View: 3087|Reply: 17
|
[Tempatan]
Tanah mendap: MRT Corp nafi khabar angin kereta jatuh
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM – Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menafikan dakwaan bahawa sebuah kereta terjatuh dalam mendapan yang berlaku di Jalan Bukit Bintang, hari ini.
Pengarah Strategi Komunikasi dan Perhubungan Awamnya, Amir Mahmood Razak berkata, mendapan itu tidak menghasilkan lubang yang besar sehingga menyebabkan kerosakan harta.
“SOP kami bertindak segera dan jalan itu terus ditutup apabila mendapan itu dikesan. Saya menafikan segala rumor yang tersebar mengatakan bahawa kereta telah terjatuh ke dalam lubang.
“Saya gesa agar pihak yang menyebarkan rumor berkenaan menghentikannya kerana tindakan tidak bertanggungjawab itu boleh menimbulkan panik kepada orang awam,” katanya dalam satu kenyataan.
Laluan yang terlibat dilaporkan akan ditutup sehingga 6 pagi esok.
Dalam kenyataan sama, MRT Corp berkata, tindakan segera berkenaan diambil berikutan kontraktor kerja-kerja bawah tanah Projek MRT, MMC Gamuda KVMRT (T) mengesan berlaku sedikit mendapan di bawah laluan pejalan kaki.
“Apabila mendapan itu dikesan, kontraktor segera mengerahkan Emergency Response Team (ERT) dan menghubungi pihak berkuasa.
“Keputusan itu dibuat berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Projek MRT untuk menutup sehingga jarak 500 meter Jalan Bukit Bintang itu bagi memastikan risiko minimum kepada orang awam,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu juga, penutupan jalan yang bermula sejak 9 pagi tadi membolehkan kerja mengukuhkan tanah dengan menurap kawasan di bawah laluan itu.
“Jalan di Bukit Bintang akan ditutup sehingga 6 pagi esok untuk tujuan mengukuhkan tanah itu. Dalam tempoh penutupan itu, laluan trafik bertentangan akan dikawal manakala laluan trafik dari Bukit Bintang menghala ke Jalan Tun Razak akan diarahkan kepada dua laluan bertentangan,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
akibat subcon kerja kepada syarikat2 kroni yang tak berkelayakan....macam2 insiden berlaku.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm2 gambo aku terima dalam wasaap ni
Nasib aku kat PD |
|
|
|
|
|
|
|
Sape sebar kabar angin kasik tangkapla |
|
|
|
|
|
|
|
Tanah mendap akibat projek MRT
SEORANG pekerja melihat kesan tanah mendap di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd (MRT Corp) menutup Jalan Bukit Bintang menghala ke Jalan Tun Razak berikutan kejadian tanah mendap sedalam empat meter di laluan pejalan kaki di Jalan Bukit Bintang berdekatan bangunan Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Menara Worldwide di sini semalam.
Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi Strategiknya, Amir Mahmood Razak berkata, penutupan jalan itu bermula pada pukul 9 pagi semalam sehingga pukul 6 pagi hari ini bagi tujuan keselamatan dan pembaikan jalan yang terlibat
"Mendapan tanah tersebut berlaku akibat pembinaan Projek Transit Massa (MRT) di bawah tanah.
"Pihak MRT menutup serta merta laluan pejalan kaki sepanjang 500 meter untuk meminimumkan risiko kemalangan kepada orang awam,"katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Haiyo...x pepasal.rosak kereta |
|
|
|
|
|
|
|
Haiyo...x pepasal.rosak kereta |
|
|
|
|
|
|
|
Mutakhir
Laluan di Jalan Bukit Bintang terus ditutup untuk kerja pemadatan tanah
KUALA LUMPUR: Jalan sepanjang 500 meter di Jalan Bukit Bintang menghala Jalan Tun Razak akan terus ditutup untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemadatan tanah.
Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Amir Mahmood Razak berkata kerja-kerja itu bagi memberi kestabilan pada lapisan bawah permukaan tanah selepas lubang mendap terbentuk Khamis lalu.
"Semasa penutupan jalan, trafik aliran kontra akan dilaksanakan, di mana trafik dari Bukit Bintang menghala Jalan Tun Razak akan dilencongkan ke dua laluan di sebelah bertentangan (menghala Bukit Bintang).
"Laluan-Laluan di Jalan Bukit Bintang (menghala Jalan Imbi dan Jalan Pudu) masih boleh digunakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya mematuhi semua papan tanda dan arahan polis trafik.
Amir Mahmood turut memberi jaminan pemantauan berterusan sedang dijalankan di sekitar kawasan lubang mendap bagi memastikan keselamatan awam.
"Bacaan akan dibuat dari semasa ke semasa pada alat-alat penanda yang berfungsi mengesan sebarang mendapan atau kecondongan, yang dipasang di dalam bangunan.
"Setakat ini, penanda-penanda ini tidak menunjukkan sebarang pergerakan dikesan," katanya.
- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan last year kita pernah discuss psl tnh bakal.mendap kt mrt area bb nih. Aku lupa thread mana. De forumer ni citer. X sangka btol2 blaku |
|
|
|
|
|
|
|
harapnya tak runtuh mcm projek kt ganu |
|
|
|
|
|
|
|
kereta obama tak mendap kaa? |
|
|
|
|
|
|
|
ni ade buat SI ke tak ni? aku teringat la plak masa aku praktikal kt JKR, masa nk turap jalan ke wat culvert ke mane ade diorg buat SI, suma pakai design yg sama je JKR pusat kasi. dah tu tak lama plak tu jalan sana mendap, culvert sini retak. |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda posted on 27-4-2014 05:05 AM
ni ade buat SI ke tak ni? aku teringat la plak masa aku praktikal kt JKR, masa nk turap jalan ke ...
Untunglah kalau semua tempat nak buat mat tu diaorg buat SI, mau untung aje lebih.
Kalau awal2 dah wat SI takde nya mendap or SI tu di beli. Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
mendap besau tu - keta mainan je muat kot -
memang elok di tangkap siapa yang sebarkan
berita merepek2 tu - bersebar masuk wasap grup
|
|
|
|
|
|
|
| |
|