View: 6858|Reply: 76
|
[Tempatan]
{8} RM600 sehari punca gelap mata jual `apam' !
[Copy link]
|
|
18 Mac 2014
Petaling Jaya: Tarikan gaji lumayan mencecah RM600 sehari menyebabkan seorang gadis berusia 17 tahun sanggup meninggalkan keluarganya di kampung untuk bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di sekitar Sunway Mentari, di sini.
Difahamkan, remaja perempuan berasal dari Seremban, Negeri Sembilan terbabit mula terjebak dalam aktiviti tidak bermoral itu selepas berhenti dari sekolah pada usia 14 tahun.
Kegiatan itu bagaimanapun terbongkar selepas remaja itu ditahan polis bersama 26 wanita termasuk 15 warga asing dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman di premis itu kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.
Dalam serbuan diketuai Inspektor Mohammad Mohd Jais itu, remaja perempuan terbabit dikatakan bertindak kasar apabila enggan menyarung baju khas disediakan anggota polis dengan membuang pakaian itu ke lantai.
Namun, tindakan degil remaja itu berjaya dikawal anggota polis bertugas sebelum dia berjaya ditenangkan.
Mohammad berkata, seramai 12 wanita berusia 17 hingga 35 tahun yang ditahan itu dikenal pasti sebagai rakyat tempatan manakala 14 lagi adalah wanita warga asing membabitkan warga Thailand, Vietnam, Indonesia dan Filipina.
“Siasatan awal turut mendapati premis hiburan itu mempunyai lesen sah dan beroperasi sejak lebih setahun lalu walaupun pemiliknya sering kali bertukar ganti.
“Pemilik premis melakukan kesalahan kerana menggaji pekerja warga asing sebagai GRO. Kita juga tidak menolak kemungkinan semua wanita itu menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan premis,” katanya.
Menurutnya, siasatan polis mendapati kumpulan wanita GRO itu menawarkan khidmat seks dengan bayaran antara RM400 hingga RM600.
“Ketika serbuan, puluhan pelanggan turut berada di dalam pusat hiburan itu, namun tiada dadah atau kondom ditemui.
“Semua wanita yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut. Siasatan turut dilakukan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang (ATIP),” katanya.
Harian Metro difahamkan, pusat hiburan yang digempur kali kedua dalam tempoh tiga bulan itu kerap menjadi lokasi pertemuan bagi kegiatan pelacuran.
Malah, golongan GRO itu turut menggunakan kalungan bunga yang dijual kepada pelanggan sebagai ‘simbol’ persetujuan untuk dilanggani.-myMetro
p/s money is not everything...
|
|
|
|
|
|
|
|
apam kepam |
|
|
|
|
|
|
|
RM 600 sehari .klo dia bersenggama 20 hari sebulan dh rm12,000.. baguslah simpan lah duit tu sket utk medical fees kelak bila kena hiv, aids dan siflis..jgn dh sakit baru cari family yg ko tinggalkn satu masa dulu |
|
|
|
|
|
|
|
kesian pada ..orang tua budak tu ...doakan siang malam ...beri didikan yang baik ...dia membalas dengan keroh ...
|
|
|
|
|
|
|
|
pandai sikit budak ni.. dari kasi main free |
|
|
|
|
|
|
|
only because of a few coloured notes...habis segalanya diletakkan bawah kaki.
mungkin sosioekonomi budak yg berusia 14 tahun ni melarat sangat kot
dalam menangani keciciran macam ni apa peranan guru, jabatan kebajikan masyarakat dalam mencegah atau mengenalpasti golongan remaja sasaran yang berprofiles seperti gadis ini agar intervensi dapat dilakukan lebih awal?
ni KJ kena tengok ni...
600 RM |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Patih posted on 18-3-2014 07:36 AM
kesian pada ..orang tua budak tu ...doakan siang malam ...beri didikan yang baik ...dia membalas den ...
kadang kadang kita tidak tahu desakan hidup....kalau dah balik sekolah nak makan tgh hari pun tak ada...mcm mana??
berkawan pula yg jenis tak betul..... |
|
|
|
|
|
|
|
dia lupa may be kalau dia bertekun sikit je lagi
may be 1 jam kalau dia ada kelulusan ijazah atau sarjana ...dan ada ikhtisas professional combined degree ye....1 jam dibayar 200 RM ...tapi jalan ini panjang...likunya banyak susah payah jerih ...tapi lebih baik ...
sayang sangat potensi ini dileburkan... |
|
|
|
|
|
|
|
yang GRO asing tu I think kalau depa ni dihumban ke dalam MH 370 - ada ke sesiapa peduli ?? just tertanya. |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 18-3-2014 07:46 AM
yang GRO asing tu I think kalau depa ni dihumban ke dalam MH 370 - ada ke sesiapa peduli ?? just ter ...
mak cik mursyidah ni amboi2...bukan main lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu posted on 18-3-2014 07:41 AM
kadang kadang kita tidak tahu desakan hidup....kalau dah balik sekolah nak makan tgh hari pun tak ...
then apa peranan guru darjah? apa peranan JKKK? apa peranan baitulmal atau PPZ
u nampak tak sejak 53 years kita merdeka
i tak nampak la sebarang 'coordinated approach ' ala multidicplinaru ? department liase together
kalau ada mohon maaf saya tak tahu, ni habaq awal awal tapi kalau kita tengok macam ni , there must be something wrong somewhere....
someoe macam budak 14 tahun ni tengah cari identity , otak depa ni tang bhgn emosi control ni mmg tak mature lagi walaupun saiz otak depa lebih besar dari babies...
but if someone could say
hold on....hold on bertekun sikit je lagi ....tak mustahil satu jam anda nanti dibayar RM 200 dalam pekerjaan yg lebih halal dan memanfaatkan orang ....budak macam ni needs direction
kalau dia nekad boleh bawah kakikan maruah diri, agama etc etc..maksudnya fighting spirit dia tinggi but tersalah channel...
banyak kali baca keciviran beudak macam ni
macam kekadang muak...
sebab dysfunctional 'situation' yg kita tahu jawapan ...tapi kat mana intervensi? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa cara nk mengurangkan gejala mcmni? |
|
|
|
|
|
|
|
kesempitan uwang and kenipisan agama menjerumus ke arah gejala yang tak sihat...... |
|
|
|
|
|
|
|
bambimo posted on 18-3-2014 07:35 AM
RM 600 sehari .klo dia bersenggama 20 hari sebulan dh rm12,000.. baguslah simpan lah duit tu sket ut ...
...x kan sehari sekali je |
|
|
|
|
|
|
|
mati2 aku ingat jual apam yg kuih tu..rupa2nya apam lain |
|
|
|
|
|
|
|
merosakkan diri demi duit... mungkin dia fikir, lebih dr bagi free kt jantans jongos... hmmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
"apam" ek...
kesempitan hidup... |
|
|
|
|
|
|
|
hmmmm..
kerana duit apa pun ok |
|
|
|
|
|
|
| |
|