CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: intishar

Macam mana nak buat...?

  [Copy link]
Post time 12-3-2014 07:33 PM | Show all posts
kelip2_07 posted on 12-3-2014 02:22 PM
dh sah2 la ade org lain..laki nie klu xde org ketiga mgkin blh berubah lg klu dipujuk..klu dh msk or ...

tt cakap dia pun ada silap ... lelaki nih silap lain boleh ampun kecuali curang pyh nk ampun ...

aku speku ... laki tt nih cuba2 berskandal, tt dpt tahu dan membalas dgn buat benda sama seperti nasihat yg sering kita dengar dari acik2 FD ... pastu kantoi dgn laki, terus ler nk cerai tk toleh2 dah ...

hanya sekadar speku ... jgn selalu ingat pompuan skrg nih baik2 belaka ... lagi pandai bermuka-muka minta simpati ... padahallllllll ...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2014 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum... boleh tak saya mohon tt amal kan surah toha ayat 1 till 5 dan al isra ayat 82. Baca selalu sambil2 niatkan pd suami dan berdoalah agar hati suami dilembutkan Allah.

Saya doakan segala kesulitan tt dipermudahkanNya. Aamiin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2014 08:23 AM | Show all posts
kudajantan77 posted on 12-3-2014 07:33 PM
tt cakap dia pun ada silap ... lelaki nih silap lain boleh ampun kecuali curang pyh nk ampun ...
...

salam.. selamat pagi kuda...

   setiap pandangan yang di lontarkan tidak salah kerana ia adalah pandangan peribadi
dan ianya ada hak individu.....
   Dengan melalui pembacaan dalam forum ni macam2 andaian yang kita fikirkan... mcm tu jugak
dengan saya selama saya membaca isu-isu berkaitan di dalam forum. saya juga mencari kekuatan di sini,
dan bila saya bersedia menulis di sini, saya jua perlu bersedia dari segi mental dan fizikal dengan apa jua
nasihat dan kritikan pada diri saya.
   Cuma saya tak berskandal walupun sy tahu suami sy buat begitu pada sy. walupun sy isteri berkejaya ..sy masih waras
dan sedar akan syurga sy terletak di bawah kaki suami. takdek apa kebaikan yg sy dapat jika sy berdendam membalas apa yg dia buat
pada saya. kalau dia berskandal mungkin dia layak kawin lebih.. kalau dia mampu.. dan isteri apa guna dia berskandal..
sekadar menambah dosa. kesilapan yg saya lakukan bukan la curang dengan suami sy... dan bukan menyimpan perasaan
dendam pada suami sy.
terima kasih kuda..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2014 08:24 AM | Show all posts
miaramli19 posted on 12-3-2014 11:16 PM
Assalamualaikum... boleh tak saya mohon tt amal kan surah toha ayat 1 till 5 dan al isra ayat 82. Ba ...

salam mia..
insyaAllah.. sy amalkan..
terima kasih byak2.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 09:24 AM | Show all posts
kudajantan77 posted on 12-3-2014 07:33 PM
tt cakap dia pun ada silap ... lelaki nih silap lain boleh ampun kecuali curang pyh nk ampun ...
...

ankel kuda..mmg xdinafikan zaman skg pompuan pn sama hebatnye..klu x,xkn kuar paper bini kena belasah sbb curang..bini lari tgglkn somi dan ank2 sbb jantan lain..

cuma yg aku slalu peratikan bl kes membabitkan org ketiga mmg xde ape yg blh dibuat ...pujuk2 dh xguna lg dh..buang masa..buang air liur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2014 09:43 AM | Show all posts
salam.. slamat pagi
alhamdulillah sy masih di beri ruang utk bernafas.

        mendengar luahan sebelah pihak.. selalu org berkata berat sebelah.. sy paham situasi tu..
sy paham apa yg kudajantan fikirkan.. apa yg sy buleh terangkan sy tak pernah terlintas hendak
membalas dendam atas apa jua tindakan yg suami sy buat pada sy. atau erti kata lain sy tak curang.
    Saya manusia biasa saya tak lari dr buat silap....sebelum itu apa jua isu dibawah ini yang saya katakan..
jika terlalu sensitif sy mintak maaf...

