CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3615|Reply: 19

Jangan Pandai-Pandai ( M12 )

[Copy link]
Post time 18-3-2014 11:24 AM | Show all posts |Read mode
Saya lebih suka dikenali sebagai FATCAT. Di sini saya ada sebuah kisah yang baru terjadi pada Sabtu lalu 17 April. Saya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan bekerja pada sebelah malam di salah sebuah sekolah menengah di Singapura. Pada Sabtu lalu, ada acara perkhemahan pelajar yang telah diadakan di sekolah itu. Di sekolah ini, pelajar2nya semuanya berbangsa asing. Mereka semua anak orang kaya bukan calang2 orang.

Dipendekkan cerita, selepas saya meronda dan sedang menulis catatan laporan rondaan, tiba2 sekumpulan budak perempuan datang berjumpa dengan saya, "Aunty can you please switch off the toilet lights for awhile?" Saya tanya kenapa pulak? Mereka jawab, "We want to play games that require us to be in the dark." Saya pun hairan dan terfikir juga, permainan apa yang dimainkan dalam gelap? Lain macam saja budak2 ni. Selepas saya didesak, saya pun mengalah dan beritahu mereka bahawa tandas perempuan itu boleh digunakan tetapi usah lama sangat kerana, manalah tahu kalau tiba2 saya terasa untuk menyahut panggilan alam. Mereka pun setuju dan saya pun matikanlah lampu tandas perempuan dan juga lelaki yang bersebelahan dan tinggalkan mereka lalu kembali ke pondok pengawal.

Selepas lima belas minit, saya ternampak sekumpulan pelajar lelaki menuju ke arah tandas. Pada mulanya saya buat endah tak endah sebab ingatkan mereka nak gunakan tandas tetapi disebabkan cahaya lilin yang dibawa mereka, perhatian saya telah tertarik untuk menyiasat apa yang sedang mereka lakukan. Jam menunjukkan pukul 12 lebih malam. Saya pun menuju dengan perlahan2 ke arah sekumpulan pelajar tadi dan sama2 berkumpul dan lihat apa yang sedang mereka buat tanpa mereka sedar yang saya juga ada dalam kumpulan itu.

Nak tahu permainan apakah yang sedang mereka mainkan? Mereka bermain permainan "SPIRIT OF THE COIN"!!! Saya punya bengang terus sergah mereka dan tanya siapa yang ajak main permainan bahaya ini dan siapa ketua di antara mereka. Semua tergamam saling menuding jari ke arah satu sama lain. Saya tanya berapa lamakah mereka telah bermain permainan puaka ini? Mereka kata baru nak mulakan dan belum sampai ke tahap memanggil lagi. Saya mengingatkan mereka bahawa sekiranya mereka memanggil makhluk halus datang, mereka juga mesti menghantarnya pulang. Mereka kata mereka tahu macamana nak seru dan hantar pulang. Walau apapun alasannya, saya tetap tak benarkan dan suruh mereka semua balik ke kawasan penginapan perkhemahan atau saya adukan pada pengetua sekolah.

Selepas kejadian itu, saya pun kembali semula ke pondok pengawal. Sedang saya leka membaca buku cerita, saya terperasan di belakang tengkuk saya terasa semacam ada angin sejuk sekali menghembus. Nak kata angin luar, saya di dalam dan pondok pengawal hanya disediakan kipas, bukan alat penghawa dingin. Dan pada masa yang sama terasa seperti ada sesuatu bertenggek di tengkuk saya kerana terasa sangat berat. Saya terus hidupkan telefon bimbit saya dan putarkan ayat2 suci tanpa henti. Lama-kelamaan barulah saya rasa keadaan kembali seperti sediakala.

Itulah kisah saya,

Terima kasih...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2014 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf la tt ek... just cadangan je nih... apa kata bukak satu thread je pastu share le banyak banyak kisah kisah misteri tu dalam satu thread je.. tak de la koi pening nak baca banyak thread tp citer hanya satu jer..

kan momod dah bgtau yg thread di buka bila ada banyak citer yg nak di share....

harap maklong.... dan minta maaf le klu terasa atas teguran nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2014 02:08 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 18-3-2014 01:48 PM
Maaf la tt ek... just cadangan je nih... apa kata bukak satu thread je pastu share le banyak banyak  ...

i see .. ok skrng paham dh ... pas ni updated in 1 je ... maklumlah 1st time dlm social forum ni .. lepas ni 1 jela ea ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 02:27 PM | Show all posts
Tapi kan, saya lagi suka konsep '1 cerita 1 thread'. Takde la pening nak kena ingat page mane dah baca atau belum. Saya xkisah kalau sedara Augestine nk buat mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dulu guna gelas kecil..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Spirit spirit of the glass
please come into the glass
if you're in the glass
please go around the circle
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2014 05:48 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 18-3-2014 01:48 PM
Maaf la tt ek... just cadangan je nih... apa kata bukak satu thread je pastu share le banyak banyak  ...

best jugak citer ni..
maafkan la dia,koi pun cenggitu jugak dedulu..nanti ada citer baru dia hapdet la kat sini..

