CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bunick

Jiran Sebelah

[Copy link]
Post time 22-2-2014 02:47 PM | Show all posts
Tepek gmbr fayyad
Kalu Hensem nk cop Jgk...

Next!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2014 03:35 PM | Show all posts
check in after a year..

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2014 12:49 PM | Show all posts
ThuLE posted on 22-2-2014 03:35 PM
check in after a year..

Ok gak after a year. Yg lain-lain tu rasanya dah after 2 years kot.. baru nak balik kg di WR NI.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2014 12:50 PM | Show all posts
next..next dan N3. Akak dah siapkan air kopi dgn biskut.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2014 12:58 PM | Show all posts
norim posted on 23-2-2014 12:49 PM
Ok gak after a year. Yg lain-lain tu rasanya dah after 2 years kot.. baru nak balik kg di WR NI.

hu hu..
i luv being here.. tapi kekangan kerja..
ramai jugak muka2 baru. nak slot in pun segan.

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 12:40 PM | Show all posts
tak de update lagi ke.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2014 01:02 PM | Show all posts
norim posted on 23-2-2014 12:49 PM
Ok gak after a year. Yg lain-lain tu rasanya dah after 2 years kot.. baru nak balik kg di WR NI.

termasuk la saya...
sampai password xvalid... huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2014 01:04 PM | Show all posts
nik...
lamanya...
tacap abam fayyad ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2014 10:23 PM | Show all posts
Cak !

Sat nak baca hihihihi......tak dok lagi ke ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2014 02:35 PM | Show all posts
Bab 3

Suria julurkan kepalanya terlebih dahulu sebaik sahaja dia melebarkan daun pintu. Selepas memastikan tiada sesiapa pun di laman sebelah, laju sahaja dia menyarungkan kasut dan mula mengunci pintu. Odah pagi-pagi lagi sudah keluar kerana perlu menghadiri seminar di Melaka. Kalau tidak, pasti sahaja Odah akan menjadi mangsa untuk mengunci pintu rumah dan juga pagar hadapan. Laju sahaja dia bergerak pagi itu, dari menghidupkan enjin kereta, kemudian membuka pintu pagar dan mengeluarkan kereta dari bawah porch sehinggalah kembali mengunci pagar tanpa perlu  melihat kelibat orang sebelah.

Dia menarik nafas lega sebaik sahaja berada di dalam kereta selepas mengunci pintu pagar. Pagi ni dia agak terlambat keluar dari rumah, dikerlingnya jam pada dashboard kereta. Tepat jam tujuh lima belas minit pagi. Dia terlambat hampir lima belas minit dari waktu kebiasaan. Selalunya pada waktu ini keretanya sudah meluncur laju di atas jalanraya. Nasibnya baik kerana tidak terserempak dengan jiran yang agak menakutkan itu.

Dia tidak rela untuk bertembung dengan orang sebelah yang pada pemikirannya sedikit ada masalah mental. Dia sanggup keluar dari rumah sebelum matahari memancarkan sinarnya, dan pulang dari pejabat pula hanya selepas bulan mengambil alih tugas matahari. Sampai bila harus begitu? Dia sendiri pun tidak tahu. Tegakah dia untuk terus bertahan semata-mata hanya untuk mengelak dari bertembung jirannya? Dia malas nak fikir. Lets follow the flow! Kalau susah-susah sangat, berpindah adalah tindakan yang paling baik!

Papa pun satu, banyak-banyak rumah kat Kuala Lumpur kenapa mesti beli rumah kat Shah Alam? Okey, terpulang pada papa nak beli rumah kat mana pun, tapi kenapa mesti meminta dia tinggal di rumah itu? Sewakan sahaja rumah itu, habis cerita. Tak perlulah dia hidup dalam ketakutan berjirankan manusia-manusia pelik itu! Tapi, apa pula alasan yang perlu dia berikan pada papa dan mama sekiranya dia mahu berpindah keluar dari rumah itu? Penat unpacked barang-barang pun belum hilang lagi, sudah mahu berpindah? Pasti Odah akan sekeh dia sampai pengsan kalau dia utarakan hasrat untuk berpindah dari rumah itu. Masalah! Masalah! Masalah!