1. kesilapan saya seorg yg terlalu sensitif.. sangat mudah menitis air mata.. jadi bila suami sy askar perkara ini mungkin buat dia rimas.

2. kesilapan sy suka bercakap, lama2 jadi membebel

3.suami sememangnya ramai kawan perempuan. dan ada yg dia panggil syg. kesilapan sy, sy cuma bertanya pada suami yang mereka itu siapa..dan suami kata kawan dan dia kata dia tahu jaga diri dan mereka tahu yang suami sy dah berkahwin. sy terima bulat2 apa yang suami katakan.jadi perkara itu
berlalu begitu sahaja.

4.selepas itu, saya sarat mengandung... suami mintak tidur di bawah di tepi katil..dan sy di atas katil.. dengan alasan dia kata dia takut tersepak perut sy. sy cuma kata sy ni tak la besar mana sy mengandung sampai sarat pun baru 58 kilo. jadi dia tetap keputusan dia dan sy dah malas nak fikir sebb dah mula hanya memikirkan perut yg makin membesar.Hubungan suami isteri pun sepanjang mengandung hanya 2 kali, selebihnya suami tak pernah mintak dan bila sy mintak dia hanya kata dia tidak mahu.. mungkin dia takut.. sy pun sama takut... kesilapan sy .. sy tak fikir kesan dan tak ambil peduli.

5. selepas bersalin, saya terus sibuk menguruskan anak dan rumahtangga. suami mintak sy tidur dengan anak dan dia kata dia takper tidur sendirian. suami kata tumpu pada anak sebb anak masih kecil. sy terima cara itu sebb sy  beranggapan anak masih kecil dan sy sudah terbiasa tido sendirian. kesilapan sy, sy terima cara itu . Sehingga lah anak saya 7 bulan baru sy terasa ada sesuatu yg tak kena.. suami tak pernah mintak hubungan, sy beranggapan suami sy takut kot, sebb sy bersalin normal.

6. Jadi sy cuba mulakan dulu, sy rasa sy isteri tak salah kot sy mencuba. pada mula dia tak mahu. bila di tanya hanya alasan tidak mahu. setelah sy pujuk dan sy kata sy bersedia kalau tak cuba mana nak tahu keadaan badan sy selepas bersalin. akhirnya dia bersetuju. selepas itu, bila hati kecil mula berdetik, sy mengambil langkah bawak anak tidur sekali dengan suami sy.... sy kena berubah. Suami mula kata tak selesa, bila sy pelok di kata panas. sy angkat kipas letak sebelah di kata panas jua. kesilapan sy , sy lambat sedar akan keadaan ini.

7. bulan berganti bulan hari berganti hari...Anak semakin membesar, suami tak pernah mintak hubungan, bila sy mintak dia cuma beri alasan tak mahu. sy cuba berbincang dengan dia.. mungkin ada apa yg dia tak suka pada badan sy ke. dia kata takdek cuma tak mahu. takperlulah sy cerita tahap goda mcmana yang sy buat utk tarik suami kembali pada sy... sy rasa tak salah sbb dia masih suami. tapi sy gagal jua.. suami cuma kata tak mahu akhirnya sy menangis sebelah suami sampai tertido..terlalu byk kali. kesilapan sy...perkara hubungan ini sy cerita pada ibunya.. sy mintak Allah beri jalan utk selesaikan masalah ni. dan minta ibunya rahsiakan dr pengetahuannya. tapi rupanya tidak suami sy dapat tahu juga..dan suami marahkan saya kerana bercerita pada ibunya ..suami kata "kamu tahu tak yang kamu cerita pada mak itu anak dia.. apa perasaan mak aku ko cerita buruk anak dia, ko tak fikir perasaan mak aku" . Sy cuma  kata "sy mintak maaf dan sy tak buat cerita..kalau mak abg terasa sy mintak maaf dan sy takkan ulangi lagi"