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
rdzaccess posted on 18-3-2014 05:38 PM
Aku dulu guna gelas kecil..

Koi dlu guna gelas kecik, rambut dan cincin emas untuk tahu bilangan anak anak akan datang...

masa tu tak fikir pun benda nih khurafat. ..excited punya pasal... pastu nak tau kawin umur brape...

Ish teruk betul zaman tuh... tobat dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2014 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
DumBell posted on 18-3-2014 05:48 PM
best jugak citer ni..
maafkan la dia,koi pun cenggitu jugak dedulu..nanti ada citer baru dia hapd ...

Ukeh... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 01:16 AM | Show all posts
Syumaimah posted on 18-3-2014 08:50 PM
Koi dlu guna gelas kecik, rambut dan cincin emas untuk tahu bilangan anak anak akan datang...

m ...

haha. teringat zaman kecik2 dulu mak sedara (masa tu dia sekolah menengah lagi) ajak main benda ni. nak check kawin bila, dapat anak berapa orang. suka2 je main, taklah sampai anggap betul2 jadi. tapi bila teringat balik macam betul2 jadi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 02:51 PM | Show all posts
dlu pndai main...skali bende tu x mo balik da...
macam2 bunyi die bg..macam2 gangguan
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 09:19 PM | Show all posts
dulu masa skolah menengah saya dengan rakan2 pun pernah main spirit-spirit of the coin ni....Kami start tepat jam 12 malam...saya plak cuma menemani kawan2 sambil bermain gitar...nak tau apa jadi, dengan mata kepala sendiri saya nampak duit syilling itu bergerak dari huruf ke huruf, dengan perkataan penuh "berada di atas kamu"...serentak dengan tu, bunyi bende menghempap atas siling rumah, sudah cukup untuk membuatkan kami semua kecut perut, lepastu lari lintang pukang....ader langgar meja, ader langgar sesama sendiri, ader langgar pintu, ader jugak terjatuh ke dalam longkang...hehehehe, saya plak selamat sebab first runner...x halangan apa2
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 01:53 PM | Show all posts
Klakar arr...
spirit of the coins x main
tapi rambut gan cincin tu ada heheheh lawak22 masa tu..
zaman sekolah suka sgt mencubakan..x tau effect lepas tu heheh
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 09:22 PM | Show all posts
yup zaman sekolah ni..penuh dengan keinginan nak mencuba sesuatu yang baru...nak try cner rasa, betul ker tak....skali dah nampak muka hodoh, lari pecut 100 meter, mungkin usain bolt pun ketinggalan kat belakang...ehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
-phaser- posted on 19-3-2014 09:19 PM
dulu masa skolah menengah saya dengan rakan2 pun pernah main spirit-spirit of the coin ni....Kami st ...

Boleh tahan gak seram tuh... aku tak penah main la sbb aku nih penakut. .

tapi kakak kawan aku dlu dia siap tanya spirit of coin tu nama bakal somi dia... benda tu tunjuk huruf R dan somi dia skang nama bermula huruf R...

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
menarik... tp x cukup seram...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2014 08:02 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 20-3-2014 10:18 PM
Boleh tahan gak seram tuh... aku tak penah main la sbb aku nih penakut. .

tapi kakak kawan aku  ...

wah...ini bukan Spirit From The Coin tapi Spirit From The Heart...hehehe

mungkin ada kaitan, mungkin juga kebetulan....biasanya begitu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2014 09:44 PM | Show all posts
Dulu dulu lepas SRP ada banyak masa terluang. Sekolah aku ni banyak bangsa Cina. Sekali tu, mereka main game spirit of the coins nak tahu macam mana result SRP kami. Bila result kuar, ada yang betul pula. Kebetulan kot
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2014 01:08 AM | Show all posts
tak ingin sya nak main , bkn tkot , syirik game tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 10:14 AM | Show all posts
zaman aku dulu main ni guna rantai emas, pastu letak cincin..nak tahu akan kahwin dengan orang mana, tulis semua negeri dalam bulatan..yang tak tahannya nak mula soalan siap selawat lagi..khurafat betul permainan tu..cuma kebetulan masa turn aku, bila tanya aku akan kahwin dengan orang mana, jawapan die orang kelantan..dan skarang aku betul2 kahwin dengan orang kelantan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.074709 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list