CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1022|Reply: 7

[Tempatan] Peruntukan RM100 juta disalur bina sekolah pondok

[Copy link]
Post time 27-2-2014 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Peruntukan RM100 juta disalur bina sekolah pondok
  • Tiong Gee (dua, kiri) beramah mesra dengan penduduk selain mendengar masalah dihadapi mereka.


KARANGAN - Pembinaan Sekolah Pondok Raudatul Barakah di Kampung Kemunting Baru kini berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Adun Kulim, Chua Tiong Gee berkata, bagi merealisasikan pendidikan sekolah pondok, kerajaan pusat telah memperuntukkan RM100 juta untuk tujuan pembinaan bangunan bagi membolehkan pendidikan sekolah pondok dapat diperluaskan.

Menurutnya, pendidikan sekolah pondok ini telah diwujudkan sejak ratusan tahun dahulu dan berjaya melahirkan pemimpin yang berdisiplin selain mampu membimbing komuniti setempat supaya mendalami ilmu agama.

"Walaupun saya bukan beragama Islam tetapi sedia memberikan bantuan kepada mana-mana sekolah pondok yang memerlukan bantuan.

"Namun, apa yang menjadi masalah hari ini, ada dalam kalangan pihak tidak bertanggungjawab menjadikan sekolah pondok sebagai tempat berpolitik. Perbuatan ini tidak seharusnya berlaku kerana semua agama meminta supaya pengikutnya bersikap  jujur dan amanah,” katanya.

Beliau berkata demikian setelah membuat lawatan ke tapak pembinaan sekolah selain bersetuju memberikan bantuan berupa bahan pembinaan serta keperluan asas.

Menurutnya, sehingga kini Sekolah Pondok Raudatul Barakah masih menggunakan air terjun berdekatan sebagai sumber air.

Katanya, kemudahan seperti elektrik, air dan barangan pembinaan akan diberikan secara berperingkat.

"Beberapa pondok akan dibina di atas tanah seluas 0.8 hektar itu bagi membolehkan pelajar berehat sepanjang pembelajaran mereka di sana.

"Ini termasuk pembinaan surau di mana ia akan dijadikan tempat pelajar berkumpul untuk belajar," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2014 12:10 PM | Show all posts
"Namun, apa yang menjadi masalah hari ini, ada dalam kalangan pihak tidak bertanggungjawab menjadikan sekolah pondok sebagai tempat berpolitik. Perbuatan ini tidak seharusnya berlaku kerana semua agama meminta supaya pengikutnya bersikap  jujur dan amanah,” katanya.




skolah agama bukan tempat utk berpolitik tawwwwww


*nanti nak p check ada dak papan tanda "satu lagi projek kerajaan barisan nesiaonal" terpacak depan2  nun

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 12:27 PM | Show all posts
Nk bina sekolah ke bina pondok?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2014 12:34 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 27-2-2014 12:27 PM
Nk bina sekolah ke bina pondok?

sekolah dan pondok

sekolah nak belajar
pondok nak tido

aku rasa mcm tu la
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 02:37 PM | Show all posts
Adun Kulim ni adun parti mana? just nk taw sahaja

Ooo bgslah, jgn hangat2 sdah.   
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 02:46 PM | Show all posts
AdsMsia posted on 27-2-2014 12:34 PM
sekolah dan pondok

sekolah nak belajar

Kot2 le nk buat pondok yg atap gtu2 tu smpi berjota...
tanah sekangkang kera pondok kemain banyoknye.


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-2-2014 03:13 PM | Show all posts
-electrifying- posted on 27-2-2014 02:37 PM
Adun Kulim ni adun parti mana? just nk taw sahaja

Ooo bgslah, jgn hangat2 sdah.

MCA lorrrr
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 04:12 PM | Show all posts
AdsMsia posted on 27-2-2014 03:13 PM
MCA lorrrr

OO IC.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.058660 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list