CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8894|Reply: 60

[Tempatan] Dua beradik terlampau, khalwat bersama 5 lelaki

[Copy link]
Post time 29-1-2014 08:16 AM | Show all posts |Read mode
Momod kalau dah ada merged kan ajer yer...

untuk renungan... apa dah jadi dengan remaja kita...

KUALA TERENGGANU - Tidak pernah serik! Dua beradik yang sebelum ini pernah ditangkap berkhalwat bersama lima lelaki di dalam sebuah bilik hotel sekali lagi dicekup penguat kuasa selepas didapati tinggal sebumbung dengan seorang peniaga, kelmarin.

Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral dua beradik yang masing-masing berusia 15 dan 18 tahun itu menerima padah apabila diarahkan menjalani hukuman selama enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas dua beradik berkenaan  mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Dua beradik itu bersama seorang lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai peniaga mengaku bersalah melakukan khalwat di dalam sebuah rumah di Kondo Rakyat, di sini, 27 Januari lalu.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan pegawai dan anggota membuat serbuan di rumah berkenaan kira-kira jam 10.45 pagi.

Ketika sampai, pintu rumah serta tingkap berkunci sebelum dibuka seorang lelaki dan hasil pemeriksaan, mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram.

Sebelum ini, satu waran tangkap dikeluarkan mahkamah bagi menahan dua beradik itu selepas keduanya gagal hadir ke mahkamah.

Kedua mereka sebelum ini turut didakwa melakukan khalwat bersama lima lelaki berusia antara 19 hingga 22 tahun di dalam sebuah bilik hotel, di sini, kira-kira jam 2.30 pagi pada 7 Jun 2013.

Bagi setiap pertuduhan, Kamalruazmi mengarahkan dua beradik berkenaan menjalani hukuman enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor, bagaimanapun beliau membenarkan hukuman itu berjalan serentak.

Dua rakan lelaki tertuduh masing-masing berusia 19 dan 21 tahun sudah pun menjalani hukuman sementara satu waran tangkap dikeluarkan terhadap tiga lagi tertuduh selepas gagal hadir ke mahkamah.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan Terengganu.


Sumber: http://www.sinarharian.com.my/ed ... a-5-lelaki-1.245418
Last edited by orgkpg on 29-1-2014 08:19 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2014 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan kalau sangap lagi teruk drpd lelaki. lol.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 08:33 AM | Show all posts
isk2 nk amek pmr...buat keje x senonoh...ke dh x skola
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 08:36 AM | Show all posts
moga dua beradik ini dibukakan hati utk bertaubat dan sentiasa dilindungi Allah...amin.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 08:37 AM | Show all posts
Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral dua beradik yang masing-masing berusia 15 dan 18 tahun itu menerima padah apabila diarahkan menjalani hukuman selama enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.


itu je hukuman nya? memang x insaf lah
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 08:37 AM | Show all posts
semoga kita dijauhkan daripada melakukan prk2 sebegini...KOndo rakyat???kawasan black list..bnyk sangat kes2 hamjad..baru ni kes gaduh 2 org lelaki yg tak kenal antara 1 sama lain..sampai pecah kepala..ntah ape kesudahanya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2014 08:43 AM | Show all posts
kalo dtg KL ni agaknya free je takyah bayar sewa, esok duk umah laki ni, lusa duk laki umah sana.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
muda2 dah pandai orgy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2014 08:43 AM | Show all posts
rasa nya sebab sangap 1 dan yang kedua ada org bagi duit free jer... adoyai.. hancur... dah lah adik beradik... mak bapak plak camana...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 08:57 AM | Show all posts
kalau kena tangkap, denda then lepas tu macam tu je ke? konfem2 la perangai same di ulang.. adoi
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 09:10 AM | Show all posts
adik beradik same perangai... sekatil dengan jantan yg same lak tu.... tak leh nak bayangkan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 09:16 AM | Show all posts
mak pak depa ni mana?????
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Nauzubilahh..harap2 dijauhkan la perkara mcm ni dr anak2 aku...amin...Moga2 adik beradik ni diberikan hidayah dan pedoman utk berubah ke jalan yg dirahmati Allah...amin....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 09:26 AM | Show all posts
kwn ngn mat rempit la ni...senang d kuda kudakann
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 09:26 AM | Show all posts
Nak serik buat apa
Bukan kena hukum pon
Dapat pembelaan pung pang pung pang lagi ada
Sbb masih bawah umur & naif katanya

Apa2 hal pon yg kena jantan2 tu
Kunun kena rogol

Hancus
Sbb besok betina2 ni akan jadi ibu pada next generation
Thanx pada undang2 kuno british yg gigih melimndungi penzina2 betina bawah umur ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 09:42 AM | Show all posts
aduhai.. 6 bulan je. bagi la sebat 2 3 kali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2014 10:25 AM | Show all posts
masa kecik lupa nk dikhitan kot.. sbb tu xbleh kawal napesu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 10:30 AM | Show all posts
mak bapak budak ni mana??

Kondo Rakyat? Adekah di Kuala Ibai? setahu sy kat situ je ade name kondo rakyat.. ke i masih ketinggalan kapal terbang ade nama lain jugak??   
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Penyung bestari *lol
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2014 01:37 PM | Show all posts
Giler la gatai merenyammm sangapp...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.225925 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list