CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: saudagaralam

Berdialog Dengan Jin [U]

[Copy link]
 Author| Post time 4-7-2014 11:24 AM | Show all posts
lipstickz posted on 4-7-2014 11:12 AM
maaf nak tanye

mimpi yg bagaimanakah dikatakan petunjuk? adakah mimpi yg sama berulang-ulang?

Ya berulang-ulang, kita disuruh pergi ke suatu tempat, ambil barang yang hendak diberi, pada suatu masa tertentu.
Saya jawab dalam konteks harta karun seperti yg ditanya sebelum ini, jgn disalahtafsir pada senario lain.

Lagi pun saya takut Mod marah jika soal jawab topik mimpi terlalu panjang sehingga dianggap sebagai borak atau OOT. Bukan soal terlalu sayang kredit, tetapi saya dan anda semua menumpang di sini, kita harus hormat pada peraturan Board.

Soalan2 berkaitan isi cerita Insha Allah saya cuba jawab sebaik yg mungkin, secara ringkas & padat. Less Is More. Mystery what makes life exciting.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2014 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
saudagaralam posted on 3-7-2014 10:31 PM
Syukur kita semua dianugerahkan dengan mod @NaylaArisha yang baik hati. Sememangnya Janji Ditepati ...

Kebetulan sya online tu yg dapat rate
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 02:30 PM | Show all posts
menunggu episod seterusnya...

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 12:40 AM | Show all posts
saudagaralam posted on 3-7-2014 03:48 PM
SERBA HIJAU

Rentetan kisah Pembebasan Putri Ratni

ni cerita ratu laut selatan
panglima dia nyi roro kidul
betul ka tuan?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2014 01:12 AM | Show all posts
leenaz posted on 5-7-2014 12:40 AM
ni cerita ratu laut selatan
panglima dia nyi roro kidul
betul ka tuan?

saya tak jawab ya atau tidak, pembaca2 yg bijaksana akan dapat menafsirkan clue yg diberi.

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 07:12 AM | Show all posts
magpie5672 posted on 3-7-2014 11:02 PM
Tak yah laa.. cerita tuan saudagaralam kite lagi best.. cerita saya dah x misteri dah.... semua tuh  ...

apa salahnya kongsi kat sini..or magpie ada citer ker kat MPS nun?..yang mana satu?

tumpang lalu ye saudagaralam..

*mod jangan marah haa...kaunter pertanyaan dibuka sementara saja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2014 08:12 AM | Show all posts
saudagaralam posted on 3-7-2014 03:48 PM
SERBA HIJAU

Rentetan kisah Pembebasan Putri Ratni

adakah dengan memberi sesuatu pada Arif tu..sudah dikira berkahwin dgn Putri Milofa? atau ada upacara tertentu?

wonder...macam mana pernikahan di alam sana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2014 09:34 AM | Show all posts
Ipo posted on 5-7-2014 08:12 AM
adakah dengan memberi sesuatu pada Arif tu..sudah dikira berkahwin dgn Putri Milofa? atau ada upac ...

telah dijelaskan pada episod Mawar Merah Bertuah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2014 10:23 AM | Show all posts
saudagaralam posted on 5-7-2014 09:34 AM
telah dijelaskan pada episod Mawar Merah Bertuah

oohh..ok...mawar merah tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 11:02 AM | Show all posts
Ipo posted on 5-7-2014 07:12 AM
apa salahnya kongsi kat sini..or magpie ada citer ker kat MPS nun?..yang mana satu?

tumpang lal ...

Haha pi la cri kalau ada...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 12:39 AM | Show all posts
saudagaralam posted on 5-7-2014 01:12 AM
saya tak jawab ya atau tidak, pembaca2 yg bijaksana akan dapat menafsirkan clue yg diberi.

sebab saya minat kisah2 mistik nusantara
jadi banyak membaca

panglima ratu laut selatan ni
suka warna hijau
tu pasal kat area pantai yang terbabit (actually x ingat nama )
pengunjung x dibenarkan pakai warna hijau
nanti dia puja/pukau/culik masuk dasar laut jadi askar2 dia

dan sebab itu la
dalam bilik hotel seperti tuan cerita
dalam dia semua kaler ijau

betul ke tuan
kalau ada cerita yang lain dan tuan xnak kongsi sini
sila inbox saya personally sebab saya mmg minat


Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 03:14 PM | Show all posts
Nyai Blorong & Nyai Roro Kidul ada dibuatkan filem Indonesia dgn watak utama dipegang Suzanna. Kalau ikut hikayat indonesia, mereka berdua ni ada kaitan dgn Sabdo Palon.

