CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 99385|Reply: 667

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata III

  [Copy link]
Post time 30-12-2013 09:39 PM | Show all posts |Read mode


Marak

Aku dapat bayang
bagaimana marak percikan cahaya
pada sambutan tahun baru
terang langit malam
gempita pekik sorakan

Pun begitu
kawal kemarakkan nafsu nafsi
meneguk kencing syaitan
bertepuk tampar
membawa ke ranjang

Jadilah masyarakat berpedoman.

CNM, 30/12/13, BBBangi.

Last edited by Goldkey on 30-12-2013 09:41 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2013 08:04 PM | Show all posts


Senja Terakhir

Seindah mana pun senja
ia telah berakhir
yang tinggal hanya kenangan

dan malam jadi saksi
ketibaan hari esok
ditunggu

dalam kecelaruan
dalam keredaan
imanmu tentukan.

CNM, 31/12/13, BBBangi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2013 09:43 PM | Show all posts


1.1.2014

Satu satu dua ribu empatbelas
ditunggu bagai percikan emas
sana sini menghitung detik duabelas
menyaksi jarum jam seberkas

Satu satu dua kosong satu empat
moga tambah mutu jadi hebat
kualiti diri dipertingkat
ganda amal ibadat.

Mari jaga solat
jadi pemurah tunai zakat
bersedia ke hari akhirat
moga hidup dapat rahmat.

CNM, 31/12/13

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2014 12:33 PM | Show all posts


Selamat Tahun Baru

Kuucapan kepadamu
mudahan bertambah maju
dikurniakan kesejahteraan selalu
dapat berbakti pada diri dan bangsamu
dapat melaksana ibadat kepada yang Satu.

CNM, 1114, BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2014 06:28 PM | Show all posts


Bau Kedai

Seperti biasa, menjelang sesi persekolahan, ibu bapa kalut menyediakan seragam anak-anak. Tak terkecuali aku. Bukan saja uniform anak, persiapan diri juga kuuruskan. Bak kata orang dulu-dulu sambil menyelam sambil minum air. Semangat sesi persekolahan yang bakal tiba, sekurangnya ingin mengenakan sepersalinan baru.

Terbiasa. Sehari sebelum, akan kusiapkan alat tulis. Memastikan baju seluar bergosok rapi. Kalaulah cicak mampu berkata, tentu disindirnya aku,"dah lah tuan, sudah cukup tajam kesan lipatan tu". Tak terlepas kasut akan kukiwikan bagai boleh bercermin kilatnya he he he ... .

Bila ke sekolah semangat berkobar-kobar. Maklumlah mengayakan pakaian baru. Anak-anak didik ada yang terpegun "wah! handsomenya cikgu"... seperti biasa aku hanya mengukirkan senyuman paling manis. Yang kelakarnya ada anak didikku yang mengusik,
"Cikgu! Cikgu ni bau kedai la!".
Ek! Kenapa pula saya bau kedai? ... saja ingin menduga ... .
"Ya la cikgu pakai semua baru, ... bau kedai lagi ..."

Itulah salah satu, pengalamanku di hari pertama persekolahan ... .

CNM, 1/1/14, BBBangi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2014 10:33 PM | Show all posts


Layak

Aku sejak dari tahu pertama bergelar guru diamanahkan dalam unit disiplin. Sehingga hari ini dan dua puluh tahun bergelar warga pendidik aku masih dalam unit yang sama. Agaknya dah jadi jawatan tetap dan berpencen. Selagi terdaya akan kupikul, kugalas, kujunjung tugas berat ini. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Esok ini seperti biasa ditakwimkan aku bercakap tentang hal disiplin. Walau telah lama dalam bidang ini namun rasa gemuruh, rasa tidak yakin, rasa tak layak bercakap itu tetap adak kerana bila nak bercakap kata orang "cakap serupa bikin la". Lalu aku menyemak rekod kehadiran sendiri pada zaman persekolahan dulu. Kubuka sijil berhenti sekolah. Ah! Sungguh melegakan, terpampang catatan 190/190 aspek kehadiran.

Sah! Aku layak bercakap...

CNM, 2/1/14, BBBangi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-1-2014 04:45 PM | Show all posts


DAMIA IRSALINA

Dengan serba kekurangan
Anak ini punya semangat tinggi
Mahu maju sama seperti insan lain
Ingin kecapi alam persekolahan terindah
Alam yang dikenang sepanjang kehidupan

Inilah contoh terbaik
Ramai yang berkemapuan normal
Salah pilih jalan
Anggap sekolah penjara menyusahkan
Leka dengan budaya merosakkan
Ilmu dikesampingkan
Natijahnya gagal dalam kehidupan
Akibat tiada kesedaran.

