View: 4209|Reply: 31
|
[Tempatan]
{7} Tujuan mySIKAP utk cepat tapi sebaliknya...!
[Copy link]
|
|
4 Januari 2014
KUALA LUMPUR – Selepas dua bulan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan sistem perkomputeran mySIKAP, masalah operasinya yang masih sangat perlahan menimbulkan keresahan banyak pihak.
Tinjauan Kosmo! yang dilakukan di salah sebuah cawangan JPJ di Bandar Sri Permaisuri di sini mendapati orang ramai terpaksa berbaris panjang sehingga ke pekarangan premis berkenaan untuk menyelesaikan urusan masing-masing.
kosmo
p/s faktor manusia nie bukan sistem...
|
|
|
|
|
|
|
|
ORANG ramai terpaksa beratur panjang sehingga ke kawasan kaki lima dalam tinjauan Kosmo! mengenai aduan masalah sistem mySIKAP di cawangan JPJ Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
sistem jabatan kerajaan,belanja la beratus jota pun tetap sama,LEMBAP nak mampuih
p/s:rasain korang beratur panjang ni sppbs lagi lama mau beratur |
|
|
|
|
|
|
|
4 Januari 2014
mySIKAP terus buat hal !
Kuala Lumpur: Sudah lebih dua bulan pelaksanaannya dilakukan, namun sistem mySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga kini masih belum stabil, malah didakwa membebankan pelbagai pihak terutama pengusaha sekolah dan institut memandu.
Seorang pengusaha sekolah memandu di Kajang yang hanya mahu dikenali sebagai Ivana mendakwa, masalah aplikasi itu menyebabkan pelanggan menyalahkan serta menuduh mereka tidak cekap dalam urusan berkenaan.
Lebih memburukkan keadaan, perniagaannya turut terjejas teruk kesan daripada masalah itu berikutan terpaksa membayar ganti rugi semula kepada pelanggan.
“Bukan saya seorang yang pening kepala berhadapan masalah ini, tetapi semua pengusaha sekolah dan institut memandu di seluruh negeri.
“Dulu seminggu dua sudah boleh dapat lesen, tetapi kini kami kena tunggu sehingga dua bulan. Kadang-kadang, daripada 30 permohonan sehari yang dibawa ke JPJ, hanya satu yang siap,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.
Menurut Ivana, banyak permohonan baru lesen L pelanggannya ditolak tanpa sebab munasabah, selain mengambil masa lebih lama untuk diproses JPJ.
Antaranya, JPJ memberitahu maklumat pemohon tiada dalam sistem, sedangkan mereka sudah menjalani kursus pendidikan pemandu, ujian berkomputer (undang-undang) dan pusat amali (bengkel enam jam) sebelum itu.
“Kita tidak tolak pembaharuan, tapi biarlah aplikasi itu benar-benar mantap sebelum diguna pakai kerana kesannya menyusahkan pengguna.
“Kami di sekolah atau institusi memandu sudah menjalankan tanggungjawab diamanahkan pelanggan cuma apabila berlakunya perkara sebegini, pelanggan tidak faham dan bukan saja kami dimarahi malah pernah diugut untuk dicederakan,” katanya.
Jurucakap Nation Drive Wilayah Sdn Bhd, Asmadi Abu Bakar berkata, sistem mySIKAP sukar diakses sehingga mengakibatkan kelewatan proses ujian dan penambahan kelas lesen.
Masalah yang berlaku sejak November lalu itu menyebabkan ratusan pelanggan tujuh institut memandu beroperasi di Kuala Lumpur menghadapi masalah setiap kali berurusan dengan JPJ.
“Selalunya kami sudah terpacak di depan JPJ sejak awal pagi bagi mengelakkan kesesakan sambil berharap sistem akan berjalan lancar pada hari itu.
“Ini kerana, mySIKAP menggunakan Internet sepenuhnya dan jika sistem mengalami gangguan, semua urusan tergendala,” katanya.
Tinjauan Harian Metro ke JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam mendapati orang ramai mula memenuhi kaunter untuk pelbagai urusan seperti membaharui lesen, cukai jalan serta penukaran nama pemilik kenderaan.
Unit pelesenan pemandu dan sekolah memandu misalnya sesak dengan orang ramai yang mahu membuat permohonan lesen baru. |
|
|
|
|
|
|
|
Jpj byk mslh dalaman kut...oppps |
|
|
|
|
|
|
|
Iyer faktor manusia sbb manusia bodoh yg buat sistem bodoh
|
|
|
|
|
|
|
|
4 Januari 2014
Tak tahu bila lesen nak siap
Kuala Lumpur: Persatuan Persekutuan Sekolah dan Institut Memandu Malaysia (PERPISMA) memohon Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) mengeluarkan surat perakuan permohonan penerimaan lesen kepada pemohon lesen L sementara menantikan lesen sebenar mereka yang sepatutnya dapat disiapkan dalam tempoh dua minggu tertunggak berikutan kelemahan sistem mySIKAP.
