CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4078|Reply: 10

Hukuman telah dikenakan - Cuti Tanpa Gaji

[Copy link]
Post time 19-2-2014 05:51 PM | Show all posts |Read mode
As'Sallam warga forum semua. Saya nk minta pendapat tentang cuti tahunan, cuti kecemasan dan cuti tanpa gaji (unpaid leave).

Baru ni sy dikejutkan dengan musibbah yg tidak disangka iaitu suami sy disihir dan menyebabkan dia tiada upaya untuk bergerak etc. Oleh sebab atas   musibbah tersebut sy telah mengambil cuti kecemasan sbyk 2 hari (hari berlainan cth isnin dan jumaat). Procedur syarikat mengatakan sebarang cuti kecemasan mestila dipohon bersama2 dgn surat dan dokumen sokongan (cth, sakit ada surat doktor). Tetapi kes saya tiada surat doktor kerana berubat dgn ustaz. Atas alasan tersebut cuti kecemasan sy tidak diluluskan.

Sy bertanya dengan pihak HR, jika tidak diluluskan adakah cuti tersebut boleh ditolak terus dgn cuti tahunan sy yg sedia ada. Jawapannya TIDAK...teros treat as unpaid leave. Adakah wajar pihak syarikat melakukan / bertindak sebegitu rupa?... Bukan kah cuti tahunan itu hak pekerja?

Sy juga dimaklumkan sebarang cuti tanpa gaji hendaklah dimohon terlebih dahulu. Sy juga dimaklumkan...sbrang cuti kecemasan akan ditolak dgn cuti tahunan sedia ada...tp yg berlaku di syarikat sy bekerja sebaliknya...

Adakah patut sy buat laporan kepada JTK?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2014 05:58 PM | Show all posts
urm.. siapa sihir suami awak? boleh adam tau kes dia?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 06:09 PM | Show all posts
better refer kt pejabat buruh....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 06:49 PM | Show all posts
dasatnya prosedur HR company you...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2014 10:08 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 19-2-2014 05:58 PM
urm.. siapa sihir suami awak? boleh adam tau kes dia?

mengikut ustaz 3 org...2 prempuan n 1 lelaki...santau angin n santau makan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2014 10:09 AM | Show all posts
amiraira posted on 19-2-2014 06:09 PM
better refer kt pejabat buruh....

ok...dalam perancangan..nk ke pejabat buruh
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-2-2014 10:10 AM | Show all posts
medangmru posted on 19-2-2014 06:49 PM
dasatnya prosedur HR company you...

memang dahsyat...kalau tak...knp HR manager masuk 3 hari tros blah mcm tu je...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 04:28 PM | Show all posts
medangmru posted on 19-2-2014 06:49 PM
dasatnya prosedur HR company you...

ikut budi bicara patutnya... kalau kes2 terpencil macam ni... sekali sekala boleh dibuat alasan... tp kalau attandance record pun byk cuti.. MC... lewat... HR mmg tak kasi peluang punya...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2014 12:11 PM | Show all posts
betul... semua pekerja diperuntukkan cuti rehat tahunan... tetapi, cuti itu kena dimohon, dan ketua jabatan berhak, utk meluluskan atau tidak meluluskan cuti rehat itu... bahkan, ketua jabatan ada kuasa utk menarik balik cuti rehat yg telah diluluskannya tanpa sebarang sebab musabab... kena faham ni dulu!... ketua jabatan juga berhak menjadualkan cuti rehat pekerjanya dan berhak juga mengarahkan pekerjanya bercuti rehat... ni pun kena tahu jugak!....

cuti kecemasan ni sebenarnya cuti rehat jugak... kata cuti kecemasan tapi ditolak juga dpd cuti rehat... kecemasan cuma sebab dia dimohon tak ikut prosedur mohon cuti rehat... cuti rehat, misalnya, kena mohon 3 hari sebelum nak bercuti... oleh sebab dia cuti rehat, maka, kalau tak diluluskan cuti rehat, memang prosedur dia dikira sbg tak datang bekerja... tak datang bekerja, ikut prosedur memang kena potong gaji ikut hari tak datang bekerja...  jadi, HR tu dah buat perkara yg mengikut prosedur dan betul...