8. Dan bermulalah episod perang dingin.. walu bagaimana sy masih layan makan pakai sakit pening suami kerana dia masih tinggal sebumbung dengan sy. tapi kata2 dia mula kasar.. dan dia mula tak kisah keluar masuk rumah. dek kerana sy bekerja dan rumahh dengan tempat kerja agak jauh, dengan anak yg masih kecil, dan suami yang mula menyindiri.. dia ada dirumah tapi seolah2 tiada dan suami sibuk dengan telefon. perkara itu membuat sy tertekan.kesilapan sy, sy mintak utk duduk asing. dan sy hanya berfikir pada ketika itu mungkin dengan duduk asing buleh buat kita lebih muhasabah diri dan menghargai pasangan kita. setelah berfikir 2 ke 3 hari selepas sy kata mintak duduk asing..sy rasa ianya bukan jalan yg terbaik. dan mungkin akan buat sy dan suami lebih jauh. sy mintak maaf pada dia dan merayu supaya kami masih duduk sekali.. sebb di opis ni ramai yg suami isteri PJJ bertungkus lumus mintak nak posting.. tapi sy pulak nak duduk asing buatkan sy terfikir. Tapi suami berkeras kata sy dah terlajak kata dan dia kata sy halau dia. sy terangkan padanya..pada ketika itu sy stress dan sy cuma berniat utk kita kenal diri kita. akhirnya bermulalah episod suami tinggal di rumah ibu ayah nya dan sy dan anak di rumah.

9.walupn suami duduk di rumah ibunya.. sy telefon dan dtg pujuk mintak suami balik rumah kerana anak yg semakin membesar.selama hampir 2 bulan barulah dia balik kerumah dengan alasan hanya kerana anak, bukan kerana sy. dan semasa di rumah sy mula lihat suami mula tinggalkn solat..sy jadi sedih sebb seblm ni dia buat...kesilapan sy...sy tegur tapi sy tegur dengan cara paling berhemah tapi dia marah dan sudahnya dia keluar dr rumah.... selepas itu dia kata dia tak mahu berbaik dengan sy balik dan nak lepaskan sy. sy byk kali berbincang  dan dia hanya kata sy bodoh kerana masih menunggu dia. byk la kata2 kasar yg buat sy berfikir.seperti apa yg sy kata dlm treasd sblm ni. akhirnya suami memfailkan penceraian dan 2 hari seblm naik mahkamah barulah dia balik ke rumah ibu ayahnya dengan membawa hampir kesemua barang miliknya.

panjang giler.... kisah lipatan sejarah hidup sy.. dah mcm novel.. inilah kesilapan sy. Bukti2 lain yang Allah tunjuk pada sy mengenai pihak ketiga biarlah sy simpan. lgipun suami dah nyatakan ...sy manusia biasa byk silap sy ..sy tak sempurna mana..sy akui.. org lain berubah mungkin sebb kita..

terima kasih semua....
p/s:kalau ada sesiapa yg rasa tread ini perlu ditutup sebb mcm dan lari topic, tutuplah... dan kalau nak di teruskan ..teruskan sehingga sampai masanya.. sy ok.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2014 10:35 AM | Show all posts
suami tak pernah meminta hubungan seks??? lain macam jer suami intishar ni...mungkinkah dia seorang lelaki herbivore atau lelaki asexual??? saya ade terbaca yang lelaki memandang perkahwinan dengan lensa seksual...ermmm...pelik sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya... sampai hati nya suami tt. Saya andaikan tt seorang yg kuat tabah, lembut dan berhati waja.

Tt pun dah bleh nilai sendiri. Andai kata talak itu boleh mengubah situasi ini menjadi lebih baik. Maka tt terimalah. Talak kan ada 3. Cuba satu dulu. Lumrah manusia. Didepan mata x dihargai. Bila dah hilang baru lah nak nyanyi lagu firman. Cumanya tt kena kuat harungi dugaan ini. Jgn nmpk mcm tt terhegeh2 kan dia. Cari teman yg boleh berkongsi duka. Insyaallah x lama lah tu. Saya pasti suami tt akan terkenang tt kembali.

