CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: saudagaralam

Berdialog Dengan Jin [U]

[Copy link]
Post time 3-7-2014 07:21 AM | Show all posts
banyak sungguh misterinya di sini ya TT...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2014 08:05 AM | Show all posts
seronok baca cerita ni...tak sabar nk tunggu next episod.

terima kasih TT....

saya dah ada port lepak yg baru...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2014 03:48 PM | Show all posts
SERBA HIJAU

Rentetan kisah Pembebasan Putri Ratni

Terguris hati Nyi Blirang kerana Putri Ratni telah terlepas dari kurungannya. Nyi Blirang bertambah berang apabila ketahuan Arif membantu membebaskan Putri Ratni hasil campurtangan Nyi Rorolor . Nyi Blirang bingkas memberi ugutan untuk menghancurkan istana Nyi Rorolor demi melunaskan dendamnya.  

Sekali lagi Nyi Rorolor memohon bantuan Arif untuk menangkis serangan ini.

Bagaikan angin, Arif muncul di hadapan Nyi Blirang lalu memberi peringatan "Saya ingatkan Nyi supaya membatalkan sahaja niat jahat itu,  sekirannya mahu hidup selamat”

"Baiklah Tengku, saya akur kehendak Tengku" jawab Nyi Blirang dengan penuh hormat. Tidak dapat tidak Nyi Blirang terpaksa setuju. Nyawanya dalam bahaya kerana ini kali kedua begitu Arif mudah meloloskan diri daripada kawalan ketat istananya.

Pertumpahan darah berjaya dielakkan, Nyi Blirang menepati janjinya tidak menyerang istana Nyi Rorolor.

Bagi mengenang jasa, Nyi Rorolor mengundang Arif dan Salim melawat ke  istananya di Laut Lor.

Malam itu suasana di persisiran pantai hening sayu diselangi desiran ombak laut, mengimbau telinga setiap makhluk yg berada di sana.

“Ayuh kita ke sana” kata Salim mengajak Arif. Teringin sangat dia hendak melihat istana di dalam air itu. Sekelip mata, dua beradik itu sudah berada di perkarangan istana Nyi Rorolor.

“Ramai sekali pengawal, mereka semuanya tunduk sahaja” bisik Salim sambil mencuit bahu Arif. Mereka benar-benar terpegun melihat istana yang begitu indah, tak langsung mereka teringat ia dibina  di dasar lautan.

Siling putih bersinar gemerlapan walaupun tiada satu lampu kelihatan. Tiang-tiangnya sebesar pemeluk terukir dengan motif kuda berwarna emas. Lantainya tersusun rapi dengan marmar besar kekuningan. Gabungannya menjadikan suasana di situ indah redup seolah-olah berada di syurga. Belum pernah terlihat di dunia nyata akan teknologi pencahayaan yang begitu harmoni. Pemandangan itu bagaikan karya agung imaginasi seni pelukis zaman silam.

“Cucu dah sampai rupanya, ayuh terus ke meja kita bersantap apa yang ada” ajak Nyi Rorolor.

Meja santapan begitu panjang dan membujur, berkerusi dua puluh. Dilapisi cermin berukir hijau biru seperti langit tanpa awan. Dibuat daripada kayu jati penuh dengan ukiran sebagaimana perabot-perabot yang lain.

Setelah puas menjamu selera, mereka meminta izin untuk beredar.

“Jangan lupa nanti cucu boleh ke hotel Nyi di Jogja. Di tingkat empat tu ya” pelawa Nyi Rorolor.

Sekelip mata, dua beradik itu sudah berada di hadapan bilik tersebut. Seorang pelayan terus membuka bilik dan mempersilakan mereka masuk.

“Bilik berwarna hijau. Semuanya hijau” kata Salim. Arif dan Salim terus melompat ke katil empuk, bergolek-golek seperti anak kecil. Mereka bergurau saling  berlempar bantal sehingga koyak dan bertaburan kapas di udara.

“Bantal dah koyak. Macam mana ni?” kata Salim risau.

Kemudian kedengaran suara Nyi Rorolor “Cu, takpa. Takpa cu. Silakan, Nyi tak marah”

"Alamak, Nyi ada di sini lah” kata Ari kaget.

