CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11382|Reply: 125

[Tempatan] Pengajaran MH370: Nasihat Riduan Tee

[Copy link]
Post time 24-3-2014 05:50 PM | Show all posts |Read mode
  Pensyarah kontroversi Dr Ridhuan Tee Abdullah (gambar) menggariskan tujuh langkah yang boleh diambil iktibar selepas kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu.
        Pendakwah bebas itu berkata antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah tidak menghidangkan makanan dan minuman haram untuk dihidangkan kepada penumpang di dalam pesawat.

        “Elakkan menjamu makanan dan perkara haram dalam pesawat. Mereka yang meminta arak itu, adalah di kalangan mereka yang biasa meminum arak. Cuba alihkan mereka dengan makan tempatan yang lebih berkhasiat seperti cendol dan sebagainya,” katanya menerusi kolumnya yang diterbitkan Sinar Harian hari ini.
        Usaha mencari pesawat MAS MH370 yang hari ini memasuki hari ke-17 dilaporkan hilang selepas gagal dikesan menara kawalan setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
        Juruterbang pesawat Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid merupakan antara 239 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat sewaktu dalam perjalanan menuju ke Beijing.
        Selain memastikan arak tidak dihidangkan, Ridhuan mengingatkan agar pramugari pesawat diberi kebenaran untuk menutup aurat dan membiasakan anak kapal mengingati Allah di dalam pesawat.
        Katanya, jangan terlalu mengamalkan budaya barat di dalam pesawat kerana syarikat penerbangan negara lain terlalu mementingkan tradisi mereka.
        “Tutuplah aurat pramugari jika mereka berkehendakkan. Lagipun untuk mengelakkan rambut jatuh ke dalam makanan. Tidak salah jika pramugari menutup aurat (Islam) dan pakaian bersopan untuk bukan Islam. Amat menjengkelkan apabila pakaian pramugari singkat dan jarang.
        “Kita hendaklah jangan terlalu kebaratan ketika dalam pesawat. Amalkan budaya negara. Utamakan bahasa Melayu. Ucapkan salam mengikut cara kita. Belajarlah dengan anak kapal pesawat Thai, Brunei dan sebagainya. Mereka sentiasa mengutamakan jati diri negara,” katanya.
        Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu turut mengingatkan anak kapal agar tidak hanyut dengan keseronokan di dalam pesawat sebaliknya disematkan dengan jiwa kerohanian Islam.
        Katanya, selain daripada aspek kerohanian, pemeriksaan ketat di lapangan terbang juga perlu ditingkatkan kerana ia merupakan satu standard operasi biasa di sesebuah lapangan terbang antarabangsa.
        “Sebutlah kalimah Bismillah, Alhamdulillah, salam dan lain-lain. Perkara ini nampak kecil, tapi impaknya besar. Hati berasa lega berada dalam pesawat MAS dapat mendengar kalimah yang dikaitkan dengan Allah walaupun tidak semua melakukannya.
        “Pemeriksaan ketat juga perlu dilakukan. Tidak mengapa, saya rela menanggalkan dan membuka apa yang diminta seperti jam tangan, tali pinggang dan apa jua peralatan telekomunikasi. Rabalah sepuas-puasnya demi maruah dan keselamatan tanah air tercinta,” katanya. – 24 Mac, 2014.

http://my.news.yahoo.com/pengaja ... gari-022757655.html


p/s: Mod tak tau nak taruk mana...kalo sesuai tlg merge yeee
Last edited by garyura on 24-3-2014 06:13 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2014 06:01 PM | Show all posts
di manakah telur ridhuan kopi abdullah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 06:05 PM | Show all posts
Adakah Ridhuan hendak mengatakan disebabkan segelintir umat islam yg membuat kesalahan, maka Allah menjatuhkan bala secara pukul rata, walaupun orang yg terlibat mungkin tiada dosa apa apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2014 06:13 PM | Show all posts
Haer posted on 24-3-2014 06:05 PM
Adakah Ridhuan hendak mengatakan disebabkan segelintir umat islam yg membuat kesalahan, maka Allah m ...

bala Allah turun kalu semua kena...
Last edited by garyura on 24-3-2014 06:15 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 06:17 PM | Show all posts
ambil nasihat dia..betul ape yg dia ckp...
jgnlah sbb dia ridhuan tee ( ade sangkut paut dgn politik) kita nak tolak ape dia ckp...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 06:19 PM | Show all posts
hotak dia cendol berkhasiat.bukan pakai santan ngan gula meh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2014 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti sel2 otak dia ni x bhubung time bckp waktu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 06:35 PM | Show all posts
sorry adam xambl port lebai racist dan lebai nikah siam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2014 07:12 PM | Show all posts
cendol lagi berkhasiat???
gula..santan tinggi tu...
dari aspek kesihatan..wine lebih sihat..
tapi kalau bicara dari segi syarak..memang la haram..

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 07:14 PM | Show all posts
apa kaitan penggunaan bahasa melayu dengan penambahbaikan (improvement)??
bahasa melayu ada kaitan dengan rahmat Allah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 07:16 PM | Show all posts
kalau tak payah minum arak dalam kapal terbang tak boleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 07:20 PM | Show all posts
redwark posted on 24-3-2014 07:12 PM
cendol lagi berkhasiat???
gula..santan tinggi tu...
dari aspek kesihatan..wine lebih sihat..

gula dan santan tu khasiat la.. tak caya cuba bagi cendol kat budak afrika yg kebuluran - mesti terus segar. sebab gula.

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 07:23 PM | Show all posts
berancuk posted on 24-3-2014 06:01 PM
di manakah telur ridhuan kopi abdullah?

ko berminat dgn telur dia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila masa pulak uniform pramugari mas singkat? Kan kebaya zaman saloma tu...tak singkat la...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 07:29 PM | Show all posts
@Maideen.  wine haram kaa?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian sungguh umat islam..silap je kene bala...umat yg lain xkene ape pon...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2014 07:37 PM | Show all posts
boleh tahan bimbo beliau ini.



crew mana yg gigih nak mesin ais untuk buat cendol sis.

ini yg akak benci dengan golongan ugamawan, suka buat statement bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 07:38 PM | Show all posts
True-X posted on 24-3-2014 07:33 PM
Sian sungguh umat islam..silap je kene bala...umat yg lain xkene ape pon...

saudi air hidang arak tak sis?
yg itu pun pernah kena bala jua.
penerbangan negara rasulullah pun kena "bala" sis
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 07:40 PM | Show all posts
Allah tu kan Maha Adil, tapi  mengapa apa yang beliau sampaikan ini seolah-olah beliau nak katakan sebaliknya?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 07:40 PM | Show all posts
kila10 posted on 24-3-2014 07:22 PM
..             mengenai sekor setan bacul banyak nick di CI & LP   

mana nama aku?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.072542 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list