Tp sebelum tu sahalah yg termampu utk pertahan rumahtangga tt ye. Doa adalah senjata org mukmin. Insyaallah dipermudahkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2014 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi panjangnye listing kesilapan ko. Ternyata ko seorang bini yg tabah n penyabar. Kalau aku xpayah tunggu anak 7 bulan. 7 hari pun aku dah meluat kalau laki prangai camni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 03:35 PM | Show all posts
intishar posted on 13-3-2014 09:43 AM
salam.. slamat pagi
alhamdulillah sy masih di beri ruang utk bernafas.

bertabahlah TT..

mmg membesarkan anak kecil sorang2 cukup2 memeritkan.... saya pernah hadapinya... anak masuk hospital dan terpaksa angkut anak balik semula untuk ambil keperluan lain sebab anak kena di masukkan dalam hospital...

kalu suami TT dah ada orang lain... lepaskan aje.... TT boleh bahagia dengan anak..Insha Allah
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 04:34 PM | Show all posts
intishar posted on 13-3-2014 09:43 AM
salam.. slamat pagi
alhamdulillah sy masih di beri ruang utk bernafas.

dh citer kan senang ... takde ler si kudajantan tu speku mcm2 ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Arghhhh stressnya..apa masalah ngn laki jaman skarangggggg?most penceraian saya dgr mesti sbb pompuan lain.
Adui la
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 02:46 AM | Show all posts
intishar posted on 13-3-2014 09:43 AM
salam.. slamat pagi
alhamdulillah sy masih di beri ruang utk bernafas.

Macam inilah TT, dari apa yg ditulis tu mmg ada perbezaan besar dari segi peribadi TT dan suami. Maksudnya TT tak memenuhi keinginan dia sebagai suami. This is NOT your fault. Bila kita berumah tangga mesti ada banyak benda yg kita kena belajar bersama-sama. Suami perlu sensitif dgn perasaan isteri dan isteri perlu peka dengan keinginan suami. Masalah dgn kaum lelaki mereka jarang bercakap atau membuka mulut ttg apa yg dia org suka dan tidak. Proses mengenali dan memahami antara suami isteri ni mengambil masa bukan setakat setahun dua, it could be berbelas mahupun berpuluh tahun.

Dlm tempoh 5 tahun mmg agak kucar kacir sikit tapi bila ada toleransi dan hormat sesama sendiri insya Allah akan selesai dgn baik. Yg masalahnya bila suami tak buka mulut kita pulak kurang proaktif lama-lama cool akan jd cold. Bila suami banyak masa di luar dan ada kawan perempuan, shoulder to cry mmg dengan segala perencah ajinomoto, sana hasut,  sini memujuk rasa sayang makin terhapus. Menjadi isteri bukan sekadar menjalankan tugas2 rumah, beranak dan berhubungan sexual. Kita perlu ada hubungan batin, ikatan hati. Untuk ada ikatan hati dia perlu tertarik kpd kita dan untuk dia tertarik kpd isteri tentulah isteri itu nampak hebat di matanya.

Kaka blings tak tahulah suami awak jahat sgt atau tidak tapi hasrat dia nak bercerai sbb dia tak nak menzalimi awak lagi. Awak berdua masih muda, kalau bercerai sekarang banyak peluang untuk bahagia dgn org yg mungkin lebih sesuai untuk diri masing-masing. Bercerai bukan bermakna hidup kita berakhir. Anak TT tetap anak dia dan tanggungjawab dia tetap ada sampai bila-bilapun. Bukannya kaka blings sokong awak bercerai berai tapi tak guna awak teruskan hubungan dgn org yg dah tak ada perasaan lagi untuk kita, lambat laut dia akan menyakiti dan mungkin menzalimi secara mental dan fizikal. Kalau TT masih nak berusaha untuk berbaik dgn suami gunakan masa 3 bulan tu untuk memenangi hatinya kembali. Tanya dia, bincang dgn baik apa yg dia mahukan dari TT. Gunakan khidmat kaunselling kalau perlu.

Mcm kak blings cakap awal-awal tadi, jgn salahkan diri awak. Erra Pajira Miss Malaysia yg perimadonapun dah 2 kali bercerai inikan pula org biasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2014 09:37 AM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 14-3-2014 02:46 AM
Macam inilah TT, dari apa yg ditulis tu mmg ada perbezaan besar dari segi peribadi TT dan suami. M ...