2 watak ni berdarah indonesia ker? Ada part sentencesnya guna ayat indonesia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2014 04:31 PM | Show all posts
AwgSagi posted on 6-7-2014 03:14 PM
Nyai Blorong & Nyai Roro Kidul ada dibuatkan filem Indonesia dgn watak utama dipegang Suzanna. Kalau ...

struktur ayat hanya rencahnya sahaja, harap pembaca dapat menghayati mesej dan pengajaran yang tersurat

kurang pasti darah jenis apa, kalau saya cuba toreh watak utama belum tentu lut.

kalau nasib kurang baik, dibalas penampar berbuih mulut saya on the spot tak sempat raya rasanya.

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 04:39 PM | Show all posts
saudagaralam posted on 6-7-2014 04:31 PM
struktur ayat hanya rencahnya sahaja, harap pembaca dapat menghayati mesej dan pengajaran yang ter ...

Hahaha. Betul ker tak lut?

Takpe TT, tak penting sebenarnya latarbelakang Salim & Arif tu. Lagikan siapa & real identity disebalik SBDJ tak banyak yg tahu.

Teruskan penceritaan. :-)
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 06:59 PM | Show all posts
Oh lupa nak tanya tuan @saudagaralam dia awal cerita ada menyebut salim dan arif adalah dua beradik.. tetapi, di dalam cerita ini dikatakan salim mencari seseorang lelaki setelah de perintah ayahandanya.. jadi, bagaimana pulak merwka menjadi 2 beradik?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2014 09:01 PM | Show all posts
magpie5672 posted on 6-7-2014 06:59 PM
Oh lupa nak tanya tuan @saudagaralam dia awal cerita ada menyebut salim dan arif adalah dua beradik. ...

setelah Salim berjaya menemui Arif, hubungan mereka terlalu rapat bagaikan adik beradik.

Lebih-lagi lagi apabila mereka diuji dengan pelbagai isu alam ghaib.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2014 10:24 PM | Show all posts
saudagaralam posted on 6-7-2014 09:01 PM
setelah Salim berjaya menemui Arif, hubungan mereka terlalu rapat bagaikan adik beradik.

Lebih- ...

saya ingatkan betul2 adik beradik...

dua2 ada ilmu kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2014 10:58 PM | Show all posts
Ipo posted on 6-7-2014 10:24 PM
saya ingatkan betul2 adik beradik...

dua2 ada ilmu kan?

Ilmu hisab?   tak pasti matematik gred apa sbb sijil sekolah dah lama kena makan anai-anai.

On a serious note memang seronok kita baca/ dengar kebolehan mereka. Tapi pernahkah kita tahu mereka sering diuji pelbagai makhluk di alam nyata dan ghaib? Dipertanggungjawabkan untuk membantu golongan tertindas? Perlu sabar tidak boleh menyalahguna ilmu kurniaan Allah swt.

Amal ibadat seharian mereka luar biasa juga. En. Salim selalu berpesan sentiasa banyakkan selawat di bibir dan juga di hati pada Nabi Muhammad saw.

Last edited by saudagaralam on 6-7-2014 11:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 11:16 PM | Show all posts
saudagaralam posted on 6-7-2014 10:58 PM
Ilmu hisab?   tak pasti matematik gred apa sbb sijil sekolah dah lama kena makan anai-anai.

