke sini, nanti saya usahakan untuk menambatnya. Kalau tidak ia akan terus mengganggu keluarga Tuan" Arif menyuarakan kebimbangannya.

"Kenapa pula barang itu boleh membawa bencana?" tanya Azman.

"Dulu yang jaga baik. Sekarang yang duduk dalam keris itu benda jahat" jelas Arif.

"Ada masalah untuk dibawa bang, sedang saya sendiri nak lihat pun tak diizinkan adik" tambah Azman.

"Tuan balik dan mintalah" sahut Arif tegas.

Azman bergegas pulang ke kampung halaman untuk berjumpa adiknya. Alangkah terkejutnya dia, apabila adiknya menyerahkan keris itu kepadanya tanpa perlu di mintanya.

Beberapa hari kemudian,  Azman kembali menemui Arif. Kebetulan Salim berada di sana.

Sebaik sahaja Azman menyerahkan barang itu ke tangan Arif, penjaga keris berkenaan terus menjelma memunculkan dirinya.

"Kenapa kamu ganggu keluarga mereka?" herdik Arif.

"Itu dah jadi rumah saya, saya perlu makan" jawab makhluk itu.

"Kamu mahu hidup atau mati?" ugut Arif tegas

"Siapa kamu hendak ganggu saya pula?" jawab makhluk itu angkuh.

"SUDAH! Tiada kompromi lagi. Kamu akan aku ikat sampai kiamat kerana kamu kurang sopan" Arif benar-benar naik angin.

Arif kemudiannya melakukan ikatan lalu memasukan keris itu ke dalam sarungnya kembali.

"Tolong tanam keris ini paras 20 meter dalam tanah" Arif mengarahkan Salim.

Salim berfikir sejenak kerana kedalaman 20 meter adalah luar biasa untuk tanah dikorek secara manual. Sedangkan kubur baru 7 kaki ke dalam tanah. Salim mendapat idea lalu menghubungi kawannya yang sedang menyiapkan projek mega memantakkan cerucuk membina bangunan pencakar langit.

Salim seorang diri segera memecut sepeda motor kuasa tingginya ke ibu kota. Di sana keris berkenaan dimasukan ke dalam batang keluli tahan karat lalu dikimpal pada besi cerucuk yang hendak di tanam. Salim memberikan arahan sambil berdoa agar barang yang dikembalikan ke asal usulnya akan lebur. Salim perasan semasa berurusan di sana, Arif semacam sentiasa berada di sisinya.

Setelah seminggu berlalu, rasa berdebar Azman akhirnya hilang. Dia bersyukur gembira kerana anak bongsunya sudah sembuh dan tidak berjangkit kepada ahli keluarga lain. Kehidupan Azman kembali  normal dan tugasnya di pejabat lancar kerana tidak perlu lagi kerap bercuti sakit.

'Terima kasih bang Arif dan bang Salim atas pertolongannya" kata Azman.

"Kami hanya berdoa, Allah swt yang menyembuhkan" jelas Arif sambil Salim hanya tersenyum.

Bersambung... 188#

Last edited by saudagaralam on 21-7-2014 01:48 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 08:03 AM | Show all posts
masalah selalu datang bila kita ada menyimpan khazanah2 lama... lebih2 lg peralatan tajam seperti keris lama ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 10:10 AM | Show all posts
Tahniah & alhamdulilah habis juga mengkatam thread MPS paling menarik tahun 2014..

Asalamualaikum wbbt,
@saudagaralam bolehkah en.salim or en.arif tau kedudukan MH370 sekiranya betul dakwaan setengah pihak yang flight nie di sorok pada alam lain?

#prayformh370 #prayformh17 #prayforgaza
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2014 11:51 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 18-7-2014 08:03 AM
masalah selalu datang bila kita ada menyimpan khazanah2 lama... lebih2 lg peralatan tajam seperti ke ...

Mesti setiap muzium ada consultant yg neutralkan barang2 mereka. Belum jumpa lagi sesiapa nak kongsi cerita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2014 11:59 AM | Show all posts
inai_Djari posted on 18-7-2014 10:10 AM
Tahniah & alhamdulilah habis juga mengkatam thread MPS paling menarik tahun 2014..

Asalamualaikum ...

Terima kasih jika terhibur. Jgn lupa baca juga karya menarik kawan2 kita lain dlm board penulisan.

MH370? Dah cuba ditanya, tapi En. Arif diam sahaja. Ada la tu, mungkin belum sampai masa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 12:05 PM | Show all posts
saudagaralam posted on 18-7-2014 11:59 AM
Terima kasih jika terhibur. Jgn lupa baca juga karya menarik kawan2 kita lain dlm board penulisan. ...

saya minat dengan sejarah..penulisan serta kisah @saudagaralam mengembalikan ceritera2 pada zaman hangtuah aja..teringin nak ke zaman kegemilangan melayu melaka mst alam lain suasana mcm zaman hang tuah juga atau sama aja dgn zaman skrg?

apa2 pun sy ternanti kisah seterusnya.kirimkan salam ramadhan saya pada en.arif dan e.salim..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2014 12:34 PM | Show all posts
inai_Djari posted on 18-7-2014 12:05 PM
saya minat dengan sejarah..penulisan serta kisah @saudagaralam mengembalikan ceritera2 pada zaman  ...

Suasana di alam lain? Anda perlu lengkapkan pieces of jigsaw puzzle yg kami sampaikan sikit demi sedikit dlm posting lalu dan akan datang.

Berita Terkini: Cuti raya saya TIDAK diluluskan En. Salim. Episod update seperti biasa, 2 kali seminggu.

Katanya nak lawan tv astro, penghargaan untuk pembaca sekalian. Kalau boleh siap ada rancangan khas edisi lebaran.
(Overtime kalau tak berbayar, saya nak lapor kat pejabat buruh )
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.309421 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list