CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13021|Reply: 25

Misteri Ular Senduk Putih

[Copy link]
Post time 4-1-2014 03:29 AM | Show all posts |Read mode
Hi semua.....

Aku baru kat board ni, aku saja nk share pengalaman aku dan keluarga aku. Kejadian berlaku sekitar tahun akhir 80-an, sewaktu bercuti ke Cameron Highland. Pada hari kejadian, kami sekeluarga dalam kereta menuruni bukit nak ke bandar. Aku tak ingat apa nama bandar tu, yelah waktu tu aku darjah 6. Dalam pada dok bergembira dalam kereta, kami nampak ular senduk putih menyusur turun dari bukit, kami sekeluarga tergamam. Abah aku berhentikan kereta serta merta, iyelah mau tak terkejut. Tak pernah hayat hayun tengok ular sepanjang itu. Sewaktu kereta diberhentikan, ular tu macam terkejut, dan ular tu berdiri setinggi tinggi tidak, tinggi dari pajero yg Abah aku pandu ketika itu. Kamera yg ada ditangan ketika itu langsung tak dihiraukan, panik! Tingkap kereta belah aku masa tu terbuka luas pun aku tak perasan kerana kaku, terpegun, terkejut dengan apa yg didepan mata. Akhirnya ular tu tunduk semula dan dia turun menyusuri ke bukit bawah pada jalan yg kami lalui. Kami pun blah dari tempat tu dah melalui hari2 macam biasa. Cuma akhir2 ni aku kerap teringat kejadian tu, iyelah senduk putih tu mmg rare!! Atau pun mungkin jelmaan semata....

Hidup aku juga kadang selalu terjadi kejadian pelik, tak selalu, tapi x putus....aku tak tahu...terkadang bingung.... Wallahualam...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2014 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
cantiknya cobra albino... slalu yg putih tu albino kan?... share la cite seram, pelik tt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2014 08:58 AM | Show all posts
clarizsa posted on 4-1-2014 08:09 AM
cantiknya cobra albino... slalu yg putih tu albino kan?... share la cite seram, pelik tt...

yelah cobra albino alsagoff agoknya...hehe..

kejadian pelik yg aku alami, kat rumah aku ada kolam ikan, beso 3 ekar gitu laa.. entah macam mana ada buaya saiz medium. Aku tak bagi husband bunuh, panggil org tangkap lepas ke sungai..
lagi jumpa lipan ni kt rumah mak aku, lipan beso lengan tu haa...tapi hilang macam tu je..
tido malam kadang tersedor sebab macam dengo org berjalan hentakan kaki kuat. semakin kuat bila dekat ngan aku. sekali dia tepuk tilam, terkejut aku tengah tido, kedua dia goncang tilam...

ada lagi nanti cita

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
kolam saiz 3ekar? besarnyaa tt...

thanx sudi kongsi cerita...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Cleocatra posted on 4-1-2014 08:58 AM
yelah cobra albino alsagoff agoknya...hehe..

kejadian pelik yg aku alami, kat rumah aku ada kol ...

Mak aih.... lipan sebesar lengan... besarnyaaa... lipan lalu bawah kaki aku sebesar dua jari aku pun dah aku terlompat lompat. Inikan pula sebesar lengan... perghhhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2014 09:49 AM | Show all posts
clarizsa posted on 4-1-2014 09:00 AM
kolam saiz 3ekar? besarnyaa tt...

thanx sudi kongsi cerita...

iye laa hubby laa tu punya keje, suka memancing laa katanya. Tak payah gi tempat lain katanya..

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-1-2014 09:52 AM | Show all posts
Syumaimah posted on 4-1-2014 09:13 AM
Mak aih.... lipan sebesar lengan... besarnyaaa... lipan lalu bawah kaki aku sebesar dua jari aku p ...

aku pun tokojut tak tahu pun ada lipan sebeso tu...



Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
..geli kat ular dan lipan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2014 02:33 PM | Show all posts
teruskan wahai tt
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 04:08 PM | Show all posts
teruskan bercerita tt
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2014 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Besarnya lipan...aku jumpa yg besar ibu jari pun da meremang bulu roma...tt cerita la lgi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2014 01:50 AM | Show all posts
Cleocatra posted on 4-1-2014 09:49 AM
iye laa hubby laa tu punya keje, suka memancing laa katanya. Tak payah gi tempat lain katanya..

...

bestnya
buleh numpang mancing kolam?
hahahaha

btw ular tinggi pajero?
wowww....king cobra kot

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2014 03:47 AM | Show all posts
cerita seterusnya adalah, aku sekeluarga tertanya2 siapa makhluk bertudung putih? setakat ni dalam keluarga aku, aku yg nampak. baru2 ni adik aku yang kedua buat pertama kali nampak. menda tu tak mengacau sekadar menjenguk. tapi iyelah fitrah manusia, mestilah rasa takut ye dak. menda tu tidak menampakkan wajahnya, tudung yg dipakai dilanjutkan dibahagian dahi, paham dok. bahagian wajah nampak gelap je laa. dan berlanjutan hingga kini, cuma jarang2 laa menjenguknya..... jadi siapakah dia?!?!

