CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: saudagaralam

Berdialog Dengan Jin [U]

[Copy link]
Post time 28-6-2014 11:13 PM | Show all posts
Tuan @saudagaralam kenapa perkahwinan antara arif dan puteri milofa mesti dibuat 2 kali? Satu dia alam ghaib dan satu lagi di alam nyata?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2014 11:16 PM | Show all posts
Tuan @saudagaralam boleh tak kongsikan mcm mana telepati itu berlangsung? Maksud saya, saat bertelpati itu bagaimana kedua2 komunikasi itu? Mohon pencerahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2014 01:57 PM | Show all posts
magpie5672 posted on 28-6-2014 11:13 PM
Tuan @saudagaralam kenapa perkahwinan antara arif dan puteri milofa mesti dibuat 2 kali? Satu dia al ...

Sebab En. Salim pun hidup 2 alam.

Telepathy? Sakroni tak nampak pun Salim muncul di tepi Abu, mereka berdua sahaja yg tahu bagaimana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 01:39 AM | Show all posts
REZEKI DI GUNUNG

Para pekerja bengkel tayar berbisik sesama sendiri kerana hairan melihat seorang pelanggan asyik tersengih seorang diri sejak tadi. Di ruang menunggu, Sakroni sudah mula berangan. Perjalanan ke gunung yang dirancang bersama Salim dan Hj Maali pasti lebih selesa kerana kesemua roda jip SUVnya akan disarung jenama Michelin. Sakroni gelak di dalam hati kerana tiada sesiapa akan menyangka tayar tersebut hanyalah recond seludup dari negara jiran.

Awal pagi lagi mereka telah bertolak. Mereka berhenti minum untuk melepaskan lelah setelah memandu di jalan lama yang bengkang-bengkok. Hj Maali cukup suka apabila terlihat tapai ubi, makanan kegemarannya ada di warung itu. Mereka lalu di kampung FELDA di mana semua rumah tersusun cantik bagaikan baru. Destinasi mereka adalah Gunung Belumut, tempat rekrasi yang terkenal dengan pemandangan indah.


Setibanya mereka di sana, ramai pendaki sedang berkumpul lengkap dengan alat perkhemahan. Setelah membayar tiket masuk, Sakroni meletak jipnya berdekatan dengan sebuah pokok jati  condong.

"Saya duduk dalam kereta je, enjin matikan, cermin depan turunkan sikit" arah Hj Maali.

Entah datang dari mana, tiba-tiba sepasang ayam hutan datang menghampiri kenderaan mereka.

"Eh jinaknya ayam ni, lagaknya macam nak masuk dalam" Sakroni lantas membuka pintu jip dan memerhati dengan cukup hairan.

Ayam tersebut melompat naik dan duduk sebelah Hj Maali. Salim bingkas bangun menarik tangan Sakroni untuk memberi ruang kepada Hj Maali. Menurut penglihatan Salim, sebenarnya seorang lelaki berpakaian tradisional ala jawa yang datang bertemu Hj Maali. Bersih raut muka lelaki tersebut, rambutnya panjang, berkain batik sarung, lengkap berblangkon sambil membawa sesuatu.

Salim dan Sakroni menuju ke anak sungai berhampiran. Aliran air yang turun dari puncak gunung  melalui batu-batu gunung kecil dan besar serta berbelok-belok mengeluarkan bunyi yang sangat asyik.

"Bersih betul air ni, jernih dan sejuk pula. Ikutkan hati nak berendam puas-puas" kata Sakroni lalu membasuh muka ambil wuduk membasahkan seluar dan baju.

Setelah beberapa minit bermain air, Salim mengajak Sakroni kembali ke tempat meletak kenderaan.

Sesampainya di sana, Hj Maali sudah selesai melakukan kerjanya.  Apabila Sakroni bertanya, Hj Maali mengesahkan apa yang Salim lihat itu benar. Sakroni menghidupkan enjin, lalu mereka semua beredar dari situ. Penjaga tiket terpinga-pinga kenapa tiga orang pelawat itu sanggup membeli tiket tetapi berada di dalam tidak sampai setengah jam.

"Hah, ini lah hasilnya" Hj Maali menyerahkan songkoknya yang penuh isi kepada Sakroni.

Sambil memandu, Sakroni menghulurkan pula songkok itu kepada Salim yang duduk di belakang untuk melihat kandungannya.

"Syukur, macam-macam ada" Salim berbisik ke telinga Saroni.

"Wah, lepas ini kita boleh pergi jamuan asam pedas kepala ikan. Makan jajan semahu kita" ujar Salim sambil ketawa puas.