Tapi, betulkah masalah yang dihadapinya itu begitu kronik sehingga memaksa dia untuk berpindah dari rumah yang baru seminggu diduduki. Abaikan sahaja jiran yang aneh itu. Hidup sahaja seperti biasa. Lagipun dia bukan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu ada di rumah. Waktu siang dia kerja, malam baru balik rumah. Hari minggu pula duduk je dalam rumah, tak pun pergi tengok wayang, shopping dan hang out dengan Odah. Tapi takkan lah nak hidup macam tu je? Bila masa pulak nak bersantai-santai kat rumah? Takkan tak nak keluar jemur baju? Pokok bunga mama yang bermacam jenis tu takkan tak nak siram? Mati dia kalau mama tahu pokok-pokok bunga kesayangan dia tu tak mendapat bekalan air secukupnya. Mama kalau pasal pokok bunga, papa lalu kat belakang pun dia tak  sedar.

Dalam sibuk berkhayal atau lebih tepat lagi berfikir mencari jalan penyelesaian, akhirnya Suria berjaya juga sampai di pejabatnya yang terletak di Bandar Sunway dengan selamat. Seperti biasa sejak seminggu yang lalu, dia antara orang yang terawal meletakkan kenderaan di hadapan bangunan pejabat tempat dia bekerja. Perjalanan dari Shah Alam ke Mentari Business Centre hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja, dengan syarat jalan tidak sesak. Kalau sesak, jawabnya hampir satu jam juga akan berada di atas Lebuhraya Persekutuan itu.

Kalau dahulu jarak dari rumah sewa ke pejabatnya hanya mengambil masa lima belas minit sahaja. Tapi selepas berpindah masuk ke rumah yang baru dibeli oleh papa, jarak perjalanan semakin bertambah. Walaupun agak kurang setuju dengan cadangan papa supaya dia berpindah ke rumah itu, namun akhirnya dia akur juga dengan permintaan papa dan mama.

Diheretnya sekali Odah supaya tinggal dengannya. Sejujurnya, dia agak takut untuk menghuni rumah berkembar dua itu seorang diri. Lalu, Odah yang baru sahaja berpindah ke Shah Alam dijadikan mangsa untuk menjadi temah serumahnya. Nasib baik juga Odah masih belum mendapat rumah sewa, dan peluang itu diambil sepenuhnya oleh Suria. Odah yang sebelum ini bekerja di Pulau Pinang, baru sahaja ditukarkan ke Shah Alam selepas dinaikkan pangkat. Kebetulan yang cukup sempurna untuk Suria dan Odah!

Tok! Tok! Tok!

Ketukan pada cermin kereta mengejutkan Suria yang masih bersandar pada seat kereta. Dia matikan enjin selepas memastikan penghawa dingin dan sistem radio kereta sudah berada dalam posisi off. Pintu keretanya dibuka dari luar sebaik sabbaik sahaja auto lock terbuka. “Terima kasih,” Suria senyum kepada Hilman, ketua bahagiannya yang sedang berdiri di sebelah keretanya.

“Assalamualaikum Suria.” Hilman senyum balik kat Suria.

“Waalaikummussalam bos. Awalnya bos pagi ni.”

“Saya yang awal atau Suria yang lambat?”

Suria tengok jam pada pergelangan tangan kiri, sudah hampir jam lapan pagi. Patutlah ketuanya sudah sampai. “Saya lambat sikit pagi ni,” ujarnya sambil memperlahankan langkah. Dia agak tidak selesa untuk menyaingi langkah ketua bahagiannya itu. Tahu-tahu sajalah radio buruk di pejabatnya pasti sahaja akan berbunyi andainya berita dia dan Hilman berjalan bersama-sama tersebar nanti.

Hilman yang menyedari langkah Suria semakin perlahan turut berhenti bila mendapati Suria sudah sedikit terkebelakang. “Suria takut ke nak jalan dengan saya? Takut kena gossip?” Hilman memasukkan kedua tangannya ke dalam kocek seluar.

“Taklah, mana ada saya takut.” Jawab Suria dengan pantas.

