CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1170|Reply: 1

[Tempatan] {3} Dua kritikal ditembak ketika ngeteh ! pics

[Copy link]
Post time 25-2-2014 04:39 AM | Show all posts |Read mode
25 Februari 2014

Kuala Lumpur: Dua lelaki cedera ditembak dalam kejadian berasingan di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama dan di Taman Makmur, Lunas, Kulim, malam tadi.


Dalam kejadian di Taman Sri Sentosa, seorang pemandu van pelancong cedera akibat ditembak berdekatan sebuah kedai serbaneka 9.30 malam tadi.

Mangsa yang berusia 27 tahun dipercayai terkena dua das tembakan dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan kecemasan.

Sementara itu di Kulim, seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan pada perut dan kaki kanan di sebuah kedai kopi di Taman Makmur, Lunas, kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Mangsa berusia 39 tahun dipercayai tembak ketika sedang berbual bersama seorang rakannya sebelum didatangi seorang daripada dua suspek.
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, sebelum kejadian beberapa pelanggan lain turut berada di dalam kedai kopi berkenaan tetapi di meja berasingan.

"Secara tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topi keledar meluru masuk lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.

"Rakan mangsa serta beberapa pelanggan lain sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami kecederaan.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di badan serta kaki kanan dikejarkan ke Hospital Kulim untuk rawatan dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal," katanya.

Katanya, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.-mymetro

p/s kulim lagik...





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2014 04:42 AM | Show all posts

Anggota polis memeriksa lokasi kejadian seorang lelaki ditembak dari jarak dekat di Taman Makmur, Lunas.


POLIS menyiasat lokasi kejadian tembak seorang lelaki di Sri Sentosa, Jalan Klang Lama.



Anggota polis memeriksa restoran di mana mangsa di tembak di Taman Makmur, Lunas.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.078638 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list