Nyi Rorolor hanya tersenyum melihat gelagat cucu mereka bermain. Tiba masa untuk pulang. Sekelip mata sahaja, mereka sudah selamat tiba di rumah.

Arif dan Salim bersyukur kepada Allah swt yang Maha Agung kerana telah diberi kesempatan yang tak ternilai harganya. Menitis air mata mereka sambil berselawat kerana walaupun memiliki berjuta wang belum tentu boleh membeli pengalaman seperti ini. Ya Allahuakbar.

Bersambung… 160#

Last edited by saudagaralam on 7-7-2014 01:49 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 06:31 PM | Show all posts
saudagaralam posted on 3-7-2014 03:48 PM
SERBA HIJAU

Rentetan kisah Pembebasan Putri Ratni

tak terjangkau dek otak pengalaman ke alam lain ni..

istana yang dihias indah tu..keemasan bercahaya...

anyway, siapa Nyi Rorolor tu sebenarnya pada Salim dan Arif?..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2014 07:01 PM | Show all posts
Ipo posted on 3-7-2014 06:31 PM
tak terjangkau dek otak pengalaman ke alam lain ni..

istana yang dihias indah tu..keemasan berc ...

Lagenda yg sangat terkenal, dianggap sebagai dewi di nusantara yg mempunyai istana di lautan.

Alam ciptaan Allah swt ini sangat luas, tidak semua perkara boleh dicerna hanya dengan logik akal.
Last edited by saudagaralam on 3-7-2014 07:02 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 09:54 PM | Show all posts
Nyi roro kidul kah?
Tuan @saudagaralam..
Setahu saya roro kidul itu bukan islam dan agak nakal..
Boleh tahu nyi rorolor ini ada membela harimau tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2014 10:00 PM | Show all posts
@saudagaralam
Saya jadi tertanya? Bukankah manusia ditegah dari mengahwini jin.. jadi, bagaimanakah keadaan arif dan isterinya?
Dan salim hidup dalam 2 alam.. apa maksudnya? Bermakna dia kini x lagi hidup di alam manusia?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2014 10:23 PM | Show all posts
magpie5672 posted on 3-7-2014 09:54 PM
Nyi roro kidul kah?
Tuan @saudagaralam..
Setahu saya roro kidul itu bukan islam dan agak nakal..
...

Censorship issue, info setakat itu sahaja. Pembaca perlu hadam dan cerna clue yang diberi.

Arif ada ada isteri manusia dan juga Putri Milofa pada masa yg sama. Maaf, saya bukan mufti nak komen tentang hukum fatwa. Lagi pun disini bukan Board Soal Jawab Agama Islam

Salim hidup di alam nyata dan ghaib serentak. Contoh senario ini, pada mata kasar kita nampak beliau sedang tidur nyenyak atas katil. Sebenarnya ketika itu beliau sedang berperang mati-matian dengan makhluk halus yang jahat. Eh tak boleh cerita lebih, ini episod akan datang





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2014 10:26 PM | Show all posts
Okay... Nay dah rate tuk semua bab yang ada... Kalau ada yang nay terlepas pandang jangan segan2 PM kat Nay .. Thanx..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2014 10:31 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 3-7-2014 10:26 PM
Okay... Nay dah rate tuk semua bab yang ada... Kalau ada yang nay terlepas pandang jangan segan2 PM  ...

Syukur kita semua dianugerahkan dengan mod @NaylaArisha yang baik hati. Sememangnya Janji Ditepati.

Hujan kredit malam ini, berkat Ramadhan al Mubarak.

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 10:39 PM | Show all posts
Oh mcm itu... hahaha..
Mm saya pernah ada pengalaman pergi alam lainlah kalau mcm itu..
Satu ketika dulu, sedang saya baring sambil zikir... saya tiba2 berada di satu tempat i.e hutan.. jalan dan berjalan sampailah ke satu kawasan yang agak tinggi.. ternampak seperti gua. Saya pon panjatlah bukit itu dan berada betol2 di muka gua. Nak melangkah masuk jer tiba2 muncul seorang lelaki pegang tangan saya. Halang saya masuk. Yang lucu sempat plak saya kondem, ish apalah pakai baju tulisan cina...