“Kalau tak takut kenapa tak saing dengan saya?” soal Hilman lagi. Dia tahu sebenarnya Suria segan untuk berjalan bersama-sama dengannya. Bukan Suria sahaja, bahkan boleh dikatakan semua pegawai dan kakitangan bawahannya agak takut-takut untuk dekat dengannya. Garang sangat ke aku ni?

“Pakai kasut baru, sakit kaki. Sebab tu saya jalan perlahan je,” Suria pandang kakinya yang bersarung dengan heel setinggi dua inci itu. Nasib baik kasut Primavera itu masih kelihatan agak baru, kalau tidak pagi-pagi dah kantoi dengan bos!

“Oh I see, mak saya cakap kalau beli kasut baru, sebelum pakai kita kena gigit kasut tu dulu sebelum dia gigit kaki kita,” Hilman panjangkan petua yang diberikan oleh arwah ibunya suatu waktu dahulu. Dia memperlahankan langkahnya bagi menyaingi Suria yang tertinggal di belakang.

“Really Encik Hilman? Boleh percaya ke?” Suria menyoal ketuanya itu dengan penuh minat. Ini kali pertama dia mendengar petua yang agak lucu itu.

“Cubalah, belum try belum tahu kan?”

Suria menjuihkan bibirnya, baru tersedar yang ketuanya itu hanya main-main dengan petua kaki dan kasut itu.

“I'm not lying. Saya dah pernah buat, it works.” Hilman yakinkan Suria yang tidak percaya dengan petua itu. Dia menekan butang lif sebaik sahaja mereka berdua sampai di lobi lif.

“Okey, only if you buy me the shoes,” Suria semakin selesa berbual dengan bosnya itu. Ternyata, Hilman bukanlah seorang ketua yang sukar didekati. Dia sendiri tidak tahu kenapa semua pekerja di bawah seliaan Hilman seakan takut untuk berbual dengan Hilman. Dan dia sendiri terikut-ikut dengan momokan itu, langsung turut menjarakkan dirinya dari Hilman. Mereka hanya akan berinteraksi tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan pejabat sahaja. Tiada masa untuk berborak-borak kosong. Akan dia khabarkan kepada kawan-kawan pejabatnya tentang penemuan baru ini!  

“Awak ni memang suka berangan ye?” soalan Hilman menyentap lamunan Suria.

“Mana ada bos, Mat Jenin je yang suka berangan,” Suria sengih je, cover malu sebenarnya.

“Tak salah kalau nak berangan, cuma jangan tinggi sangat sebab kalau jatuh nanti tak adalah sakit sangat. Lagi satu, angan-angan je tak cukup kalau tanpa usaha.” Hilman kedengaran seperti pakar motivasi yang sering keluar di kaca televisyen je.

“Betul tu bos, tapi apa salahnya kalau kita angankan sesuatu yang sangatlah mustahil untuk kita dapat. Tak dapat betul-betul, dapat dalam angan-angan pun jadilah.”

“Berangan tu dah masuk dalam kategori aktiviti lagha tau tak? Ye lah, kalau dah asyik berangan je, satu apa pun tak jadi. Masa terbuang macam tu aje.”

“Wah bos, dah boleh buat part time jadi motivator ni.” Usik Suria. Langkahnya diperlahankan sebaik sahaja pintu lif sudah terbentang di depan mata. Diperhatikan sahaja Hilman yang pantas menekan butang lif.

“Saya tak ada bakat nak convince orang lain. Lagipun muka saya ni agak menakutkan okey!” Hilman sudah tergelak kecil dengan kenakalan Suria itu.
“Saya gurau jelah boss. Don't take it seriously.” Suria sudah masuk ke dalam lif  sebaik sahaja pintu lif terbuka. Perbualan mereka terhenti apabila memasuki lif yang hampir penuh dengan pekerja-pekerja lain.

