View: 4689|Reply: 25
|
[Tempatan]
Umno sound Perkasa, Perkasa dengan bangangnya sound balik
[Copy link]
|
|
Nur Jazlan minta UMNO jinakkan PERKASA
KUALA LUMPUR: UMNO perlu menjinakkan PERKASA dengan meletakkan syarat dalam hubungannya dengan badan bukan kerajaan itu dan tidak membiarkan ia terus-menerus menentukan keadaan, kata Ketua Bahagian UMNO Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
"Maknanya, (UMNO) mesti memberitahu kepada PERKASA supaya bercakap dengan fakta. Sekiranya tidak ada apa-apa yang hendak dicakapkan, mereka sepatutnya tutup mulut," katanya seperti dipetik oleh akhbar mingguan, The Heat.
Nur Jazlan bagaimana pun berkata, PERKASA tidak mendiamkan diri kerana ia mahukan legitimasi.
Ini adalah kenyataan terbaru Nur Jazlan mengkritik PERKASA selepas beliau pada akhir tahun lalu membidas badan itu yang mengancam sedia menggantikan UMNO yang kononnya tidak dapat membela nasib orang Melayu. Katanya, badan itu terlebih mengukur kekuatan dan pengaruhnya sendiri di kalangan orang Melayu.
Kritikan Nur Jazlan ketika itu adalah reaksi kepada ucapan pengasas dan Presiden PERKASA , Datuk Ibrahim Ali semasa perhimpunan agung badan itu yang mengatakan UMNO sudah "tidak bertaring, lesu dan lemah" dan PERKASA "boleh jadi galang ganti" mempertahankan bangsa dan agama.
Laporan The Heat itu turut memetik Nur Jazlan berkata kewujudan PERKASA tidak membantu UMNO sebaliknya menyusahkan parti itu.
"PERKASA sebenarnya satu ancaman kepada UMNO. Lihat kenyataan-kenyataan mereka. Adakah ia membantu UMNO? Tidak," katanya.
Beliau juga menarik perhatian bahawa PERKASA merekrut ahli-ahlinya daripada UMNO dan tidak menerima kalangan mereka yang bukan ahli UMNO.
"Sekiranya mereka mahu mengambil ahli UMNO maka parti mesti meletakkan syarat-syaratnya," kata Nur Jazlan.
PERKASA diasaskan oleh bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali selepas pilihan raya umum ke-12 yang menyaksikan buat pertama kali sejak pilihan raya umum 1969 Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO hilang penguasaan dua pertiga di Parlimen.
Ia ditubuhkan dengan matlamat antara lain membela kepentingan orang Melayu dan kedaulatan Islam.
Nur Jazlan berpendapat UMNO selama ini telah menjadikan PERKASA sebagai alat untuk mengalihkan isu, yang memberi ruang kepada UMNO untuk tidak berdepan dengan isu-isu yang sukar itu.
"Adalah lebih mudah kalau memilih cara begitu. Daripada menangani isu-isu tersebut, daripada menjawab isu-isu yang sebenar, adalah lebih mudah untuk menggunakan PERKASA serta agama dan kaum untuk mengalihkan perhatian (daripada isu yang sebenar)," katanya.
Beliau juga menambah biarpun UMNO tidak secara langsung menyokong PERKASA, kehadiran pemimpinnya dalam majlis anjuran pertubuhan itu sekurang-kurangnya membayangkan sokongan yang tersirat.
Nur Jazlan pernah menggemparkan arena politik negara apabila menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu pada 2008. Beliau bagaimanapun menarik diri setelah gagal mendapat pencalonan daripada bahagian-bahagian UMNO yang sebulat suara memajukan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada pemilihan UMNO 2013, Nur Jazlan mencuba nasib untuk jawatan Ahli Majlis Tertinggi tetapi gagal merebut salah satu daripada 25 kerusi yang dipertandingkan.
Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/nur-jazlan-minta-umno-jinakkan-perkasa-30629?cp
|
|
|
|
|
|
|
|
Nur Jazlan tidak faham erti demokrasi - Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali hari ini membidas kenyataan Ketua Bahagian UMNO Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mengatakan PERKASA satu ancaman kepada UMNO.
Ketika dihubungi Astro AWANI, Ibrahim berkata ternyata Nur Jazlan tidak memahami erti demokrasi, di mana dalam kes ini merujuk kepada hak mengkritik dan menyuarakan pandangan.
"Tak payah layan... who is he (siapa dia)? Dia tak faham makna demokrasi. Ancaman kepada siapa? Ancaman kepada dia ke?" soal beliau.
PERKASA, melalui Ibrahim pada akhir tahun lalu telah 'mengancam' sedia menggantikan UMNO yang kononnya tidak dapat membela nasib orang Melayu.
Dakwa beliau semasa perhimpunan agung badan itu, UMNO sudah 'tidak bertaring, lesu dan lemah' dan PERKASA 'boleh jadi galang ganti' mempertahankan bangsa dan agama.
Nur Jazlan dalam kenyataanya yang dipetik dari akhbar The Heat telah menggesa agar UMNO menjinakkan PERKASA dengan meletakkan syarat dalam hubungannya dengan badan bukan kerajaan itu dan tidak membiarkan ia terus-menerus menentukan keadaan.
Katanya UMNO tegas memberitahu PERKASA supaya bercakap dengan fakta dan menurut Nur Jazlan sekiranya tidak ada apa-apa yang hendak dicakapkan, mereka (PERKASA) sepatutnya tutup mulut.