"Lain-lain apa ada lagi bang?" tanya Sakroni teruja.  

"Batu-batu cincin berwarna hijau, putih kuning dan merah. Keris-keris kecil, batu lipan dalam bekas tiub lutsinar, minyak wangi dan sebuah pisau kecil" terang Salim.

"Jangan cemburu ye" Hj Maali yang sejak tadi hanya tersenyum, tiba tiba ketawa kecil sambil menunjukan seutas kalung berbatu mutiara yang tergantung di lehernya.

"Makin tambah muda pak haji bila dah pakai kalung" Salim mengusik Hj Maali lalu disambut gelak ketawa mereka semua.

Setelah membelek batu-batu perhiasan itu, Salim  menunjukkan isyarat ibu jari kanan tanda bagus. Seperti kebiasaannya, Salim dan Sakroni mengutamakan Haji Maali supaya memilih dahulu hasil aktiviti mereka. Selebihnya barulah Salim dan Sakroni bahagi-bahagikan antara mereka berdua.

Mereka gembira dan bersyukur kerana merasa bertuah dengan anugerah Allah swt kerana berpeluang berkenalan dengan  makhluk-makhluk di alam sana.

Malam itu Sakroni tiba di rumah setelah menghantar pulang Hj Maali dan Salim. Badannya direbahkan ke katil tapi dia tidak boleh lelap. Matanya terkebil-kebil tidak mengantuk. Satu penjelasan terlintas di fikirannya ialah peribahasa orang putih "there must be something in the water"

Bersambung... 123#



Last edited by saudagaralam on 3-7-2014 03:53 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 07:24 AM | Show all posts
keupayaan berhubung dgn makhluk halus ni kadang2 boleh membuatkan seseorang tu jadi riak & takbur... betul tak TT?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 07:53 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 30-6-2014 07:24 AM
keupayaan berhubung dgn makhluk halus ni kadang2 boleh membuatkan seseorang tu jadi riak & takbur... ...

Kalau nipis ilmu akhirat, hanya harapkan ilmu dunia, tak mustahil kita disesatkan

Contohnya mula2 makhluk halus minta darah kambing, esok lusa dia demand nyawa anak bini kita pula
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2014 08:10 AM | Show all posts
saudagaralam posted on 30-6-2014 07:53 AM
Kalau nipis ilmu akhirat, hanya harapkan ilmu dunia, tak mustahil kita disesatkan

Contohnya mul ...

huishh... seram pulak kalu gitu benda bakal jadi... tak naklah teman nak buat benda2 mcm tu... nauzubillahimin zaliq
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 11:37 AM | Show all posts
saudagaralam posted on 30-6-2014 01:39 AM
REZEKI DI GUNUNG

Para pekerja bengkel tayar berbisik sesama sendiri kerana hairan melihat seorang ...

kena beli tiket ke nak ke Gunung Belumut tu?

maknanya Hj Maali tu dah berhubung dengan makhluk halus?

Ayam hutan tu..jelmaan ke?

Banyak soalan pulak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2014 11:59 AM | Show all posts
Ipo posted on 30-6-2014 11:37 AM
kena beli tiket ke nak ke Gunung Belumut tu?

maknanya Hj Maali tu dah berhubung dengan makhluk  ...

Itu kebolehan yg Allah swt kurniakan pada beliau.

Ayam hutan yg ada penjaga. Nasib Sakroni tak bawak senapang kebun, dia pantang nak menembak je
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 01:28 PM | Show all posts
saudagaralam posted on 30-6-2014 11:59 AM
Itu kebolehan yg Allah swt kurniakan pada beliau.

Ayam hutan yg ada penjaga. Nasib Sakroni tak  ...

oo...betul la ayam hutan tu ,something,..

pemburu binatang hutan ni memang cekap..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 04:00 PM | Show all posts
Sanggup ambik emergency leave nak ikut kalau diorang pergi gunung lagi, biar pun kena duduk atas bumbung
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 04:28 PM | Show all posts
saudagaralam posted on 30-6-2014 04:00 PM
Sanggup ambik emergency leave nak ikut kalau diorang pergi gunung lagi, biar pun kena duduk atas bum ...

seronokkan dapat kenal insan2 istimewa mcm diorang ya TT... nanti kirimkan salam saya pada diorang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2014 05:38 PM | Show all posts
En. Salim ucapkan selamat beribadah di bulan Ramadhan buat semua pembaca sekalian.

Tiada perubahan waktu operasi kami di bulan puasa, episod baru di kemaskini 2 kali seminggu seperti biasa.