lagi....kejadian berlaku ketika aku diawal 20-an. masa tu aku baru berhenti kerja, dalam pada duduk dirumah tak ada buat apa2, tiap malam aku akan bangun solat dan mengaji. pada suatu malam (waktu selepas 12) ketika mengaji, aku mendengar dari jauh seolah derap kaki orang berjalan. ia seperti bunyi jalan diatas pasir gitu. semakin aku menghayati, derapan kaki itu semakin hampir menghampiri depan rumah orang tuaku (ketika itu bujang dan tinggal bersama mereka). aku berhenti mengaji kerna menghayati bunyi apakah itu! ketika kedengaran derapan kaki tiba didepan tingkap bilik (rumah org tua rumah kg, yg tingkap kayu yg berselak) menda tu mengetuk tingkap bilik, aku bangun, sangkaan aku orang hendak mencuri. aku berjalan meniti- niti gitu kononnya tak nak pencuri dengar laa. aku berjalan menuju ke tingkap depan di ruang tamu, aku berdiri di depan tingkap nako dan dalam pada masa yg sama aku memetik suis lampu luar rumah. yg aku nampak kelibat putih melintas ketika lampu dinyalakan. lantas aku pun bukak tingkap dan terus menyahut "hoi nk mencuri ke"?. aku terus tutup tingkap, turun ke dapur (bilik org tua di dapur), ketuk pintu bilik diorang cakap ada org nk mencuri. Abah aku keluar rumah, tengok sekeliling tak de apa, hanya terasa sayu, senyap sunyi sambil angin lembut bertiup. kami pun masuk dlm rumah, tapi tak de rasa seram atau takut sebab aku pasti org nk mencuri masa tu. hari berganti hari, aku demam! demam aku berlanjutan sampai 10 hari. pada hari ke-10, aku tinggal sorang dirumah, abah aku masih berkerja kerajaan ketika itu, dan ibu serta adik2 ke rumah saudara utk menziarah balik dari mekah. di rumah, aku kebelakang rumah nak mencuci pakaian. masa tu aku suka mengganyah dengan berus sabut. ketika tu aku mendongak melihat awan mendung berkepul2 berarak diikuti angin sepoi2 gitu. dah membasuh aku masuk ke dalam rumah, setiba di bilik org tuaku, rambut aku ditarik ke belakang sekuat2-nya. tarikan yg kuat tu membuatkan kepala aku mencecah ke bahagian belakang ku. aku cuba melawan, cuba bersujud, tapi tarikan makin kuat! aku cuba membaca ayat2 suci, tapi lidahku sudah termasuk ke dalam, aku bercakap pun macam org telo gitu. aku cuba berjalan macam orang buta tu, tangan terkapai2 sebab tak dapat lihat ke depan sebab kepala dah di tolak kebelakang. talipon abah aku suruh balik. adik aku balik dulu, dia tengok aku dia takut sebab dia cakap mata hitam aku tak dok, boleh dia duduk jauh ngan aku, eiii tak boleh harap!! pendekkan cerita berubat kg, aku pulih, tapi bila tanya pada pakcik yg berubat aku tu, dia cakap tak payah tahulah... jadi sampai skrg kami tak tahu apa yg sebenarnya.....

cerita bersambung.....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2014 03:49 AM | Show all posts
leenaz posted on 5-1-2014 01:50 AM
bestnya
buleh numpang mancing kolam?
hahahaha

jauh beribu ribu batu gitu semata nk memancing.....

iyelah king segala king agaknya yg keluar hari tu....

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2014 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Cleocatra posted on 5-1-2014 03:47 AM
cerita seterusnya adalah, aku sekeluarga tertanya2 siapa makhluk bertudung putih? setakat ni dalam k ...

Mak aih... seramnya...

Aku penah jadi telo dan lidah tertarik ke belakang... seksakan nak bercakap...

Huhuhu... nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2014 07:47 AM | Show all posts
Syumaimah posted on 5-1-2014 07:39 AM
Mak aih... seramnya...

Aku penah jadi telo dan lidah tertarik ke belakang... seksakan nak berca ...

telo ni yg mcm org kena sawan tu ke...
aku mcm pernah dgr je perkataan tu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2014 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
leenaz posted on 5-1-2014 07:47 AM
telo ni yg mcm org kena sawan tu ke...
aku mcm pernah dgr je perkataan tu


Bukan lah... telo ni macam cakap pelat la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2014 08:23 AM | Show all posts
Syumaimah posted on 5-1-2014 08:08 AM
Bukan lah... telo ni macam cakap pelat la...

betul cakap macam pelat sebab lidah termasuk ke dalam!! bukan sawan

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 12:30 AM | Show all posts
oooo....
ingat yg org mcm kena sawan tu
pasal kadang dia punya lidah pun boleh bergulung
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2014 09:33 AM | Show all posts
ular sememang nye jelmaan jin..dulu umah aku pun kena..
ular ape pun kteorg xkenal..ular tu branak..
n bomoh mintak kteorg simpan ular tu takut ade yg akan datang mintak balik..

n 16tahun memang die kembali mintak balik dengan pelbagai rupa n cara..
sampai kn mak aku sakit n aku adik bradik kena ganggu..macam2 lagi..
memang aku pun macam troma dgn ular ni..tapi pengalaman mendewasakan..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.222137 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list