salam.. selamat pagi kaka..
   memang bermakna sungguh apa yg kaka sampaikan pada sy. susah untuk sy luahkan apa yg saya rasa selepas baca komen kaka. Tapi ia memang memberi kesan yang mendalam dlm diri sy. insyaAllah yang baik sy jadikan panduan dan pedoman buat diri sy dan anak sy.
terima kasih byk2 kaka...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2014 10:21 AM | Show all posts
salam dan selamat pagi..
terima kasih semua di atas segala pandangan, nasihat dan kata2 semangat yg buat sy byk berfikir mahukan yg terbaik.
    kehidupan mesti di teruskan.. sy perlu bangkit untuk melihat anak sy membesar dengan baik. bila sy menangis anak pasti tahu walupun sy cuba mengelak dari dia nampak.dan akhir dia sendiri dtg pelok sy. ini buat sy kena kuat..utk anak sy kuat.
    semenjak suami sy angkat hampir kesemua barang miliknya dan tinggal di rumah mak ayahnya.. sy ada mintak duit sewa rumah dr suami sy ..rumah yg sy duduk dengan anak skrg. sy memang tak berkemampuan utk byr. tapi dia kata menjawab " kenapa aku mesti bayar, aku kan dah tak duk situ,dan aku pun dah angkut brg2 aku" jadi sy terdiam dan sy kata takperla...kalau mcm tu  sy mintak duit belanja utk anak ..susu dia makin kuat dan pampers pun makin byk guna. dia diam dan sampai kehari. mujurlah suami sy army dan ada duit potongan utk isteri selagi sy isterinya..sy guna duit itu utk anak..

jadi masalah sy yang bertambah... rumah tu sewa 500, pengasuh anak 300 dan kereta sy 400. sy dah cuba sy memang agak paras hidung sebb itu tak termasuk perbelanjaan susu,pampers, minyak keter dan blanja lain. jadi sy beritahu suami sy nak pindah sebb sy tak mampu byr rumah tu dan rumah tu agak jauh dengan tempat kerja. sy pilih rumah tu dulu sebb nakkan suami dekat dengan kem tempat kerjanya.jadi bila dah kehidupan berubah sy perlu berubah. dan  suami kata kalau nak pindah..pindahlah

jadi masalah di sini.. anak sy sgt selesa dengan pengasuhnya.. dan pengasuh hanya jaga anak sy. sy pun amat berpuas hati dengan pengasuh anak.sebb anak sy memang menggunakan kaki sepenuhnya.. baru dapat "kaki"  ... dan rumah pengasuh dengan rumah sy hanya selang sepintu.kadang2 sambil sy sidai kain di luar rumah.anak sy pegi sendiri rumah pengasuh. sy tak perlu angkut anak naik kereta.

sy terfikir berpindah atau tak.

tak pindah.
1.sy perlu naik motor pergi kerja agar dapat save duit minyak dan tol.
2.duit yang save..top up duit rumah.
3. tak perlu mengeluar bajet yang besar utk lori,deposit rumah baru.
4.tak perlu bersusah kemas brg yang byk. kebykkan  brg rumah sy beli masa bujang. susah nak kemas sebb nak kemas seorg diri.
5. tak perlu cari pengasuh anak yg lain. keadaan anak lebih terjamin.
6.mungkin sy perlu sewakan 1 bilik kepada penyewa. utk tampung kos sara hidup.

tapi..
1.org sekeliling mula bertanya... kemana suami.. skrg sy cakap kursus.. army selalu kursus.. tapi sampai bila satu hari nanti klau sy tak pindah dan masih di rumah tu..mesti mereka akan tahu juga.
2.sy perlu fizikal dn mental yang kuat untuk naik motor. walupun sy biasa bawak motor tapi dengan jarak 25 km dan cuaca yg tak menentu.. sy kena kuat..kalau sy sakit, sape nak tgk anak...
3.rumah yg pernah kita hidup bersama ada sikit sebyk memorinya.



pindah
1. dengan cr rumah yg lebih dengan opis, sy dapt jimat.. mungkin cr rumah yg dekat dengan lrt.
2.tak perlu fikir apa org kata kerana persekitaran baru.
3.mulakan hidup baru dengan tempat baru.

tapi
1. perlu mengeluar bajet yang besar utk lori,deposit rumah baru.
4.perlu bersusah kemas brg yang byk. kebykkan  brg rumah sy beli masa bujang. susah nak kemas sebb nak kemas seorg diri.
5. perlu cari pengasuh anak yg lain. risau akan keselesaan anak sbb anak tgh melasak sgt.


dan rata2 sy tgk rumah sewa di mudah.my rumah yg berdekatan lrt hampir kepada 300-400.itupun flat. rumah yg sy duduk  skrg atas tanah.
mcmana nak buat...