Presidennya Harun Shafiee berkata, cara itu membolehkan penunggang motosikal terutama memandu tanpa rasa risau ditahan pihak berkuasa.
“Justeru, jika perkara ini dapat dipertimbang dan dilaksanakan, sekurang-kurangnya tidak ramai pelanggan yang akan mengamuk,” katanya.
Menurut Harun, satu pertemuan dan perbincangan dengan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad serta pihak yang berkaitan termasuk pengendali sistem berkenaan dilakukan kelmarin.
Menerusi pertemuan itu, mereka mendapati terdapat pelbagai kelemahan yang harus diperbaiki dan memerlukan penambahbaikan segera.
“Pada saya, sistem ini belum cukup matang dan semestinya JPJ harus segera menangani masalah ini sebelum ia lebih melarat.
“Bagi jangka masa panjang, saya tidak nafikan pembaharuan ini memberi banyak kebaikan kerana kita tidak perlu bersesak di kaunter JPJ untuk melakukan semua urusan ini dan kami amat menghargainya tetapi buat masa sekarang ia harus dibaiki segera,” katanya.
Sebelum ini, penggunaan aplikasi mySIKAP yang diperkenalkan pada 1 November tahun lalu menyebabkan proses urus niaga di kaunter JPJ menjadi perlahan sehingga mengakibatkan pelanggan terpaksa menunggu lama untuk menyelesaikan urusan masing-masing.
Beberapa masalah dikenal pasti wujud pada sistem pengkomputeran mySIKAP yang menyebabkan pejabat JPJ menjadi sesak sehingga menimbulkan kegelisahan serta rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai apabila berurusan di pejabat itu.
Bagaimanapun, menurut Ismail, pihaknya memahami masalah berkenaan dan memberi perhatian serius dengan mengambil langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi menyelesaikan isu itu.
“Disebabkan sistem terbaru ini terlalu perlahan, ia merugikan banyak pihak. “Kasihan juga kepada pelanggan kerana terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan lesen sebenar yang tidak tahu bila siapnya. |
|
|
|
|
|
|
|
tak silap aku sbb depa tutup kaunter utk agensi sama..so combine individu n agensi skali..sbb tu ramai gila... aku smpai 8.15 amik nomot dh shoot smpai 100++ dh....stgh hari tnggu...kul 12 lbh br smpai turn...macm haram jadah..... |
|
|
|
|
|
|
|
aku dgr dulu imigresen dah try platform sistem ni tp diorang reject, ntah mcm mana JPJ amik sistem ni lepas imigresen reject |
|
|
|
|
|
|
|
apa punya sistem la.......skrg dah 2014 bukan 1994... |
|
|
|
|
|
|
|
aku dlu dok kl,kalo road tax aku nak mati,sanggop balik kg becuti,pas tu renew kt kg,,orang pun tak ramai.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku bkn nak kata apa la..mana2 organisasi kerjaaan ka,swasta ka,,bos2 atas banyak orang tua tunggu masa nak pencen, bab2 sistem ni ampeh tak taw..pegawai muda2 tka leh nak bangkang depa,sebab depa buat keputusan,,setengah pegawai kerajaan yg dkat2 nak pencen ni komputer pun jarang guna!..jdk nk cakap bab sistem dengan pegawai cm ni?kim salam je la. |
|
|
|
|
|
|
|
pekerja gomen memang pemalas kalau dibahagian aduan..atau majlis2 atau JPJ ni memang sakit hati berurusan... |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 4-1-2014 09:09 AM
pekerja gomen memang pemalas kalau dibahagian aduan..atau majlis2 atau JPJ ni memang sakit hati beru ...
Mesti pekerja tuh tak shomel khenzzz ??
|
|
|
|
|
|
|
|
PathFinder@60 posted on 4-1-2014 09:25 AM
Mesti pekerja tuh tak shomel khenzzz ??
kebanyakan gumuk2..sebab banyak rilek..
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 4-1-2014 09:31 AM
kebanyakan gumuk2..sebab banyak rilek..
Patut tak shomel, tak macam Noor sebab selalu exercise khenzzz ??
Sistem yang jadi isu sebenarnya sebab outdate & unable to cater load...
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 4-1-2014 09:36 AM
oh..noor pun gumuk..
Haa, Noor pun gumuk ? Bukan Bukan... Noor tak Gumuk, Noor Chubby Shomel je....
Sikap manusia memang susah nak ubah lah, kena sergah aje baru nak buat,
Sistem neh biasanya platform dia yang jadi isu, tak match dengan environment.
|
|
|
|
|
|
|
|
PathFinder@60 posted on 4-1-2014 09:39 AM
Haa, Noor pun gumuk ? Bukan Bukan... Noor tak Gumuk, Noor Chubby Shomel je....
Sikap manusia mema ...
jumpa noor pun tak pernah mana tau noor gumuk tahap mana
tula path..kita dah banyak kali kena dah..bukan mengata membabi buta..pastu kita mintak nama..bagi ugut sikit contoh nak buat aduan ke atasan ..barula keja siap cepat ja....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|