Hilman memerhatikan lenggok Suria keluar dari lif setelah mereka sampai di tingkat lapan. Dia langsung tidak berpeluang untuk menggamit Suria untuk berjalan dengannya. Dia akhirnya melangkah perlahan-lahan sambil melihat kelibat Suria yang makin menghilang. Jujur dia akui, dia tertarik dengan keperibadian Suria yang ceria itu. Ada rasa aneh yang menyelinap di celahan jiwanya sebentar tadi. Tapi, mana pula hendak dia letakkan Suria andai hatinya sudah terisi oleh cinta  Elena? Parah!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2014 02:41 PM | Show all posts
Bab 4

Pagi-pagi lagi Fayyad sudah berada di luar rumah. Pada mulanya dia mahu menegur jirannya yang kelihatan agak kelam kabut itu. Namun, dia matikan hasratnya bila mendapati jirannya itu begitu sibuk menghidupkan enjin kereta, kemudian membuka pintu pagar dan mengeluarkan kereta, mengunci pintu pagar dan akhirnya masuk semula ke dalam kereta dan terus berlalu pergi dari situ. Mungkin jirannya sudah terlewat untuk ke pejabat. Dia yakin akan tiba masanya untuk dia berterima kasih kepada gadis itu.

Fayyad menapak ke arah garaj,   kunci pada tangannya dipusing-pusingkan. Dia tarik kain kanvas yang membungkus Yamaha R6 2010. Lama dia merenung ke arah objek berwarna biru putih itu, ingin saja dia memeluk motor kesayangan yang sudah lama dia abaikan. Dia tidak perlu risau untuk menghidupkan enjin motor  ini walapun sudah lama tidak menunggangnya kerana dia tahu selang dua tiga hari, abah akan memanaskan enjin motor berkuasa tinggi ini. Kadang-kadang, Haziem atau Faris akan membawa motor ini untuk diselengggara dan dia amat berterima kasih di atas sikap prihatin kedua-dua orang kawan karibnya itu.

Lewat malam tadi, dia sudah membuat reherseal penuh menunggang motorsikal itu di kawasan perumahannya. Bukan apa, dia sudah terlalu lama tidak menunggang, jadi seharusnya dia memeriksa terlebih dahulu adakah skill menunggang motorsikalnya sudah berkarat atau belum. Lesen memandunya juga sudah beberapa kali diperiksa, masih belum tamat tempoh memandangkan sebelum ini dia memperbaharui lesen memandunya untuk tempoh lima tahun. Cukai jalan motorsikal itu pun sudah diperbaharui oleh abah tiga bulan lepas.

Dengan lafaz Bismillah, suis motor itu dicucuh pada palam. Dia sudah tidak sabar untuk menunggang motor itu. Insyallah dia masih ingat bagaimana untuk mengemudi motor berkuasa tinggi ini di atas jalanraya yang sibuk sebentar nanti.

“Yad, nak pergi pejabat naik motor ke?” Hajjah Sakinah agak risau sebenarnya bila malam tadi Fayyad memberitahu yang dia ingin ke pejabat dengan menaiki motor, bukan kereta.

“Ha ah mak. Dah lama Fayyad tak naik motor ni. Rindu sangat,” Fayyad tersengih di atas motor sambil tangannya memulas throttle twisters motor beberapa kali. Bunyi enjin motor yang mengaum kuat setiap kali dia memulas throttle twisters itu membuat dia semakin tidak sabar untuk menunggang.

“Fayyad bawak kereta je lah dulu hari ni,” Hajjah Sakinah agak bimbang dengan rancangan Fayyad yang mahu menungggang motorsikal untuk ke pejabat pada pagi itu.

Saranan dari emaknya hanya disambut dengan gelengan oleh Fayyad. “Mak, jangan risau okey. Fayyad janji bawak motor ni slow je, Fayyad tak bawak laju-laju pun.”

“Huh, macamlah mak tak tahu kalau Fayyad naik motor macam mana,”

“Itu dulu mak, sekarang ni Fayyad janji Fayyad akan lebih berhati-hati.”

“Elok-elok ada kereta, nak jugak naik motorsikal tu. Entah apa yang seronok naik motorsikal pun mak tak tahulah.”