terima kasih semua...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 04:25 PM | Show all posts
saya tumpang simpati untuk tt. saya pun dlm proses cerai jugk. cerai cr baik tapi suami masih lg xnk lepaskan sy. sy yg nak dilepaskan. dah xlrat...

sy doakan tt senantiasa dibawah RahmatNya, di bwh dilindungiNya. sy seorg prmpuan, seorg isteri, jg dlm tmpoh prceraian, sy fhm prasaan sekeping hati tt. tiap2 kali sy slt hjt, sy sntiasa doakan agar Allah bantulah mereka (isteri2 yg traniaya ni!) dgn dipermudahkan urusan, dgn dibri jalan dan ptnjuk yg betul. hanya Dia shj yg tahu apa yg terbaik utk hamba2Nya. hanya Dia shj yg tahu apa yg ada pd msa kelak.

kalau Dia kata bercerai adalah jln yg tbaik utk tt, adalah tu hikmah disebliknya. jika Dia kata jodoh masih pjg, akan Dia tunjukkan jalanNya itu.

TT jgn prnah tinggalkan Dia Yang Satu tu! itu shj yg sy blh dan mampu katakan lagi di sini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2014 04:31 PM | Show all posts
oh, nak kongsi sikit!

mak sy dgr di radio ikim xlama dahulu. ust muhammad (kemboja) tu yg beri tips ni. ada seorg isteri tu call dia n masalahnya sama dgn tt. last2 suaminya dilmbutkan hati oleh Nya.

buat slt hjt 40 kali (tak putus2!) 1 hari sekali plg kurg. kalau nk buat 2 3 kali dlm 1 hari boleh. tapi kalau xdpt, 1 hari sekali pun xpe. janji JGN tinggl dan MESTI KONSISTEN! kalau haid bulanan dtg, stop kjap, dah suci terus buat jgn tangguh2. sujud yg trakhir bc doa Nabi Ynus dlm prut ikan nun 41 kali. doakan moga Allah lembutkan hati suami kita. atau pun dipermudahkan urusan...

ini je lah yg sy amalkan juga
kongsi sedikit...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada suami tapi bagaikan tiada, mmg lagi eloklah kalau bercerai dari sentiasa memendam rasa. Semoga urusan TT dipermudahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pegi kt kaunter mahkamah tu.. Mintak budak kaunter tu set tarikh.. Kl die nk bg nasihat lg.. Ugut jumpe hakim.. Kl hakim suruh pk dulu.. Ugut die ckp laki tt nk cerai luar mahkamah.. Aku dulu seminggu jer sbb xwife dh x sabar nk kawin jantan tu.. Setle!
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 07:32 AM | Show all posts
Bertabah la TT. ....... kalau penceraian sebaiknya, ko bercerai je la... persetankan kata2 org kt ko janda, ko tak pandai jaga laki, ko mengatal.... itu semua mulut orang, at the end ko susah, anak ko sakit, ada dorang tolong ke?

Aku rasa baik ko pindah je...... mulakan hidup baru kt tpt baru...psl anak tu, berkorban la sikit.... anak ko pun bkn kecik sgt, dah berkaki boleh je ko letak kt nursery.... budak2 ni biar berkwn, ko peram dia duduk rumah babysitter nan satu tu, tak byk yg dia exposed.... so masukkan nursery lg bagus cuma ko kena stand by anak ko kerap selsema/demam if dia tak kuat antibodi.....

Yg laki tu pulak, since dh tak duduk serumah ni ko blh gi court mintak perintah nafkah sementara..... sebetulnya kalian mau cerai ke tidak? Kalu dh takde cinta, laki ko pun dh tinggalkan kalian, baik cerai je.... dah lama tak bg nafkah zahir batin kan? File je cerai taklik, ada saksi mudah..... org laki klu dh tinggal anak bini suruh hidup sendirian mmg layak ditongsampahkan...... jgn lupa bg tau loyer ko bila sekian2 laki ko keluar dr rumah sewa kalian, bila kali terakhir dia bg nafkah..... lps tu habis2an tuntut nafkah anak sbb dia keje gomen mudah ko tuntut nafkah tu..... Last edited by bidacool on 17-3-2014 07:36 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.087167 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list