CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2188|Reply: 12

ADUN UMNO Letak Jawatan; Siapa layak memerintah Terengganu

[Copy link]
Post time 13-5-2014 01:21 PM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU 13 Mei - Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Ahmad yang juga ADUN Kijal dalam salinan surat bertarikh 12 Mei yang dihantar kepada Bernama awal pagi ini berkata: “Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuat kuasa serta merta."

Beliau dan Ghazali juga mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas masing-masing bagi kawasan Kijal dan Ajil.
Kedua-dua surat itu dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan salinan kepada speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Semalam Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu. Menteri Besar Terengganu yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah memegang jawatan di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di sini malam tadi. - Bernama

Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140513/po_15/Ahmad-Said-ADUN-Ajil-keluar-UMNO#ixzz31ZP9OXTh
© Utusan Melayu (M) Bhd





p/s : sekarang politik Terengganu tak menentu...agak2 korg sapa yg sepatutnya naik jd kerajaan pemerintah di Terengganu?



Last edited by garyura on 13-5-2014 01:32 PM

Single Polls, Total 7 Users voted

Poll is finished

0.00% (0)
57.14% (4)
42.86% (3)
0.00% (0)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2014 01:58 PM | Show all posts
rase nye pas le, dah lebih side diorg..

dah jd cm perak dulu..

kalo nk adil, reelection jea..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 01:59 PM | Show all posts
boleh ke speaker berpihak pada parti komponen BN? sebab sekarang 15- 14.

belah BN ada 14 dun. belah PR ada 15.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sokong keperibadian mad said
Bukan parti...
So aku skong sama ada pas teraju or reelection
Dok sabo nok balik ngundi pas..
Nyesal pangkoh biru..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nok perubahang,.
Walaupun mad said kelolo..mcm org kg..dok tahu mende kadang ikut dang die je...
Tp die tegas n lantang..
N die than lori gardeniaaaaaa..
Pemimpin gini yg kami mahu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Yupp..abg mad sorg yg lantang n nelang..aku sokong abg mad..
Molek doh abg mad wat gitu..padan muka bn..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2014 07:23 PM | Show all posts
Jap gi TPM dtg setel la probs...
Dtg bkn sbrg dtg, dtg mmbwa fulusss
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 07:43 PM | Show all posts
tak yah undi2 dah...buang duit...buang masa....polis pun byk keje nak buat......kasi je kat PAS.....selamat skit dr kasi kat PKR.....PKR ni top2 leader dia semua ex UMNO perangai 2x5 jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2014 10:28 PM | Show all posts
PAS berikrar tidak akan menjatuhkan kerajaan Terengganu dengan memujuk tiga wakil rakyat BN yang keluar parti untuk bersama mereka, seperti dilakukan BN di Perak pada tahun 2009.

Azam itu dinyatakan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahari Mamat (kanan) pada sidang media di Kuala Terengganu, petang ini.

"Kita tetap dengan dasar kita dan kita akan bincang balik dengan kepimpinan (pusat) - kita tidak berminat lagi untuk itu," katanya sewaktu menjawab soalan wartawan.

Beliau ditanya jika PAS berminat untuk 'melamar' bekas menteri besar dan dua ADUN Umno yang dilaporkan menghantar surat keluar parti.

PAS menurutnya akan memberikan masa kepada menteri besar baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman untuk mengembalikan majoritinya sebelum merencana tindakan seterusnya.

"Hasrat sultan beri kepercayaan kepada Razif itu, biar diberikan peluang kepada beliau untuk membina majoriti dia tetapi kalau dia gagal kita akan maklumkan kembali tindakan sewajarnya," katanya.

Pada tahun 2009, tiga bekas ADUN Pakatan Rakyat bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas mesra BN.

Tindakan itu menyebabkan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat jatuh kepada BN dan menteri besar baru dari BN dilantik menggantikan menteri besar dari PAS.

http://www.malaysiakini.com/news/262672

p/s: aku sokong pendapat dia ni...politik tu politik jugak....moral dan tatsusila jgn dilupa....kalau kita tak suka dgn mereka jgn pulak kita jd seperti mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 12:46 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 13-5-2014 01:59 PM
boleh ke speaker berpihak pada parti komponen BN? sebab sekarang 15- 14.

belah BN ada 14 dun. bel ...

PAS kena bertindak segera. Kena usulkan undi tak percaya ke atas Speaker..lepas baru game on dan menambahkah lagi keparahan konflik di Ganu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 12:46 PM | Show all posts
SUHA posted on 13-5-2014 07:23 PM
Jap gi TPM dtg setel la probs...
Dtg bkn sbrg dtg, dtg mmbwa fulusss

bila 3 org dah 'dapat ubat' yg lain2 pon mula la rasa 'mcm nak demam' je
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 12:49 PM | Show all posts
bangcak posted on 14-5-2014 12:46 PM
bila 3 org dah 'dapat ubat' yg lain2 pon mula la rasa 'mcm nak demam' je


Cepat-cepat la hantar "obat" kat yang lain2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 12:50 PM | Show all posts
tintabiru73 posted on 14-5-2014 12:46 PM
PAS kena bertindak segera. Kena usulkan undi tak percaya ke atas Speaker..lepas baru game on dan m ...

'drama sehari' dah selesai.
pas dah lali dgn drama2 quen umngok so, tak melatah pon mcm yg berlaku kat perak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.479144 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list