TT patut berterima kasih kpd HR tempat TT bekerja sebab dia kira cuti tanpa gaji... kalau dia dia tak datang bekerja... panjang ceritanya!... boleh kena tatatertib dgn 2 caj... 1. tak datang bekerja tanpa cuti, ke.2 - ingkar arahan, tak bagi cuti, bercuti juga!... kalau HR nak jadikan kes!

kenalah rajin2 baca tentang hak2 pekerja, undang2 pekerja, peraturan2 bekerja... masalahnya, kita ni kurang nak ambik tau perkara tu... sebab tu semua HR punya kerja... bukan kerja aku!!! ni yg tak berapa kena, HR tu bukankah termasuk kita ni, pekerja!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2014 12:32 PM | Show all posts
tokwan_jantan posted on 26-2-2014 12:11 PM
betul... semua pekerja diperuntukkan cuti rehat tahunan... tetapi, cuti itu kena dimohon, dan ketua  ...

Huhuhuhu..pjgn lebar...

Boleh diterima penjelasan tersebut. Tetapi, sy tetap tidak bersetuju sebab seblum tidak diluluskan saya juga sudah maklum kepada 2nd big boss dimana 1st big boss iaitu pemilik syarikat pada masa itu tidak berada di Malaysia. dan dia benarkan sy bercuti kerana keadaan suami sy tidak mengizinkan utk sy hadir bekerja. prosedur syarikat juga sudah di ikuti...sekiranya EL hendaklah surat dibuat beserta dokumen sokongan. kalau nk sabitkan sy sesuka hati utk hadir bekerja..majikan juga dimaklumkan...undang2 syarikat mengatakan kalau tidak hadir tanpa apa2 maklumam mmg la boleh dikenakan tindakan...itu dlm labor law pon ada...mmg cuti rehat adalah hak pemilik syarikat...tp kene igt...itu juga benefit yg mmg company kne bagi kat pekerja...kalau xde benefit tu baik x yah jadi majikan...baik buat keje sdri je...cuti tu hak pekerja...boleh kan?...cuti yg kite tak guna majikan...cuti sedia ada pon hak majikan gak...cuti yg tak abis burn je...cuti yg ada..nk guna pon tak leh gune...mana pegi hak seorg pekerja...mcm baik buat procedur x pyh ada cuti tahunan/rehat...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 08:43 AM | Show all posts
cuti rehat memang satu peruntukkan yg dikanunkan dalam undang2 pekerja... minimum cuti rehat tahunan 14 hari (kalau tak silap... dah lama tak tengok kitab)... kalau kerja kerajaan, minimum cuti rehat 20 hari... cuti rehat ni kelayakan kpd pekerja, bukan hak pekerja... kelayakan maksudnya, boleh dapat dgn izin... maknanya, pekerja kena mohon, majikan, ada hak nak bagi atau tidak..., kalau hak, pekerja kalau nak cuti, cuma maklum saja kpd majikan, saya nak cuti, majikan angguk2... rekod, mamat ni cuti dari sekian sampai sekian... (tak munasabah lah kan begitu...!)...
cuti rehat ni kalau tak dapat dihabiskan... majikan kena bagi 2 option kpd pekerja... sama ada nak carry foward atau nak dibayar... kebanyakan sykt. swasta, tak bagi pekerja dia carry foward cuti... ada sesetengah tu boleh carry foward tapi ada had... kebanyakan sykt. lebih sanggup bayar cuti rehat pekerja yg tak habis tu... kaedah dia, gaji [er hari x bil. baki cuti rehat...
kalau t.t tak puas hati apa juga bab berhubung dgn befenit pekerja, t.t boleh bawa kes kpd union tempat t.t pekerja... kalau ada union... kalau tak ada union, susahlah sikit... kena pi JTM dptkan nasihat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.173939 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list