CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2684|Reply: 12

[Dunia] {10} Buaya ganas beralih makan pelet ! pic

[Copy link]
Post time 10-4-2014 02:14 AM | Show all posts |Read mode
10 April 2014

Afrika: Buaya haiwan paling digeruni di Afrika, reptilia yang terkenal dengan membaham sebelum menelan mangsanya hidup-hidup.


Masalah timbul di ladang buaya Butat Nyanyana di pesisiran pantai Pulau Kariba, Zimbabwe kerana haiwan berkenaan jemu dengan makanan pelet berasaskan sayur-sayuran.



Penternak di ladang berkenaan memilih makanan itu kerana harganya yang murah berbanding daging, berprotein bermineral dan bervitamin yang dikatakan dapat meningkatkan kualiti kulit reptilia itu untuk dijadikan beg tangan atau kasut dalam pentas peragaan fesyen di New York, Paris, London atau Milan.

“Kami tidak lagi memberi daging kepada buaya di sini,” kata Pengarah Kewangan, Oliver Kanmundimu, pemilik ladang Padenga Holdings.

“Kualiti kulit dapat ditingkatkan kerana kami mengukur semua nutrien yang diberikan yang tidak boleh didapati hanya dengan memakan daging,” katanya semalam.

Nyanyana yang terletak 400 kilometer ke barat laut Harare menempatkan 50,000 buaya Nil dan satu daripada tiga Ladang Padenga di Kariba. Ia adalah tasik buatan manusia terbesar di Afrika.

Syarikat berkenaan mempunyai 164,000 buaya secara keseluruhannya dan memberi makanan palet sayur-sayuran sejak 2006 ketika krisis melanda Zimbabwe hingga menyebabkan daging sukar didapati dan harganya yang terlalu mahal.

Pada mulanya, pelet itu mengandungi 50 peratus daging tetapi dikurangkan secara beransur-ansur kepada diet sayur-sayuran keseluruhannya.

“Kami berada di satu tahap hingga mengurangkan daging daripada 15 peratus kepada tujuh peratus dan sekarang kepada sifar daging dan ikan,” katanya.

Operasi lebih senang, dan buaya berkenaan mendapat segala nutrien daripada makanan seumpama itu.

Makanan diberi dua hari sekali, menjadikan buaya itu jinak dan hanya berbaring ketika pekerja menjalankan operasi pembersihan.

Buaya berkenaan disembelih ketika berusia 30 bulan dan berukuran 1.5 meter panjang. Kulitnya ketika itu lembut dan mudah dilentur.

Tahun lalu, Padenga Harare menjual 42,000 kulit ke Eropah terutama di Perancis. Harga puratanya setiap kulit itu boleh mencapai sehingga (AS550) RM2,277.

Sebanyak 90 peratus kulit buaya itu dijadikan beg tangan berkualiti tinggi, kata Kamundi, manakala lebihan kulit dijadikan tali pinggang, kasut dan tali jam bagi beberapa jenama terkenal dalam dunia fesyen.- Agensi

p/s tiada lagi daging utk buaya...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-4-2014 02:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2014 02:14 AM | Show all posts
cukup ker dgn pelet...?
jgn pekerja kena rembat dek buaya nnt...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 02:16 AM | Show all posts
Awang Butat               
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 02:28 AM | Show all posts
Dunia ni memang penuh dengan keajaiban.
Kira buaya ni dah tukar full-fledged vegetarian la ni?
Wow..

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 08:52 AM | Show all posts
buaya makan sayur?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2014 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau buaya mkn pelet, penampau kokedai jadi gayah sket lah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
daging boya yg dh kna sembelih tu, x recycle ke bg boya lain mkn... ke dorang jual kt restoran..

humban je perogol, pencabul, peliwat, terutama paedophiles, kasik boya makan...

penagih dadah pun ramai.. bg boya baham sume..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2014 09:27 AM | Show all posts
di ternak untuk kulit nyer ajer... ohoh kejam nya dunia
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 09:35 AM | Show all posts
vegetarian boye deyolls
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 09:46 AM | Show all posts
lama2 fed up sang bedal tu...
jangan di ngap penjaga buaya sudah la...

makan tuan
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 09:54 AM | Show all posts
Boya pun dah banyak diet sayur dan buah2an, takut perut muncitlah katakan
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:08 AM | Show all posts
vegetarian buaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.515748 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list