“Mak, naik motorsikal ni ada thrill,”

“Thrill konon, kalau hujan pun basah jugak. Beli motor mahal-mahal, kalau time hujan tetap kena berhenti kat bawah jambatan. Buat rugi duit je,”

“Nanti kalau nampak macam hari nak hujan, Fayyad bawaklah kereta. Mak jangan tak tau naik motorsikal ni lebih nikmat dari naik kereta. Esok-esok kalau Fayyad bawak mak pusing-pusing naik motor ni dah tentu-tentu mak tak nak turun,”

“Ye la tu, kalau mak larang pun bukan Fayyad nak dengar kan.  Bawak motor tu elok-elok, jangan cilok mencilok,” emak mengajuk iklan keselamatan yang sering sahaja diputar di radio Era.

Fayyad gelak besar bila mendengar emaknya mengajuk iklan yang sampaikan oleh oleh Acha Septriasa. Ada bakat juga mak aku ni! “Yad pergi dulu mak, assalamualaikum.”

Hajjah Sakinah memerhatikan kelibat Fayyad yang kian menghilang dari pandangan. Moga-moga kehidupan Fayyad akan lebih tenang selepas ini. Ya Allah, kau selamatkanlah anak-anakku walau di mana pun mereka berada.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2014 02:49 PM | Show all posts

“Welcome home bro!” Faris hulurkan tangan untuk bersalam dengan Fayyad yang kembali mula bekerja selepas setahun bercuti.

“Thanks Ris,” Fayyad pandang keliling biliknya yang sudah lama ditinggalkan. Tiada apa pun yang berubah, Semuanya tetap sama seperti dahulu.

“You are most welcome. Dah lama kami tunggu kau kembali kerja. Pejabat ni sangatlah kelam kabut sejak kau tak ada.”

“Sorry bro sebab aku dah susahkan kau dengan Haziem. Patutnya korang dah pecat aku.”

“No big deal Yad, Alhamdulillah aku dengan Haziem boleh managed bisnes kita ni. Lagipun mana boleh pecat kau, kau punya idea untuk set up company ni. Takkan kami nak jadi kaduk naik junjung pulak.” Faris sudah duduk di atas sofa di dalam bilik Fayyad.

“Aku rasa korang berdua dah cukup bagus untuk running company ni. Aku tak ada pun korang still boleh expand bisness ni.”

“Kau cakap apa ni bro? Kitaorang cuma sambung projek yang kau dah dapat sebelum kau cuti dulu. Okey, tipulah kalau aku kata kita tak ada projek baru, tapi hampir 50 peratus job yang kita baru dapat ni datang dari contact kau. Diorang tertarik lepas tengok portfolio company kita which is kau adalah penyumbang terbesar dalam projek-projek yang lepas. Kitaorang dah lama tunggu kau buat come back, please don't start a day dengan perasan pesimis okey!” Ujar Faris dengan penuh semangat.

“Aku dah lama tak kerja. Tak tahu nak start dari mana…”

“Yad, don't be rushing. Take your time. For time being, aku dan Haziem akan handle macam biasa. Once you dah ready, we'll hand over all your belonging to you. Just like the old days.”

“Hai bro! Awalnya sampai.” Haziem menjengukkan kepala dari luar bilik Fayyad.

“Come Ziem, pasal apa kau berdiri kat luar je?” Fayyad menggamit Haziem yang sedang memegang pintu bilik sambil mencondongkan badannya ke dalam.

“I wish boleh masuk dan sembang-sembang dengan kau, tapi aku ada meeting kat Putrajaya pukul sembilan. I'll catch you later. Banyak aku nak kena update kau lepas ni. Gua chow dulu!” Haziem mengunjukkan fail ditangannya kepada Fayyad dan Faris seraya menutup pintu bilik Fayyad.

“Okey bro, aku tak nak ganggu kau. Lagi pun aku nak siapkan story board untuk tender Kementerian Pelajaran.” Faris sudah bangun dan bersedia untuk keluar. “Good luck bro, we hunger for your brilliant idea.”

“Insyaallah, I'll work on it.” Fayyad menaikkan ibu jarinya kepada Haziem sebagai tanda bagus. Dia perlu membuktikan kepada semua orang yang dia masih mampu untuk bekerja seperti dahulu. “Bro, kalau ada apa-apa yang perlu aku buat don't hesitate to give it to me.” Dia masih sempat berpesan kepada Haziem sebelum lelaki itu keluar dari biliknya.

