CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13000|Reply: 1

SAFETY CONVOY MANAGEMENT & MARSHAL SKILL COURSE (SCMKL11)

[Copy link]
Post time 12-2-2014 08:14 PM | Show all posts |Read mode
TERBUKA KEPADA...

( Motosikal Pelbagai CC, Kereta, MPV, SUV, 4WD )

Tarikh : 22 & 23 Februari 2014

Tempat : KOMPLEKS RAKAN MUDA PUCHONG, JALAN TPP 1/7, TAMAN PERINDUSTRIAN PUCHONG, BATU 12, 47100 PUCHONG

Tarikh tutup penyertaan : 20 FEBRUARI 2014 (Limit 70 Peserta Sahaja)

Yuran : RM295.00/Seorang

Deposit tempat : RM100.00 (Tempat hanya akan disahkan bila pembayaran deposit dibuat)

Bayaran baki : Selewat-lewatnya 20 FEBRUARI 2014

AKAUN UTK PEMBAYARAN: BANK ISLAM – MAXIMA CONCEPT MANAGEMENT  (12252010002346)

PERHATIAN :
-        PENYERTAAN HANYA AKAN DITERIMA DAN DIPROSES APABILA PEMBAYARAN DEPOSIT DIBUAT OLEH PESERTA.
-        PIHAK PENGANJUR HANYA AKAN MENERIMA BAYARAN DALAM CASH TERM SAHAJA.

1. PENDAHULUAN
Nation Bikes & Cars di bawah pengurusan Maxima Concept Management (SA0247464-W) menawarkan kursus Pengurusan Konvoi Secara Selamat beserta dengan latihan kemahiran utk para Marshal (SAFETY CONVOY MANAGEMENT AND MARSHAL SKILL COURSES) untuk semua jenis motosikal pelbagai CC (100CC ke atas), Kereta, MPV, SUV dan 4WD.

Kursus dan latihan ini bertujuaan utk mendedahkan kepada semua penunggang dan pemandu kenderaan utk menjadi pengguna jalan raya yg berhemah di samping mewujudkan sikap kebertanggungjawaban peserta dalam memastikan keselamatan jalan raya terjamin terutamanya ketika melakukan sebarang aktiviti berkonvoi. Peserta juga akan dilatih utk menjadi seorang Marshal yang berdisplin dan beretika.

Melalui kursus dan latihan ini peserta akan didedahkan dengan kemahiran pemanduan dan penunggangan secara selamat dan berhemah semasa dalam konvoi serta akan disusuli pula dengan latihan praktikal ketika menghadapi saat-saat cemas atau tidak dijangka yg akan terjadi dalam sesebuah konvoi seperti contoh kemalangan, kenderaan peserta konvoi mengalami masalah dan kesulitan, konvoi berpecah dan pelbagai kemungkinan lagi yg akan timbul.

2. OBJEKTIF
Objektif kursus dan latihan ini adalah seperti berikut :

2.1 Mengukuhkan kemahiran menunggang dan memandu secara individual dan berkumpulan serta meningkatkan kesedaran kepada peserta betapa pentingnya aspek keselamatan dalam mengendalikan sesebuah konvoi.

2.2 Mempelajari teknik-teknik bantuan kecemasan jika berlaku sebarang kemalangan atau perkara yg tidak diingini di dalam konvoi.

2.3 Pengenalan kepada asas sistem komunikasi di dalam konvoi supaya perjalanan konvoi teratur dan lancar.

2.4 Mempelajari teknik kawalan kenderaan/ konvoi  jika berlaku sebarang kemalangan atau situasi cemas.

2.5 Memupuk rasa tanggungjawab para peserta ketika berada di dalam sesebuah konvoi.

2.6 Mengetahui hak & undang-undang anda sebagai pengguna jalanraya.

2.7 Pengenalan kepada plan insurance berkelompok utk peserta konvoi.

2.8 Mempelajari teknik merancang sesebuah konvoi dengan berkesan.

2.9 Menjalani latihan sebenar teknik berkonvoi di atas jalan raya.

2.9i Mendedahkan para peserta kepada KONVOI AMAL.

3. JURULATIH
Terdiri daripada :
- PDRM
- JPJ
- JPAM
- Bomba dan Penyelamat
- PBSM / St John Ambulance
- Agensi Insuran yang dilantik

4. YURAN
RM 295 Seorang

5. PEK KURSUS YANG DIBERIKAN SEMASA KURSUS
a. T Shirt X 1
b. Vest Keselamatan X 1
c. Sijil X 1
d. Nota (Bahasa Melayu / English )
e. Makanan ( Minum Pagi - Makan Tengah Hari – Minum Petang )
f. Goodies Pack (sticker)
g. BBQ Session

6. Peserta akan di bawa untuk menjalani latihan sebenar di atas jalan raya dan akan di dedahkan dengan teknik pengurusan konvoi secara sistematik dan selamat. Peserta juga akan di ajar utk merancang perjalanan mereka supaya teratur.

7 . Kad Marshal dan sijil akan dikeluarkan kepada peserta dalam masa 1 hingga 2 bulan selepas tamat kursus.

8. Di akhir setiap program, peserta akan di dedahkan dengan KONVOI AMAL ke rumah anak-anak yatim, Rumah kebajikan, dan penyampaian derma kepada mereka yg berada dalam kesusahan dan memerlukan bantuan.

9. Keterangan lanjut & pendaftaran:
a) 017 – 5184797
b) 018 – 3772407
c) 019 – 7204233
d) + 65 – 98201584 (For Information In English)

Facebook: Nation Bikes & Cars
“ KONVOI TERANCANG – PERJALANAN SELAMAT ”

Walk in / Pendaftaran lewat akan menyebabkan kegagalan untuk anda mendapatkan T-Shirt / Vest pada hari pendaftaran. Ianya hanya akan diberikan pada hari tersebut jika stock masih ada. Proses penempahan semula akan mengambil masa 1-2 bulan dan anda akan dihubungi utk mendapatkan barangan berkenaan bila stock telah ada. HARAP MAKLUM.

UNTUK PESERTA SILA BAWA BERSAMA :
- Gambar utk ID Card Marshal.
- Fotostat lesen memandu dan kad pengenalan.
- Slip Bank in untuk semakan.
- Kelengkapan peribadi yang difikirkan perlu.
- Barangan untuk disumbangkan kepada rumah amal.

* Jadual boleh berubah tanpa sebarang notis.

*** NBC TIDAK MELANTIK MANA-MANA KUMPULAN/CLUB/ORANG PERSEORANGAN UTK MENERIMA BAYARAN YURAN KURSUS BAGI PIHAK KAMI. JIKA BERLAKU PERKARA SEDEMIKIAN IANYA ADALAH ATAS TANGGUNGAN ANDA SENDIRI. HANYA PESERTA DENGAN BAYARAN PENUH YURAN KURSUS YG SAH SEBELUM COURSE BERMULA AKAN DIBENARKAN MEMASUKI PROGRAM INI.

ADMIN BERTUGAS UTK PENDAFTARAN PESERTA:
* 017-5184797 (LAILA)
* 018-3772407 (LIZA)


Last edited by LizaRos on 12-2-2014 08:16 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2016 01:37 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.370510 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list