Komen2 bernas bagi penambahbaikan amat dialu-alukan
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 06:57 PM | Show all posts
saudagaralam posted on 1-7-2014 05:38 PM
En. Salim ucapkan selamat beribadah di bulan Ramadhan buat semua pembaca sekalian.

Tiada perubaha ...

ipo jugak ucapkan selamat berpuasa untuk saudagaralam dan encik Salim.

Jangan lupa tepek lagi cerita kat sini..

rasanya, kalau cerita tu ditambah dengan description yang lebih details tentang sesuatu keadaan atau perkara yang berlaku, mungkin jalan cerita akan lebih terasa untuk pembaca menggambarkan dan menghayati keadaan itu. Macam ada sound effect la gitu..hehehe..

Contohnya..bila bunyi benda besar jatuh..GEDEGUUUNNNNG!!! atau Guuuuuuuuuunnngg!!!

Dinding dicakar...krikkkkkkk...krikkkkkkkk....seakan carikan kuku dicakar kejap pada dinding simen, terasa ngilu mendengar cakaran itu di telinga

hehehe...penambah perisa dari ipo..( kalau boleh dimasukkan la..kalau merosakkan jalan cerita, abaikan saja..)



Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 09:48 PM | Show all posts
Saya juga ucapkan salam ramadhan pada tuan @saudagaralam dan jugak tuan S.
Erm encik salim tuh, nama betul yer... description encik salim sama dgn yang saya kenal.
Kalau betol lah, soh die update cepa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2014 11:14 PM | Show all posts
Ipo posted on 1-7-2014 06:57 PM
ipo jugak ucapkan selamat berpuasa untuk saudagaralam dan encik Salim.

Jangan lupa tepek lag ...

Episod yg tengah drafting cukup utk bulan ni, maybe raya kami semua akan take a short break. Diharap pembaca sekalian tidak membuat rusuhan demonstrasi jalanan, tunjuk perasaan atau mogok lapar.

Objektif kami adalah episod yg ringkas dan padat. Cadangan utk sound effect Dolby Surround Sound/ THX akan dipertimbangkan mengikut keadaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2014 11:32 PM | Show all posts
magpie5672 posted on 1-7-2014 09:48 PM
Saya juga ucapkan salam ramadhan pada tuan @saudagaralam dan jugak tuan S.
Erm encik salim tuh, na ...

Jika identiti sebenar didedahkan, pasti En. Salim tidak boleh tidur malam dikejar paparazi 24/7.

Sebagai contoh, pernah satu ketika kami sedang ngeteh di restoren. Tiba-tiba seorang sami yang baru balik dari kuil, masuk ke kedai lalu datang dekat ke meja makan.

Sami itu kata kepada En. Salim "saya banyak suka la sama awak, saya suka mau kawan sama awak"

Sakroni mencelah "LELAKI SAMA LELAKI MANA BOLEH SUKA!"

Selepas sami itu beredar, kami hairan lalu menyoal Salim "Siapa tu bang, kawan lama ke?"

Jawapan beliau "Ntah" Last edited by saudagaralam on 2-7-2014 12:07 AM

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 07:29 AM | Show all posts
selamat berpuasa @saudagaralam  & en salim...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 03:02 PM | Show all posts
saudagaralam posted on 1-7-2014 11:32 PM
Jika identiti sebenar didedahkan, pasti En. Salim tidak boleh tidur malam dikejar paparazi 24/7.
...

Ma sya Allah, tiba2 je saya dapat de javu .. hehe saya dah mula suspek siapa en salim yang sebenar.. takpalah, siapapon dia moga dia bahagia.. moga2 tuan saudagalalam pon bahagia.. erm, boleh tak nnti ceritakan bagaimana tuam salim mendapat kelebihan seperti ini.. pasti dia sebelom memiliki kelebihan tersebut telah melalui pelbagai ranjau berduri.. oh ya, siapakahnyang berkahwin dgn puteri mklofa? Arif atau salim? Sbb tuan jawab soalan saya sebelom ini menyatakan salim hidup dalam 2 alam.. jadi, saya hairan kenapa begitu..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2014 06:21 PM | Show all posts
magpie5672 posted on 2-7-2014 03:02 PM
Ma sya Allah, tiba2 je saya dapat de javu .. hehe saya dah mula suspek siapa en salim yang sebenar ...

the making of En. Salim akan diceritakan pada episod2 prequel selepas ini (mcm movie Batman Begins la pulak )

Arif yg nikah dgn Putri Milofa. Tapi dengan siapa pula Salim bernikah?   jeng jeng jeng... nantikan episod akan datang

Kedua-dua mereka hidup di dua alam. Maaf jika ada statement yg mengelirukan, terima kasih atas teguran.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.302387 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list