“Sure, I'm glad to hear that.” Haziem tutup pintu bilik Fayyad setelah memastikan itu adalah ayat terakhir dari business partner cum best buddynya itu.

Fayyad sudah bersendirian di dalam bilik yang ditinggalkan lebih dari setahun itu. Dia perlu membuat sedikit perubahan. A new life has begun! Jadi, apa sahaja yang akan mengingatkan dia pada kenangan yang amat menyakitkan itu perlu dijauhkan dari pandangan matanya. Biarlah Athira bersemadi di dalam hatinya sahaja. Kata orang, barang lepas jangan dikenang, kalau dikenang rosaklah jiwa!

Dia capai frame gambar yang terletak di penjuru meja. Dahulu, gambar itulah yang akan memberikan motivasi sekiranya dia tertekan dengan kerja-kerja di pejabat. Insan yang sedang tersenyum manis di dalam  gambar itu pula adalah satu-satunya cinta hati yang sangat membahagiakan. Tapi itu cerita dulu, kini semuanya sudah berlalu. Kenangan itu akan tetap ada dalam hati, cuma dia tidak akan terpedaya dengan kenangan yang hampir meranapkan hidupnya sekali lagi.

Laci mejanya dibuka dan dengan berhati-hati dia meletakkan frame gambar itu di dalam laci. Bukan niatnya untuk terus melupakan Athira, tapi dia harus memulakan hidup baru. Athira sudah pergi meninggalkannya. Tidak guna untuk dia terus menangisi permergian Athira dari hidupnya. Cukuplah sekali dia menjadi lelaki yang tewas setelah ditinggalkan oleh Athira. Pemergian Athira sememangnya memberi impak yang sangat besar kepadanya, dan kini dia sudah sedar bahawa menangis air mata darah sekali pun, Athira tetap tidak akan kembali kepadanya seperti dulu.
Kasihnya pada Athira tidak pernah berubah, dan tidak akan pernah luak. Bertahun dia menganyam kasih dengan Athira, namun ternyata jodoh mereka tidak panjang. Walaupun Athira sudah tiada di sisinya, hidupnya tetap perlu diteruskan.

Sekilas, bayangan gadis jiran sebelah rumah melintas di matanya. Wajahnya cukup mengingatkan dia pada gadis di dalam gambar itu. Ah, yang pergi tetap pergi dan tidak akan kembali lagi. Berdoa sajalah moga si dia itu tenang dan bahagia di sana. Lalu, bagaimana pula caranya untuk dia mendekati gadis jiran sebelah rumah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2014 02:52 PM | Show all posts
sori ye kawan2, x sempat nk reply satu2
wiken ari tu blk kg
blk opis x smpt nk melepak kat sini lg
huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 09:15 AM | Show all posts
next plss...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 02:43 PM | Show all posts
reply tu blh nanti-nanti...
n3 tu... yang pasti dinanti...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 12:26 PM | Show all posts
Sory dik...
baru nak check in....
Dah vote untuk cerita terbaik ke? cerita cik smiley tersenarai ....

Anda dah vote..... akak sudah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2014 12:53 PM | Show all posts
qimi08 posted on 3-3-2014 12:26 PM
Sory dik...
baru nak check in....
Dah vote untuk cerita terbaik ke? cerita cik smiley tersenarai . ...

baru nak pilih2 k.qimi...
macam sumer best jer...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah mula berhabuk rumah ni. Nak2 musim jerubu ni. N3..n3
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 09:46 PM | Show all posts
norim posted on 22-2-2014 11:01 AM
Cptnya dia dah cop abang Fayyad. Rasanya si Fayyad ni tak handsome lagi. Masih kurus kering la.

hehehhehe.. kena pantas kak norim.. kurus pun kurus laa.. nnt sy bg dia mkn byk2 supaya boleh jd gemuk.. hehehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 11:22 PM | Show all posts
best... best!
lama tak baca citer bunick
sambung lagi ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.072517 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list