Sebenarnya saya anggap itu hanyalah mimpi.. sbb ketika itu saya sedang bercuti sakit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2014 10:46 PM | Show all posts
magpie5672 posted on 3-7-2014 10:39 PM
Oh mcm itu... hahaha..
Mm saya pernah ada pengalaman pergi alam lainlah kalau mcm itu..
Satu keti ...

patutnya extend mimpi tu sampai "lelaki" tu bagi peta harta karun gurau je

on a serious note FYI, kadangkala mimpi adalah petunjuk

Last edited by saudagaralam on 3-7-2014 10:53 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 10:54 PM | Show all posts
Oh harta karun? Dia tak tunjuk tapi saya yang jumpa...
The next day i went again to that place.. hehe.. but, semua tu tak penting pon. I met seorang nenek tua yang cantik.. how i wish to see her again. But, i am  incapable..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 10:56 PM | Show all posts
sir, please update as soon as possible.. cant wait for the next stories..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 10:58 PM | Show all posts
magpie5672 posted on 3-7-2014 10:56 PM
sir, please update as soon as possible.. cant wait for the next stories..

magpie tak nak kongsi cerita kat sini ke?..

minta izin ya saudagaralam...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 11:02 PM | Show all posts
Tak yah laa.. cerita tuan saudagaralam kite lagi best.. cerita saya dah x misteri dah.... semua tuh hanyalah hayalan dan fantasi saya. Biarlah ia tersimpan dalam hati dan memori saya ja..

I will be waiting for the stories untill they end...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2014 08:53 AM | Show all posts
Cerita dr true story selalunya best. CUMA kalau boleh detailkan ketika mgambarkan sesuatu spt perasaan dan suasana... eg kalau seram biar sampai pbaca merasai keseraman itu... Aka sound effect.

Citer tamar jalis meletup sbb diperincikan dgn cukup dan jelas sehingga naik bulu roma di tengkuk... Ini mada lady baca zaman remaja. Mmg penakut. Kalau baca zaman kertu ni, dah hilang aura seramnya tp masih menarik dibaca sbb spt berada di dlm cerita ketika mbacanya.

Cerita en saudagar ni mcm baca ketika duduk dlm lrt. Belum smpt klimaks dah sampai...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2014 11:09 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 4-7-2014 08:53 AM
Cerita dr true story selalunya best. CUMA kalau boleh detailkan ketika mgambarkan sesuatu spt perasa ...

Tidak dinafikan Tamar Jalis adalah legend, karya beliau adalah benchmark genre mistik. Saya juga salah seorang peminat tegar beliau.

Tajuk "Berdialog Dengan Jin" adalah bersifat sementara, saya belum terfikir sesuatu lain yg lebih unik dan dipersetujui tuan punya cerita. Maaf atas kekeliruan & perbandingan secara tidak sengaja yg timbul.

Seperti mana yg kita sedia maklum objektif SBDJ diterbitkan adalah utk melariskan majalah Variasari, mengejar sales volume & rating.

Manakala kami mempunyai objektif tersendiri dengan gaya penyampaian kami tersendiri, as the time goes by the greater good can be achieve.

Walaubagaimanapun, komentar dari rakan2 forumers sekalian amatlah dihargai. Pendapat saya versi forum adalah trial atau vanilla version. Jika En. Salim setuju agar ia dibukukan secara komersil & mass produce, cerita-cerita berkenaan pastinya lebih panjang diperincikan & unsur2 dramatization yg lebih seram akan diselitkan.



Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 11:12 AM | Show all posts
saudagaralam posted on 3-7-2014 10:46 PM
patutnya extend mimpi tu sampai "lelaki" tu bagi peta harta karun  gurau je

on a ...

maaf nak tanye

mimpi yg bagaimanakah dikatakan petunjuk? adakah mimpi yg sama berulang-ulang?
mohon pencerahan
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 11:16 AM | Show all posts
terbaik la @saudagaralam... harap buat buku.. mmg best cite2 nie...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 7.924829 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list