CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 833|Reply: 0

[Jenayah] Polis Perlis rampas raifal, peluru di sempadan

[Copy link]
Post time 25-1-2014 03:38 PM | Show all posts |Read mode
KANGAR - Polis Perlis merampas sepucuk raifal buatan Republik Czech bersama dua butir peluru hidup di kawasan sempadan Malaysia-Thailand berhampiran Pos Kawalan Simpang 5, Kaki Bukit dekat sini, pada 21 Januari lepas.
Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron berkata, dalam kejadian pada kira-kira pukul 9 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Batalion Ketiga Pasukan Gerak Am (PGA) Bidor, Perak yang sedang meronda di kawasan sempadan, terserempak dengan dua lelaki berbaju hitam.
"Apabila menyedari kehadiran pasukan PGA, kedua-dua lelaki tersebut terus melarikan diri ke dalam hutan berbukit sempadan Malaysia-Thailand. Anggota PGA cuba mengejar, tetapi gagal menangkap mereka,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Menurut beliau, hasil pemeriksaan, polis menemui sepucuk raifal jenis CZ 452-2E ZKM (No.Siri 790618) bersama teropong yang dilekatkan pada raifal berkenaan iaitu dari jenis ’BSA Dear Hunter 3-9X32E’ yang ditinggalkan kedua-dua lelaki berkenaan.
Turut dirampas dua beg galas hijau yang mengandungi dua buaian tidur warna hitam celoreng hijau, katanya.
Zull Aznam berkata, siasatan mendapati kedua-dua lelaki itu dipercayai pemburu haram warga Thailand yang memburu binatang di kawasan hutan Malaysia.
Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 serta Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. - Bernama





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.585877 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list