O ...

ya betul tu saudagaralam...

selawat ke atas Rasulullah...banyak kelebihannya..

saya ada kisah benar...seorang lelaki yang hitam kulitnya tetapi dia ni kerja kampung saja. Dia rajin ke surau dan menjaga kebersihan surau. Tiba masanya dia dijemput Allah..saat kematiannya..kulitnya bertukar jadi putih dan wangi badannya..subhanallah..

semua yang ada di situ semasa menguruskan jenazah lelaki itu terpegun dan terkejut. Mereka tanya pada ibu lelaki itu, ibu lelaki itu menjawab anak lelakinya tiada apa yang istimewa cuma dalam sehari anaknya berselawat pada nabi lebih dari seratus kali. Mulutnya basah dengan selawat dalam apa jua kerja dia lakukan..subhanallah..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2014 01:47 AM | Show all posts
CAHAYA MERUBAH HATI

Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Nabi dan Ramadan bulan ummah. Itulah makna di sebalik kalendar hijrah menurut syariat.

"Tuk, cucu nak puasa bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan" beritahu Salim ketika menemui Datuk Syeikh Karim.

"Bagus cu, kalau cu buat tu Atuk akan doakan" Datuk Syeikh Karim memberikan semangat pada Salim yang tidak pernah ragu-ragu dengan azamnya itu.

Salim turut memaklumkan niat puasanya kepada Arif. Sudah menjadi kebiasaan, saban malam Arif akan singgah di tempat kerja Salim. Walaupun jadual waktu kerja mereka berbeza siang dan malam, pertemuan sebegini lah yang membolehkan mereka saling bertukar-tukar cerita dan pengalaman hidup.

Kerana terlalu kerap Arif tidak sempat balik ke rumah dulu, bertemu Salim sehingga mencecah 2.00 pagi, satu ketika pernah beliau ditegur isteri ghaibnya.

"Abang dah malam ni, ayuh pulanglah kasihan kakak di rumah" ujar Putri Milofa merujuk kepada madunya.

"Saya balik dulu dah kena warning ni dah malam" kata Arif pada Salim yang tersenyum.

'Dah malam cu, cukuplah baliklah dahulu esok masih ada" sergah Datuk Syeikh Karim pada mereka berdua.

"Atuk pula ingatkan saya supaya balik" Arif memberitahu Salim.

Puasa Rejab dan Syaaban dapat dijalani dengan sempurna, sehinggalah tiba Ramadan. Setiap solat Salim tekun beramal, duduk berzikir dan berselawat. Datuk Syeikh Karim sentiasa memerhatikannya dari jauh.

Apabila hari semakin hampir malam ke sepuluh terakhir puasa, Arif mengingatkan Salim
"Malam ini lepas jam 12, duduklah di bilik sembahyang, berselawatlah banyak-banyak"

Sebelum tengah malam lagi, Salim sudah mula beribadat. Angin laut bertiup masuk dari celah jendela bilik yang tidak ditutup. Tiba-tiba entah datang dari mana, sebutir batu bercahaya putih kelihatan jatuh di atas sejadah.

Salim berdebar-debar tetapi memberanikan diri untuk terus mengamati cahaya tersebut.

"Oh cahaya putih berpecah menjadi warna pelangi" detik hati Salim.

Warna pelangi itu berpecah banyak bertambah berkali-kali ganda. Kemudian bertukar menjadi butiran  bintik-bintik pelangi berwarna-warni. Butiran cahaya itu memenuhi seluruh ruangan bilik lalu mengelilinginya.

Salim terus mengamati bintik-bintik tersebut yang terus berputar-putar dan akhirnya membentuk semacam tubuh manusia yang latar belakangnya cahaya putih yang terlalu terang dan menyilaukan. Mata Salim tidak mampu untuk melihat tepat ke arah bentuk tersebut untuk mengecam siapakah di hadapannya. Tidak lama kemudian kedipan cahaya itu lenyap begitu sahaja sebagaimana ia muncul.

Salim bersyukur ke hadrat Allah swt diberi kesempatan menyaksikan peristiwa itu. Rahmat cahaya itu membuatkan hatinya semakin tenang, sabar serta yakin dengan erti kehidupan sebenar; bukan hanya berpaksikan kebendaan wang ringgit.

Salim teringat kata-kata hikmah. Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah Al Fatihah, hadiah terbaik untuk diri adalah kejujuran, hadiah terbaik untuk Rasullullah adalah Selawat dan  lebih dari itu ketakwaan merupakan hadiah utama insan pada Al-Khalik.

Bersambung... 161# Last edited by saudagaralam on 10-7-2014 01:20 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.475837 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list