CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3109|Reply: 0

Kisah Seram di Sembawang Park (M12)

[Copy link]
Post time 18-3-2014 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Saya ingin berkongsi satu peristiwa yang telah berlaku beberapa tahun yang lepas di Sembawang Park. Saya serta saudara-mara seringkali meluangkan masa pada waktu malam beriadah di merata Singapura. Dan pada satu malam selepas makan malam di luar, kami merancang untuk meluangkan masa dan menenangkan fikiran di Sembawang Park dan yang dewasa (pakcik-pakcik) akan memancing.
Kami tiba di Sembawang Park kira-kira pukul 11 malam dan waktu itu tidak ada ramai orang di sana. Pada mulanya, kami telah berjanji satu sama lain bahawa akan pulang pada pukul 3 pagi. Namun, sesuatu perkara yang telah berlaku yang membuat kami pulang awal. Jika peristiwa ini tidak menyeramkan bagi diri anda, harap maaf.
Setelah mendapatkan tepat yang sesuai untuk bersantai dan sedang pakcik-pakcik memasang joran di tepi pantai saya, adik-beradik dan sepupu-sepupu duduk bersembang dan berborak-borak. Jam menunjukkan pukul 12 malam. Pada masa itu, kami sedang berbual-berbual tentang topik "Hantu" dan ada yang menceritakan pengalaman-pengalaman mereka yang menyeramkan. Saya pada mulanya tidak percaya tentang penampakkan makhluk halus dan tidak hiraukan perbualan mereka.


Saya merasa bosan dan beredar daripada tempat kami bersantai. Setelah melangkahkan kaki untuk beberapa tapak, saya terperanjat apabila ternampak susuk berbaju putih seperti Pontianak sedang berdiri tegak di atas dahan pokok dan merenung ke arah saya. Rambutnya begitu panjang sekali dan tangannya kelihatan seperti mahu mencekik seseorang. Jarak saya daripada pokok itu sekitar 10 meter.
Apalagi, saya bergegas ke arah mereka duduk dan mereka menyoal saya apa yang telah berlaku. Saya menunjukkan jari saya ke pokok itu yang terdirinya makhluk halus itu. Namun, mereka mengatakan bahawa tidak ternampak apa-apa benda kecuali saya. Adik saudara saya dah mula menangis. Susuk itu masih berdiri tegak DI ATAS DAHAN POKOK. Namum beberapa minit kemudian, seorang demi seorang ternampak susuk itu kecuali yang dewasa seperti abang saya dan seorang makcik. Semua mula cemas dan salah seorang pakcik saya memberanikan diri untuk pergi ke pokok yang tersebut. Jikalau anda ingin tahu, pokok itu adalah pokok yang pertama sebelum melangkah masuk ke pintu masuk taman itu.


Sedang pakcik saya berdiri di depan pokok berkenaan, dia memberi isyarat kepada kami bahawa makhluk itu tidak kelihatan, namun pada masa yang sama, kami yang sedang duduk boleh nampak makhluk itu masih berdiri di atas dahan pokok itu. Ia seperti sedang melambai ke arah kami duduk.
Pakcik pun sudah tidak merasa senang hati dan mengarahkan kami angkat barang-barang dan beredar dari tempat itu. Apabila di dalam kereta, saya menoleh belakang ke arah pokok tersebut dan tidak lagi kelihatan makhluk itu di dahan pokok. Saya berzikir dan membaca doa supaya makhluk itu tidak mengikut saya pulang.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.056287 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list