CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11162|Reply: 93

h! live macam tiru e! news?

[Copy link]
Post time 14-5-2014 09:05 AM | Show all posts |Read mode

Datuk Aznil Hj. Nawawi (tengah) dan barisan pengacara hlive!

Selain media cetak seperti surat khabar dan majalah serta media baru misalnya portal sebagai platform memaparkan pekembangan tentang dunia hiburan tempatan, saluran televisyen juga dilambakkan dengan bermacam program infotaiment. Masing-masing mempunyai trademark dan tarikan tersendiri.

Terbaru, saluran Astro Ria tampil dengan sebuah lagi kandungan hiburan berkualiti menerusi program infotainment terbaru hlive! yang menawarkan liputan komprehensif berita hiburan tanpa henti yang terkini dari pelbagai sisi melalui platform Tonton, Dengar dan Baca.Bercakap pada sidang media, Naib Pengerusi Bahagisan Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh berkata,"Selaku sebuah saluran Hiburan Melayu Utama, matlamat kami adalah untuk menjadikan program hlive! sebagai pilihan rakyat Malaysia yang dahagakan liputan berita-berita eksklusif paling terkini dan sensasi mengenai dunia hiburan.

"Disamping menawarkan pengisian terbaik berkualiti tinggi yang relevan dengan keperluan gaya hidup para pelanggan", katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Hlive bertempat di Stadium Cin Woo, Kuala Lumpur, malam tadi. Menyentuh mengenai eksklusitiviti dari segi cerita-cerita panas artis dan juga kelainan yang bakal ditonjolkan oleh hlive!, pihak media bertanyakan spekulasi mengenai produksi penerbitan program tersebut yang sanggup membayar hingga ratusan ribu ringgit kepada seseorang artis bagi mendapatkan cerita atau gosip panas mereka.Mengulas mengenai perkara itu, Khairul Anwar berkata, pihak penerbitan tidak akan sesekali mempraktikan cara sebegitu.

"hlive! adalah sebuah program yang mengenengahkan berita-berita hiburan terkini. Dan pihak kami tidak akan mengamalkan cara sebegitu (bayar artis untuk dapatkan cerita panas). Kalau ada pun cara sebegitu, ianya bukan untuk kepentingan berita pada hlive! tetapi lebih kepada penerbitan sebuah program, misalnya rancangan khas untuk artis tersebut. Dari segi laporan berita, kami bersih.", tegasnya.

Sementara itu, segmen menarik yang boleh ditonton menerusi Hlive! termasuklah segmen 'Tweet Nakal', '15 Soalan', 'Di Sebalik...', 'Fakta Atau Propa', 'Pilihan H' serta banyak lagi. Bagi memantapkan lagi pengisian yang ditawarkan, Hlive juga akan turut bekerjasama dengan pihak E! News untuk membawakan liputan berita-berita antarabangsa secara eksklusif.

hlive! bakal dikemudikan oleh empat pengacara baru yang berbakat besar iaiatu Dahlia Shazwan, Nabil Mair, Shalma Ainaa dan Alif Farhan.
Program hlive! Apa Kata Malaysia akan diterajui oleh Datuk Aznil Hj. Nawawi sebagai pengacara dan bakal bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, jam 8.30 malam bermula 25 Mei 2014.

Manakala hlive! akan bersiaran sebanyak dua kali, setiap Isnin hingga Sabtu, jam 1 petang dan 8.30 malam bermula 26 Mei 2014 secara eksklusif di Astro Ria (104) dan serentak di Maya HD (135).


p/s tengok ikon dah macam sama especially yang ada exclamation mark tu.. tengok segmen2 mcm sedikit persamaan mcm fakta atau propa tu mcm tiru so true, so false e! news

betapa dahaga sangat kah peminat2 nak tau berita2 pasal hiburan ni?

i think propaganza and gala tv dah buat decent job untuk cover berita2 hiburan, gossip and everything under the sun. even forum cari ni hah dah banyak gosip




Last edited by xanderz on 14-5-2014 09:18 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2014 09:10 AM | Show all posts
teringat akak masa NTV7 buat kerja gila dulu buat My News Network MNN, siang malam berita jah, tak habis-habis berita, yang lelaki dalam iklan chewing gum gigi rongak tu pun sampai berjam-jam berdiri ulas berita, yang perempuan tu tak reti pasal hiburan pun kena jugak ulas pasal hiburan
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 09:13 AM | Show all posts
Aznil lagi? Oh...please....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada lg ke org nk tgk muka si aznil tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 09:22 AM | Show all posts
hlive la pulak..

sungguh la malas nak tengok...

melodi pun dah lame aku tinggalkan..

inikan pulak rancangan baru...

pengsan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 09:29 AM | Show all posts
no more aznil, no more ac mizal.

pls la asrokkk.. cukup2 la pengacara berdua ni. carik la muka baru, yg lebih fresh gituuu~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2014 09:36 AM | Show all posts
aznil dah tak releven lg la..
tak lalu dah nk tgk muka bedak sekilo dia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 09:39 AM | Show all posts
Aznil, tlg la astroooo..
Kmi dahagakan wajah2 baru yg matang..,
Aznil tu kna bersara dhhh..
Urat mata pon boleh bengkak tgk muka botox paknil tuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2014 09:40 AM | Show all posts
pak nil, pak nil, pak nil, tom tom bak......
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 09:46 AM | Show all posts
Alahai aznil.. Boringgggggggggg..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 09:52 AM | Show all posts
Pengacara majlis pelancaran




Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 09:54 AM | Show all posts
Aznil?
Bosan
Kompem x tengok
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 10:18 AM | Show all posts
aznil ni, dah dah lah boleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 10:53 AM | Show all posts
Bosannya Astro, blk2 citer sama/muka sama/hiburan sama.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 10:56 AM | Show all posts
bosannya... silap2 nnt bahan semua amik dr sini pastu sc dr fb/twitt/ig...yg org dah tau dh...
pak nil, dh smpai masa anda hanya berada di belakang tabir sambil more to atas sejadah kot...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 10:56 AM | Show all posts
roti_naan posted on 14-5-2014 09:36 AM
aznil dah tak releven lg la..
tak lalu dah nk tgk muka bedak sekilo dia.

ade yg komen sebelum ni... dia tepek semen kt muka...ekekeke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2014 11:05 AM | Show all posts
AshkieLa posted on 14-5-2014 10:56 AM
ade yg komen sebelum ni... dia tepek semen kt muka...ekekeke...

no wonder la muka dia menten tegang.
tepek simen rupenye.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
selain aznil ada 4 pengacara baru tu kan.. knpa tak biarkan saja 4 pengacara tu jer.aznil undur diri.  tp aku nak tengok muka 4 pengacara tu.. ada jgk muka baru ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
AshkieLa posted on 14-5-2014 10:56 AM
ade yg komen sebelum ni... dia tepek semen kt muka...ekekeke...

aku ada baca komen tu. mmg kelakar.hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 11:08 AM | Show all posts
1 brite gossip tapi recycle ke semue rancangan gossip hiburan
Layan forum gak best
Gossip fresh from oven.byk gossip 1st hand berasal dr sini
lg hangat dr tv

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2026 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.960117 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list