Nur Jazlan bagaimana pun berkata, PERKASA tidak mendiamkan diri kerana ia mahukan legitimasi.
Laporan The Heat itu turut memetik Nur Jazlan berkata kewujudan PERKASA tidak membantu UMNO sebaliknya menyusahkan parti itu, serta lebih merupakan satu ancaman kepada mereka.
Semalam, Ibrahim turut membidas cadangan untuk menghapuskan perkataan 'bangsa' di dalam setiap borang di negara, menyifatkan cadangan tersebut sebagai melampau dan 'mempunyai niat jahat terhadap bangsa Melayu'.
Menurutnya, menghapus perkataan bangsa dalam apa jua borang bererti menghapus perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, terutama sekali yang melibatkan hak istimewa orang-orang Melayu.
Selain itu, beliau juga berkata andainya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib tun Razak bersetuju dengan cadangan Joseph itu, ia hanya akan memberi ruang untuk lebih ramai orang Melayu tidak menyokong UMNO.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... brahim-ali-30641?cp |
|
|
|
|
|
|
|
ustaz fathul bari :
wartawan : adamcariforum
menurut pendapat ulamak terkemuka, dan hadis, melawan pemerintah hukumnya haram.. pemerintah malaysia ialah UMNO.. kenapa perkasa tidak sedar hal ini? tahu apa kesannya haram? masuk neraka.. tahu apa kesannya nikah di siam? tak tahu takpee.. |
|
|
|
|
|
|
|
Umno dan perkasa. Dedua je same je. Macai mca. Penakot ngan mca |
|
|
|
|
|
|
|
semabng deras brahim ali hidup melayu.... hidop islam.. anak sendiri enjoy pesta sana sini, tatu kat lengan... harkk tuih laa... |
|
|
|
|
|
|
|
slippergombak posted on 23-2-2014 09:18 PM 
semabng deras brahim ali hidup melayu.... hidop islam.. anak sendiri enjoy pesta sana sini, tatu kat ...
biasalah jawa kelantan macam ibrahim ali ni..sembang jer kencang..diri sendiri pun di tolak oleh jawa kelantan yang lain..
|
|
|
|
|
|
|
|
tajuk xleh blah...2x5 perkasa dengan umno |
|
|
|
|
|
|
|
ResellerMaxis posted on 23-2-2014 09:27 PM 
biasalah jawa kelantan macam ibrahim ali ni..sembang jer kencang..diri sendiri pun di tolak oleh j ...
declare perkosa kuat, padahal serap ahli UMNO.. kalu takder ahli UMNO.. ada macai kaa si katak nih...??
|
|
|
|
|
|
|
|
slippergombak posted on 23-2-2014 09:28 PM 
declare perkosa kuat, padahal serap ahli UMNO.. kalu takder ahli UMNO.. ada macai kaa si katak nih ...
sebab tu aku kata dia sembang kencang jer..yang ikut dia..lagi ar xtahu nak kata apa..
|
|
|
|
|
|
|
|
ResellerMaxis posted on 23-2-2014 09:32 PM 
sebab tu aku kata dia sembang kencang jer..yang ikut dia..lagi ar xtahu nak kata apa..
tapi mmg benar laa... tgk cara dan akal dia pun dah tahu.. motif sangat2 membodohkan....melalak pulak takder motif tepat sekadar melalak kosong ajer.. tapi apa bleh buat agenda dia hanya UMNO jerk yg boleh dia perbodohkan.... dan menurut kata dia... kalu org lain.. sorry laa...
|
|
|
|
|
|
|
|
sup@rm@n posted on 23-2-2014 09:13 PM 
Umno dan perkasa. Dedua je same je. Macai mca. Penakot ngan mca
kalu dulu makan gaji bulan dengan cina MCA tokey judi vincent tan as pengarah nothing, lepas kantoi trus berenti dan dapat duit bulanan dari kerajaan malaysia plak bawah UMNO yg bayar dia...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sokong kata-kata PERKASA dan Saudara Ridhuan Tee..
UMNO sememangnya terlalu baik kepada cina dap dan pihak kapiaq lahanat lain.
Adakah UMNO akan mengikut jejak PAS yang tidak berteloq itu ? |
|
|
|
|
|
|
|
Salaam.
Ketam mengajar ketam = BENGAP
Tapi still tak boleh lawan keBENGAPan macai 
Macai Melayu balaci MCA 
"Tuutt"
Last edited by BelovedTaeyeon on 23-2-2014 09:51 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Beliau juga menarik perhatian bahawa PERKASA merekrut ahli-ahlinya daripada UMNO dan tidak menerima kalangan mereka yang bukan ahli UMNO. bukti jelas perkasa tu macai UMNO
|
|
|
|
|
|
|
|
Tempe vs budu. Rojak pasembur techno tepok tangan |
|
|
|
|
|
|
|
ikan_kaghing posted on 23-2-2014 09:42 PM 
Sokong kata-kata PERKASA dan Saudara Ridhuan Tee..
UMNO sememangnya terlalu baik kepada cina dap ...

|
|
|
|
|
|
|
|
selama aku kat CI
ni la tajuk topik yang aku suka
"DENGAN BANGANGNYA SOUND BALIK"
 |
|
|
|
|
|
|
|
kalau umno hentikan peruntukan pada perkasa
tutup terus pertubuhan tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|