CNM, 3/1/14, BBBangi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2014 04:54 PM | Show all posts


Damia Irsalina

Ya Allah
permudahkan anak ini
berikan kekuatan
mudahan
diperolehi kejayaan
dunia dan akhirat-Mu

Tabahlah Damia
berat mata memandang
berat lagi bahumu memikul
betapa ujian Ilahi
hadir menguji
dan janji-Nya pasti

Doaku kirimkan bersulam kristal jernih
Maha Suci-Mu Ya Allah.

CNM, 3/1/14, BBBangi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2014 12:51 PM | Show all posts


Hanya Aku

Sendirian menunggu
ke mana nasib belum tentu
habuan haiwan ganas bernafsu
atau insan dada sarat ilmu
akur pada ketentuan-Mu.

CNM, 4/1/14, Trolak Selatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2014 12:59 AM | Show all posts


Pertanyaan 19

Tersergam
halus seni binaan
gemerlapan cahaya
menerangi malam
memukau mata memandang.

Cahaya neon
tak mampu menyuluh
hati yang di belenggu gelita
hanya nur suluhan-Nya
membawa ke jalan ketakwaan.

Banggakah kita dengan binaan besar tanpa jemaah?

CNM, 5/1/14, BBBangi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2014 06:08 PM | Show all posts


Tanah Bertuah

Sejarah mencatat gah
Tanah Melayu kaya khazanah
berlumba penjarah
menakluk menjajah
sumber diratah.

Kini
Tanah Melayu megah berdiri
bangun dari mimpi ngeri
membentuk Malaysia dicintai
berlandas titik harmoni.

Keindahan alam memikat jiwa
perpaduan bangsa asas sejahtera
rencam bahasa ramuan dibangga
aroma kedamaian menyerbak ke jagat raya
mewangi nama Malaysia ke serata dunia.

Malaysia negara bertuah
Malaysia destinasi terindah.

CNM, 5/1/14, BBBangi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2014 03:41 PM | Show all posts


40-an

Katanya usia matang
lebih rasional buat keputusan
stabil dalam kehidupan
jiwa tenang
seimbang.

Dilupa jangan
40-an penyakit bertandang
lemah jantung biasa kedengaran
darah tinggi mula pasang
sakit sendi kelihatan.

40-an
buat pemeriksaan
elak yang memudaratkan
bersedia masuk fasa akhiran
sebelum dijemput pulang.

CNM, 6/1/14, BBBangi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2014 05:31 PM | Show all posts


Silih Berganti

Hujan
kilat memancar debar
petir memekik garau

Panas
mentari meludah bahang
bumi merekah berbara

Siang
malam
silih berganti
menuju nokhtah.

CNM, 6/1/14, BBBangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2014 09:43 PM | Show all posts
Walau

Tubuh
membawa air
jika kulit terluka
darah yang mengalir.

Hati
ketulan darah
jika hati terluka
air mata yang mengalir.

Subhanallah
maha agung ciptaan-Mu.

CNM, 6/1/14, BBBangi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2014 09:43 PM | Show all posts
Pertanyaan 20

Matahari berbahang
bara menghangat
unggun api marak membakar.

Kenapa?
masih ada yang tak ingin berteduh,
masih ada yang mengheret kaki ke dalam api ...

CNM, 6/1/14, BBBangi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2014 10:29 PM | Show all posts
"Huh!
nak cuci malas
apa lagi nak 'servis'
kedekut nak mampus
jangan kasi aku panas
nanti kamu yang berkipas"

~Monolog Penyaman Udara~

CNM, 7/1/14
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2014 10:36 PM | Show all posts
Aduhai!

Pernah?
Kristal jernih
berkaca tertakung di kelopak mata
atas perilaku
yang menghiris kalbunya.

Pernah!
Titis jernih
menitis membasahi dada
atas tingkah
yang merobek jiwanya.

Ampun!
Syurga di telapak kakinya.

CNM, 9/1/14, BBBangi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2014 10:39 PM | Show all posts
Pertanyaan 21

Aku kata;
"ini adalah cadangan,
aku tak kata itu
arahan".

Tak boleh beza arahan dengan cadangan?

CNM, 9/1/14
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2014 11:58 PM | Show all posts


Ufuk sini

Di ufuk sini
aku berdiri memandang
menyaksi dia pergi
sebelum malam mengganti
sepi ...

Di ufuk sini
aku berdoa sendiri
moga dia kembali
hadir menerangi
dan mengusir sepi ...

CNM, 11/1/14

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2014 08:14 AM | Show all posts


Pertanyaan 22

dari kosong dada
setelah celik mata
dikurniakan-Nya minda
ada mata telinga
ada kudrat perkasa
dapat menghela udara
semua percuma.

Mahu apa lagi kamu untuk taat kepada-Nya?

CNM, 12/1/14

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.073925 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list